Solehah Yaacob
📈 Analytical overview of Telegram channel Solehah Yaacob
Channel Solehah Yaacob (@solehahyaacob) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 10 583 subscribers, ranking 18 524 in the Education category and 3 415 in the Malaysia region.
📊 Audience metrics and dynamics
Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 10 583 subscribers.
According to the latest data from 07 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -19 over the last 30 days and by -3 over the last 24 hours, overall reach remains high.
- Verification status: Not verified
- Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 25.52%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 7.72% reactions from the total number of subscribers.
- Post reach: On average, each post receives 2 701 views. Within the first day, a publication typically gains 817 views.
- Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 42.
📝 Description and content policy
The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Professor,
The Philosophy of Arabic Grammar”
Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 08 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Education category.
Data loading in progress...
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 08 September | 0 | |||
| 07 September | +1 | |||
| 06 September | +1 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | 0 | |||
| 03 September | 0 | |||
| 02 September | +2 | |||
| 01 September | 0 |
| 2 | No text... | 1 025 |
| 3 | 🌊 MISTERI PENIPUAN KAPAL ROM
Kenapa kita memilih tajuk ini?
Kerana mungkin ada sebahagian daripada sejarah yang selama ini kita lihat melalui timeline yang tidak lengkap.
Siapakah sebenarnya bangsa Melayu?
Di manakah bermulanya tamadun Melayu?
Dan sejauh mana hebatnya tradisi maritim Melayu sebelum kita mengenali sejarah seperti yang diceritakan kepada kita hari ini?
Pelayaran Tamadun Islam ini membawa kita menyelusuri persoalan-persoalan tersebut — tentang sejarah, peradaban dan perjalanan bangsa Melayu di lautan.
Bukan sekadar untuk melihat laut, tetapi untuk melihat semula sejarah.
Bersama Prof. Dr. Solehah Yaacob dan Tn. Syed Abd Aziz Al-Qubro, mari kita berlayar dan menemukan jalan-jalan serta penemuan baharu.
⛴️ 30 NOVEMBER – 3 DISEMBER 2026
📍 PORT KLANG → PHUKET → LAUT LEPAS → PORT KLANG
🚢 ADORA MEDITERRANEA
Sekali seumur hidup.
Berlayar untuk menemukan sejarah yang mungkin selama ini terlepas daripada pandangan kita.
📲 Daftar & WhatsApp:
Pn. Muniraa — 017 691 2042
🔗 LINK PENDAFTARAN:
https://toyyibpay.com/SIRI-ADORA-MEDITERRANEA-3-0
🌊 Pelayaran Tamadun Islam
Berlayar. Menyelusuri sejarah. Menemukan kembali jejak tamadun.
#PelayaranTamadunIslam #PelayaranIslamik #MisteriPenipuanKapalRom #TamadunMelayu #SejarahMelayu #SejarahIslam #MindheartMastery #AdoraMediterranea | 1 485 |
| 4 | No text... | 1 234 |
| 5 | https://vt.tiktok.com/ZSVT3PHXQ/ | 1 268 |
| 6 | https://vt.tiktok.com/ZSVTx2uN2/ | 1 218 |
| 7 | No text... | 1 345 |
| 8 | 🇲🇾 MAJLIS ILMU 2.0
MELAYU: SEJARAH, JATI DIRI DAN MASA DEPAN BANGSA
Apakah yang membentuk jati diri Melayu? Dari mana asal-usul kita? Dan ke manakah arah bangsa Melayu pada masa hadapan?
Persoalan tentang sejarah, identiti dan masa depan bangsa bukan sekadar untuk dikenang, tetapi perlu difahami agar kita mampu membina masa depan dengan lebih yakin dan bermakna.
Majlis Ilmu 2.0 membawakan wacana khas:
“MELAYU: SEJARAH, JATI DIRI DAN MASA DEPAN BANGSA”
Bersama tetamu khas:
PROF. DR. SOLEHAH YAACOB
📅 4 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 2.00 petang – 6.30 petang
📍 Flora Terrace Restaurant, Wisma TANCOM, Kuala Lumpur
💰 Yuran Penyertaan: RM50.00
📌 Tarikh Tutup: 27 September 2026
Sebuah majlis untuk kita memahami sejarah, memperkukuh jati diri dan menilai masa depan bangsa.
