uk
Feedback
Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

Відкрити в Telegram
5 942
Підписники
+524 години
+67 днів
-1430 день

Триває завантаження даних...

Хмара тегів
Немає даних
Виникли проблеми? Будь ласка, оновіть сторінку або зверніться до нашого support-менеджера.
Вхідні та вихідні згадування
---
---
---
---
---
---
Залучення підписників
червень '26
червень '26
+55
в 0 каналах
травень '26
+66
в 0 каналах
Get PRO
квітень '26
+46
в 1 каналах
Get PRO
березень '26
+74
в 1 каналах
Get PRO
лютий '26
+124
в 0 каналах
Get PRO
січень '26
+132
в 0 каналах
Get PRO
грудень '25
+108
в 2 каналах
Get PRO
листопад '25
+67
в 1 каналах
Get PRO
жовтень '25
+60
в 1 каналах
Get PRO
вересень '25
+40
в 1 каналах
Get PRO
серпень '25
+52
в 1 каналах
Get PRO
липень '25
+51
в 1 каналах
Get PRO
червень '25
+79
в 1 каналах
Get PRO
травень '25
+30
в 1 каналах
Get PRO
квітень '25
+32
в 1 каналах
Get PRO
березень '25
+109
в 3 каналах
Get PRO
лютий '25
+21
в 1 каналах
Get PRO
січень '25
+97
в 2 каналах
Get PRO
грудень '24
+116
в 1 каналах
Get PRO
листопад '24
+82
в 3 каналах
Get PRO
жовтень '24
+80
в 1 каналах
Get PRO
вересень '24
+49
в 2 каналах
Get PRO
серпень '24
+115
в 1 каналах
Get PRO
липень '24
+132
в 2 каналах
Get PRO
червень '24
+181
в 4 каналах
Get PRO
травень '24
+158
в 1 каналах
Get PRO
квітень '24
+118
в 2 каналах
Get PRO
березень '24
+87
в 1 каналах
Get PRO
лютий '24
+83
в 1 каналах
Get PRO
січень '24
+155
в 5 каналах
Get PRO
грудень '23
+132
в 2 каналах
Get PRO
листопад '23
+212
в 1 каналах
Get PRO
жовтень '23
+112
в 1 каналах
Get PRO
вересень '23
+126
в 0 каналах
Get PRO
серпень '23
+152
в 0 каналах
Get PRO
липень '23
+127
в 0 каналах
Get PRO
червень '23
+135
в 0 каналах
Get PRO
травень '23
+72
в 0 каналах
Get PRO
квітень '23
+26
в 0 каналах
Get PRO
березень '23
+48
в 0 каналах
Get PRO
лютий '23
+32
в 0 каналах
Get PRO
січень '23
+44
в 0 каналах
Get PRO
грудень '22
+31
в 0 каналах
Get PRO
листопад '22
+41
в 0 каналах
Get PRO
жовтень '22
+78
в 0 каналах
Get PRO
вересень '22
+62
в 0 каналах
Get PRO
серпень '22
+75
в 0 каналах
Get PRO
липень '22
+66
в 0 каналах
Get PRO
червень '22
+36
в 0 каналах
Get PRO
травень '22
+73
в 0 каналах
Get PRO
квітень '22
+70
в 0 каналах
Get PRO
березень '22
+114
в 0 каналах
Get PRO
лютий '22
+37
в 0 каналах
Get PRO
січень '22
+113
в 0 каналах
Get PRO
грудень '21
+102
в 0 каналах
Get PRO
листопад '21
+148
в 0 каналах
Get PRO
жовтень '21
+297
в 0 каналах
Get PRO
вересень '21
+401
в 0 каналах
Get PRO
серпень '21
+646
в 0 каналах
Get PRO
липень '21
+418
в 0 каналах
Get PRO
червень '21
+241
в 0 каналах
Get PRO
травень '21
+132
в 0 каналах
Get PRO
квітень '21
+75
в 0 каналах
Get PRO
березень '21
+141
в 0 каналах
Get PRO
лютий '21
+624
в 0 каналах
Get PRO
січень '21
+464
в 0 каналах
Get PRO
грудень '20
+2 013
в 0 каналах
Дата
Залучення підписників
Згадування
Канали
30 червня+6
29 червня+5
28 червня+4
27 червня+6
26 червня+2
25 червня0
24 червня+2
23 червня0
22 червня+1
21 червня+5
20 червня+1
19 червня0
18 червня+1
17 червня+3
16 червня+1
15 червня0
14 червня0
13 червня+5
12 червня0
11 червня+2
10 червня+2
09 червня+1
08 червня+1
07 червня0
06 червня0
05 червня0
04 червня+2
03 червня+3
02 червня0
01 червня+2
Дописи каналу
