cookie

We use cookies to improve your browsing experience. By clicking «Accept all», you agree to the use of cookies.

avatar

NASIHAT² KEHIDUPAN

Nasihat² KEHIDUPAN via QUOTE PHOTO VIDEO 😎 Nasihat yang baik adalah nasihat yang mampu menyejukkan bagi setiap orang yang mendengarnya. Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesunguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang2 mukmin 5 Februari 2017

Show more
Malaysia2 221The language is not specifiedReligion & Spirituality1 315
Advertising posts
46 442Subscribers
+924 hours
-27 days
-31330 days

Data loading in progress...

Subscriber growth rate

Data loading in progress...

⭐️ PERINGATAN ISYAK! ⭐️ (08:31 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan). 🔜 Waktu Imsak: 05:45 AM
Show all...
🌙 PERINGATAN MAGHRIB! 🌙 (07:20 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan). 🔜 Waktu Isyak: 08:31 PM
Show all...
4
☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️ (04:30 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan). 🔜 Waktu Maghrib: 07:20 PM
Show all...
7
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞 (01:14 PM) bagi kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya (Wilayah Persekutuan). 🔜 Waktu Asar: 04:30 PM
Show all...
8
♨️ COME JOIN AND ENJOY ♨️ 💥 @VideoTazkirahQnA Koleksi VIDEO Tazkirah & Soal Jawab Agama 💥 @bicaradankata Healing quotes here 💥 @kitabdoa HIMPUNAN DOA 💥 @theqowiywriter Kuatlah kerana Allah sentiasa ada!! 💥 @quotephotovideo Nasihat² KEHIDUPAN https://t.me/VideoTazkirahQnA 💞 Group Discussion @quotephotovideochat SEMOGA BERMANFAAT TERIMAKASIH! ♨️
Show all...
Video Tazkirah dan Q&A

Channel ini adalah himpunan koleksi video tazkirah dan soal jawab agama @Sabri_Din @VideoTazkirahQnA

👍 3
𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 Jom perbanyakkan selawat di hari Jumaat dalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini. ‎اللَّهُمَّ صّلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ اِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ “Allahumma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala ali Muhammad kama sollaita ‘ala ali Ibrahim, innaka hamidun majid” @quotephotovideo 📿📿📿
Show all...
17👍 7😍 1
Jumaat, 17 Syawal 1445H ~ QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini... tasbih | tahmid | tahlil | takbir سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ subhanallah walhamdu lillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar Semoga hari ini lebih baik dari semalam Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭 sambung di comments 👇 @quotephotovideo 🍃🍃🍃
Show all...
10👍 2😍 1
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Jangan Saling Bermusuh عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, jangan saling bermusuhan, jangan saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari" (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka 2.  Sifat iri hati dan cemburu kepada kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim 3.  Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara. عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan suka bermusuh" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih 4.  Sebagai Muslim, kita boleh berbeza pandangan namun perlu saling memaafkan. Berusahalah mencari titik persamaan. 5.  Elakkan diri kita daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari. Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang. 26hb April 2024 17hb Syawal 1445H @quotephotovideo 📚📚📚
Show all...
👍 8 7🥰 1
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan: الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار. “Doa itu merupakan hak persaudaraan : 'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.” #savepalestine🇵🇸 #alaqsa #alaqsamosque Semoga hari ini lebih baik dari semalam Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭 ☪️  TARIKH ISLAM ☪️ 🌙  17 SYAWAL 1445H 🗓  26 APRIL 2024 📌  JUMAAT السلام عليكم ورحمة الله وبركاته اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد اعوذبا الله من الشيطان الرجيم بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹 👉 Bersamalah dengan ALLAH, ALLAH akan menjagamu... 👍 @quotephotovideo 💖💖💖
Show all...
9👍 3🤩 1
117 of 365 🗓 JUMAAT 💕 17 SYAWAL1445H 26 APRIL 2024  بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ Bismillahirrahmanirrahim 🌹 Assalamualaikum dan Selamat Pagi اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya ••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈ #AllahjagaKita..😘 #PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏 Ramai risau hal rezeki Ramai risau hal matawang jatuh Ramai risau hal harga barang naik Ramai risau kena simpan emas Ramai risau segala urusan kehidupan duniawi Menyebabkan Ramai tak risau hal ibadah Ramai tak risau hal dakwah Ramai tak risau akhirat Ramai tak prepare kematian Ramai tak khatam Quran Ramai tak konsisten zikir Ramai tak usaha hafal hadis Ramai tak upgrade ilmu Ramai tak follow sunnah Menyebabkan Ramai hidup dalam stress dan sakit jiwa Nak beritahu kalian Risau macam mana kalian terhadap hidupan dunia, ia akan tetap berjalan dan berlaku mengikut kehendak Allah Yang perlu difokuskan adalah persediaan akhirat yang paling utama Siapa yang jaga Allah, Allah jaga dia Maksudnya Tingkatkan amalan dan taqwa Buat dakwah dan sebarkan pahala Jaga solat dan sedekah Lazimkan zikir dan baca Al-Quran Bab kehidupan dunia? Dan bisnes? Carilah bisnes yang perjuangannya untuk akhirat. Kejar akhirat, dunia kejar kita Jika masih belum berhasil dalam berusaha? Maka bersabarlah ketika kalian berusaha. Kerana niat utama adalah kerana nak dapatkan reda Allah. Kerana Allah Allah yang memberi rezeki. Maka yakin dan percaya kepada Allah 1000%. Jangan sesekali kalian ragu Buat apa yang Allah suka. Buat apa yang Allah cinta Buat dakwah Cari Ilmu Upgrade amal Banyak sedekah Perbaiki akhlak dan jadi anak yang soleh Kalau rasa rezeki sangkut, check balik hubungan dengan keluarga. Terabai ke terutamanya mak ayah. Nafkah bagi tak. Hutang dengan orang setel tak Hidup ni bukan nak hidup mewah tapi nak hidup tenang dan senang boleh beribadah dan buat dakwah (menyampaikan kebaikan) Yang pasal ekonomi dunia tu ambil tahu juga tapi fokus pada persiapan akhirat itu lebih besar jaminannya. Pasti! Bayangkan Semua umat rajin ke masjid, rajin bersedekah, rajin bersyukur, rajin solat. Buat baik pada ibu bapa. Rajin upgrade ilmu, makan apa yang ada sahaja (kurangkan makan). Fokus zikir dan baca Al-Quran, banyak menghidupkan sunnah. Rasa takut kepada Allah Berkat dan rahmat Allah turun ke sekelian alam. Nusrah (pertolongan) Allah turun Saya tak mampu nak baiki ni ke seluruh pelosok Malaysia. Hanya mampu mengajak dalam medsos ni dan bermula dengan keluarga kecil saya dulu Tenang dan zikirlah. Fikir yang baik-baik. Yang indah-indah. Allah sentiasa bersama kita. Jom Selawat SEMOGA BERMANFAAT 🥰 •══◎◎♡◎◎══• رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر @quotephotovideo 🌸🌸🌸 46K445
Show all...
👍 13 7🥰 1