Jangan lepaskan peluang untuk bersama dalam sebuah majlis ilmu yang sarat dengan perkongsian, sejarah dan pemikiran.
📲 Sebarang pertanyaan: 012-302 0274 (Kak Yati) 013-369 3662 (Dr Khasiah)
#MajlisIlmu20 #ProfDrSolehahYaacob #Melayu #SejarahMelayu #JatiDiri #MasaDepanBangsa #MajlisIlmu #NegarawatiTanahAir #Projek666 | 1 459 |
| 9 | https://vt.tiktok.com/ZSVn7tL4c/ | 1 765 |
| 10 | 🌍 INTERNATIONAL CONFERENCE 2026
“SUSTAINABILITY OF MALAY CIVILIZATION THROUGH PHILOSOPHY”
✨ World Philosophy Day 2026 ✨
Persidangan ini akan membincangkan pelbagai aspek falsafah, pemikiran, warisan dan kelangsungan peradaban Melayu dalam mendepani cabaran dunia semasa.
📅 19 November 2026 (Khamis)
⏰ 8.30 pagi – 5.00 petang
📍 Grand Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Antara fokus utama persidangan termasuk pemikiran dan falsafah peradaban Melayu, kedaulatan bangsa dan kesinambungan warisan, keistimewaan Bangsa Melayu, kecendekiawan Melayu serta kedudukan masyarakat Melayu dalam politik.
Turut menampilkan tokoh-tokoh akademik dan pemikir antarabangsa serta tempatan sebagai pembentang dan panel persidangan.
Semoga persidangan ini menjadi wadah untuk memperkaya wacana ilmu serta membuka ruang perbincangan yang lebih luas tentang masa depan peradaban Melayu melalui pendekatan falsafah.
Jumpa di Kuala Lumpur pada 19 November 2026. | 3 105 |
| 11 | WPD 2026_Conference.pdf | 2 537 |
| 12 | No text... | 2 941 |
| 13 | https://www.facebook.com/share/1Gf8kKiZDN/
“Sebab saya diberhentikan kerana tidak datang sekali sahaja mesyuarat inkuiri akademik berhubung isu kapal Rom. Dua mesyuarat sebelum itu, saya ada surat masuk wad dan sijil cuti sakit."
Berita penuh: https://tvpertiwi.com/2026/08/23/uiam-tidak-profesional-dr-solehah-rujuk-mahkamah-perusahaan/
Ubah Kesedaran kepada Tindakan, sertai suara ummah dengan mengisi borang ini: https://forms.gle/QyT7HoAF6aCMMYhn9
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi | 3 077 |
| 14 | PROGRAM SEMPADAN MERDEKA, BERDAULAT DAN BERINTEGRITI OLEH AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS), MALAYSIA. | 3 490 |
| 15 | No text... | 3 542 |
| 16 | ISTILAH BOLEH MENGUBAH SEJARAH | SATU PERKATAAN, SATU
KEFAHAMAN
Apabila kita membaca sejarah, kita sering menganggap sesuatu nama atau istilah itu telah wujud
sejak awal.
Tetapi persoalannya...
adakah setiap istilah yang kita gunakan hari ini benar-benar digunakan oleh masyarakat pada
zaman tersebut, atau ia muncul hasil tafsiran dan penamaan yang berlaku kemudian?
Inilah persoalan yang dibahaskan oleh Prof. Dr. Solehah dalam perkongsian kali ini.
Beliau mengajak kita meneliti bagaimana istilah mampu mempengaruhi cara kita memahami sejarah.
Menurut perbahasan yang dikongsikan, sesuatu nama boleh membentuk persepsi terhadap sesuatu
tokoh, kerajaan atau tamadun. Justeru, istilah yang digunakan dalam kajian sejarah wajar diteliti
bersama sumber, konteks dan keadaan geografi pada zaman berkenaan.
Prof. Dr. Solehah turut membincangkan beberapa contoh, antaranya perbahasan mengenai
Parameswara, penggunaan istilah Srivijaya, perubahan bentuk muka bumi, serta bagaimana catatan
dan bukti geografi membantu pengkaji memahami semula sejarah Alam Melayu.