Ketenangan hati tidak akan diperoleh melainkan dengan mengingati Allah. Hanya zikir yang menghidupkan kolbu dan mengurniakan ketenangan yang sebenar. Selain Allah, tiada sesuatu pun yang mampu menenangkan hati. Apabila hati sentiasa berzikir dan berhubung dengan Allah, ketika itulah lahir hakikat kehambaan seorang hamba. Zikir membersihkan kekotoran hati, membuka jalan kepada cahaya makrifat dan mendidik jiwa. Oleh itu, jangan tinggalkan zikir kolbu, khususnya Zikir Ism al-Zhat, sehingga lahir perubahan pada nafsu, akhlak, ibadah dan ketauhidan. Hasilnya, hati menjadi semakin yakin, tenang dan teguh menghadapi segala ujian. Hakikat zikir bukan sekadar menyebut dengan lisan, tetapi menghadirkan Allah dalam kolbu pada setiap saat. Dari ingatan lahirlah rasa, daripada rasa tumbuh asyik dan rindu, sebagaimana seorang kekasih yang tidak pernah lalai mengingati yang dicintainya. Apabila seluruh diri sentiasa hidup dengan zikir kepada Allah, maka lahirlah penyatuan cinta dan rasa kepada-Nya. Dr. UMAY Pengajian Kitab Sirr al-Asrār Karya Syeikh Yusuf al-Makassari

2
Немає тексту...
175
3
| Khaira Ummah | Allah SWT berfirman: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia..." Gelaran khaira ummah di
| Khaira Ummah | Allah SWT berfirman: "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia..." Gelaran khaira ummah dibina atas tiga sifat utama: 1. Mengajak kepada kebaikan. Sebaik-baik kebaikan ialah mengajak manusia kembali mentauhidkan Allah. 2. Mencegah kemungkaran. Kemungkaran yang paling besar ialah mensyirikkan Allah dalam kehidupan. 3. Beriman kepada Allah. Iman bukan sekadar pada akal dan lisan, tetapi hidup sentiasa merasai kehadiran serta kebersamaan Allah. Kata guruku: "Allah bukan sekadar disebut pada kata-kata, tetapi nyata dalam seluruh kehidupan." Apabila tiga sifat ini terhimpun, barulah seseorang layak digelar khaira ummah. Inilah kemuliaan umat Nabi Muhammad ﷺ, yang memikul amanah Baginda untuk menyampaikan risalah tauhid kepada seluruh manusia. Dr UMAY
170
4
📖 MAJLIS SELAWAT & PENGAJIAN KITAB SIRR AL-ASRAR (Sambungan ms. 37) Apabila hati sentiasa berhubung dengan Allah, itulah hak
📖 MAJLIS SELAWAT & PENGAJIAN KITAB SIRR AL-ASRAR (Sambungan ms. 37) Apabila hati sentiasa berhubung dengan Allah, itulah hakikat kehambaan. Namun apabila hati mula lalai daripada mengingati-Nya, ketika itulah nafsu mengambil tempat dan lahirlah rasa ketuhanan diri. Istiqamahlah dalam berzikir walaupun sedikit. Jangan memandang kecil sesuatu amalan yang berterusan, kerana Allah sendiri akan membuka pintu-pintu kurniaan-Nya. Ambillah zikir daripada ahlinya, agar ia menjadi jalan penyucian hati dan mendekatkan diri kepada Allah. Semakin banyak seseorang mengingati Allah, semakin tenang qalbunya. Orang yang hidup dengan zikir dikurniakan ketenangan dan kejayaan hati, manakala kelalaian menjadi hijab yang memutuskan hati daripada Allah. Dr. UMAY 29 Jun 2026
194
5
Jika kita benar-benar menyedari dari apa kita diciptakan dan kepada apa akhirnya kita akan kembali, nescaya tiada lagi alasan
Jika kita benar-benar menyedari dari apa kita diciptakan dan kepada apa akhirnya kita akan kembali, nescaya tiada lagi alasan untuk bersikap sombong. Hakikatnya, kehambaan melahirkan tawaduk, bukan kesombongan. Dr UMAY Telegram: https://t.me/muhammadafifyahya Boleh Share
244
6
