Manipulasi Strategik Orientalis Terhadap Tarikh 1136 Bermulanya Islam Di Kedah
Naratif rasmi yang mendakwa gelar 'Kedah Darul Aman' hanya wujud selepas pengislaman Maharaja Derbar Raja pada tahun 1136 Masihi adalah ralat sejarah yang terbongkar melalui bukti numismatik. Penemuan mata wang Kedah bertarikh 118 Hijrah (736 M) yang sudah mengukir gelar 'Dar al-Aman' membuktikan bahawa identiti dan kedaulatan Islamik Kedah telah sedia bertapak seawal zaman Kekhalifahan Umayyah. Kedatangan Sheikh Abdullah Al-Qumairi pada tahun 1136 M bukannya membawa pengenalan baharu, melainkan satu proses tajdid (pemurnian) ke atas institusi kesultanan yang telah mempunyai akar Islamik beberapa abad lebih awal. Penemuan Batu Ibnu Sardan 213 H ini—apabila digabungkan dengan dirham Kedah 118 H—secara mutlak mematahkan andaian kolonial bahawa masyarakat Kedah Tua berada dalam keadaan "kegelapan" sebelum abad ke-12 M. Ia mengesahkan bahawa Kedah Tua telah pun menjadi pangkalan rangkaian global intelektual-maritim Islam pada era kemuncak Khilafah Abbasiyah.
Siapakah Ibnu Sardan? Ibnu Sardan merujuk kepada tokoh/keluarga daripada klan pedagang maritim dan ulama yang berpusat di Basra, Siraf, dan Oman (pelabuhan utama Khilafah Abbasiyah di Teluk Parsi) (Sulaiman al-Tajir & Abu Zayd al-Sirafi, 916 M). Pada abad ke-8 hingga ke-9 Masihi (era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma'mun), kelompok ini menguasai laluan perdagangan laut jarak jauh (long-distance maritime trade route) yang dikenali sebagai Route to China / Silk Road of the Sea (Ibn Khordadbeh, 870 M). Dalam catatan teks pelayaran Arab purba (seperti karya Ibn Khordadbeh, 870 M dan Sulaiman al-Tajir, 916 M), pedagang-pedagang Arab-Parsi pada zaman tersebut bukan sekadar menjalankan aktiviti perniagaan komoditi seperti kayu gaharu, rempah, dan logam besi tetapi juga bertindak sebagai intelektual, ahli navigasi (nakhoda), dan da'i . Keluarga Ibnu Sardan mendirikan stesen persinggahan, zon perdagangan, dan pusat dakwah di Lembah Bujang, Kedah—sebuah pelabuhan entrepôt antarabangsa yang sangat strategik untuk mengisi bekalan air tawar, menunggu pertukaran angin monsun, serta berdagang komoditi besi dan emas Penemuan bukti material seperti Batu Ibnu Sardan bertarikh 213 H (828/829 M) mengesahkan peranan aktif kelompok ini di Lembah Bujang. Batu tersebut merupakan sebuah blok batu granit tempatan berukuran sekitar 19 cm x 37 cm yang dipahat dengan ukiran tulisan Arab/Jawi Kuno bergaya Kufi purba: "ابن سر دان ۲۱۳" (Ibnu Sardan 213). Penarikhan (213 H / 828–829 Masihi): Angka 213 Hijrah bertepatan dengan tahun 828–829 Masihi (semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah, Al-Ma'mun bin Harun Al-Rashid). Ini menjadikannya antara bukti tulisan Arab/Jawi dan penarikhan Islamiah bertulis paling tua yang pernah ditemui di Asia Tenggara. Kebiasaannya, tafsiran fungsi batu bersurat/batu nisan/penanda maqam ditafsirkan sebagai batu nisan bagi menandakan tempat semayam/kematian tokoh penting daripada keluarga Ibnu Sardan yang meninggal dunia semasa berada di Kedah Tua atau sebagai batu asas stesen dagang/wakaf: dijadikan batu penanda tapak (foundation stone) bagi menandakan zon atau bangunan pertapak dagang/madrasah yang diasaskan oleh dinasti Ibnu Sardan di Lembah Bujang.
Tindakan orientalis seperti Stamford Raffles dan R.O. Winstedt yang melabelkan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai karya mitos mencerminkan manifestasi intervensi dan campur tangan kolonial secara nyata ke atas teks berkenaan:
Meskipun tarikh 1136 Masihi (531 Hijrah) diiktiraf sebagai tarikh pengislaman rasmi institusi beraja Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa (Mahayudin Haji Yahaya, 2001), sarjana kolonial British seperti Sir Thomas Stamford Raffles, R.J. Wilkinson, dan R.O. Winstedt menggunakan strategi historiografi yang selektif untuk mengurangkan nilai sejarah peribumi (Coedès, 1968; Winstedt, 1935). Antaranya: 1)Mengecilkan Kebolehpercayaan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM): Stamford Raffles yang mengumpul manuskrip HMM, bersama R.O.