Antara persoalan yang dibahaskan:
• Bagaimanakah sesuatu istilah boleh mempengaruhi kefahaman kita terhadap sejarah?
• Mengapakah perubahan geografi perlu diambil kira ketika mengkaji tamadun lampau?
• Apakah peranan catatan luar, inskripsi dan bukti arkeologi dalam memahami sejarah Alam Melayu?
• Mengapa sesuatu kesimpulan sejarah perlu dinilai berdasarkan gabungan pelbagai sumber, bukan
hanya satu rujukan?
Ini bukan sekadar perbincangan tentang nama atau istilah.
Ini adalah satu ajakan untuk melihat sejarah dengan lebih kritis, memahami konteks sesuatu
sumber, serta menyedari bahawa perubahan istilah boleh mempengaruhi cara kita mentafsir
perjalanan sesuatu tamadun.
Jika tuan/puan ingin mengikuti lebih banyak perkongsian mengenai sejarah, Tamadun Melayu,
manuskrip, bahasa Arab dan pembinaan peradaban, boleh terus membuat pendaftaran melalui
pautan berikut:
📌 https://linktr.ee/mindheartmastery
Atau boleh terus menghubungi / WhatsApp Pn. Muniraa (017-691 2042) untuk maklumat lanjut
mengenai program-program yang bakal berlangsung.
Memahami sejarah bukan hanya tentang mengetahui nama-nama yang diwariskan kepada kita,
tetapi juga memahami bagaimana dan mengapa nama-nama itu mula digunakan. | 3 290 |
| 17 | No text... | 2 371 |
| 18 | Winstedt, secara konsisten melabelkan HMM sebagai "karya rekaan dan dongeng" yang tidak boleh dipercayai secara akademik (Winstedt, 1935). Mesej tersirat orientalis ini adalah untuk menegaskan bahawa sejarah yang ditulis oleh peribumi Melayu tidak berasaskan kaedah empirikal dan penuh dengan mitos (Coedès, 1968; Winstedt, 1935). 2)Mematikan Kronologi Islam Lebih Awal: Dengan mempropagandakan bahawa Islam hanya bermula di Kedah pada tahun 1136 Masihi, orientalis secara sengaja mengkategorikan penemuan material abad ke-8 dan ke-9 Masihi—seperti Dirham Kedah 118 H (736 M) dan Batu Ibnu Sardan 213 H (828 M)—sebagai sekadar "artifak pelawat atau pedagang asing yang terpencil" (isolated foreign artifacts). 3)Mengekalkan Mitos Indianization: Tujuan utama melambat-lambatkan garisan masa pengislaman Kedah adalah untuk mengukuhkan Teori Greater India (Coedès, 1968). Dengan menafikan kedaulatan Islamik Kedah pada abad ke-8 dan ke-9 Masihi, mereka dapat terus mempromosikan naratif bahawa seluruh Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah pengaruh kebudayaan Hindu-Buddha dari India sehingga abad yang lewat (Coedès, 1968; Winstedt, 1935).
Intervensi Historiografi dan Dekonstruksi Teks:
Dalam disiplin dekolonisasi sejarah, tindakan Raffles dan pentadbir kolonial disifatkan sebagai intervensi historiografi (historiographical intervention). Semasa penyalinan dan penyuntingan manuskrip Melayu, sarjana British kerap memasukkan nota kaki (footnote bias) atau memilih variasi teks tertentu untuk memisahkan kronologi Islam 1136 Masihi daripada penemuan arkeologi fizikal—seperti industri peleburan besi Sungai Batu (788 SM) dan sistem navigasi Lembah Bujang. Penetapan tahun 1136 Masihi (531 H) sebagai titik mula Islam di Kedah oleh siri teks kolonial merupakan satu bentuk reduksionisme historiografi (Mahayudin Haji Yahaya, 2001; Winstedt, 1935). Tindakan orientalis seperti Stamford Raffles dan R.O. Winstedt melabelkan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai karya mitos membuktikan wujudnya intervensi serta campur tangan kolonial secara sengaja ke atas historiografi HMM, di samping mengabaikan bukti numismatik Dirham Kedah 118 H (736 M) serta Batu Ibnu Sardan 213 H (828 M), adalah percubaan nyata untuk melambatkan kronologi Islamisasi. Hakikatnya, tahun 1136 Masihi hanyalah fasa tajdid dan pengisytiharan rasmi institusi kesultanan, manakala hakikat kedaulatan Islamik Kedah telah sedia bertapak beberapa abad lebih awal.