Usah abaikan syariat dalam perjalanan menuju Allah. Syariat ialah jalan yang mendidik jasad, manakala rohani menempuh perjala
Usah abaikan syariat dalam perjalanan menuju Allah. Syariat ialah jalan yang mendidik jasad, manakala rohani menempuh perjalanan menuju-Nya. Bagaimana roh ingin sampai kepada Allah jika jasad dibiarkan menyimpang daripada jalan Rasulullah ﷺ? Tidak akan sempurna kesucian rohani dengan meninggalkan syariat. Jalan makrifat tidak pernah terpisah daripada jalan Muhammadiah. Tundukkan jasadmu kepada Allah dengan memelihara syariat, nescaya Allah akan membimbing rohmu menuju makrifat. Dr UMAY Telegram: https://t.me/muhammadafifyahya Boleh Share
207
7
*JEMPUTAN MAJLIS SELAWAT DAN DAURAH SURAH AL-FATIHAH* Bersama AF Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya 📌 *Lokasi : Bayt Sumaiyyah (K
*JEMPUTAN MAJLIS SELAWAT DAN DAURAH SURAH AL-FATIHAH* Bersama AF Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya 📌 *Lokasi : Bayt Sumaiyyah (Kediaman Puan Fatimah Ipoh) 📌 *HARI* : Isnin 📌 *TARIKH* : 29 Jun 2026 / 13 Muharram 1448H 📌 *MASA* : 9.30 Pagi 🔖*TENTATIF* *9.30am- 10.00am: Ketibaan tetamu *10.00am - 11.30am : Selawat & Daurah surah Al Fatihah *11.30am : Doa 📞INFO LANJUT *EN MOHD ISA* : +60129874165 *PN FATIMAH*: +60179013014 https://maps.app.goo.gl/13jKuPj7sPChHNDB6 🌹 Hadirin hadirat, Muslimin & Muslimat Dijemput hadir.🌹 🔉📘: *_InSyaAllah akan ada jualan kitab utk Daurah surah Al Fatihah ._*
215
8
𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐘𝐀𝐓 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐋𝐔𝐁 : 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐊𝐈𝐍 Ramai yang mencari cahaya. Sedikit yang berusaha membersihkan tempat turunnya cahaya. Perjalanan tasawuf adalah perjalanan penyucian qalbu. Jalan meneguhkan ketauhidan dan kehambaan kepada Allah SWT. Masyaikh sufi sering mengingatkan para murid (salik) bahawa terdapat tiga marhalah utama dalam perjalanan tasawuf, iaitu Takhalli (التَّخَلِّي), Tahalli (التَّحَلِّي) dan Tajalli (التَّجَلِّي). Takhalli ialah mengosongkan hati daripada segala sifat yang tercela dan segala sesuatu yang menghalang seseorang daripada Allah SWT. Tahalli ialah menghiasi jiwa dengan sifat-sifat terpuji seperti ikhlas, tawaduk, sabar, syukur, reda dan mahabbah kepada Allah SWT. Apabila hati semakin bersih dan jiwa semakin tunduk kepada Allah, maka hadirlah tajalli, limpahan anugerah, futuh, kefahaman, ketenangan dan pembukaan daripada Allah SWT. Allah SWT berfirman: ﴿ لَا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ ﴾ "Mereka tidak menyentuhnya melainkan orang-orang yang disucikan." (Surah al-Waqi‘ah: 79) Sebahagian masyaikh sufi melalui tafsiran isyari menjelaskan, sebagaimana al-Quran yang mulia tidak disentuh melainkan dalam keadaan suci, demikian juga hati yang dipenuhi kekotoran sukar menerima limpahan cahaya, futuh dan tajalli daripada Allah SWT. Cahaya-cahaya ilahiah tidak akan masuk dan 'melekat' pada hati yang dipenuhi kekotoran. Hati yang dipenuhi kelalaian, cinta dunia, hawa nafsu dan penyakit-penyakit batin akan menjadi hijab daripada menerima limpahan hidayah dan tajalli Ilahi. Demikian juga Allah SWT memerintahkan kesucian ketika memasuki rumah-Nya. Firman Allah SWT: ﴿ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا ﴾ "Dan janganlah kamu menghampiri masjid ketika