Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.
Mostrar más📈 Análisis del canal de Telegram Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB)
El canal Nota Dr Ahmad Luqman Bukhari (ALB) (@notaalb) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 45 762 suscriptores, ocupando la posición 247 en la categoría Familia e hijos y el puesto 652 en la región Malasia.
📊 Métricas de audiencia y dinámica
Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 45 762 suscriptores.
Según los últimos datos del 18 septiembre, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -410, y en las últimas 24 horas de -23, conservando un alto alcance.
- Estado de verificación: No verificado
- Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 8.98%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 3.19% de reacciones respecto al total de suscriptores.
- Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 4 112 visualizaciones. En el primer día suele acumular 1 462 visualizaciones.
- Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 27.
📝 Descripción y política de contenido
El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
“Suka berkongsi ilmu best tentang kesihatan kanak-kanak dan formula parenting paling penting yang mak ayah semua wajib kuasai.”
Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 19 septiembre, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Familia e hijos.
Carga de datos en curso...
| Fecha | Crecimiento de Suscriptores | Menciones | Canales | |
| 19 septiembre | 0 | |||
| 18 septiembre | 0 | |||
| 17 septiembre | 0 | |||
| 16 septiembre | 0 | |||
| 15 septiembre | 0 | |||
| 14 septiembre | 0 | |||
| 13 septiembre | 0 | |||
| 12 septiembre | 0 | |||
| 11 septiembre | 0 | |||
| 10 septiembre | 0 | |||
| 09 septiembre | +5 | |||
| 08 septiembre | 0 | |||
| 07 septiembre | 0 | |||
| 06 septiembre | +2 | |||
| 05 septiembre | 0 | |||
| 04 septiembre | 0 | |||
| 03 septiembre | 0 | |||
| 02 septiembre | +1 | |||
| 01 septiembre | 0 |
| 2 | 🥵 Eh, kenapa telinga anak ni tiba-tiba bau busuk?
Mak ayah, jangan ingat sebab tahi telinga je tau.
Kadang-kadang boleh jadi ada benda yang dah lama tersangkut dalam telinga dia.
1️⃣ Ada anak yang suka masukkan manik, biji benih, cebisan makanan atau mainan kecil dalam telinga.
2️⃣ Bila benda tu lama sangat dekat dalam, telinga boleh jadi radang atau kena jangkitan. Mulalah keluar cecair, sakit dan berbau.
3️⃣ Tapi telinga berbau tak semestinya ada benda tersangkut. Jangkitan telinga pun boleh menyebabkan lelehan yang berbau.
4️⃣ Kalau nampak ada benda dalam tu, jangan pandai-pandai korek guna cotton bud atau pinset. Takut kita tertolak lagi dalam.
5️⃣ Kalau keluar darah atau nanah, anak mengadu sakit kuat, kurang dengar atau kita syak ada benda tersangkut, bawak jumpa doktor.
Bila dah jadi mak ayah ni, ilmu macam ni kita kena ambil tahu 🥰
Share dengan mak ayah yang lain dan ajak mereka join Telegram Dr ALB ni tau.
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 2 456 |
| 3 | Jadilah ayah yang anak-anak rasa seronok bila ada dekat rumah 🥰
1. Senyum bila nampak anak.
2. Cakap elok-elok, tak perlu selalu tinggi suara.
3. Lebihkan ajak daripada arah.
4. Bila anak bercakap, pandang muka dia.
5. Anak panggil, cuba terus respon walaupun tengah sibuk.
6. Rajin main, bergurau dan ketawa sama-sama.
7. Jangan cepat sangat melenting.
8. Biar anak rasa ayah sentiasa ada bila dia perlukan.
9. Elakkan ugut atau paksa anak.
10. Sesekali masuklah ke dunia anak. Bacakan buku, dengar cerita dia, layan benda yang dia suka.
Anak tu mungkin tak berapa ingat semua nasihat ayah.
Tapi dia akan ingat bagaimana perasaannya setiap kali duduk dekat dengan ayah.
