en
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 16 266 subscribers, ranking 964 in the Family & Children category and 2 367 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 16 266 subscribers.

According to the latest data from 22 June, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -122 over the last 30 days and by -4 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 5.48%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.43% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 891 views. Within the first day, a publication typically gains 395 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 23 June, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

16 266
Subscribers
-424 hours
-357 days
-12230 days
Posts Archive
πŸ‘† Untuk warga Perlis, jemput untuk perkongsian pendek mengenai Cara Bentuk Ayat Hypnoscript untuk Anak dan Pasangan.

Photo from imaznah.ibrahim
Photo from imaznah.ibrahim

Anda Susah Nak Potong Kuku Anak? Boleh cuba 1 dari option cara ini. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ https://maznahibrahim.com/anak-susah-potong-kuku-camana-nak-bagi-dia-sukarela-gembira-dipotongkan-kukunya/

photo content

Anak Kecil Memang Selalu Misteri. Anda Ibubapa bijak boleh usaha dalami Puzzle dan selesaikan. Fahami model iceberg Dengari sahaja dengan aktif, supportive, ajar skil solusi InsyaAllah 90% punca itu akan selesai 😊😊😊 Boleh Ibu Ayah ? Maznah Ibrahim Coach Emosi Kanak-kanak >>> Join telegram channel perkongsian saya di t.me/ehsabar

photo content

Assalamualaikum selamat pagi Hari yang lebih baik dari semalam Dan positif menuju kebaikan. . Usaha senyum sampai telinga okπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ Maznah Ibrahim.

Untuk Permulaan Perubahan Sikap atau Tingkahlaku, . Mulakan dengan melakukan apa yang anda paling tak suka buat (hampir benci buat laa.. hehe). . Kat situ sebenarnya nanti anda akan berjaya lepasi tembok halangan dalam diri. . HALANGAN DALAM DIRI. Contoh: 😁 Paling benci nak lipat baju. Cabar diri lipat baju selesai 3 bakul. 😁 Paling rasa malas nak bangun malam semata nak selesaikan barang berkotak sebab pindah rumah. Bangun, selesaikan ia. 😁 Paling malas nyaaaa lah nak berjalan kaki senaman di pagi hari lewat, jalan aja lah 1 round padang besar. 😁 Paling malas nya nak bangun tengah malam membaca artikel jurnal kajian, bangun jelah baca 2 artikel. 😁 Paling tak berkenan bercakap dengan orang ni, tapi kena cakap juga sebab kerja. Cakap jela.. _ _ Sebaik sahaja anda berjaya lakukannya, Halangan pertama telah direntasi. 😍😍😍 Maka siap sedia untuk istiqamahkan, Dan kemudian baru tambah halangan kedua. . Secara psikologinya, 1⃣ Anda melawan diri anda sendiri, Battle atau konflik dalam diri. Bukan melawan orang lain yang dah nun di jauh sana. 2⃣ Anda nak latih diri, minda, hati (emosi) dan badan (tingkahlaku) untuk buat sesuatu di luar kebiasaan. Yang membezakan manusia berjaya dan tidak berjaya ialah tindakan mereka. Tahu tapi tak pernah buat. Tahu pernah buat tapi tak teruskan. Dan latihan ini untuk register program tindakan baru yang positif. Keluar dari 'comfort zone'. 3⃣ Anda nak berjaya menjadi rol model kepada anak-anak, mulakan dengan diri dulu. Baru layak dikatakan ibubapa ketam mengajar anak ketam berjalan dengan betul. Hmm. Buat ye. Maznah Ibrahim. p/s: Masa saya berjaya bangun malam untuk settlekan barang dalam rumah sebab pindah rumah tu kan, saya fikir kalau tak curi masa malam, memang sampai ke sudah barang tu tersadai di ruang awam camtu. Saya bangkit dengan niat semasa bangkit: Ya Allah jika ikutkan aku, aku memang malas nak bangun dan kemas, ya Allah. Tapi aku bangkit ini sebab aku tahu Engkau suka bersih, kemas, indah dan teratur. Sahaja aku bangun untuk mengemas kerana Engkau Ya Allah. p/s: Pagi tadi saya malas betul nak berjalan senaman sebab dah lewat. Saya kuatkan diri dan ingat yang semalam saya cakap kat klien yang makan ubat depression tu, atasi malas (seluruh badan) dengan buat sesuatu yang paling benci dan stuck, cth kemas rumah, letgo barang lama tak ingat, bagi clear minda dalam dengan cara clear luaran fizikal. Setiap item barang kita ada energi sendiri dan perlu 'rumah' ruang dia, baru semua happy *termasuk barang dalam rumah. Nampaknya beliau setuju dengan contoh itu, maknanya ramai alami ini. (Tengok Marie Kondo).

