ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 723 подписчиков, занимая 958 место в категории Семья и дети и 2 320 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 723 подписчиков.

Согласно последним данным от 01 ноября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -141, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.96%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.06% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 623 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 324 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 02 ноября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 723
Подписчики
-224 часа
-317 дней
-14130 дней
Архив постов
Terima kasih kerana berminat dengan seminar *PARENTS COOL, ANAK PERFORM* Detail program adalah seperti berikut: Tarikh: 27/10/2019 (Ahad) Masa: 8.30 pagi - 12.30 tengahari Tempat: Ara Eventhall, Seksyen 7, Shah Alam. Tahukah anda; hubungan yang harmoni antara suami isteri akan memberi kesan positif buat emosi anak-anak. Harmoni hubungan ibu bapa, bahagialah anak-anak anda. Pengisian: 👍🏻 Puan Maznah ➡ bagaimana mengajar anak mengawal emosi ➡ bagaimana mengisi tangki emosi anak ➡ melentur emosi anak kecil sehingga dewasa ➡ menjinakkan emosi ibu bapa 👍🏻 Pak Utih ➡ hubungan suami isteri ➡ peranan suami isteri ➡ bagaimana suami isteri dalam mendidik anak 🍀 apa yang kami sediakan? 🏅tempat yang selesa 🏅 ada anak kecil? Kami sediakan nursery. Sepanjang program, ada komiti kami akan jaga anak anda 🏅 breakfast disediakan Harga sangat berpatutan! Register sekarang sebab tempat adalah terhad! Tekan link ini: http://bit.ly/daftarseminarbijakpandai01

BULI Responlah sebanyak mana emosi anak semasa mengadu kepada anda, Katakan dia memberitahu dengan sungguh-sungguh "Mama tadi kan A pukul Abang!" Beri perhatian dengan respon sungguh-sungguh: "Iyer.. ok lepas tu?" (Minima perkataan, dan menggalakkan anak bercerita lagi) Kerana, hakikatnya waktu kecilnya kepada anda sajalah dia akan bercerita, Besarnya nanti ibubapa akan mula menjadi 'pilihan akhir' untuk mereka beritahu. . Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/buli-anak-perlu-didengari-dan-dibantu-sejak-awal-usia/

photo content

I m so happy to read this. It covers all aspects of prevention mental health among our youngsters. Dan makna dan perspektif diberi adalah suara hati semua orang muda yang suffer from mental health issues (our clients in mental health counselling). 1. Ajar anak kemahiran 'Asking for help'. Ada apa saja kurang selesa, share luah dan minta pertolongan jangan keep to themselves only. Untuk ini, parent perlu sedar dan respon dengan baik. Dapatkan further helps jika kita sendiri kurang arif untuk respon dan bantu anak. Biarkan, ia akan berpanjangan dan boleh menghala ke arah mental illness. Sekecil isu kawan buli tau. Kalau everyday anak mengadu, bantulah dia. 2. Basic things seperti jaga diet pemakanan seimbang, tidur mencukupi, banyakkan exercises dan mendekati alam semulajadi serta dekati dan lakukan amalan spiritual amat membantu secara natural dan fisiologi badan kita untuk maintain stabil dan sihat. 3. Ibubapa, sila sensitif kepada perubahan anak sekecil simptom psikosomatik walau sakit kepala, pening, suķar tidur, sakit perut, sakit dada, muntah dsb. Kerana kesedihan dan kebimbangan dalam diri anak tak dapat diluah sebaik orang dewasa (malahan orang dewasa pun ramai tak pandai luah) dan simptom fizikal itu adalah tanda konkrit jelas yang anak dalam stres. Body is telling something and it never lies.. 4. Pengurusan emosi, satu ilmu asas kehidupan. Semua orang perlu belajar dan kenali dirinya sesuai cara bagaimana efektif untuk urus emosi2 negatifnya... Kita terus belajar. Maznah Ibrahim.