https://www.facebook.com/share/p/1C1qVosN6i/ | 1 751 |
| 19 | Manipulasi Strategik Orientalis Terhadap Tarikh 1136 Bermulanya Islam Di Kedah
Naratif rasmi yang mendakwa gelar 'Kedah Darul Aman' hanya wujud selepas pengislaman Maharaja Derbar Raja pada tahun 1136 Masihi adalah ralat sejarah yang terbongkar melalui bukti numismatik. Penemuan mata wang Kedah bertarikh 118 Hijrah (736 M) yang sudah mengukir gelar 'Dar al-Aman' membuktikan bahawa identiti dan kedaulatan Islamik Kedah telah sedia bertapak seawal zaman Kekhalifahan Umayyah. Kedatangan Sheikh Abdullah Al-Qumairi pada tahun 1136 M bukannya membawa pengenalan baharu, melainkan satu proses tajdid (pemurnian) ke atas institusi kesultanan yang telah mempunyai akar Islamik beberapa abad lebih awal. Penemuan Batu Ibnu Sardan 213 H ini—apabila digabungkan dengan dirham Kedah 118 H—secara mutlak mematahkan andaian kolonial bahawa masyarakat Kedah Tua berada dalam keadaan "kegelapan" sebelum abad ke-12 M. Ia mengesahkan bahawa Kedah Tua telah pun menjadi pangkalan rangkaian global intelektual-maritim Islam pada era kemuncak Khilafah Abbasiyah.
Siapakah Ibnu Sardan? Ibnu Sardan merujuk kepada tokoh/keluarga daripada klan pedagang maritim dan ulama yang berpusat di Basra, Siraf, dan Oman (pelabuhan utama Khilafah Abbasiyah di Teluk Parsi) (Sulaiman al-Tajir & Abu Zayd al-Sirafi, 916 M). Pada abad ke-8 hingga ke-9 Masihi (era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid dan al-Ma'mun), kelompok ini menguasai laluan perdagangan laut jarak jauh (long-distance maritime trade route) yang dikenali sebagai Route to China / Silk Road of the Sea (Ibn Khordadbeh, 870 M). Dalam catatan teks pelayaran Arab purba (seperti karya Ibn Khordadbeh, 870 M dan Sulaiman al-Tajir, 916 M), pedagang-pedagang Arab-Parsi pada zaman tersebut bukan sekadar menjalankan aktiviti perniagaan komoditi seperti kayu gaharu, rempah, dan logam besi tetapi juga bertindak sebagai intelektual, ahli navigasi (nakhoda), dan da'i . Keluarga Ibnu Sardan mendirikan stesen persinggahan, zon perdagangan, dan pusat dakwah di Lembah Bujang, Kedah—sebuah pelabuhan entrepôt antarabangsa yang sangat strategik untuk mengisi bekalan air tawar, menunggu pertukaran angin monsun, serta berdagang komoditi besi dan emas Penemuan bukti material seperti Batu Ibnu Sardan bertarikh 213 H (828/829 M) mengesahkan peranan aktif kelompok ini di Lembah Bujang. Batu tersebut merupakan sebuah blok batu granit tempatan berukuran sekitar 19 cm x 37 cm yang dipahat dengan ukiran tulisan Arab/Jawi Kuno bergaya Kufi purba: "ابن سر دان ۲۱۳" (Ibnu Sardan 213). Penarikhan (213 H / 828–829 Masihi): Angka 213 Hijrah bertepatan dengan tahun 828–829 Masihi (semasa pemerintahan Khalifah Abbasiyah, Al-Ma'mun bin Harun Al-Rashid). Ini menjadikannya antara bukti tulisan Arab/Jawi dan penarikhan Islamiah bertulis paling tua yang pernah ditemui di Asia Tenggara. Kebiasaannya, tafsiran fungsi batu bersurat/batu nisan/penanda maqam ditafsirkan sebagai batu nisan bagi menandakan tempat semayam/kematian tokoh penting daripada keluarga Ibnu Sardan yang meninggal dunia semasa berada di Kedah Tua atau sebagai batu asas stesen dagang/wakaf: dijadikan batu penanda tapak (foundation stone) bagi menandakan zon atau bangunan pertapak dagang/madrasah yang diasaskan oleh dinasti Ibnu Sardan di Lembah Bujang.
