Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Show more📈 Analytical overview of Telegram channel Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
Channel Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB) (@notaalb) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 46 021 subscribers, ranking 250 in the Family & Children category and 659 in the Malaysia region.
📊 Audience metrics and dynamics
Since its creation on невідомо, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 46 021 subscribers.
According to the latest data from 31 August, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -389 over the last 30 days and by -12 over the last 24 hours, overall reach remains high.
- Verification status: Not verified
- Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 11.10%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 3.54% reactions from the total number of subscribers.
- Post reach: On average, each post receives 5 109 views. Within the first day, a publication typically gains 1 629 views.
- Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 28.
📝 Description and content policy
The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
“Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.”
Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 01 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.
Data loading in progress...
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 01 September | 0 |
| 2 | Anak remaja makin kuat melawan? 😥
Kadang tu dia bukan sengaja nak jadi kurang ajar.
Cuma bila dah masuk usia remaja, dia mula nak kan rasa diri dia dipercayai, didengari dan diberikan peluang untuk buat pilihan sendiri.
Sebab tu…
❌ Jangan semua benda kita nak control
❌ Jangan asyik paksa je tanpa dengar pendapat dia
❌ Jangan gunakan ugutan setiap kali dia tak setuju
✅ Dengar dulu apa yang dia nak cakap
✅ Bagi ruang dia pilih apa yang dia nak asalkan masih selamat
✅ Latih dia untuk fikir kesan daripada setiap keputusan yang dibuat
Bukanlah bermaksud kita lepaskan anak sesuka hati.
Kita ni masih mak ayah yang kena membimbing. Cuma cara kita mendidik tu dah kena berubah ikut usia anak kita tu. 😉
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 1 429 |
| 3 | Rasa macam lambat lagi nak fikir pasal duit belajar si kecil? 😅
👉🏻 Sebenarnya waktu anak masih kecil ni lah masa paling bagus untuk mak ayah mula prepare dana pendidikan.
🌿 Tak perlu tunggu duit banyak baru nak mula.
🌿 Simpan sikit-sikit setiap bulan, asalkan konsisten.
🌿 Lagi awal kita mula, lagi ringan jumlah yang kita perlu sediakan setiap bulan.
🌿 Bila peluang belajar datang nanti, harapnya soal duit tak jadi penghalang untuk anak teruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Anak kita tu membesar cepat sangat.
Hari ni kita dukung dia, esok-esok tahu-tahu dah nak masuk universiti. 🥹
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 3 347 |
| 4 | Kenapa kena biasakan si kecil tu solat? 😍
❤️ Supaya dia biasa ingat Allah dalam hidup dia.
❤️ Bila dah jadi rutin dari kecil, besar nanti dia tak akan rasa solat tu satu beban.
❤️ Solat bantu latih anak lebih disiplin, jaga masa dan tanggungjawab.
❤️ Kita tak mampu nak jaga anak 24 jam. Harapnya, solat tu akan jadi “pagar” bila kita tak ada kat depan mata anak
#notaDrALB | 3 267 |
| 5 | 😰 Si kecil tu susah sangat nak ikut arahan?
👉🏻 Daripada kita terus bagi arahan, cuba ubah kepada berikan dua pilihan yang kita masih boleh terima.
🌿 “Adik nak mandi sekarang atau 5 minit lagi?”
🌿 “Abang nak kemas mainan dulu atau susun buku dulu?”
🌿 “Kakak nak gosok gigi sendiri atau mama teman?”
Kadang budak tu bukan sengaja nak tunjuk keras kepala.
Cuma dia lebih mudah beri kerjasama bila cara kita bercakap tu buatkan dia rasa dihormati. 😉
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 921 |
| 6 | Anak dah pandai follow influencer di media sosial?
Mak ayah kena selalu pantau dan block terus kalau ada content yang:
🍓 Ada unsur seksual atau LGBT
🍓 Suka mencarut
🍓 Berpakaian tak sesuai
🍓 Banyak lawak lucah
Apa yang anak kita selalu tengok, lama-lama dia akan anggap itu adalah normal. 😢
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 298 |
| 7 | Dah bagi anak makan ikan minggu ni? 😍
Ni antara list ikan yang mesra bajet tapi bagus untuk bantu otak anak jadi lebih powet:
🐟 Ikan kembung
🐟 Ikan sardin
🐟 Ikan bilis
🐟 Ikan keli
🐟 Ikan selar/selayang
Ikan berlemak macam kembung, selar dan sardin tu ada mengandungi omega-3 (DHA & EPA). Elok sangat untuk perkembangan otak dan penglihatan budak budak kat rumah kita tu. ☺️
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 3 873 |
| 8 | Rasa berserabut? 😥
Cuba tengok sekeliling rumah tu. Ada tak:
Bilik tidur bersepah?