#notaDrALB | 4 036 |
| 4 | Kulit baby mudah sangat jadi kering?
Lepas mandikan si comel tu, amalkan:
❌ Jangan gosok kuat dengan tuala.
✅ Tekap perlahan-lahan dah okay dah.
✅ Masa kulit masih sedikit lembap, terus sapukan moisturizer.
Simple je kan tapi sangat membantu untuk kita kelembapan kulit baby. 👶🏻
Jom belajar lebih banyak ilmu kesihatan untuk si comel kita di Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 077 |
| 5 | Sedang berlangsung!
G100 TALKSHOW; TABUNG UNIVERSITI ANAK DENGAN EMAS
Mak ayah yang nak belajar cara kumpul tabung pendidikan untuk anak kesayangan, saya jemput join live G100 Talkshow sekarang.
Tonton di:
FB : https://www.facebook.com/share/v/1DajVYBJFD/?mibextid=wwXIfr (LIVE DI SINI)
Youtube: https://www.youtube.com/live/IAfBUfb7jMI?si=sXcVwcjiAyHoImcE (LIVE DI SINI) | 3 742 |
| 6 | Nak anak rapat dengan Al-Quran? 🥰
Tak perlu terus paksa anak mengaji lama-lama sebab nanti dia rasa berat.
Buat yang simple dulu macam ni:
👉 Kita start dulu mengaji 5-10 minit setiap hari
👉 Pasang audio bacaan Al-Quran masa kat dalam kereta
👉 Lepas Maghrib, duduk baca sama-sama satu family walaupun sekejap
👉 Ceritakan maksud ayat yang mudah supaya dia faham
Paling penting, biar anak selalu nampak mak ayah dia pun pegang dan baca Al-Quran
Anak ni kan dia banyak belajar daripada apa yang dia nampak hari-hari.
Kalau kita nak Al-Quran dekat di hati dia, biar dia membesar dalam rumah yang selalu ada bacaan Al-Quran. ❤️
#notaDrALB | 3 588 |
| 7 | Anak jarang baca Al-Quran? 😥
Bila nampak anak makin jauh dengan Al-Quran, hati kita mak ayah ni patut mula risau sebab:
1️⃣ Nanti dia makin susah nak jaga solat
2️⃣ Senang sangat ikut cakap kawan
3️⃣ Cepat leka dengan game dan phone
4️⃣ Payah nak beza mana betul, mana salah
5️⃣ Hati makin kurang rasa takut nak buat dosa
6️⃣ Bila ada masalah, dia tak tahu nak kembali pada siapa
7️⃣ Paling kita takut, bila besar nanti Al-Quran jadi makin asing dalam hidup dia 🥹
Sebab tu jangan tunggu budak tu besar baru kita nak dekatkan dia dengan Al-Quran.
Mula je dari kecil supaya dia terbiasa. ❤️
p/s: Ada tak mak ayah yang nak saya share tips simple yang kita boleh buat supaya anak yang kita sayang tu makin rapat dengan Al-Quran?
Kalau nak, respond macam ni ye 😍 | 3 541 |
| 8 | Nak menabung untuk anak sambung belajar? 📚
Dah jadi mak ayah ni, elok kita belajar asingkan simpanan ikut tujuan.
💰 Tabung kecemasan 👇🏻
contohnya tiba-tiba kereta rosak, kena repair rumah atau income terjejas.
💰 Tabung pendidikan anak 👇🏻
untuk yuran sekolah, masuk universiti atau sambung belajar nanti.
❌ Jangan campur semua dalam satu tabung. Takut nanti bila ada hal kecemasan, duit anak pula yang kita terpaksa usik.
Kalau belum mula, mula je dulu ikut kemampuan. Yang penting, asingkan dan konsisten menyimpan dari sekarang. ❤️
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 3 941 |
| 9 | Dahi si kecil tu rasa panas? 😥
Bila pegang badan anak rasa panas, jangan main agak-agak je ya.