Tindakan orientalis seperti Stamford Raffles dan R.O. Winstedt yang melabelkan Hikayat Merong Mahawangsa sebagai karya mitos mencerminkan manifestasi intervensi dan campur tangan kolonial secara nyata ke atas teks berkenaan:
Meskipun tarikh 1136 Masihi (531 Hijrah) diiktiraf sebagai tarikh pengislaman rasmi institusi beraja Kedah dalam Hikayat Merong Mahawangsa (Mahayudin Haji Yahaya, 2001), sarjana kolonial British seperti Sir Thomas Stamford Raffles, R.J. Wilkinson, dan R.O. Winstedt menggunakan strategi historiografi yang selektif untuk mengurangkan nilai sejarah peribumi (Coedès, 1968; Winstedt, 1935). Antaranya: 1)Mengecilkan Kebolehpercayaan Hikayat Merong Mahawangsa (HMM): Stamford Raffles yang mengumpul manuskrip HMM, bersama R.O. | 1 786 |
| 20 | DUIT SYILING TIDAK MENIPU | APA YANG SEJARAH TINGGALKAN?
Apabila mengkaji sejarah, ramai menyangka bukti hanya datang daripada manuskrip atau catatan
lama.
Tetapi persoalannya...
bagaimana jika terdapat bukti lain yang terus "bercerita", walaupun sebahagian sejarah telah
hilang atau dimusnahkan?
Inilah persoalan yang dibahaskan oleh Prof. Dr. Solehah dalam perkongsian kali ini.
Beliau menjelaskan bahawa dalam kajian sejarah dan tamadun, para pengkaji tidak hanya
bergantung kepada buku atau manuskrip. Sebaliknya, pelbagai sumber turut dianalisis seperti
genealogi, garis masa (timeline), peristiwa sejarah dan penemuan duit syiling (numismatik)
bagi membantu memahami perkembangan sesuatu tamadun.
Menurut perbahasan yang dikongsikan, penemuan duit syiling Rom di Pekan, Pahang menjadi
antara bukti yang menarik untuk diteliti dalam konteks hubungan Alam Melayu dengan dunia luar.
Namun, sesuatu penemuan hanya memberi makna apabila ia ditafsirkan bersama sumber-sumber
sejarah yang lain.
Antara persoalan yang dibahaskan:
• Mengapakah duit syiling menjadi antara sumber penting dalam kajian sejarah dan tamadun?
• Apakah yang boleh dipelajari daripada penemuan duit syiling di Alam Melayu?
• Mengapa penemuan artifak perlu dianalisis bersama genealogi, garis masa dan peristiwa sejarah?
• Bagaimanakah pelbagai sumber digabungkan untuk membina kefahaman yang lebih menyeluruh
tentang sesuatu tamadun?
Ini bukan sekadar perbincangan tentang duit syiling lama.
Ini adalah satu ajakan untuk memahami bahawa sejarah dibina melalui pelbagai jenis bukti, dan
setiap penemuan perlu diteliti dalam konteks yang lebih luas sebelum sesuatu kesimpulan
dibuat.
Jika tuan/puan ingin mengikuti lebih banyak perkongsian mengenai sejarah, Tamadun Melayu,
manuskrip, numismatik dan pembinaan peradaban, boleh terus membuat pendaftaran melalui
pautan berikut:
📌 https://linktr.ee/mindheartmastery
Atau boleh terus menghubungi / WhatsApp Pn. Muniraa (017-691 2042) untuk maklumat lanjut
mengenai program-program yang bakal berlangsung pada 7-9 Ogos ini di Putrajaya.
Kadangkala, cebisan kecil seperti sekeping duit syiling mampu membuka perbincangan yang
besar tentang perjalanan sejarah dan tamadun sesuatu bangsa. | 1 988 |
