ru
Feedback
Solehah Yaacob

Solehah Yaacob

Открыть в Telegram

Professor, The Philosophy of Arabic Grammar

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Solehah Yaacob

Канал Solehah Yaacob (@solehahyaacob) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 10 629 подписчиков, занимая 18 443 место в категории Образование и 3 439 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 10 629 подписчиков.

Согласно последним данным от 28 июля, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -86, а за последние 24 часа — -6, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 19.99%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 7.64% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 125 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 812 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 29.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Professor, The Philosophy of Arabic Grammar

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 29 июля, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Образование.

10 629
Подписчики
-624 часа
-137 дней
-8630 день
Архив постов
Di Asia Tenggara, bahasa Melayu adalah satu-satunya bahasa yang menggunakan istilah "Besi" untuk zat logam ini. Tamadun jiran seperti Thai (menggunakan Lek), Austroasiatik, mahupun dialek-dialek Cina menggunakan struktur bunyi yang berbeza sama sekali. Eksklusiviti ini menunjukkan bahawa kosa kata "Besi" terselamat (survived) sebagai warisan tulen daripada kodifikasi minda fitrah bangsa Nusantara di alam Melayu. Secara mikrolinguistik, laras fonetik Parzillu Barzel Besi menunjukkan kedekatan evolusi bunyi yang sangat intim dan selari. Pakar bahasa memperakui melalui rekod kamus The Assyrian Dictionary of the Oriental Institute of the University of Chicago (CAD) (University of Chicago, 1956-2010) serta pencerakian data Dercksen (1992) bahawa Parzillu/Barzel itu sendiri bukanlah perkataan asal golongan Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada lapisan peradaban asing yang jauh lebih tua (Dercksen, 1992; University of Chicago, 1956-2010). Adapun Sanskrit Menggunakan "Ayas": Di dalam keseluruhan manuskrip purba India dan kamus bahasa Sanskrit kuno, perkataan asli untuk menamakan zat atau bijih besi ialah "Ayas". Analisis Perbandingan: Istilah Ayas langsung tidak mempunyai titik persamaan, asimilasi bunyi, mahupun struktur morfologi dengan kata Besi. Berdasarkan penelitian leksikografi A Sanskrit-English Dictionary oleh Monier-Williams (1899), kata "Vasi" di dalam Sanskrit pula hanya merujuk kepada alat perkakas seperti kapak atau pukulan tukul pada era yang lebih moden, bukannya nama asal bagi zat logam (Monier-Williams, 1899). Kesimpulan autonomi, sekiranya industri besi Melayu (seperti di Sungai Batu, Kedah) diasaskan oleh pemindahan teknologi dari India, masyarakat Melayu purba pasti akan memanggil logam tersebut dengan panggilan Ayas. Keberadaan istilah eksklusif "Besi" membuktikan minda kognitif rumpun Melayu menolak naratif Indo-sentris dan mengekalkan bahasa induknya sendiri.

