Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 269 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 964,并在 马来西亚 地区排名第 2 367 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 269 名订阅者。
根据 22 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -122,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.48%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.43% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 891 次浏览,首日通常累积 395 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 23 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 269
订阅者
-424 小时
-357 天
-12230 天
帖子存档
16 266
👆 Untuk warga Perlis,
jemput untuk perkongsian pendek mengenai Cara Bentuk Ayat Hypnoscript untuk Anak dan Pasangan.
16 266
Anda Susah Nak Potong Kuku Anak?
Boleh cuba 1 dari option cara ini.
👇👇👇👇👇
https://maznahibrahim.com/anak-susah-potong-kuku-camana-nak-bagi-dia-sukarela-gembira-dipotongkan-kukunya/
16 266
Anak Kecil Memang Selalu Misteri.
Anda Ibubapa bijak
boleh usaha dalami Puzzle
dan selesaikan.
Fahami model iceberg
Dengari sahaja dengan aktif,
supportive,
ajar skil solusi
InsyaAllah 90% punca itu akan selesai
😊😊😊
Boleh Ibu Ayah ?
Maznah Ibrahim
Coach Emosi Kanak-kanak
>>> Join telegram channel perkongsian saya di t.me/ehsabar
16 266
Assalamualaikum
selamat pagi
Hari yang lebih baik dari semalam
Dan positif menuju kebaikan.
.
Usaha senyum sampai telinga ok😃😃😃
Maznah Ibrahim.
16 266
Untuk Permulaan Perubahan Sikap atau Tingkahlaku,
.
Mulakan dengan melakukan apa yang anda paling tak suka buat (hampir benci buat laa.. hehe).
.
Kat situ sebenarnya nanti anda akan berjaya lepasi tembok halangan dalam diri.
.
HALANGAN DALAM DIRI.
Contoh:
😁 Paling benci nak lipat baju. Cabar diri lipat baju selesai 3 bakul.
😁 Paling rasa malas nak bangun malam semata nak selesaikan barang berkotak sebab pindah rumah. Bangun, selesaikan ia.
😁 Paling malas nyaaaa lah nak berjalan kaki senaman di pagi hari lewat, jalan aja lah 1 round padang besar.
😁 Paling malas nya nak bangun tengah malam membaca artikel jurnal kajian, bangun jelah baca 2 artikel.
😁 Paling tak berkenan bercakap dengan orang ni, tapi kena cakap juga sebab kerja. Cakap jela..
_ _
Sebaik sahaja anda berjaya lakukannya,
Halangan pertama telah direntasi.
😍😍😍
Maka siap sedia untuk istiqamahkan,
Dan kemudian baru tambah halangan kedua.
.
Secara psikologinya,
1⃣ Anda melawan diri anda sendiri,
Battle atau konflik dalam diri.
Bukan melawan orang lain yang dah nun di jauh sana.
2⃣ Anda nak latih diri, minda, hati (emosi) dan badan (tingkahlaku) untuk buat sesuatu di luar kebiasaan. Yang membezakan manusia berjaya dan tidak berjaya ialah tindakan mereka. Tahu tapi tak pernah buat. Tahu pernah buat tapi tak teruskan. Dan latihan ini untuk register program tindakan baru yang positif. Keluar dari 'comfort zone'.
3⃣ Anda nak berjaya menjadi rol model kepada anak-anak, mulakan dengan diri dulu. Baru layak dikatakan ibubapa ketam mengajar anak ketam berjalan dengan betul.
Hmm. Buat ye.