photo content

Ibu Ayah Selalu Marah dan Pukul Anak Kecil? ya, kesannya anak boleh jadi agresif. Mengapa? Kerana ada emosi terpendam. Emosi ni timbal balik. Semasa ibubapa/org dewasa ini MARAH-MARAH (perkataan seperti pukulan yang amat menyakitkan - tapi secara dalaman di hati), dan PUKUL dengan emosi marah itu (pukulan juga tapi kali ni dengan fizikal), anak kecil akan rasa :- MARAH JUGA, malahan KONFIUS 😢. Mengapa konfius? Kerana: 1) tiada kefahaman jelas mengenai apa kesilapan dia, 2) tidak diterangkan / dibalut semula kelukaan emosi dan fizikal itu, 3) menerbitkan salah faham, which is kita tidak tahu apa dia fikir secara jelas, 4) salah faham berpanjangan menerbitkan rasa marah dan dendam, 5) salah faham sehingga tahap :- "marah dan pukul = sayang" - sedangkan anak kecil ini tidak tahu ada dunia lain yang sebaliknya, didik dengan kasih sayang dan asuhan penuh hikmah, 6) jadi berterusan dan cycle berulang, anak ini boleh cepat marah dan pukul orang lain, pabila trigger button marah, 7) berulang hingga besar, cepat marah bila dimarah dan dipukul walau oleh colleague/bos/suami/ sesiapa saja. . . ❗️❗️❗️❗️❗️❗️❗️ Jadi, usah pandang enteng orang dewasa yang cepat marah, mereka ini, kemungkinan besarnya tiada balutan emosi semasa kecilnya. apatah lagi saiz badan kecil, mostly tidak kemampuan nak balas setara, terpaksa mengalah dengan ego dan reaksi amarah si orang dewasa - autoriti dalam hidup mereka, si ibu ayan (anak dependant kepada ibubapa sepenuhnya), Apa kita boleh lakukan? 1) berlapang dada untuk orang dewasa sebegini, . 2) doakan dia . 3) didik diri sendiri dan anak sendiri, fokus pada capaian kita, . 4) sesudah ter marah anak, segera balut emosi mereka:- . a) Time In, berduaan mengadap, pegang bahu anak, pandang mata sama level, b) Minta Maaf, beritahu apa ibu/ayah rasa, rasa salah dan sedih sebab ter marah kerana tingkahlaku spesifik anak c) Beritahu anda amat sayang kan anak dan tidak suka tingkahlaku spesifik dia, kerana reason tersendiri, d) Beritahu plan anda seterusnya, Jika berlaku begini lagi (kesilapan anak), anda akan buat begini begitu, jadi minta lah anak dengar dan kerjasama dengan permintaan anak (bila minta elok-elok, anak kecil sebenarnya amat mendengar, prihatin dan bekerjasama), e) tanyakan apa perasaan mereka pabila hari itu anda amat marah kan dia kerana tingkahlaku spesifik si anak itu (sedia dengar luahan hati nya dari peristiwa lalu yang dia masih ingat, belum resolved). . . Seterusnya, 1) solat sunat taubat, setiap hari ada marah, setiap hari juga ulang solat sunat taubat spesifik ini (akui kesilapan marah anak syurga amanah Allah ini kepada Boss Besar kita, Allah swt), 2) susuli dengan solat sunat hajat, untuk solusi dan spesifik teknik paling tepat untuk diri anda dan anak, dan ilham untuk bantuan lain, 3) join support group yang positif, memahami, bukan yang menambah beban, dipersalah/dilabel lagi, 4) banyakkan dengar, lihat, rasa yang baik-baik (LUA positif), antaranya wajibul:- rajin kan diri ke aktivit bebas fizikal (bersama anak pun ok), untuk minda dan emosi sihat positif, otak rembes hormon antidepressant tau, 5) pemakanan baik, natural, sihat dan tidur mencukupi. . . . Refleksi, Maznah Ibrahim. . . Dari soalan pm dan klien kanak2, remaja, dewasa ibubapa berkenaan isu yang sama tapi timeline masa mereka berbeza 🤕 . . bacaan tambahan: http://maznahibrahim.com/category/urus-emosi-ibubapa/