Menjawab soalan AU Qariah saya nak Tanya.,maksud tulisan "tertua" tu adakah tertua di Dunia.? Tulisan Rencong adalah tulisan asal bangsa induk Pentas Sunda Tulisan Rencong adalah tulisan asal bangsa induk pentas sunda. Ia digunakan oleh bangsa ini sebelum tenggelamnya Pentas sunda sekitar sebelum 8,000 tahun yang lalu. Bermakna sebelum 8,000 tahun terdapat tamadun besar di Lembah Pentas Sunda yang dipercayai tanahnya beriklim savana. Ini terbukti dengan wujudnya piramid Gunung Padang sekitar 25,000 tahun . Ia dibina dengan menggunakan batu2 megalit yang bermutu tinggi, ia terhasil dari letusan gunung berapi berjuta2 tahun dahulu. Maka dari batu megalit ini, bangsa Induk pentas sunda telah mencipta piramid yang berundak empat segi di puncak2 gunung di mana setiap tangga yang berundak empat segi itu mempunyai simen untuk menyambungkan setiap pundak yang dibina. Bentuk piramid yang terawal di dunia adalah berundak empat segi. Ia terhasil dari bangsa induk pentas sunda. Ini menunjukkan ia terhasil dari man made bukan natural. Sesungguhnya H. G. Wells telah terkhilaf mengatakan bahawa bangsa Aryan ini datang dari sekitar Lembah Indus. Padahal tamadun hebat sudah bermula di Timur jauh, iaitu pentas Sunda. Adapun bukti kemunculan bangsa Meluhha ini di Lembah Indus adalah hasil persinggahan mereka sebelum ke Mesopotamia. Para refugia dari pentas Sunda ini telah berhijrah ke Mesopotamia, antaranya menetap di wilayah Ur (tempat asal Nabi Ibrahim as), Uruk (tempat munculnya Gilgamesh) dan Lagash, melalui pelabuhan Magan dan Dilmun. Penulisan Cuneiform dari bangsa Sumeria ini dikatakan menyerupai teknik tulisan rencong. Di mana rencong merupakan tulisan bersiku kerana ia ditulis atas buluh yang sukar untuk menulis dalam bentuk bulat (tulisan semitik). Justeru, tulisan ini terpisah dari keluarga tulisan Semitik. Tulisan Cuneiform pula ditulis atas tanah liat kerana di Mesopotamia tidak mempunyai buluh, atau penulisan atas kayu atau batang pokok tidak popular di sana. Justeru, pelarian dari pentas Sunda tadi mula mencipta tulisan tersebut di atas tanah liat. Kemudian tulisan atas tanah liat ini dinamakan oleh orientalis sebagai cuneiform. Hakikatnya, ia adalah konsep tulisan rencong yang dibawa memorinya oleh bangsa induk pentas Sunda ke sana. Bangsa yang dikenali sebagai Meluhha dalam catatan tulisan paku cuneiform ini dikatakan berintelektual tinggi di mana sistem perundangan, pendidikan dan sosial sudah wujud dalam kalangan mereka. Orientalis menamakan mereka ini Sumeria kerana mereka bukan bangsa Semitik. Mereka non-Semitic datang dari timur jauh. Mereka ini pembersih dan bertauhid. Justeru, ditulis dalam catatan-catatan cuneiform, nama mereka bermula dengan 'Me', bermaksud suci dan menyucikan, kerana sentiasa menjaga kebersihan. Di tempat mereka ada sejenis pokok yang mengeluarkan bau yang wangi, iaitu gaharu. Mereka menetap di tiga buah wilayah Ur (wilayah Nabi Ibrahim as), Uruk(wilayah didiami Gilgamesh) dan Lagash. Terdapat beberapa perkataan bahasa aglutinatif (non-Semitik, bahasa bangsa induk Pentas Sunda) yang didapati terdapat dalam tulisan cuneiform ini, antaranya perkataan Tukul (disebut dalam catatan perundangan sebagai senjata yang akan digunakan untuk menghukum). Mereka juga menggunakan perkataan berganda seperti K-Ur; K-Ur bermaksud gunung-gunung. Ia menyerupai teknik bahasa Melayu yang menggunakan tulisan berganda. Begitu juga pakar filologi Barat mengakui bahawa kata Parzillu atau Barzel itu bukan berasal daripada bahasa Semitik, melainkan kata pinjaman kuno daripada sebuah "peradaban asing yang jauh lebih tua yang telah hilang daripada rekod Timur Tengah" (Dercksen, 1992). Peradaban tua yang hilang itu ialah Pentas Sunda (Sundaland). Perkataan "Besi" ialah acuan sebutan asal daripada bahasa proto-induk sejagat sebelum berlakunya Banjir Besar Younger Dryas. Kelompok pelarian (refugia) membawa istilah ini ke Mesopotamia lalu dikodifikasikan menjadi Parzillu, manakala leluhur kita di Nusantara mengekalkan kemandirian sebutan asalnya menjadi kata Besi merentasi alaf.