Maznah Ibrahim.
p/s: Masa saya berjaya bangun malam untuk settlekan barang dalam rumah sebab pindah rumah tu kan, saya fikir kalau tak curi masa malam, memang sampai ke sudah barang tu tersadai di ruang awam camtu. Saya bangkit dengan niat semasa bangkit: Ya Allah jika ikutkan aku, aku memang malas nak bangun dan kemas, ya Allah. Tapi aku bangkit ini sebab aku tahu Engkau suka bersih, kemas, indah dan teratur. Sahaja aku bangun untuk mengemas kerana Engkau Ya Allah.
p/s: Pagi tadi saya malas betul nak berjalan senaman sebab dah lewat. Saya kuatkan diri dan ingat yang semalam saya cakap kat klien yang makan ubat depression tu, atasi malas (seluruh badan) dengan buat sesuatu yang paling benci dan stuck, cth kemas rumah, letgo barang lama tak ingat, bagi clear minda dalam dengan cara clear luaran fizikal. Setiap item barang kita ada energi sendiri dan perlu 'rumah' ruang dia, baru semua happy *termasuk barang dalam rumah. Nampaknya beliau setuju dengan contoh itu, maknanya ramai alami ini. (Tengok Marie Kondo).
16 266
Adakah Anak Kita 'A Wanted Child' ?
.
Seringkali bila saya kesibukan,
mengurus urusan dalam rumah, dan serentak itu si kecil bayi Yumna yang masih 'high dependant' kepada ibunya,
memanggil-manggil, bersuara, merangkak ke arah saya,
saya akan alami rasa bersalah sedikit.
.
https://maznahibrahim.com/adakah-anak-kita-a-wanted-child-2/
16 266
Usaha kecil anda setiap hari untuk beri 'signature touch' kepada anak-anak (walau 1 perkara aja), seperti:
✅ memasak untuk mereka makan di rumah
✅ buat air panas untuk alas perut mereka sebelum ke sekolah
✅ usap mereka semasa tidur dengan ucapan tertentu
✅ peluk mereka sebelum tidur dan bangun tidur
✅ doa untuk setiap anak dalam doa anda
✅ isikan air masak dalam botol mereka untuk mereka sedia minum
✅ main dengan mereka walau 5 atau 10 minit
✅ ajar mereka walau 1 ayat/perkataan
.
tetap akan berbaloi,
.
Sebab ia umpama meletak air siraman kepada pokok,
.
Ada input diberi, setiap hari, untuk kelangsungan kehidupan mereka,
.
Nanti, pohon ini akan berbuah/ berhasil / hidup memanjang.
.
Tiada yang sesia di sisi Tuhan,
.
Perumpamaan jelas dalam Quran,
.
Mengenai pokok dan buah, dan akar yang teguh (14:24-25).
.
Siraman anda untuk anak itu ibarat nutrien, yang akan meneguhkan akar,
.
dan pohon itu adalah anak anda,
.
Teguh, dengan kasih sayang anda bersama mereka.
.
Ia sangat HEBAT tau.
.
.
Maznah Ibrahim
p/s: termasuk cakap elok-elok kepada mereka semudah :
⏳"Sabar..",
😊"Cakap elok-elok",
👫"Lemah lembut dengan adik adik",
💝"Main sama-sama, elok-elok, share"
dan lain lain lagi.
.
Ucapan hypnoscript untuk situasi khusus anak usia 0-18 tahun,
Dalam Ebook Hypnoscript:
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch5
16 266
Tiada satu anak pun yang 'menyusahkan',
'takkan jadi',
'takkan boleh',
dan bermacam lagi negatif,
kerana fitrah setiap kejadian anak itu adalah memang 'juara' dan 'pemenang'.
Yakin dan percaya ini,
cuma belum tiba masanya,
cari karpet merah laluan mereka,
bantu mereka,
lorongkan mereka.
✅ Bermain puas puas, (usia 0-7)
✅ Bimbing elok elok, (usia 7-14)
✅ Beri Portfolio Manage Tugas & Tanggungjawab (usia 14-21)
Maznah Ibrahim
16 266
Anda Ada Anak Usia 7 dan ke Atas?
.
Bersiap sediakah anda untuk beri mereka pendidikan alam remaja?
.