kamu berjunub sehingga kamu mandi." (Surah al-Nisa': 43) Jika kita perlu suci daripada hadas besar untuk masuk ke dalam rumah Allah yang zahir (masjid), maka hati yang menjadi tempat pandangan Allah lebih utama untuk dibersihkan dan disucikan. Perjalanan tasawuf ialah perjalanan keluar daripada kegelapan kepada cahaya. Keluar daripada kelalaian kepada kesedaran. Keluar daripada penghambaan kepada nafsu kepada penghambaan sepenuhnya kepada Allah SWT. Perjalanan tasawuf juga ialah perjalanan membuang segala bentuk ketakburan. Ilmu-ilmu Ilahiah tidak akan masuk ke dalam hati yang dipenuhi rasa besar diri dan bangga diri. Sebaliknya, orang yang sentiasa merasakan dirinya faqir, lemah dan berhajat kepada Allah akan sentiasa dibukakan pintu-pintu rahmat dan kefahaman. Jalan para sufi ialah jalan kerendahan hati. Semakin seseorang mengenal Allah, semakin dia mengenal kelemahan dirinya. Semakin dalam makrifatnya kepada Allah, semakin dalam kehambaannya. Semakin tinggi maqam rohaninya, semakin baik akhlaknya. Makrifat yang benar akan melahirkan akhlak Muhammadiyyah. Lahir sifat rahmah, sabar, kasih sayang, adab dan ihsan dalam kehidupan. Dan orang yang benar-benar mengenal Allah (makrifat) tidak akan meremehkan syariat Nabi Muhammad SAW. Semakin dalam makrifatnya, semakin kuat pegangannya kepada syariat. Menjaga yang wajib, menjauhi yang haram, memelihara adab dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kerana hakikat dan makrifat yang haq berjalan seiring dengan syariat Muhammad SAW. Inilah perjalanan yang dilalui oleh para Nabi, para Siddiqin, para Awliya' dan orang-orang soleh. Perjalanan penyucian jiwa yang membawa manusia kepada kesempurnaan tauhid, kemuliaan akhlak dan hakikat kehambaan yang sebenar. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik Catatan Dr UMAY 25 Jun | Kemboja https://www.facebook.com/share/p/19CaixRDqh/ Moga Bermanfaat - Boleh Share
269
9
Sekiranya seseorang ingin menjadi nelayan, maka dia perlu berguru dengan nelayan yang berpengalaman. Jika ingin menjadi petani yang berjaya, maka belajarlah daripada petani yang telah lama menempuh asam garam bidang tersebut. Begitulah juga dalam perjalanan kerohanian. Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah tidak cukup sekadar membaca dan mengetahui teori, bahkan memerlukan bimbingan daripada seorang guru yang benar, yang telah menempuh jalan itu dengan ilmu, amal dan pengalaman rohani yang sahih. Ilmu tempatnya di akal, namun rasa dan penyaksian tempatnya di qalbu dan rohani. Banyak perkara boleh difahami dengan akal, tetapi hakikat kehambaan, kemanisan iman, keikhlasan dan makrifat hanya dapat dirasai oleh hati yang hidup. Oleh sebab itu, para masyaikh yang mursyid tidak sekadar mengajarkan lafaz zikir. Apabila mereka mengijazahkan dan mentalkinkan zikir kepada murid, hakikatnya ia adalah proses tarbiah rohani yang disertai dengan limpahan Nur (cahaya) keberkatan, himmah dan yang diwarisi melalui sanad yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW. Zikir yang diamalkan dengan bimbingan yang benar akan membantu menyuburkan tauhid, membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela, melembutkan jiwa, serta menguatkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Justeru, perjalanan menuju Allah bukan sekadar perjalanan ilmu, tetapi juga perjalanan hati. Sebab itu para ulama sentiasa menekankan kepentingan berguru agar perjalanan rohani berlangsung dengan selamat, terpimpin dan sampai kepada matlamatnya, iaitu mengenal Allah serta menjadi hamba-Nya yang sejati. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik. Catatan Dr. UMAY 23 Jun | Kemboja https://www.facebook.com/share/p/17uEtfJ9Gz/