Apa Nak Buat Bila Anak Tantrum ? Cuba kaedah Time In ini, Ia memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi, Yang ia menyokong perkembangan otak emosi si anak, InsyaAllah berbaloi dan andalah yang akan lebih mudah nanti. Silakan share dengan pasangan dan kenalan anda ya agar sama-sama tahu. Care, Maznah Ibrahim #GoldenAgeParenting #videoparenting3min #MZParentingStudio https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/1192506740950708/

Seringkali dengar kisah adik beradik bergaduh kan. Normal Namun bila disediakan awal InsyaAllah kurang sedikit dramanya. Anak bukan dapat adik baru magic magic aja, Tapi ada proses perkembangan janin yang berlaku, 9 bulan. Persiapan boleh seawal kandungan 2-3 bulan, Maknanya anak disediakan selama 6-7 bulan. Mencukupi untuk anak kecil sedikit faham Dan sedikit sedia Yang dia akan ada 'kawan kecil' lain ;) Best friend forever. Silakan share dengan pasangan dan kenalan yang sedang 'expecting' 5 TIPS persediaan untuk anak besar Dapat adik baby ya 🙂. . CARE, Maznah Ibrahim #GoldenAgeParenting #VideoParenting2Min #MZParentingStudio Persediaan Anak Untuk Dapat Adik. https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/486794008581905/

Blaming Game Saya tengah driving, lalu satu laluan ni dan trigger mengenai sesuatu. (Now stopping untuk tulis ini). Pernah satu ketika ini saya nak cepat dan drive agak laju Keluar simpang belok kiri terus walau nampak ada motor di kejauhan di kanan sebelum belok kiri. Saya jangkakan saya sempat dan tiada apa apa berlaku. Rupanya motor juga laju dan terus langgar cermin kereta saya di kiri sampai patah dengan wire aja menyelamatkan dari jatuh. Allah tersentap. Berdebar. Ya saya salah. Rupanya lepas itu saya belok kanan dan si motor juga ke kanan (sama laluan la). Dia (si penunggang motor) memandu laju di kanan saya sambil kelihatan menyumpah marah saya. Saya keliru. Ya saya silap tapi dia kan dah langgar cermin saya sampai patah dan saya tak stop kereta marah dia pun. Pasti dia sedar sebab lepas dia langgar saya dia toleh ke belakang dan nampak kesan langgar laju dia mengena ke cermin saya. Saya terus keliru bercampur debar sampai ke sudah. Untung dapat share dengan encik suami. Hmm.. Kesimpulan saya lepas luah pada suami ialah; Dia rasa bersalah juga maka dia reverse psychology dia salahkan saya (maki maki maybe kata saya tak nampak ke). Sebenarnya jika saya nak reverse psychology dia maybe saya yang akan stop kereta dan marah dia sebab patahkan cermin saya. Suami kata sebab dia nampak saya perempuan maka dia buli saya. Ok. Lega bila dah luah dan kenalpasti punca kan. Si pesalah memang akan salahkan orang lain untuk tutup kesalahan diri. Refleksi untuk anak kecil. Mak salah, langgar anak dan anak tertumpah air di cawan. Mak marah anak sebab air tumpah walhal mak yang langgar anak. Anak keliru dan terima aja seolah anak salah sepenuhnya. Kesian anak sebab anak itu masih kecil dan tak dapat luah atau proses perkara ini secara pemikiran matang. Nampak sesuatu ? Mak mak, Hentikan blaming semua anak yang salah. Anak kecil senang keliru. Anak akan buat sama kepada adik dia Atau jika berani sikit kepada mak ayah dia semula. Blaming game never end. Just akui kesilapan Ia lebih baik, bermaruah. Ambil pelajaran. Untuk tak ulangi kesilapan. Pelajaran dari kedua dua belah pihak. Anak akan belajar dan buat benda sama. Bertanggungjawab dan bermaruah. Saya melihat dan mempercayai banyak tingkahlaku orang dewasa yang ada masalah kesihatan mental ialah dari pengalaman dia as a child daripada treatment dia terima dari ibubapa dan orang dewasa di sekeliling dia. Blaming game will never end. We as parents need to change To break the cycle. Maznah Ibrahim. *Jum jadi telus dan terbuka. 😊😊😊👍