photo content
+2

🌸 JEMPUTAN KHAS UNTUK WANITA 🌸 Ayuh sertai Majlis Ilmu & Hi-Tea: Wanita Tiang Seri Peradaban yang bakal menghimpunkan wanita hebat untuk menimba ilmu, berkongsi inspirasi dan mengeratkan silaturahim. ✨ Bersama penceramah istimewa: Prof. Dr. Solehah Yaacob 📅 Tarikh: 19 Julai 2026 (Ahad) 🕑 Masa: 2.00 Petang 📍 Tempat: Flora Terrace Restaurant, Wisma Tancom, Kuala Lumpur Jangan lepaskan peluang menghadiri majlis yang penuh manfaat ini. Jom hadir bersama keluarga dan sahabat. Tempat adalah terhad! 📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster atau hubungi Hariyati: 019-302 0274 untuk maklumat lanjut. "Wanita berilmu, keluarga gemilang, ummah cemerlang." 🌷

photo content

This book also covers ancient kingdoms that are less frequently highlighted in history, such as the Kingdom of Aram, the Hammurabi Empire, Assyria, Nabatea, Qaidar, Ghasasanah, and Palmyra, which lead to discussions on major Arab dynasties. One notable figure is the female ruler Zenobia (Az-Zabba’), a name cited by some language historians. She was renowned for her wisdom in managing her kingdom and her mastery of several scholarly languages, including Greek and Latin. It is clear that evidence found on the inscription has become an essential historical source and is widely discussed in this book to support the narratives. For example, the stone inscriptions of Imru’ al-Qays and Ummu Jamal provide strong evidence that the evolution of Arabic writing began long before previously thought. Linguists believe that the development of writing systems and vocabulary in a language reflects the intellectual development of the communities that used them. This leads to a discussion on the word “Allah” and the history of its written form. The holy scriptures revealed before the Quran, namely the Torah, Gospels, and Psalms, used languages suited to the intellectual capacity of the people at their respective times. And Allah knows best. Solehah Yaacob 2026 Kuala Lumpur.

For instance, both accounts mention that several days after the flood (on the seventh day on the ark), the main character, known as Utnapishtim, released some birds through a window. The birds returned three days later, signalling that no land had yet appeared, as everything was still submerged by the floodwaters. He released the birds a second time, and again they returned to the arc. When released the third time, none of the birds came back, and Utnapishtim then understood that the waters had begun to recede and land had emerged. If this theory is correct, it becomes evident that the detailed account of the Great Deluge in the Torah was written by human hands, not a revelation from God. Another interesting point is that numerous names of Arab tribes that once inhabited the land, such as ʿAad and Thamud, were omitted from the genealogical tree in the Torah when describing the descendants of Noah. This includes the children of Aram (grandson of Noah), namely Aus, Ghasir, and Jaser, who are known by historians as al-Arab al-Bā’idah al-Ula (The First Lost Arabs), and are considered the ancestors of ʿAad and Thamud, tribes collectively referred to as al-Arab al- Bā’idah (The Lost Arabs). The story of Prophet Ibrahim, who had a third wife besides Sarah (the daughter of his uncle Haran) and Hajar (formerly a palace maid of the Pharaoh), is also discussed. The story of Prophet Lut (a relative of Sarah) and the destruction of Pompeii is also mentioned. The greatness of King Sargon and King Hammurabi is also highlighted by evidence from stone inscriptions and ancient Jewish scriptures. This book also explores the famous Code of Hammurabi, which is said to resemble the Code of Moses. Some linguists believe that the Code of Moses was influenced by, or was even a direct product of, the Code of Hammurabi, written 800 years earlier. This is especially plausible since the Kingdom of Hammurabi maintained extensive written records, making borrowing, adaptation or even plagiarism possible. If true, it could further support the claim that Jewish rabbis wrote parts of the Torah on their own, based on earlier sources such as the Code of Hammurabi, without acknowledging their references. This theory is partially supported by the belief that Musa destroyed the original tablet containing the Code of Moses after descending from Tur Sina (Mount Sinai), as he was deeply angered upon finding his people worshipping a golden calf. Although some scholars argue that the tablet may have survived after being reconstructed from its fragments, the incident where Musa and his followers were lost and wandering for 40 years in the desert of Tieh (Wadi Ar-Rum) on their way to Palestine makes its survival unlikely. The battles fought during that period further reduce the likelihood that the Code of Moses survived. Another fascinating topic addressed in this book concerns the language Musa used when writing the Code of Moses. Western linguists claim that Aramaic was the lingua franca from the 17th century BC to the first century BC. Yet the Torah and Gospels are widely believed to have originally been written in Hebrew. There is a theory that Jewish rabbis mixed Hebrew with Aramaic and Phoenician, eventually influencing the language used in writings in the Torah. The discussion on language and the changes in writing system forms the foundation of this book, relying on case studies drawn from the stories of the prophets and evidence from stone inscriptions. The discussion is further expanded with a description of the relationship between Palestine and the Greeks. It is believed that Greek writing originally proceeded from right to left under the influence of Phoenician (a West Semitic language) before later switching to left to right. There are also notable similarities between the writing style of Homer’s Iliad and Odyssey (composed 750 BCE) and ancient Arab poetry, particularly in the use of rhyme, indicating that these works were originally memorised rather than written.