❤️❤️❤️
Jemput Baca dan Share kan
https://maznahibrahim.com/anak-fasa-usia-7-14-siap-sediakan-dengan-ilmu-perkembangan-remaja/
16 266
CARA GALAK ANAK BUAT KEPUTUSAN YANG BETUL
.
CARA 1⃣: Beri anak pilihan antara dua, sejak dia usia 2. Devan usia 2 ni dah peringkat autonomi iaitu buat sendiri ikut apa dia rasa dan fikir betul.
“Adik hari ni nak pakai baju Biru atau Hijau ni?”
“Adik nak makan sekarang atau 5 minit lagi”
“Adik nak pergi senaman di taman depan tu atau di taman sebelah?”
.
CARA 2⃣: Puji bila anak buat pilihan, walau apa jua pilihan dia.
“Hmm Mama suka adik boleh buat pilihan iaitu nak makan nasi bukan mee. Mudah lah Mama nak memasak makanan yang adik akan makan”.
.
CARA 3⃣: Bimbing dia ke arah keputusan yang betul seperti kita tahu ia adalah keputusan lebih tepat buat masa itu.
“Adik pilih, sama ada nak dapat mainan ni minggu depan atau bulan depan?” (bukan sekarang).
“Bagus sebab adik berjaya tangguh keinginan adik, tak semua kita nak tu boleh dapat sekarang, kan?”
Cubalah.
Maznah Ibrahim.
.
p/s: Pastikan dapatkan Ebook Hypnoscript sebelum ia meningkat harga lagi, jum sharekan dengan rakan dan kenalan anda. 😊😃
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch4
16 266
KETAHUI DAN PERCAYAI, SETIAP ANAK KITA BERBEZA KELEBIHAN DAN POTENSINYA - KELUARKAN BINTANG DALAM DIRI ANAK
.
Tak suka tapi selalu push anak agar capai tahap terbaik diri mereka, kan?
.
Namun seringkali kita meletakkan ekspektasi tinggi dan lebih kepada berpusat diri kita, bukan anak. Minat kita, bukan minat anak.
.
Jadi, ini mungkin cara yang lebih harmoni untuk kita dan anak :-
.
1⃣. Beritahu diri, diri kita pun tak suka dipaksa. Fitrah manusia lebih suka disokong akan apa yang kita minat dan boleh kuasai satu satu skil itu secara sukarela, seperti minat cerita korea, mahu tonton siri itu dan tidak mahu dipaksa tonton wayang cerita perang.
.
2⃣. Perhatikan minat anak bidang apa, iaitu bila dia buat, dia nampak gembira dan siap awal.
Contoh ke kelas renang dia teruja dan dia siap dulu (tapi jika kelas matematik dia lambat lambat siapnya).
Maka jadikan kelas yang dia minat itu sebagai ganjaran pabila dia lakukan apa kita minta pada kadar dia mampu buat (contoh solat lengkap minima 2 kali sehari atau siap kerja sekolah 5 hari, adik dapat ke kelas renang Sabtu ni).
.
3⃣. Laburkan sedikit duit untuk kelas mereka minat ni sebagai terapi diri mereka, iaitu emosi mereka seimbang bila dapat buat apa mereka minat.
.
Ingat, pelaburan ilmu untuk anak kuasai itu adalah selamanya berguna, takkan sia sia,
..
manakala harga emosi anak juga amat penting dan tidak ternilai dengan wang ringgit kita, untuk kesihatan mental mereka kelak.
.
Jadi sentiasa pastikan anak seimbang dari segi tanggungjawab IQ, EQ dan SQ nya. Kita bimbing mereka.
.
❤️
Maznah Ibrahim.
Esok last harga earlybird superjimat untuk Ebook Hypnoscipt Anak:-
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch3
16 266
Pagi yang sangat indah
warm colour-merah pink
bulan sabit di nun sana
Assalamulaikum
Salam Sejahtera
Selamat pagi
Positivity for all of us today
InsyaAllah.
Maznah Ibrahim
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