343
10
Moga bermanfaat - Boleh Share
Moga bermanfaat - Boleh Share
283
11
Alam ini bukanlah hijab yang menghalangmu daripada Allah. Bahkan seluruh alam adalah ayat-ayat yang menunjukkan kepada kewujudan dan kebesaran-Nya. Yang menghijabkan manusia daripada Allah bukanlah alam, tetapi ketakburan, kesombongan dan kegelapan yang bersarang di dalam batin. Hakikatnya, alam ini tiada memiliki wujud yang berdiri sendiri. Allah menciptakannya sebagai tanda dan bukti yang memperlihatkan kewujudan, kekuasaan dan sifat-sifat-Nya. Sebab itu, orang-orang sufi tidak pernah terputus pandangan hati daripada Allah. Pada setiap detik dan setiap apa yang mereka saksikan, mereka melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang sentiasa hadir di hadapan mereka. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik Catatan Dr UMAY 24 Jun | Kemboja https://www.facebook.com/share/p/1EdQn9zdJF/
261
12
Moga Bermanfaat.
Moga Bermanfaat.
213
13
Berselawatlah dengan penuh mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Selawat ialah jalan yang menghubungkan hati dengan Rasulullah ﷺ. Apa
Berselawatlah dengan penuh mahabbah kepada Rasulullah ﷺ. Selawat ialah jalan yang menghubungkan hati dengan Rasulullah ﷺ. Apabila seseorang memperbanyakkan selawat dengan penuh cinta, Allah akan mengubah dirinya sedikit demi sedikit: - Tauhidnya semakin teguh. - Qalbunya semakin hidup. - Ibadahnya semakin ikhlas. - Sifat-sifat nafsunya semakin terdidik. - Jiwanya semakin cakna terhadap umat dan negara. Semakin dekat hati dengan Rasulullah ﷺ, semakin indah perubahan yang Allah zahirkan dalam kehidupan. Olahan perkongsian daripada Guru Yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik Catatan Dr UMAY 25 Jun | Kemboja Boleh share
224
14
Antara hikmah di sebalik ujian ialah: 1. Allah ingin mengangkat ketauhidan seorang hamba di sisi-Nya serta membawa dirinya se
Antara hikmah di sebalik ujian ialah: 1. Allah ingin mengangkat ketauhidan seorang hamba di sisi-Nya serta membawa dirinya semakin hampir dalam perjalanan rohani menuju Allah. 2. Melalui kesabaran, Allah membina jiwa yang lebih kuat, tabah dan matang dalam menghadapi kehidupan. 3. Di sebalik setiap ujian, Allah mengurniakan kekuatan serta kecerdasan akal untuk memahami hikmah di sebalik setiap yang dilalui. Semakin besar ujian yang ditempuh dengan penuh kesabaran, semakin tinggi darjat yang Allah angkat dan semakin mulia kedudukannya di syurga nanti. Justeru, nikmatilah setiap ujian. Berjalanlah dengan penuh husnuzan kepada Allah, kerana setiap ujian membawa keindahan bagi mereka yang melihatnya dengan mata hati. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik. Catatan Dr UMAY 24 Jun 2026 | Kemboja
279
15
Video from Muhammad Afif Yahya
Video from Muhammad Afif Yahya
586
16
𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐨𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐡𝐚𝐝𝐢𝐫 𝐤𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐮𝐥𝐚𝐭 Setinggi penghargaan saya rakamkan kepada Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) atas kejayaan menganjurkan Majlis Berselawat Menjunjung Daulat yang berlangsung dengan begitu meriah dan bermakna di Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor. Program yang bermula seawal jam 3.00 petang sehingga acara kemuncaknya pada waktu malam dipenuhi dengan pelbagai pengisian untuk segenap lapisan masyarakat. Bermula dengan aktiviti kanak-kanak, program untuk kaum ibu, persembahan silat dan dikir barat, sebelum diakhiri dengan Majlis Berselawat serta forum "Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu". Kehadiran direkodkan seramai 5000 pengunjung daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang membuktikan bahawa institusi Raja-Raja Melayu mempunyai tempat yang istimewa dalam hati rakyat. Lebih daripada sebuah program, majlis ini berjaya menghimpunkan unsur agama, budaya, sejarah dan kenegaraan dalam satu wadah yang mendidik serta menyatukan masyarakat. Dalam forum tersebut, Yang Berhormat Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan menegaskan bahawa sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini masih relevan dan semangat menjunjung daulat perlu terus diperkasakan dalam kalangan rakyat. Beliau turut menyatakan harapan agar gerakan kesedaran seperti yang dimulakan oleh MJMD ini dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu dalam kerangka kenegaraan Malaysia. Pandangan saya, program seperti ini amat signifikan dalam memperkukuhkan perpaduan, menyemai jati diri bangsa dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya memelihara institusi yang menjadi antara teras kestabilan, keharmonian dan kedaulatan negara. Tahniah dan syabas kepada seluruh jawatankuasa serta semua pihak yang terlibat menjayakan program yang sangat baik ini. Dr. UMAY
659
17
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448H Muharram mengingatkan kita bahawa perjalanan menuju Allah sentiasa terbuka. Selagi
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1448H Muharram mengingatkan kita bahawa perjalanan menuju Allah sentiasa terbuka. Selagi nyawa dikandung badan, jangan pernah berhenti memperbaiki diri dan memperbanyakkan bekalan untuk hari kemudian. Salam Mahabbah, Dr. UMAY 1 Muharram 1448H Telegram: https://t.me/muhammadafifyahya
538
18
✨ 𝗧𝗔𝗨𝗦𝗜𝗔𝗛 𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗥𝗥𝗔𝗠: 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨? ✨ Malam ni hadiri 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗕𝗮𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗮 𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿 & 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 1448 bersama keluarga UMAY. Dr. UMAY Muhammad Afif Yahya menyampaikan sedikit Tausiah dan rasanya rugi sangat kalau tak 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗲 kat sini. Penuh dengan 𝗶𝗯𝗿𝗮𝗵 (pengajaran) untuk kita buat muhasabah diri sempena tahun baru ni. Jom kita 𝗿𝗲𝗳𝗹𝗲𝗰𝘁 sama-sama: 1️⃣ 𝗡𝗮𝗳𝗮𝘀 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗔𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗼𝗱𝗮𝗹 & 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵🫁 ◽ Masa yang dah berlalu memang