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1) 5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: 1. Tangki perkataan baik 2. Tangki sentuhan selamat 3. Tangki masa istimewa 4. Tangki layanan yang baik 5. Tangki material bersesuaian PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda. Jum sama-sama pelajari dan amalkan. Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik. . Tekan bawah ni ya untuk penerangan cepat tepat dan bermanfaat, InsyaAllah. . https://maznahibrahim.com/macam-mana-nak-penuhi-tangki-emosi-anak-part-1/

photo content

IBUBAPA KENALI DIRI DULU Dalam Urus Emosi Ibubapa, Penting kenal diri dulu, Sebelum manage emosi anak. Sebab tanpa sedar, Anak memang ikut caragaya anda. . Kenali emosi asas, Jujur akui, rasai, acknowledge, Termometer tahap aku memang tinggi/banyak ini. Mana strength, iaitu cara aku guna anggota badan selama ini, kita identify dulu corak gaya selama berpuluh tahun ini.... Refleksi, Muhasabah diri. . . Then modify / reframe setelah faham cara ubah strategy, . Kita perlu find the balance, . bila seimbang, segalanya lebih stabil, aman, in control. . Contoh fisiologi badan penat, emosi mudah meletus, minda jadi berfikiran negatif. . Tangki emosi mana satu dah menyurut sangat, Tak perasan pun selama ini, Patutla sakit... (sakit dalam emosi) . Selama ini LUA banyak ke arah tak cukup Yakin Percaya, kepada Maha Pemberi, Macam mana nak jadi positif jika LUA selama ini memamg mode Negatif navigator nya 😓 Sedihnya selama ini tak perasan, Tak Tahu, Maka Tak Kemudi diri dengan baik dan bijak, Sedang Khalifah pemimpin itu bermula dengan Pimpin Dirimu sendiri dahulu...... . Dalam EHSABAR banyak kenal diri, Strategy pengurusan emosi, saya cuma boleh beri idea cadangan, Sebab saya ada baaaaanyak idea (InsyaAllah, Alhamdulillah Intuiting sangat kaya dengan Idea dan Kata), . Namun yang kena find tune, Pause, cari solusi / strategi tu, ialah diri sendiri, Sebab anda akan laksana perubahan itu sendiri, Saya bukan diri anda. . . Keynya Hati, Jantung emosi, Mahu berubah, Percaya dan yakin, Tiba masa aku berubah, . Ada BIG WHY, Aku berubah untuk apa, Selamanya aku tidak mahu terperangkap begini. . . Oh, I Must Change. . Refleksi, Maznah Ibrahim. .

photo content

him Dah habis baca, sila komen: Ya Saya Nak Jadi Ibubapa Positif. Sharekan dengan pasangan dan kenalan kita agar sama sama tahu ya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1260852664089315&id=477691842405405