Tempat solat tak terurus?
Dapur berselerak?
Ruang tamu tak kemas?
Bilik air tak terjaga?
Persekitaran fizikal yang bersepah pun boleh berikan kesan pada emosi dan mental kita tau.
Akhirnya otak pun cepat jadi penat, mudah stress dan mulalah kita hilang fokus.
Jom kemas sikit sikit. InsyaAllah bukan saja rumah jadi tenang, hati pun ikut rasa lapang ❤️
#notaDrALB | 4 806 |
| 9 | Cara anak beraya sebenarnya akan jadi cerminan didikan kita ❤️
Sebelum keluar rumah, pesan 5 perkara ni berulang kali:
🕌 Nanti ketuk pintu rumah orang max 3 kali je
🕌 Jangan masuk bilik tanpa izin
🕌 Ucap terima kasih pada tuan rumah
🕌 Jangan mintak mintak duit raya
🕌 Kalau diberi, ambil tapi sampul duit tu buka dekat rumah
Nampak simple kan tapi inilah adab yang akan menaikkan nilai diri anak kita.
Jom ajak pasangan masing masing join Telegram Dr ALB dan belajar ilmu parenting dekat sini:
▶️ t.me/notaALB | 7 677 |
| 10 | Selamat Hari Raya Aidilfitri semua 🌙✨
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Moga Aidilfitri kali ini bukan sekadar sambutan tapi jadi titik mula untuk kita lebih rapat sebagai sebuah keluarga.
Saya doakan anak-anak kita semua makin lembut hatinya, makin sayang, makin cinta dan makin rapat dengan mak ayah 🥰
Aminnnn... 🤲🏻
P/s: Boleh tak bagi tanda ❤️ sikit siapa yang dah baca & sama-sama aminkan doa ini | 6 204 |
| 11 | Si kecil jatuh terluka? 😌
Tersadung, terjatuh, terseret sampai luka luka.. tu biasa la masa membesar.
Cuma ada satu nasihat yang kadang kita masih dengar
“Jangan bagi anak makan telur. Nanti luka jadi bernanah.”
Sebenarnya bukan begitu ya, mak ayah ❤️
👉 Bila kulit terluka, badan si kecil perlukan protein untuk pulihkan tisu yang rosak
👉 Telur antara sumber protein terbaik. Mudah hadam, penuh nutrisi dan sangat membantu proses pemulihan.
❌ Yang kita jangan buat ialah sapukan telur mentah di atas luka.
Permukaan telur mentah boleh jadi tempat kuman membiak lalu luka jadi bertambah teruk.
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 637 |
| 12 | Pening tengok anak asyik bergaduh?
Cuba perhatikan kejap. Boleh jadi tu tanda emosi mereka tak stabil sebab kurang perhatian dan kasih sayang.
Tangki emosi mereka senang koyak pun ye jugak. Lagi lagi bila:
😔 Terlalu kerap dimarahi
😔 Asyik kena bebel
😔 Disuruh buat macam-macam
😔 Jarang dapat sentuhan & pelukan
😔 Jarang dicium dengan penuh sayang
Bila tangki emosi tu kering, tak pelik kenapa jiwa anak jadi cepat sangat nak memberontak. Kita cuba improve lebih baik ya. ❤️
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 803 |
| 13 | Ada anak bawah 2 tahun?
👉🏻 Ni antara aktiviti sensori yang simple tapi besar impaknya pada perkembangan otak dan emosi budak tu.
🛷 Bermain dengan tepung
🛷 Jalan atas pasir di pantai
🛷 Koyakkan kertas
🛷 Biar dia kejar dan pecahkan bubble
🛷 Benarkan dia suap makan sendiri
🛷 Berikan peluang untuk dia berlari dan pijak atas rumput
Lebih banyak stimulasi, lebih cepat minda dan otot tubuhnya berkembang jadi lebih baik. 😍
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 692 |
| 14 | Nak ziarah baby baru? 👶🏻
Bila melawat family yang dapat baby baru, seeloknya
📯 Cuci tangan dulu sebelum sentuh si comel
📯 Jangan kejutkan bila baby tengah lena
📯 Elak ziarah lama-lama
📯 Kalau diri sendiri tengah tak sihat, tangguhkanlah dulu nak pergi ziarah tu
Bayi baru lahir ni antibodi dia masih lemah. Tanda kasih sayang kita ni bukan pada peluk dan cium je. Tapi jugak pada menjaga adab dan kesihatan masa pergi melawat 😊
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 806 |
| 15 | 5 sebab kenapa anak sulung kita wajib dididik dengan baik 😍
1️⃣ Anak sulung ni role model utama dalam keluarga. Cara dia bercakap, bertindak, semuanya diperhatikan oleh adik-adiknya.