kita tak boleh nak putar atau kembalikan semula. Tapi, selagi Allah masih bagi kita peluang dan pinjamkan '𝗺𝗼𝗱𝗮𝗹' nafas hari ini, sedarlah yang nafas ini sebenarnya satu amanah yang besar. Macam mana nak pulangkan balik amanah kehidupan ni? Caranya, kembalilah kepada Allah. ◽ Jadikan amalan taubat dan istighfar sebagai rutin yang kita cintai. Banyakkan bermuhasabah tentang apa yang kita dah lalui supaya kita boleh arahkan masa depan kita dengan lebih baik. 2️⃣ 𝗛𝗮𝗸𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 🏆 ◽ Seringkali kita ukur kejayaan dengan pencapaian duniawi, tapi hakikat kejayaan yang sebenar adalah 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗱𝗵𝗮𝗶 𝗸𝗶𝘁𝗮. Apa gunanya kalau kita nampak berjaya di dunia, atau nampak rajin beribadah tapi Allah tak redha dengan kita?. ◽ Jadi, letakkan keazaman yang tinggi tahun ini: Kita nak usaha capai kejayaan dengan meraih redha Allah. Kita nak capai makrifat (kenal) Allah supaya terbuka hijab di hati, dan kita nak ubah akhlak supaya selari dengan akhlak Nabi SAW yang dipandu oleh wahyu. 3️⃣ 𝗕𝗶𝗻𝗮 3 "𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗰𝗶" 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗗𝗶𝗿𝗶 𝗞𝗶𝘁𝗮 🕋🕌◽ Ini 𝗽𝗮𝗿𝘁 yang paling 𝗱𝗲𝗲𝗽. Dr. UMAY pesan, kita kena bangunkan 3 '𝗸𝗼𝘁𝗮 𝘀𝘂𝗰𝗶' ni di dalam diri: ◽𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗸𝗮𝗵: Bangunkan dengan memperkasakan kekuatan Tauhid kita kepada Allah. ◽𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗮𝗱𝗶𝗻𝗮𝗵: Suburkan jiwa kita dengan sentiasa menambah sifat kasih sayang. ◽𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗕𝗮𝗶𝘁𝘂𝗹𝗺𝗮𝗾𝗱𝗶𝘀: Sentiasa 𝘂𝗽𝗴𝗿𝗮𝗱𝗲 ilmu kita supaya akal fikiran ini dipandu oleh Al-Quran dan wahyu. 4️⃣ 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗮𝘁𝗶 & 𝗚𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 🚀 ◽ Bila sebut hijrah, apa maknanya kalau umur makin bertambah tapi hati kita tak makin kenal Allah, tak bertambah kefahaman agama, dan akhlak kita tak berubah jadi lebih baik? ◽ Sempena tahun baru ni, jom kita berazam untuk ambil posisi masing-masing dalam membantu urusan agama, berkhidmat untuk agama dan bercita-cita untuk mati syahid. Gunakan segala potensi, bakat, dan kemampuan diri yang Allah dah kurniakan kepada kita untuk agama-Nya. ◽ Pegang janji ni: Apabila kita tolong agama Allah, Allah pasti akan tolong dan mudahkan urusan kehidupan kita, malah Allah akan angkat kedudukan serta darjat kita di sisi-Nya. ********* Moga-moga Allah beri kita kekuatan untuk memikul amanah kehidupan ini. Boleh 𝘀𝗵𝗮𝗿𝗲 nota ni untuk peringatan diri kita dan kawan-kawan yang lain. Moga bermanfaat! 👇✨ #AwalMuharram #MuhasabahDiri #NotaDrUMAY #Tausiah #Hijrah
544
19
Alhamdulillah, selesai Majlis Bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah. Majlis dimulakan dengan doa akhir tahun, diikuti tahlil, solat Maghrib berjemaah, doa awal tahun, selawat dan zikir. Majlis diakhiri dengan tausiah, minum susu serta pengijazahan. Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang hadir, sama ada secara fizikal mahupun maya. Semoga Allah membuka hijab hati kita, mengurniakan istiqamah dalam ibadah dan ketaatan, serta menjadikan tahun Hijrah ini lebih dekat dengan-Nya. آمين. Dr UMAY 16 Jun 2026 1 Muharram 1448H
361
20
+2
Немає тексту...
415