Solehah Yaacob
📈 Telegram kanali Solehah Yaacob analitikasi
Solehah Yaacob (@solehahyaacob) Malay til segmentidagi kanali faol ishtirokchi. Hozirda hamjamiyat 10 629 obunachidan iborat bo'lib, Taʼlim toifasida 18 443-o'rinni va Malayziya mintaqasida 3 439-o'rinni egallagan.
📊 Auditoriya ko‘rsatkichlari va dinamika
невідомо sanasidan buyon loyiha tez o‘sib, 10 629 obunachiga ega bo‘ldi.
28 Iyul, 2026 dagi oxirgi ma’lumotlarga ko‘ra kanal barqaror faollikka ega. Oxirgi 30 kunda obunachilar soni -86 ga, so‘nggi 24 soatda esa -6 ga o‘zgardi va umumiy qamrov yuqori darajada qolmoqda.
- Tasdiqlash holati: Tasdiqlanmagan
- Jalb etish (ER): Auditoriya o‘rtacha 19.99% darajada jalb etiladi. Nashrdan keyingi dastlabki 24 soatda kontent odatda umumiy obunachilar sonining 7.64% ini tashkil etuvchi reaksiyalarni to‘playdi.
- Post qamrovi: Har bir post o‘rtacha 2 125 marta ko‘riladi; birinchi sutkada odatda 812 ta ko‘rish yig‘iladi.
- Reaksiyalar va o‘zaro ta’sir: Auditoriya faol: har bir postga o‘rtacha 29 ta reaksiya keladi.
📝 Tavsif va kontent siyosati
Muallif resursni shaxsiy fikrni ifoda etish maydoni sifatida ta’riflaydi:
“Professor,
The Philosophy of Arabic Grammar”
Yuqori yangilanish chastotasi (oxirgi ma’lumot 29 Iyul, 2026 da olingan) sababli kanal doimo dolzarb va katta qamrovli bo‘lib qoladi. Analitika auditoriya kontent bilan faol hamkorlik qilishini, uni Taʼlim toifasidagi muhim ta’sir nuqtasiga aylantirishini ko‘rsatadi.
Barzel Besi menunjukkan kedekatan evolusi bunyi yang sangat intim dan selari. Pakar bahasa memperakui melalui rekod kamus The Assyrian Dictionary of the Oriental Institute of the University of Chicago (CAD) (University of Chicago, 1956-2010) serta pencerakian data Dercksen (1992) bahawa Parzillu/Barzel itu sendiri bukanlah perkataan asal golongan Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada lapisan peradaban asing yang jauh lebih tua (Dercksen, 1992; University of Chicago, 1956-2010). Adapun Sanskrit Menggunakan "Ayas": Di dalam keseluruhan manuskrip purba India dan kamus bahasa Sanskrit kuno, perkataan asli untuk menamakan zat atau bijih besi ialah "Ayas". Analisis Perbandingan: Istilah Ayas langsung tidak mempunyai titik persamaan, asimilasi bunyi, mahupun struktur morfologi dengan kata Besi. Berdasarkan penelitian leksikografi A Sanskrit-English Dictionary oleh Monier-Williams (1899), kata "Vasi" di dalam Sanskrit pula hanya merujuk kepada alat perkakas seperti kapak atau pukulan tukul pada era yang lebih moden, bukannya nama asal bagi zat logam (Monier-Williams, 1899). Kesimpulan autonomi, sekiranya industri besi Melayu (seperti di Sungai Batu, Kedah) diasaskan oleh pemindahan teknologi dari India, masyarakat Melayu purba pasti akan memanggil logam tersebut dengan panggilan Ayas. Keberadaan istilah eksklusif "Besi" membuktikan minda kognitif rumpun Melayu menolak naratif Indo-sentris dan mengekalkan bahasa induknya sendiri.man made bukan natural. Sesungguhnya H. G. Wells telah terkhilaf mengatakan bahawa bangsa Aryan ini datang dari sekitar Lembah Indus. Padahal tamadun hebat sudah bermula di Timur jauh, iaitu pentas Sunda. Adapun bukti kemunculan bangsa Meluhha ini di Lembah Indus adalah hasil persinggahan mereka sebelum ke