en
Feedback

Don't get caught by a cheater! Telemetrio finds and tags such channels πŸ‘‰ If you want to see the tag, subscribe

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Open in Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Show more

πŸ“ˆ Analytical overview of Telegram channel Parenting Maznah Ibrahim

Channel Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 15 718 subscribers, ranking 958 in the Family & Children category and 2 320 in the Malaysia region.

πŸ“Š Audience metrics and dynamics

Since its creation on Π½Π΅Π²Ρ–Π΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 15 718 subscribers.

According to the latest data from 02 November, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -143 over the last 30 days and by -7 over the last 24 hours, overall reach remains high.

  • Verification status: Not verified
  • Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 3.92%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 2.07% reactions from the total number of subscribers.
  • Post reach: On average, each post receives 616 views. Within the first day, a publication typically gains 325 views.
  • Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 0.

πŸ“ Description and content policy

The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
β€œChannel ini bertujuan pendidikan hati ❀ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 03 November, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the Family & Children category.

15 718
Subscribers
-724 hours
-367 days
-14330 days
Posts Archive
SAYANGI ANAK KITA TANPA SYARAT . [OVERVIEW ISU KASIH SAYANG BER SYARAT : https://www.facebook.com/477691842405405/posts/1256683984506183/] . 7 FAKTA INI mungkin membantu kita Untuk berfikir semula, Yang Anak Kita Perlu kan Sayang Tanpa Syarat (Unconditional Love) dari Kita 1⃣ Anak-anak kita adalah kanak-kanak πŸ‘¬πŸ‘­, immature. Mereka bukan orang besar. Jika Akta Kanak-kanak 2001 (revise 2016) di Malaysia, kanak-kanak merujuk kepada yang berumur bawah 18 tahun. . 2⃣ Maka anak-anak kita akan cenderung bertindak / bertingkahlaku seperti kanak-kanak. Maka elakkanlah kita sebagai orang dewasa pula, bertindak / bertingkahlaku seperti seorang kanak-kanak πŸ™‡ (sedor la diri tu dah berusia dan jadi mak bapak orang naa πŸ™† ) . 3⃣ Cuma tingkahlaku yang sangat keanak-anakan yang ditunjukkan oleh anak-anak kita memang agak kurang menyelesakan kita atau sesiapa jua πŸ’† . Ia memang fitrah. So releks, semua orang sama. . 4⃣ Jika saya jalankan peranan saya sebagai ibubapa (orang dewasa) dan menyayangi mereka, tanpa mengambil kira sikap keanak-anakan mereka, mereka akan jadi LEBIH MATANG dan tak buat dah gaya keanak-anakan mereka. . Maka kat sini cara handle anak masa dia jadi keanak-anakan ialah: 'TIDAK JADI SEPERTI ANAK-ANAK', tapi KEKAL JADI IBUBAPA DEWASA yang merupakan 'COACH EMOSI' mereka. Matang. Nanti, mereka akan tinggalkan sikap keanak-anakan mereka ketika itu, dan berubah jadi matang sesuai menurut usia mereka sendiri. ❀ . Contoh anak usia 3 merengek macam usia bayi 😩 , cara layan mereka, anda perlu kekal sebagai ibubapa matang, tidak marah-marah mereka, layan seketika dengan tenang, beri full attention dan anda akan dapati tak lama lepas tu anak akan berubah kepada mode kanak-kanak usia 3. (ini ada kaitan dengan pergerakan otak dari otak reptilia, ke otak emosi dan seterusnya otak rasional. Untuk rasional sedikit, biasanya usia 3 ke atas bergantung kepada individu kanak-kanak itu). . 5⃣ [KESAN KASIH SAYANG BERSYARAT β›”] Jika saya hanya sayangkan mereka pabila mereka nak sedapkan hati saya (please kita), dan jika saya luahkan sayang saya kepada mereka hanya pada ketika itu, ANAK AKAN RASA TIDAK DISAYANGI SECARA GENUIN (ikhlas/jujur). Ini akan merosakkan self image mereka, buatkan mereka rasa tidak selamat, dan sebenarnya cegah mereka daripada menjadi lebih self control (boleh kawal diri) dan bertingkahlaku lebih matang. . Maka INGAT, hasil capaian perkembangan dan tingkahlaku mereka sebenarnya adalah SAMA BANYAK dengan tanggungjawab yang telah saya jalankan kepada mereka. Bermaksud, tingkahlaku anak dan tahap perkembangan anak merujuk kepada berapa banyak peranan dan tanggungjawab yang saya telah laksanakan kepada mereka. Jika anak tak OK tingkahlaku mereka, bermaksud saya yang tak cukup OK. . 6⃣ [KESAN KASIH SAYANG BERSYARAT β›”] Jika saya sayang mereka hanya pabila mereka memenuhi standard permintaan saya atau ekspektasi saya, mereka akan RASA TIDAK CUKUP KOMPETEN/cukup cekap dan mereka akan percaya yang tak guna lah mereka berusaha buat yang terbaik, sebab IA TAK PERNAH CUKUP. Mereka akan sentiasa terperangkap dengan rasa tidak selamat mereka, kebimbangan mereka, rendah estim diri dan kemarahan. Untuk cegah ini dari berlaku, Saya perlu sentiasa ingatkan diri saya mengenai TANGGUNGJAWAB saya untuk kesleuruhan pertumbuhan dan perkembangan mereka. . 7⃣ [KESAN KASIH SAYANG TANPA SYARATβœ…] Jika saya sayangkan mereka dengan tanpa syarat, mereka akan rasa selesa terhadap diri mereka sendiri dan akan boleh mengawal kebimbangan (anxiety) mereka dan mengawal tingkahlaku mereka di sepanjang pembesarannya hingga dewasa. . . Benar, tingkahlaku anak usia 3 atau 12 atau 16 tak sama dan tak boleh dibandingkan, namun ingat,mereka masih anak-anak kita, dan bukan orang dewasa  . *point asal dari β€˜The 5 Love Languages of Children', oleh Gary Chapman & Ross Campbell, cuma translasi dan sedikit tambahan dari Maznah Ibrahim. . *continue... untuk solusi apa kita boleh buat . ❀❀❀ Maznah Ibrahim. *sharekan dengan pasangan dan kenalan kita ya 😊 #tangkiemosianak #kasihsayangtanpasyarat #UntukBaikiMasyarakatPerlubaikiAspekP