Beliau terkenal dengan kebijaksanaannya dalam menguruskan kerajaan serta penguasaannya dalam beberapa bahasa ilmiah, termasuk bahasa Yunani dan Latin. Jelaslah bahawa bukti yang ditemui pada prasasti telah menjadi sumber sejarah yang penting dan dibincangkan secara meluas dalam buku ini bagi menyokong naratif yang diketengahkan. Sebagai contoh, prasasti batu Imru' al-Qays dan Ummu Jamal memberikan bukti kukuh bahawa evolusi tulisan Arab telah bermula jauh lebih awal daripada apa yang difikirkan sebelum ini. Pakar linguistik percaya bahawa perkembangan sistem tulisan dan kosa kata dalam sesuatu bahasa mencerminkan perkembangan intelek masyarakat yang menggunakannya. Ini membawa kepada perbincangan mengenai kalimah "Allah" dan sejarah bentuk tulisannya. Kitab-kitab suci yang diturunkan sebelum al-Quran, iaitu Taurat, Injil, dan Zabur, menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan kapasiti intelek manusia pada zaman masing-masing. Dan Allah lebih mengetahui (Wallahu a'lam). Solehah Yaacob 2026 Kuala Lumpur. After the mega explosion of the Big Bang, planet Earth became divided into two parts, namely the earth’s surface and the sky, each consisting of seven layers (as mentioned in the Quran, Torah, and Gospel). The period when life first emerged on this planet is known as the Palaeozoic era. At that time, the environment was relatively calm, with non-flowering plants like mosses that flourished in swamps, but with no sound of birds chirping. It was undoubtedly quite a lonely world, inhabited only by small creatures such as fish, lizards, leeches, frogs, dragonflies, and similar forms of life. However, the Earth’s ecology began to change with the beginning of the Mesozoic era, or precisely the Reptilian era, when dinosaurs and gigantic ancient animals came into existence. The world became filled with dense wilderness. This era ended when an asteroid collided with the Earth, causing a tremendous explosion. The impact of this collision is believed to have caused the extinction of an enormous population of animals that existed on Earth, particularly herbivores and carnivores. Prophet Adam (peace be upon him; PBUH) and Hawa were sent down to earth as a result of the wrath of Allah, marking the beginning of a flourishing world that would, in time, give rise to many significant events recorded in history. Human beings then began to spread across the earth, starting with the descendants of Prophet Adam, namely Seth and his partner Hazura. Climatic and weather conditions are said to have been the main factors driving human migration to various regions in Asia, Europe, Africa, and the Arabian Peninsula. This theory is also supported by the discovery of the Perak Man and Perak Woman in Lenggong, Perak, Malaysia. While the story of Prophet Idris is rarely mentioned due to the scarcity of authentic historical sources, the story of Prophet Noah and the Great Deluge, according to historians, is quite the opposite. The incident provides evidence for the existence of early human beings and the creation of the universe. It is narrated in the Quran, the Torah, and the Gospels, and also appears in stone inscriptions. Linguists, historians, and archaeologists are still investigating whether the flood narrative carved onto stone tablets, specifically the Epic of Gilgamesh, written in mismariyyah (cuneiform) script in the Akkadian language, describes the same event mentioned in the Torah. The story of the flood on the eleventh tablet closely resembles the account of the Great Deluge in the Torah. Historians believe that the event of Noah’s flood took place around 5000 BC- 4800 BC, while the inscription of the Epic of Gilgamesh dates to around 4000 BC. The time of Prophet Musa, in contrast, is considered to be between 1500 and 1200 BC. Some scholars think that the flood story recorded in the Torah was based on the same narrative found in the Epic of Gilgamesh, due to several similarities found in both accounts.