🩺 Cek suhu dengan thermometer
🩺 Bagi minum air selalu
🩺 Pakaikan dia baju yang nipis dan selesa
🩺 Perhatikan anak sama ada masih aktif atau makin lemah
Kalau anak nampak makin lemah, susah bernafas, sawan, tidur je sampai susah nak kejutkan, tak nak minum atau kurang kencing, teruslah bawa jumpa doktor.
Lagi lagi baby yang bawah 3 bulan tapi suhu 38°C ke atas, jangan tunggu lama lama. Tolong pergi cek ya. 😊
p/s: Psst… share link Telegram ni dengan pasangan ya. Biar dua-dua tahu nak buat apa bila anak tak sihat nanti. 🤗
▶️ t.me/notaALB | 4 275 |
| 10 | Si comel baru nak belajar makan? 👶🏻
Mak ayah kena tahu ni antara makanan yang boleh menyebabkan alergi 👇🏻
🥚 Telur
🥛 Susu lembu
🥜 Kacang tanah
🌰 Kekacang seperti gajus & badam
🐟 Ikan
🦐 Udang & makanan laut
Bukan maksudnya makanan ni kena elak terus ya.
Bila anak dah ready untuk start makan, kita kenalkan satu-satu dan sentiasa perhatikan keadaan anak. ☺️
#notaDrALB | 4 174 |
| 11 | Tak boleh minum air sejuk sebab batuk? 🤔
Sebenarnya air sejuk tu tak semestinya buat kahak makin banyak.
Yang penting, kita pastikan anak cukup minum supaya lendir tak jadi terlalu pekat.
Kalau nak bantu legakan batuk:
👉 Banyakkan minum air
👉 Boleh beri sup atau minuman suam
👉 Kalau hidung tersumbat, guna saline nasal drops atau spray
👉 Pastikan cukup rehat
Tak semestinya kena pantang macam-macam tau 😉
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 627 |
| 12 | 👶🏻 Bila si comel tu boleh start makan?
Biasanya bila dah masuk sekitar
👉🏻 umur 6 bulan.
American Academy of Pediatrics (AAP) ada kongsikan, selain tengok umur, kita kena tengok juga tanda baby kita tu dah bersedia.
Antaranya:
✅ Kepala dia dah boleh tegak elok
✅ Dah duduk dengan sedikit sokongan
✅ Dah mula sibuk tengok orang makan 😆
✅ Dah boleh telan makanan, bukan asyik tolak keluar dengan lidah
Nanti mulakan sikit-sikit dengan makanan yang lembut dan sesuai.
Susu ibu atau formula tetap kena teruskan ya. 🥣
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 4 811 |
| 13 | Anak remaja makin kuat melawan? 😥
Kadang tu dia bukan sengaja nak jadi kurang ajar.
Cuma bila dah masuk usia remaja, dia mula nak kan rasa diri dia dipercayai, didengari dan diberikan peluang untuk buat pilihan sendiri.
Sebab tu…
❌ Jangan semua benda kita nak control
❌ Jangan asyik paksa je tanpa dengar pendapat dia
❌ Jangan gunakan ugutan setiap kali dia tak setuju
✅ Dengar dulu apa yang dia nak cakap
✅ Bagi ruang dia pilih apa yang dia nak asalkan masih selamat
✅ Latih dia untuk fikir kesan daripada setiap keputusan yang dibuat
Bukanlah bermaksud kita lepaskan anak sesuka hati.
Kita ni masih mak ayah yang kena membimbing. Cuma cara kita mendidik tu dah kena berubah ikut usia anak kita tu. 😉
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 5 010 |
| 14 | Rasa macam lambat lagi nak fikir pasal duit belajar si kecil? 😅
👉🏻 Sebenarnya waktu anak masih kecil ni lah masa paling bagus untuk mak ayah mula prepare dana pendidikan.
🌿 Tak perlu tunggu duit banyak baru nak mula.
🌿 Simpan sikit-sikit setiap bulan, asalkan konsisten.