BAGAIMANA NAK BERI KASIH SAYANG TAK BERSYARAT KEPADA ANAK? Adalah dengan cara 👉BERI PENGARUH POSITIF BERARAH BERTERUSAN👍😊 . Saya petik konsep asal dari Khalifah Method, oleh Allahyarham Prof Dr Muhammad, . dan Teknik adalah dari Teknik Nabi, dari Kajian Tim Pengkaji Hadith Psikologi Nabi Muhammad s.a.w diketuai oleh Pn Ainon Mohd. . . Fahami 3 teknik / steps ini, Amalkan Berterusan, Agar Kesan Kasih Sayang Bersyarat Ibubapa kepada Anak Tidak Berlaku. . 1⃣ Beri GANJARAN setiap kali anak buat perkara POSITIF (baik), walau perkara kecil. . 2⃣ Beri GANJARAN setiap kali anak TIDAK melakukan perkara NEGATIF/ tidak baik (yang telah di 'highlight' ibubapa sebelum itu) . 3⃣ Beri MAKLUMBALAS secara LEMBUT tetapi TEGAS di atas KESALAHAN yang telah dilakukan dengan menjelaskan kepada anak CARA yang BETUL dalam melakukan sesuatu perkara itu. . . Nampak mudah, Tapi tidak mudah sebab tak biasa. . NAMUN TIDAK MUSTAHIL kita latih diri lakukan demi kejayaan mendidik permata hati kita ni. . Okay, saya beri Contoh ya. . ✳️ Nota: ✅ Ganjaran boleh berlaku sama ada secara sosial non material atau material. . ✅ Ganjaran Sosial Non Material bermaksud anda tidak kurang apa pun, seperti senyuman, usapan, pelukan, tepukan, kata pujian, hatta memandang tepat wajah anak dengan kasih sayang (beri perhatian). . ✅ Ganjaran Material bermaksud anda akan kurang sesuatu kerana beri / beli sesuatu untuk si anak, seperti mainan, atau kertas percuma di lipat jadi kad ditulis ayat positif. . Digalakkan beri GANJARAN SOSIAL NON MATERIAL sebab ia lebih 'long lasting', Iaitu kesan positif bertahan untuk jangka masa panjang. Jika material, lepas dapat, nak lagi dan lagi, mak ayah pening 😓🙆 . Contoh situasi. . Situasi 1: Anak bergaduh berebut mainan sesama adik beradik. Tiba-tiba anda dapati anak bermain dengan baik. . 1⃣ Beri Ganjaran serta merta, noted akan situasi baik berlaku ini, puji spesifik tingkahlaku anak beserta impak. . "Alhamdulillah Mama tengok Abang dan Adik main bersama, kongsi mainan baru ni. Bagusnya. Nanti Allah suka, macam lagu Omar Hana tu kan (Impak 1). Senang hati Mama tengok korang ni (Impak 2). Syukur Alhamdulillah moga jadi anak soleh solehah (Doa: Impak 3). . . Situasi 2: Anak berebut, tetapi kali ni si Abang berusaha bersuara rendah, tidak menjerit marah adik, kemudian bila adik taknak dengar, si Abang datang kepada anda untuk beritahu / mengadu (seperti pernah anda ajar /sarankan sebelum ini). . 2⃣ Beri ganjaran bila anak berusaha tidak buat tingkahlaku negatif kebiasaan dia, yang mana anda pernah ajari kaedah solusi alternatif. . "Abang, Mama bangga bila Mama dengar Abang cuba cakap elok-elok tak suara tinggi dengan adik bila adik nak rebut mainan. Bila adik masih tak dengar, Abang datang bagitahu Mama. Macam nilah yang Mama nak, iaitu Abang ingat apa yang Mama ajarkan tempoh hari. OK lepas ni Abang bagi masa kat adik, lepas tu Abang cuba usap belakang adik, dan offer adik main gilir-gilir, okay". (Tambah skill baru). . . Situasi 3 : Abang menjerit kuat marah si Adik masa adik tak dengar kata Abang untuk tak tengok TV dekat dekat. 3⃣ Beri maklumbalas lembut tegas, dan tunjukkan cara. . "Abang, (sambil pandang mata dan pegang bahu) cakap elok-elok dengan adik, Abang cakap macam ni: "Adik, tolong ke belakang sedikit dari TV sebab Abang tak nampak, nanti mata adik tak sakit, meh duduk sebelah Abang ni ya Adik Sayang.... " Nanti adik akan dengar la sebab Abang bersuara lunak merdu sedap didengar. Bila abang menjerit, Adik akan lagi sakit hati dan lagi tak dengar cakap Abang, tapi bila Abang cakap elok, bahasa elok, nanti Adik akan lagi hormat kat Abang, dan layan Abang baik sampai besar. Mama yakin Abang akan boleh buat sebab Abang ialah model terbaik untuk adik" (peluk usap dia). . . TAKE HOME MESSAGE °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Kat sini jika perasan, semuanya positif, kan? Jadi ibubapa positif ni perlu banyak PAUSE dan ber RESPONSE dengan BIJAK bukan REACT dengan emosi negatif. . Kita cuba usaha ya. . . ❤️❤️❤️ Refleksi dan Susunan, Maznah Ibra

photo content

arenting