photo content

Alhamdulillah selesai sudah perkongsian saya kepada pakar pakar O & G seluruh Malaysia dalam 18th National Obstetric & Gynaecology Consultant Conference di Hotel Seri Malaysia Perlis. Saya berbicara mengenai Work Life Balance: Know Yourself & Stress Management. Walau diri sendiri juga Eustress (Stres Positif) πŸ˜„ berbulan juga di belakang minda duk fikir apa aktiviti / teknik sesuai untuk mereka yang tahap senior dan pengalaman emas ini, Akhirnya saya decide dua hari lepas buat Love Language Quiz hehehe. Agar mereka tahu preference atau kecenderungan love language mereka dan sesama rakan sekerja, serta boleh support serta hormat satu sama lain punya Love Language berbeza ni. Hehe Pagi tadi baru buat slide pula tu. Memilih latar belakang slide berwarna purple dan kebetulan mereka juga bertema purple hari ini. MasyaAllah, Allah susun cantik aspek ini. . . Mereka kata at least now tahu love language sendiri. Tak pernah buat test.😊 Take home message saya di hujung sesinya ialah: 1. Dapatkan atau penuhkan tangki emosi kita agar kita stabil, maka sebelum tu tahu mana utama dulu.πŸ‘ 2. Pastikan diri guna 'body' dengan sebaiknya untuk release energi stres, jaga brain dengan buat aktiviti fizikal dengan jaga apa dimakan, jaga tidur (5 jam malam 27 minit tengahari) selain buat exercise seperti disarankan KKM minima 3 kali seminggu / 30 minit tiap kali, 3. Fokus dan ambil berat pada Stabiliser iaitu elemen Spiritual. Buatlah apa saja rutin berkaitan asal amalkan secara konsisten, insyaAllah sibuk atau stres camana pun akan boleh 'balance'.😊 (angguk angguk depa, faham dan setuju agaknya), 4. Elemen Pemikiran dan Emosi banyak diproses dalam sesi terapi oleh kami kaunselor n psikoterapis dan makan masa. Namun utk quick fix dan stable, go for Body (elemen exercise, jaga makan dan tidur betul) dan Spiritual. Itu sahaja sudah mencukupi. InsyaAllah sihat dan seimbang. ❀️ Maznah Ibrahim * nak tahu confirm tak love language untuk anak anak kita? Saya sedang test untuk Fateh, maybe kita boleh kongsikan sama sama dan bantu penuhkan love language anak kita ni... * nanti komen "Nak" ya πŸ˜ŠπŸ‘ https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1257515911089657&id=477691842405405

