cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

Ustaz KRT (Kebahagiaan Rumah Tangga)

BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN

Show more
Malaysia2 419The language is not specifiedReligion & Spirituality1 462
Advertising posts
42 992Subscribers
-1324 hours
-1337 days
-60930 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

Dekatnya dengan Rasulullah SAW saat bila berada di bumi Madinah. Terubat rindu hati bila dekat dengan Baginda SAW. Teringat saat manis kehidupan Rasulullah SAW dengan Ummul Mu’minin As-Sayyidah Aishah R.ha. Tambahan pula, makam Rasulullah SAW adalah di kamar Baginda bersama Aishah R.ha. Ada sepotong Hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah R.ha: ‎ لَمَّا رَأَيْتُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طِيبَ نَفْسٍ قُلْتُ ‎يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ لِي اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَائِشَةَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنَبِهَا وَمَا تَأَخَّرَ مَا أَسَرَّتْ ‎وَمَا أَعْلَنَتْ ‎ فضَحِكت عَائِشَةُ حَتَّى سَقَطَ رَأْسُهَا فِي حِجْرِهَا مِنَ الضَّحِكِ ‎قَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:أَيَسُرُّكِ دُعَائِي؟ ‎فَقَالَتْ: وَمَا لِي لَا يَسُرُّنِي دُعَاؤُكَ ‎فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَاللَّهِ إِنَّهَا لَدُعَائِي لِأُمَّتِي فِي كل صلاة “Ketika aku melihat Nabi SAW dalam keadaan tenang, aku berkata: “Wahai Rasulullah, doakanlah aku. “Lalu berdoalah Bagindaa SAW, “Ya Allah, ampunilah Aishah, mana-mana dosa yang telah lalu dan yang akan datang, yang tersembunyi juga yang jelas.”” “Tertawalah Aishah R.ha. sampai-sampai terlentuk kepalanya di atas ribaan suami tercinta. “Tanya Rasulullah SAW: Engkau suka doa aku? “Jawab Aishah: Takkanlah aku tak suka dengan doamu. “Kata Nabi SAW: Demi Allah, inilah doaku buat ummatku setiap kali solat.” (Riwayat Ibn Hibban) Alangkah indah dan romantiknya kehidupan rumahtangga Nabi SAW. Buat para suami yang soleh sekalian, selalulah mendoakan isteri kalian, kerana perkara itu dilakukan oleh Rasulullah SAW. Contohilah akhlak suami yang dimiliki oleh Rasulillah SAW jika kita benar-benar mencintai Baginda SAW. Hassan Adli #jiwatenang
Show all...
50👍 10😢 5

Ibadah Umrah ni luarbiasa. Ia adalah rezeki daripada Allah, tidak kira siapa, tidak kaya atau miskin. Sebab pengalaman teman, banyak yang teman jumpa jemaah Umrah yang tidak kaya, tetapi kerana keinginan dan sangkaannya baik dengan Allah SWT, akhirnya Allah jemput dia datang. Dan ada juga yang teman jumpa orang yang kaya, di lisannya selalu sebut teringin nak pergi umrah, tapi kesungguhannya tidak ada, akhirnya sehingga meninggal dunia tidak sempat ke Tanah Suci, umrahpun tidak, hajipun tidak sempat. Sedangkan kemampuannya lebih daripada cukup. Ada yang teman jumpa, bertahun-tahun rancang untuk ke Tanah Suci, namun sampai ke sudah tidak dijemput Allah untuk hadir. Ada juga yang teman jumpa, dia plan nak ke Tanah Suci tak sampai sebulan, tup-tup dah sampai ke Tanah Suci. Ini adalah soal rezeki. Allah beri rezeki pada hamba-hambaNya ikut pada kehendakNya, tidak lewat walau sesaat, dan tidak pernah salah alamat. Sedikit tips yang teman nak kongsi, setelah mengenali beberapa orang yang pernah dijemput ke Tanah Suci ni: 1. Perlu kuat sangkaan baik kita dengan Allah. Jangan ragu-ragu dengan rezeki Dia. Kalau Dia nak bagi, pasti Dia akan bagi, tidak siapa boleh menghalangnya. 2. Perlu ada ikhtiar dan usaha. Jangan hanya berdoa sahaja. Allah nak tengok juga apa usaha kita. Bersungguh atau tidak. 3. Banyak buat baik sesama manusia, termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kerana makhluk-makhluk Allah ni selalu mendoakan kebaikan yang kita lakukan. in shaa Allah kita akan dikurniakan apa yang dihajati, dengan izinNya jua. Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kita tidak ada pada alamat tersebut. Wallahu a’lam Hassan Adli #ustazKRT #jiwatenang
Show all...
👍 95 77🥰 6😁 2
45👍 13
Jom buat poster ucapan raya tahun ni. Poster lawa, design ada 20 pilihan! Jom tengok katalog dulu ya 👇🏻 https://bit.ly/posterraya2024
Show all...
Tempahan poster ucapan raya Aidilfitri 2024

👍 19 6
178👍 32🥰 9
Apabila datang Ramadhan, ramai orang beranggapan nak ihyaa Ramadhan dengan pengisian sedekah, baca Al-Quran, solat sunat dan lai-lain… Tapi ramai yang terlupa dan terabaikan kehendak satu ayat Al-Quran Al-Baqarah 287.. احل لكم ليلة الصيام الرفث الى نساءكم ، هن لباس لكم وانتم لباس لهن ayat ni kata malam-malam Ramadhan boleh bergaul dengan isteri… Apa kata ulama tengang ayat ini dan kelebihan "bergaul" dgn isteri di malam hari Ramadhan? Antara kelebihannya.. 1) jimak adalah perkara sunat / sunnah Nabi saw.. 2) sesiapa yg berpuasa di siang hari, dan malamnya menggauli isteri..jika dapat anak ia dari benih yang baik, akan mendorong ke arah anak yang soleh, mudah dibentuk. 3) dapat berpuasa di siang hari dengan tenang, kerana kehendak nafsu sudah terlampias di malam hari secara halal..jadi dapat lah fokus dengan ibadah puasa di siang hari. Namun, Nabi SAW akan menjauhi dari menggauli isteri Baginda terutama pada 10 malam akhir Ramadhan untuk memburu LailatulQadr. Menggauli pasangan di malam hari Ramadhan juga merupakan ibadah yang berpahala. Wallahu a’lam.
Show all...
👍 108 35
206🥰 26👍 17👏 5
Salam Ramadan 1445 kepada semua ahli keluarga Ustaz KRT. Jangan dibiarkan berlalunya Ramadan tanpa diisi dengan amal ibadat. Hargailah setiap detik di bulan Ramadan. Jika kita tahu berapa nilai Ramadan, pasti kita akan berharap Ramadan sepanjang tahun. Selamat berpuasa semua. Jangan lupa niat puasa sebulan Ramadan malam ni ya! 😊
Show all...
151👍 26
65👍 47