Satu lagi perkara yang menarik ialah banyak nama suku kaum Arab yang pernah mendiami tanah tersebut, seperti ʿAd dan Thamud, telah digugurkan daripada salasilah keluarga dalam Taurat semasa menggambarkan keturunan Nuh. Ini termasuklah anak-anak Aram (cucu Nuh), iaitu Aus, Ghasir, dan Jaser, yang dikenali oleh para sejarawan sebagai al-Arab al-Bā’idah al-Ula (Kaum Arab Terdahulu yang Telah Lenyap), dan dianggap sebagai nenek moyang kepada kaum ʿAd dan Thamud—suku-suku kaum yang secara kolektifnya dipanggil sebagai al-Arab al-Bā’idah (Kaum Arab yang Telah Lenyap). Kisah Nabi Ibrahim, yang mempunyai isteri ketiga selain Sarah (anak perempuan bapa saudaranya, Haran) dan Hajar (bekas hamba istana Firaun), turut dibincangkan. Kisah Nabi Lut (kaum keluarga Sarah) dan kemusnahan Pompeii juga ada disebutkan. Keagungan Raja Sargon dan Raja Hammurabi turut diketengahkan melalui bukti yang ditemui pada prasasti batu dan kitab Yahudi purba. Buku ini juga meneroka Code of Hammurabi (Kanun Hammurabi) yang terkenal, yang dikatakan menyerupai Kanun Musa. Sesetengah pakar linguistik percaya bahawa Kanun Musa telah dipengaruhi oleh, atau merupakan hasil langsung daripada Kanun Hammurabi, yang ditulis 800 tahun lebih awal. Hal ini amat munasabah memandangkan Kerajaan Hammurabi menyimpan rekod bertulis yang sangat luas, sekali gus membolehkan berlakunya peminjaman, penyesuaian, atau pun plagiarisme. Jika benar, ia boleh menyokong lagi dakwaan bahawa para rabi Yahudi menulis sendiri sebahagian daripada Taurat berdasarkan sumber-sumber terdahulu seperti Kanun Hammurabi, tanpa menyatakan rujukan mereka. Teori ini disokong sebahagiannya oleh kepercayaan bahawa Musa telah menghancurkan tablet asal yang mengandungi Kanun Musa selepas turun dari Tur Sina (Gunung Sinai) kerana beliau teramat marah apabila mendapati kaumnya menyembah patung anak lembu emas. Walaupun sesetengah sarjana berhujah bahawa tablet tersebut mungkin terselamat selepas dibina semula daripada serpihannya, peristiwa di mana Musa dan pengikutnya tersesat dan merayau-rayau selama 40 tahun di padang pasir Tieh (Wadi Ar-Rum) dalam perjalanan ke Palestin menjadikan kelangsungan tablet tersebut agak mustahil. Peperangan yang berlaku dalam tempoh tersebut mengurangkan lagi kebarangkalian Kanun Musa untuk terselamat. Satu lagi topik menarik yang diulas dalam buku ini adalah mengenai bahasa yang digunakan oleh Musa semasa menulis Kanun Musa. Pakar linguistik Barat mendakwa bahawa bahasa Aram (Aramaic) merupakan lingua franca dari abad ke-17 SM hingga abad pertama SM. Namun begitu, Taurat dan Injil dipercayai secara meluas pada asalnya ditulis dalam bahasa Ibrani (Hebrew). Wujud satu teori bahawa para rabi Yahudi telah mencampuradukkan bahasa Ibrani dengan bahasa Aram dan Phoenicia, yang akhirnya mempengaruhi bahasa yang digunakan dalam penulisan Taurat. Perbincangan mengenai bahasa dan perubahan dalam sistem tulisan membentuk asas kepada buku ini, dengan bersandarkan kepada kajian kes yang diambil daripada kisah para nabi dan bukti daripada prasasti batu. Perbincangan ini dikembangkan lagi dengan huraian tentang hubungan antara Palestin dan orang Yunani (Greeks). Dipercaya bahawa tulisan Yunani pada asalnya ditulis dari kanan ke kiri di bawah pengaruh bahasa Phoenicia (sebuah bahasa Semitik Barat) sebelum kemudiannya bertukar dari kiri ke kanan. Terdapat juga persamaan yang ketara antara gaya penulisan karya Iliad dan Odyssey oleh Homer (digubah pada 750 SM) dengan puisi Arab purba, terutamanya dalam penggunaan rima, yang menunjukkan bahawa karya-karya ini pada asalnya dihafal dan bukannya ditulis. Buku ini turut merangkumi kerajaan-kerajaan purba yang jarang diketengahkan dalam sejarah, seperti Kerajaan Aram, Empayar Hammurabi, Assyria, Nabatea, Qaidar, Ghassanah, dan Palmyra, yang membawa kepada perbincangan mengenai dinasti-dinasti besar Arab. Salah seorang tokoh yang menonjol ialah pemerintah wanita, Zenobia (Az-Zabba’), nama yang sering dipetik oleh sesetengah sejarawan bahasa.