2️⃣ Setiap tingkah lakunya akan jadi “template” buat adik-adik tiru tanpa sedar.
3️⃣ Sifat kepimpinannya tinggi. Kalau diasah, dia boleh jadi pelindung dan penyayang pada adik-adik.
4️⃣ Kadang tu, arahan dan nasihat daripada anak sulung lebih mudah diterima oleh adik-adik berbanding dari mak ayah sendiri.
5️⃣ Bila anak sulung dibentuk dengan akhlak dan kasih sayang yang baik, ia akan jadi magnet kebaikan dalam keluarga. 🌸
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 447 |
| 16 | Ada tak yang tengah pregnant sekarang?🤰🏻
Mak mak yang tengah pregnant tolong sangat sangat jangan kurangkan minum air 🙏🏻
Memanglah bila baby dalam perut tu makin membesar, terasa makin kerap nak ke bilik air.
Tapi mak mak tetap kena minum air banyak supaya:
🥰 Dapat elakkan dehidrasi
🥰 Kurangkan sembelit & buasir
🥰 Kurangkan risiko jangkitan salur kencing
Urinary tract infection pada ibu mengandung ni berisiko tau sampaikan boleh menjejaskan kandungan. 😥
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 958 |
| 17 | Anak suka main soket elektrik? 😥
Bahaya terkena renjatan elektrik ni bukan main main ya mak ayah semua. Jantung anak boleh terhenti sekelip mata!
Sebab tu saya nak ingatkan kita semua sebolehnya:
1️⃣ Guna penutup soket (socket cover) serta tutup semua plug yang rendah dan mudah dicapai anak kecil.
2️⃣ Jauhkan wayar & extension dari kawasan anak bermain.
3️⃣ Pastikan tangan kering sebelum sentuh peralatan elektrik.
4️⃣ Ajar anak bahaya elektrik sejak kecil. Ingatkan dia “jangan sentuh plug” setiap kali nampak dia cuba pegang.
5️⃣ Periksa alatan elektrik lama seperti wayar reput atau terkopek.
Si kecil tu belum faham lagi maksud bahaya. Kitalah yang kena perhatikan selalu keselamatan semua ahli keluarga di rumah. ❤️
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 106 |
| 18 | Dah weekend ni. Mak ayah semua bawak anak anak ke mana hari ni? 😁 | 4 793 |
| 19 | Ada protein tak dalam diet anak?
Jangan tersilap ingat protein untuk bina otot je tau.
Protein ni penting nak bina seluruh tubuh anak kita. Dari rambut, kulit, otot sampailah ke otak mereka 🧠
Kalau tak cukup protein, si kecil tu akan jadi:
❌ Cepat letih
❌ Kurang fokus
❌ Tumbesaran terbantut
Ni contoh protein yang kita boleh masukkan dalam diet budak budak tu 👇🏻
🥚 Telur
🐟 Ikan
🍗 Ayam
🥛 Susu
🥜 Kacang & tauhu
Nanti saya share lagi makanan yang bagus untuk anak kesayangan kita tu 😉
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 005 |
| 20 | Nak anak belajar sampai universiti tanpa berhutang? 👶🏻
Kos masuk universiti sekarang bukan kecil. Sekitar RM7,000 hingga RM20,000 setahun. Kalau kira 5 tahun pengajian, jumlahnya boleh cecah RM35,000 hingga RM100,000!
Macam mana nak elakkan anak berhutang?
1️⃣ Buka dulu Akaun Emas Public Gold.
2️⃣ Mak ayah mulakan simpanan 1 gram setiap bulan dalam akaun GAP hingga anak 18 tahun
3️⃣ Bajet terkumpul untuk anak belajar sebanyak 216 gram emas (12 bulan x 18 tahun).
Nilai semasa hari ni sekitar RM125,000!
Dengan kenaikan harga emas jangka panjang, simpanan ni bukan saja cukup untuk biayai pengajian anak. Tapi juga beri ketenangan dan kebebasan kewangan untuk keluarga.
Cara Daftar Akaun Emas PERCUMA
Daftar Akaun Dewasa:
🌐 bit.ly/Pendaftaran_AkaunPG
Daftar Akaun Junior (bawah 18 tahun):
🌐 bit.ly/Pendaftaran_AkaunJuniorPG
Lepas daftar, team saya akan contact untuk bimbingan menabung emas fizikal. | 5 335 |