Adakah Anak Kita 'A Wanted Child' ? . Seringkali bila saya kesibukan, mengurus urusan dalam rumah, dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih 'high dependant' kepada ibunya, memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya, saya akan alami rasa bersalah sedikit. . https://maznahibrahim.com/adakah-anak-kita-a-wanted-child-2/

photo content

Usaha kecil anda setiap hari untuk beri 'signature touch' kepada anak-anak (walau 1 perkara aja), seperti: βœ… memasak untuk mereka makan di rumah βœ… buat air panas untuk alas perut mereka sebelum ke sekolah βœ… usap mereka semasa tidur dengan ucapan tertentu βœ… peluk mereka sebelum tidur dan bangun tidur βœ… doa untuk setiap anak dalam doa anda βœ… isikan air masak dalam botol mereka untuk mereka sedia minum βœ… main dengan mereka walau 5 atau 10 minit βœ… ajar mereka walau 1 ayat/perkataan . tetap akan berbaloi, . Sebab ia umpama meletak air siraman kepada pokok, . Ada input diberi, setiap hari, untuk kelangsungan kehidupan mereka, . Nanti, pohon ini akan berbuah/ berhasil / hidup memanjang. . Tiada yang sesia di sisi Tuhan, . Perumpamaan jelas dalam Quran, . Mengenai pokok dan buah, dan akar yang teguh (14:24-25). . Siraman anda untuk anak itu ibarat nutrien, yang akan meneguhkan akar, . dan pohon itu adalah anak anda, . Teguh, dengan kasih sayang anda bersama mereka. . Ia sangat HEBAT tau. . . Maznah Ibrahim p/s: termasuk cakap elok-elok kepada mereka semudah : ⏳"Sabar..", 😊"Cakap elok-elok", πŸ‘«"Lemah lembut dengan adik adik", πŸ’"Main sama-sama, elok-elok, share" dan lain lain lagi. . Ucapan hypnoscript untuk situasi khusus anak usia 0-18 tahun, Dalam Ebook Hypnoscript: https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5

Tiada satu anak pun yang 'menyusahkan', 'takkan jadi', 'takkan boleh', dan bermacam lagi negatif, kerana fitrah setiap kejadian anak itu adalah memang 'juara' dan 'pemenang'. Yakin dan percaya ini, cuma belum tiba masanya, cari karpet merah laluan mereka, bantu mereka, lorongkan mereka. βœ… Bermain puas puas, (usia 0-7) βœ… Bimbing elok elok, (usia 7-14) βœ… Beri Portfolio Manage Tugas & Tanggungjawab (usia 14-21) Maznah Ibrahim

photo content

Anda Ada Anak Usia 7 dan ke Atas? . Bersiap sediakah anda untuk beri mereka pendidikan alam remaja? . ❀️❀️❀️ Jemput Baca dan Share kan https://maznahibrahim.com/anak-fasa-usia-7-14-siap-sediakan-dengan-ilmu-perkembangan-remaja/

photo content

CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL . CARA 1⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Devan usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul. β€œAdik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?” β€œAdik nak makan sekarang atau 5 minit lagi” β€œAdik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?” . CARA 2⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia. β€œHmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”. . CARA 3⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu. β€œAdik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang). β€œBagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?” Cubalah. Maznah Ibrahim. . p/s: Pastikan dapatkan Ebook Hypnoscript sebelum ia meningkat harga lagi, jum sharekan dengan rakan dan kenalan anda. πŸ˜ŠπŸ˜ƒ https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4

photo content

KETAHUI DAN PERCAYAI, SETIAP ANAK KITA BERBEZA KELEBIHAN DAN POTENSINYA - KELUARKAN BINTANG DALAM DIRI ANAK . Tak suka tapi selalu push anak agar capai tahap terbaik diri mereka, kan? . Namun seringkali kita meletakkan ekspektasi tinggi dan lebih kepada berpusat diri kita, bukan anak. Minat kita, bukan minat anak. . Jadi, ini mungkin cara yang lebih harmoni untuk kita dan anak :- . 1⃣. Beritahu diri, diri kita pun tak suka dipaksa. Fitrah manusia lebih suka disokong akan apa yang kita minat dan boleh kuasai satu satu skil itu secara sukarela, seperti minat cerita korea, mahu tonton siri itu dan tidak mahu dipaksa tonton wayang cerita perang. . 2⃣. Perhatikan minat anak bidang apa, iaitu bila dia buat, dia nampak gembira dan siap awal. Contoh ke kelas renang dia teruja dan dia siap dulu (tapi jika kelas matematik dia lambat lambat siapnya). Maka jadikan kelas yang dia minat itu sebagai ganjaran pabila dia lakukan apa kita minta pada kadar dia mampu buat (contoh solat lengkap minima 2 kali sehari atau siap kerja sekolah 5 hari, adik dapat ke kelas renang Sabtu ni). . 3⃣. Laburkan sedikit duit untuk kelas mereka minat ni sebagai terapi diri mereka, iaitu emosi mereka seimbang bila dapat buat apa mereka minat. . Ingat, pelaburan ilmu untuk anak kuasai itu adalah selamanya berguna, takkan sia sia, .. manakala harga emosi anak juga amat penting dan tidak ternilai dengan wang ringgit kita, untuk kesihatan mental mereka kelak. . Jadi sentiasa pastikan anak seimbang dari segi tanggungjawab IQ, EQ dan SQ nya. Kita bimbing mereka. . ❀️ Maznah Ibrahim. Esok last harga earlybird superjimat untuk Ebook Hypnoscipt Anak:- https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3 https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3

photo content

Pagi yang sangat indah warm colour-merah pink bulan sabit di nun sana Assalamulaikum Salam Sejahtera Selamat pagi Positivity for all of us today InsyaAllah. Maznah Ibrahim