PRAKATA BUKU LINGUA REVOLUTION AND HUMAN CIVILIZATION: ITS IMPACT ON INDIGENOUS CULTURE Selepas letupan mega Big Bang, planet Bumi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu permukaan bumi dan langit, yang mana masing-masing terdiri daripada tujuh lapisan (seperti yang dinyatakan dalam al-Quran, Taurat, dan Injil). Zaman ketika hidupan mula muncul di planet ini dikenali sebagai era Paleozoik. Pada masa itu, keadaan alam sekitar agak tenang, dengan tumbuhan tidak berbunga seperti lumut tumbuh subur di kawasan paya, namun tanpa sebarang bunyi kicauan burung. Ia pastinya sebuah dunia yang agak sunyi, hanya dihuni oleh makhluk-makhluk kecil seperti ikan, cicak, lintah, katak, pepatung, dan hidupan seumpamanya. Namun begitu, ekologi bumi mula berubah dengan bermulanya era Mesozoik, atau lebih tepat lagi era Reptilia, apabila dinosaur dan haiwan purba gergasi mula wujud. Dunia menjadi dipenuhi dengan hutan belantara yang tebal. Era ini berakhir apabila sebuah asteroid berlanggar dengan bumi, lalu mencetuskan letupan yang amat dahsyat. Kesan daripada pelanggaran ini dipercayai telah menyebabkan kepupusan populasi haiwan yang amat besar di bumi, terutamanya haiwan herbivor dan karnivor. Nabi Adam (alaihis salam; AS) dan Hawa telah diturunkan ke bumi akibat kemurkaan Allah, sekaligus menandakan permulaan dunia yang berkembang subur yang mana, lama-kelamaan, bakal menyaksikan banyak peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah. Manusia kemudiannya mula berkembang ke seluruh pelosok bumi, bermula dengan keturunan Nabi Adam, iaitu Syith dan pasangannya Hazura. Keadaan iklim dan cuaca dikatakan menjadi faktor utama yang mendorong migrasi manusia ke pelbagai wilayah di Asia, Eropah, Afrika, dan Semenanjung Arab. Teori ini turut disokong oleh penemuan Perak Man (Manusia Perak) dan Perak Woman (Wanita Perak) di Lenggong, Perak, Malaysia. Walaupun kisah Nabi Idris jarang disebut disebabkan kekurangan sumber sejarah yang sahih, kisah Nabi Nuh dan Banjir Besar pula adalah sebaliknya menurut para sejarawan. Peristiwa tersebut memberikan bukti tentang kewujudan manusia awal dan penciptaan alam semesta. Ia diceritakan di dalam al-Quran, Taurat, dan Injil, serta turut terdapat pada tulisan prasasti batu. Pakar linguistik, sejarawan, dan ahli arkeologi masih menyiasat sama ada naratif banjir yang dipahat pada tablet batu, khususnya Epic of Gilgamesh (Epik Gilgamesh) yang ditulis dalam tulisan mismariyyah (kuneiform) dalam bahasa Akkadia, menggambarkan peristiwa yang sama seperti yang disebut dalam Taurat. Kisah banjir pada tablet kesebelas mempunyai persamaan yang amat ketara dengan kisah Banjir Besar dalam Taurat. Para sejarawan percaya bahawa peristiwa banjir Nabi Nuh berlaku sekitar tahun 5000 SM–4800 SM, manakala prasasti Epik Gilgamesh bertarikh sekitar tahun 4000 SM. Sebaliknya, zaman Nabi Musa pula dianggap berada di antara tahun 1500–1200 SM. Sesetengah sarjana berpandangan bahawa kisah banjir yang direkodkan dalam Taurat adalah bersandarkan kepada naratif sama yang ditemui dalam Epik Gilgamesh, disebabkan oleh beberapa persamaan yang terdapat dalam kedua-dua kisah tersebut. Sebagai contoh, kedua-dua kisah menyatakan bahawa beberapa hari selepas banjir (pada hari ketujuh di dalam bahtera), watak utama yang dikenali sebagai Utnapishtim, telah melepaskan beberapa ekor burung melalui tingkap. Burung-burung tersebut kembali tiga hari kemudian, menandakan bahawa belum ada daratan yang kelihatan kerana segalanya masih ditenggelami air banjir. Beliau melepaskan burung-burung itu buat kali kedua, dan sekali lagi ia kembali ke bahtera. Apabila dilepaskan buat kali ketiga, tiada lagi burung yang kembali, dan Utnapishtim mula memahami bahawa air telah mula surut dan daratan telah muncul. Sekiranya teori ini benar, maka jelaslah bahawa kisah terperinci mengenai Banjir Besar dalam Taurat telah ditulis oleh tangan manusia, bukannya wahyu daripada Tuhan.