🌿 Lagi awal kita mula, lagi ringan jumlah yang kita perlu sediakan setiap bulan.
🌿 Bila peluang belajar datang nanti, harapnya soal duit tak jadi penghalang untuk anak teruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Anak kita tu membesar cepat sangat.
Hari ni kita dukung dia, esok-esok tahu-tahu dah nak masuk universiti. 🥹
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 6 279 |
| 15 | Kenapa kena biasakan si kecil tu solat? 😍
❤️ Supaya dia biasa ingat Allah dalam hidup dia.
❤️ Bila dah jadi rutin dari kecil, besar nanti dia tak akan rasa solat tu satu beban.
❤️ Solat bantu latih anak lebih disiplin, jaga masa dan tanggungjawab.
❤️ Kita tak mampu nak jaga anak 24 jam. Harapnya, solat tu akan jadi “pagar” bila kita tak ada kat depan mata anak
#notaDrALB | 6 093 |
| 16 | 😰 Si kecil tu susah sangat nak ikut arahan?
👉🏻 Daripada kita terus bagi arahan, cuba ubah kepada berikan dua pilihan yang kita masih boleh terima.
🌿 “Adik nak mandi sekarang atau 5 minit lagi?”
🌿 “Abang nak kemas mainan dulu atau susun buku dulu?”
🌿 “Kakak nak gosok gigi sendiri atau mama teman?”
Kadang budak tu bukan sengaja nak tunjuk keras kepala.
Cuma dia lebih mudah beri kerjasama bila cara kita bercakap tu buatkan dia rasa dihormati. 😉
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 7 747 |
| 17 | Anak dah pandai follow influencer di media sosial?
Mak ayah kena selalu pantau dan block terus kalau ada content yang:
🍓 Ada unsur seksual atau LGBT
🍓 Suka mencarut
🍓 Berpakaian tak sesuai
🍓 Banyak lawak lucah
Apa yang anak kita selalu tengok, lama-lama dia akan anggap itu adalah normal. 😢
Link Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 7 780 |
| 18 | Dah bagi anak makan ikan minggu ni? 😍
Ni antara list ikan yang mesra bajet tapi bagus untuk bantu otak anak jadi lebih powet:
🐟 Ikan kembung
🐟 Ikan sardin
🐟 Ikan bilis
🐟 Ikan keli
🐟 Ikan selar/selayang
Ikan berlemak macam kembung, selar dan sardin tu ada mengandungi omega-3 (DHA & EPA). Elok sangat untuk perkembangan otak dan penglihatan budak budak kat rumah kita tu. ☺️
Link ke Telegram Dr ALB:
▶️ t.me/notaALB | 3 873 |
| 19 | Rasa berserabut? 😥
Cuba tengok sekeliling rumah tu. Ada tak:
Bilik tidur bersepah?
Tempat solat tak terurus?
Dapur berselerak?
Ruang tamu tak kemas?
Bilik air tak terjaga?
Persekitaran fizikal yang bersepah pun boleh berikan kesan pada emosi dan mental kita tau.
Akhirnya otak pun cepat jadi penat, mudah stress dan mulalah kita hilang fokus.
Jom kemas sikit sikit. InsyaAllah bukan saja rumah jadi tenang, hati pun ikut rasa lapang ❤️
#notaDrALB | 4 806 |
| 20 | Cara anak beraya sebenarnya akan jadi cerminan didikan kita ❤️
Sebelum keluar rumah, pesan 5 perkara ni berulang kali:
🕌 Nanti ketuk pintu rumah orang max 3 kali je
🕌 Jangan masuk bilik tanpa izin
🕌 Ucap terima kasih pada tuan rumah
🕌 Jangan mintak mintak duit raya
🕌 Kalau diberi, ambil tapi sampul duit tu buka dekat rumah
Nampak simple kan tapi inilah adab yang akan menaikkan nilai diri anak kita.
Jom ajak pasangan masing masing join Telegram Dr ALB dan belajar ilmu parenting dekat sini:
▶️ t.me/notaALB | 7 677 |
