cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

Ustaz KRT (Kebahagiaan Rumah Tangga)

BAHAGIA MEMBAHAGIAKAN

Mostrar más
Malasia2 419El idioma no está especificadoReligión y espiritualidad1 465
Advertising posts
43 013Suscriptores
-924 hours
-1377 days
-61730 days

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

Ibadah Umrah ni luarbiasa. Ia adalah rezeki daripada Allah, tidak kira siapa, tidak kaya atau miskin. Sebab pengalaman teman, banyak yang teman jumpa jemaah Umrah yang tidak kaya, tetapi kerana keinginan dan sangkaannya baik dengan Allah SWT, akhirnya Allah jemput dia datang. Dan ada juga yang teman jumpa orang yang kaya, di lisannya selalu sebut teringin nak pergi umrah, tapi kesungguhannya tidak ada, akhirnya sehingga meninggal dunia tidak sempat ke Tanah Suci, umrahpun tidak, hajipun tidak sempat. Sedangkan kemampuannya lebih daripada cukup. Ada yang teman jumpa, bertahun-tahun rancang untuk ke Tanah Suci, namun sampai ke sudah tidak dijemput Allah untuk hadir. Ada juga yang teman jumpa, dia plan nak ke Tanah Suci tak sampai sebulan, tup-tup dah sampai ke Tanah Suci. Ini adalah soal rezeki. Allah beri rezeki pada hamba-hambaNya ikut pada kehendakNya, tidak lewat walau sesaat, dan tidak pernah salah alamat. Sedikit tips yang teman nak kongsi, setelah mengenali beberapa orang yang pernah dijemput ke Tanah Suci ni: 1. Perlu kuat sangkaan baik kita dengan Allah. Jangan ragu-ragu dengan rezeki Dia. Kalau Dia nak bagi, pasti Dia akan bagi, tidak siapa boleh menghalangnya. 2. Perlu ada ikhtiar dan usaha. Jangan hanya berdoa sahaja. Allah nak tengok juga apa usaha kita. Bersungguh atau tidak. 3. Banyak buat baik sesama manusia, termasuk binatang dan tumbuh-tumbuhan. Kerana makhluk-makhluk Allah ni selalu mendoakan kebaikan yang kita lakukan. in shaa Allah kita akan dikurniakan apa yang dihajati, dengan izinNya jua. Rezeki tak pernah salah alamat, cuma kita tidak ada pada alamat tersebut. Wallahu a’lam Hassan Adli #ustazKRT #jiwatenang
Mostrar todo...
👍 95 74🥰 6😁 2
38👍 11
Jom buat poster ucapan raya tahun ni. Poster lawa, design ada 20 pilihan! Jom tengok katalog dulu ya 👇🏻 https://bit.ly/posterraya2024
Mostrar todo...
Tempahan poster ucapan raya Aidilfitri 2024

👍 19 6
178👍 32🥰 9
Apabila datang Ramadhan, ramai orang beranggapan nak ihyaa Ramadhan dengan pengisian sedekah, baca Al-Quran, solat sunat dan lai-lain… Tapi ramai yang terlupa dan terabaikan kehendak satu ayat Al-Quran Al-Baqarah 287.. احل لكم ليلة الصيام الرفث الى نساءكم ، هن لباس لكم وانتم لباس لهن ayat ni kata malam-malam Ramadhan boleh bergaul dengan isteri… Apa kata ulama tengang ayat ini dan kelebihan "bergaul" dgn isteri di malam hari Ramadhan? Antara kelebihannya.. 1) jimak adalah perkara sunat / sunnah Nabi saw.. 2) sesiapa yg berpuasa di siang hari, dan malamnya menggauli isteri..jika dapat anak ia dari benih yang baik, akan mendorong ke arah anak yang soleh, mudah dibentuk. 3) dapat berpuasa di siang hari dengan tenang, kerana kehendak nafsu sudah terlampias di malam hari secara halal..jadi dapat lah fokus dengan ibadah puasa di siang hari. Namun, Nabi SAW akan menjauhi dari menggauli isteri Baginda terutama pada 10 malam akhir Ramadhan untuk memburu LailatulQadr. Menggauli pasangan di malam hari Ramadhan juga merupakan ibadah yang berpahala. Wallahu a’lam.
Mostrar todo...
👍 108 35
206🥰 26👍 17👏 5
Salam Ramadan 1445 kepada semua ahli keluarga Ustaz KRT. Jangan dibiarkan berlalunya Ramadan tanpa diisi dengan amal ibadat. Hargailah setiap detik di bulan Ramadan. Jika kita tahu berapa nilai Ramadan, pasti kita akan berharap Ramadan sepanjang tahun. Selamat berpuasa semua. Jangan lupa niat puasa sebulan Ramadan malam ni ya! 😊
Mostrar todo...
151👍 26
65👍 47
260👍 34🥰 9🤔 1
Perkahwin selepas 5 tahun, selamat ke..?
Mostrar todo...
👍 54 19