CamScanner 04-06-2026 22.14(1).pdf3.84 MB

📚 Buku ini bukan sekadar tentang bahasa. Tahukah anda bahawa bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk tamadun manusia sejak zaman awal peradaban? Selepas hampir 7 tahun melalui proses penyelidikan, penulisan dan kemas kini, akhirnya buku LINGUA REVOLUTION AND HUMAN CIVILIZATION: ITS IMPACT ON INDIGENOUS CULTURE terbitan DBP kini berada di tangan pembaca. Buku setebal 430 halaman ini menghimpunkan perbincangan mengenai: 🔹 Evolusi bahasa 🔹 Pembentukan tamadun manusia 🔹 Sejarah Timur Dekat Purba 🔹 Budaya masyarakat pribumi 🔹 Pemikiran kritis sejak awal kewujudan manusia Jika anda meminati bidang bahasa, sejarah dan tamadun, buku ini pasti menjadi koleksi yang sangat berharga. 📲 Untuk tempahan, klik WhatsApp: 👉 https://wa.me/601174643234 #DBP #LinguaRevolution #HumanCivilization #Sejarah #Bahasa #Tamadun #BukuBaharu #ProfSolehah

photo content

photo content

𝐁𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐜𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚? 𝐵𝑒𝑛𝑎𝑟𝑘𝑎ℎ 𝑎𝑠𝑎𝑙 𝑢𝑠𝑢𝑙 𝑏𝑎ℎ𝑎𝑠𝑎, 𝑡𝑒𝑜𝑙𝑜𝑔𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑎𝑚𝑎𝑑𝑢𝑛 𝑚𝑎𝑛𝑢𝑠𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑚𝑢𝑙𝑎 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑑𝑖𝑎𝑗𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛? 𝐴𝑡𝑎𝑢 𝑚𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑒𝑝𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛-𝑘𝑒𝑝𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑗𝑎𝑟𝑎ℎ 𝑦𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑖𝑙𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑟𝑎𝑡𝑖𝑓 𝑎𝑟𝑢𝑠 𝑝𝑒𝑟𝑑𝑎𝑛𝑎? Petang ini, 𝐏𝐫𝐨𝐟. 𝐃𝐫. 𝐒𝐨𝐥𝐞𝐡𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐚𝐜𝐨𝐛 akan membawa kita menelusuri satu perbincangan yang membuka perspektif baharu melalui tajuk: 𝐏𝐑𝐀𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐄𝐏𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝑹𝙚𝒌𝙤𝒏𝙨𝒕𝙧𝒖𝙠𝒔𝙞 𝘼𝒔𝙖𝒍 𝑼𝙨𝒖𝙡 𝙏𝒆𝙤𝒍𝙤𝒈𝙞, 𝑩𝙖𝒉𝙖𝒔𝙖 𝙙𝒂𝙣 𝙋𝒆𝙧𝒂𝙙𝒂𝙗𝒂𝙣 𝙈𝒂𝙣𝒖𝙨𝒊𝙖. 🗓 Rabu | 1 Julai 2026 🕝 2.30 Petang 📍 Siaran Langsung di TikTok MindHeart & TikTok Prof. Solehah 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝘂 𝗻𝗼𝘁𝗮. 𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮-𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮.