Mesopotamia. Para refugia dari pentas Sunda ini telah berhijrah ke Mesopotamia, antaranya menetap di wilayah Ur (tempat asal Nabi Ibrahim as), Uruk (tempat munculnya Gilgamesh) dan Lagash, melalui pelabuhan Magan dan Dilmun. Penulisan Cuneiform dari bangsa Sumeria ini dikatakan menyerupai teknik tulisan rencong. Di mana rencong merupakan tulisan bersiku kerana ia ditulis atas buluh yang sukar untuk menulis dalam bentuk bulat (tulisan semitik). Justeru, tulisan ini terpisah dari keluarga tulisan Semitik. Tulisan Cuneiform pula ditulis atas tanah liat kerana di Mesopotamia tidak mempunyai buluh, atau penulisan atas kayu atau batang pokok tidak popular di sana. Justeru, pelarian dari pentas Sunda tadi mula mencipta tulisan tersebut di atas tanah liat. Kemudian tulisan atas tanah liat ini dinamakan oleh orientalis sebagai cuneiform. Hakikatnya, ia adalah konsep tulisan rencong yang dibawa memorinya oleh bangsa induk pentas Sunda ke sana. Bangsa yang dikenali sebagai Meluhha dalam catatan tulisan paku cuneiform ini dikatakan berintelektual tinggi di mana sistem perundangan, pendidikan dan sosial sudah wujud dalam kalangan mereka. Orientalis menamakan mereka ini Sumeria kerana mereka bukan bangsa Semitik. Mereka non-Semitic datang dari timur jauh. Mereka ini pembersih dan bertauhid. Justeru, ditulis dalam catatan-catatan cuneiform, nama mereka bermula dengan 'Me', bermaksud suci dan menyucikan, kerana sentiasa menjaga kebersihan. Di tempat mereka ada sejenis pokok yang mengeluarkan bau yang wangi, iaitu gaharu. Mereka menetap di tiga buah wilayah Ur (wilayah Nabi Ibrahim as), Uruk(wilayah didiami Gilgamesh) dan Lagash. Terdapat beberapa perkataan bahasa aglutinatif (non-Semitik, bahasa bangsa induk Pentas Sunda) yang didapati terdapat dalam tulisan cuneiform ini, antaranya perkataan Tukul (disebut dalam catatan perundangan sebagai senjata yang akan digunakan untuk menghukum). Mereka juga menggunakan perkataan berganda seperti K-Ur; K-Ur bermaksud gunung-gunung. Ia menyerupai teknik bahasa Melayu yang menggunakan tulisan berganda. Begitu juga pakar filologi Barat mengakui bahawa kata Parzillu atau Barzel itu bukan berasal daripada bahasa Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada sebuah "peradaban asing yang jauh lebih tua yang telah hilang daripada rekod Timur Tengah" (Dercksen, 1992). Peradaban tua yang hilang itu ialah Pentas Sunda (Sundaland). Perkataan "Besi" ialah acuan sebutan asal daripada bahasa proto-induk sejagat sebelum berlakunya Banjir Besar Younger Dryas. Kelompok pelarian (refugia) membawa istilah ini ke Mesopotamia lalu dikodifikasikan menjadi Parzillu, manakala leluhur kita di Nusantara mengekalkan kemandirian sebutan asalnya menjadi kata Besi merentasi alaf.MISTERI PENIPUAN KAPAL ROM AKAN DIBONGKAR DALAM PELAYARAN TAMADUN ISLAM. ISU KAPAL ROM YANG MENJADI GEGAK GEMPITA SUATU KETIKA DULU BAKAL DILENYAPKAN SEDIKIT MASA LAGI. ANDA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA-BERSAMA KEDUA-DUA AHLI PANEL INI BOLEH SEGERA MENDAFTAR. SESUNGGUHNYA TEMPAT AMAT TERHAD. SUDAH TENTU BEBERAPA HADIAH ISTIMEWA BAKAL DIBERIKAN KEPADA PESERTA YANG MENDAFTAR.
JOM!!! SAMA-SAMA KITA TELUSURI LAUTAN WARISAN TOK NENEK KITA BANGSA MELAYU BANGSA AGUNG PELAYARAN.