https://www.facebook.com/share/p/17siHYuoTn/ Penemuan-penemuan begini bakal meruntuhkan naratif historiografi kolonial Barat dan sarjana Eurosentrik. Terima Kasih Lembaga Pusat Data Artefak dan Sejarah Nusantara Jambi (Pudas) Jambi kerana menghubungi saya untuk menghantar artifak-artifak hebat bangsa Melayu yang sudah lama wujud di bumi Jambi. Sesungguhnya pencarian artifak-artifak ini masih berterusan dan bakal meruntuhkan naratif historiografi kolonial Barat, tinggalan budaya megalitik di Asia Tenggara—khususnya monumen batu tegak atau menhir—sering kali diklasifikasikan secara simplistik sebagai produk kebudayaan animisme zaman batu purba yang tidak memiliki struktur sains atau falsafah yang tinggi. Sarjana Eurosentris meletakkan masyarakat prasejarah Alam Melayu dalam kasta kebudayaan materialistik sekunder yang pasif, yang kononnya hidup tanpa pengodifikasian bahasa, simbol abstrak, mahupun keteraturan peradaban bersistem. Artifak-artifak ini bukti kukuh bangsa Melayu sudah lama wujud mengatasi kewujudan bangsa-bangsa lain. Tamadun bangsa ini sungguh tinggi. Kenapa ia mahu disenyapkan? 1) Menhir, budaya berlibur masyarakat Melayu Minangkabau, situs Mahek, 50 koto, skeleton di sana karbon dating 5000-3000 BC. 2)Alat upacara bahan Perunggu tahun 300 BC- 200 AD temuan di kawasan Candi Sematang Pundung, Kumpeh, Jambi, 3)Candrasa Perunggu alat ibadah masyarakat Melayu temuan Tebo, Jambi, sekitar Bukit Siguntang dan Candi Sumay, budaya zaman Perunggu tahun 200 BC- 300 AD, 4)Belt Bronze abad ke 4 AD, temuan Musi Rawas, Sumatera Selatan, Sungai Kelingi dekat Bengkulu, 5) Cincin perak lapis emas dengan ukiran aksara Brahmic, pembacaan : La Ilaa Ha Illallaah. Aksara Brahmic digunakan di Asia Tenggara sekitar abad ke 7-8 Masehi, temuan Sungai Jambi, Batanghari. Ini bukti kukuh Islam sudah bertapak ketika ini, maksudnya orang ramai tahu apa itu لا إله إلا الله محمد رسول الله. Secara tak langsung, bukti-bukti ini mengukuhkan penemuan berjuta besi bermutu tinggi di sungai Batu dan budaya kepercayaan yang tiada kaitan dengan Hindu Buddha. Banyak lagi bukti-bukti arkeologi dan bahasa akan dibentangkan jika begini keadaannya, Isu Kapal Rom yang gempak gempita tu tak ke mana lah. Hanya yang kurang membaca dan mengkaji sahaja mempertikaikannya. HANYA JAUHARI YANG KENAL MANIKAM

Pelayaran Tamadun Islam - Misteri Penipuan Kapal Rom

MISTERI PENIPUAN KAPAL ROM AKAN DIBONGKAR DALAM PELAYARAN TAMADUN ISLAM. ISU KAPAL ROM YANG MENJADI GEGAK GEMPITA SUATU KETIKA DULU BAKAL DILENYAPKAN SEDIKIT MASA LAGI. ANDA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA-BERSAMA KEDUA-DUA AHLI PANEL INI BOLEH SEGERA MENDAFTAR. SESUNGGUHNYA TEMPAT AMAT TERHAD. SUDAH TENTU BEBERAPA HADIAH ISTIMEWA BAKAL DIBERIKAN KEPADA PESERTA YANG MENDAFTAR. JOM!!! SAMA-SAMA KITA TELUSURI LAUTAN WARISAN TOK NENEK KITA BANGSA MELAYU BANGSA AGUNG PELAYARAN.

photo content
+1