photo content

Jika Anda Selalu Beri 'Conditional Love' - Sayang yang Bersyarat, Usaha Ubah kepada 'Unconditional Love' Saya sedang mengkaji mengenai Tangki Emosi kanak-kanak. Banyak kita beri pujian (Tangki Words) bila anak buat baik sahaja - ini betul, tetapi cara pujian kita kena tahu cara yang lebih tepat - iaitu teknik nabi is the best ➑ puji tingkahlaku betul anak/usaha anak BUKAN PUJI ORANG. . Ini memberi mesej kepada anak yang kita ni bersyarat, suka anak bila dia buat baik betul sahaja, . Jadi kesannya ramai juga kanak-kanak akan 'hiding' (sembunyikan tingkahlaku salah dia dan bercerita kisah diri yang baik dan betul sahaja), . Atau 'please' buat baik dan betul yang dia tahu ibubapa suka untuk dapat pengiktirafan / pujian semata sedangkan dia tidak lah buat sebab diri sendiri pilih buat baik/betul. . Kita bimbang bahasa kasih sayang 'words' bersyarat ini akan buatkan anak yang bijak ini bertingkahlaku kurang jujur pada diri dan orang sekelilingnya. . Jadi bagaimana? Saya sambung nanti tips nya ya. ...cont. Maznah Ibrahim.

5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: . β™₯️ Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan - pujian spesifik - ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau negatif mahupun positif. . β™₯️ Tangki sentuhan selamat - usapan (bahu dan belakang), - pelukan (full dada to dada), - ciuman di dahi/pipi. . β™₯️ Tangki masa istimewa - temankan mereka bermain di playground atau di rumah, - solat - makan bersama, dll. . β™₯️ Tangki layanan yang baik - layan macam VVIP, - senyum kepada mereka, - pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda. . β™₯️ Tangki material bersesuaian - ikut kemampuan, - dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya . . PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anda. . Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita. . OLEH: Maznah Ibrahim

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

Saya tertarik soalan umum Puan Syazwani ini, Saya kongsikan jawapannya di sini ya. *Di saat kita ingat semua orang tahu teknik pujian yang betul, Sebenarnya ramai lagi antara kita ini yang belum tahu. Saya pelajarinya tahun 2012 masa mula-mula teknik komunikasi Nabi diperkenal dan disebarluaskan dan ada apply pada anak no 1 masa labour room. Maka marilah kita kongsikan agar sama sama tahu ya😊 sebab ini sedekah amal jariah kita. Kadangkala kita sendiri juga memang benar benar tak tahu satu satu perkara kan dan teruskan sharing dan mengingati satu sama lain. ❀️ Terima kasih Pn Syazwani InsyaAllah anak puan Iman comel ni bukan saja comel bijak malahan anak solehah penyejuk hati ibu ayah Maznah Ibrahim

Jum jadi mata lebah. *teringat kata kata Pn Badariah dalam talk Didik Anak Solat haritu. Maznah Ibrahim

photo content

Saya tengok url di atas expired, Boleh tonton 5 cara itu di sini ya 😊😊😊 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1254214751419773&id=477691842405405

ADAKAH SEMUA YANG ANAK NAK KITA IBUBAPA KENA BERI? 5 CARA MACAM MANA NAK HANDLE Anak Yang Selalu Minta Nak Beli Benda Yang Dia Suka... Di sini saya kongsikan strategi yang saya telah lakukan dan train anak 'strong will' saya sejak usia dia 4 tahun. Alhamdulillah hasilnya dalam usia 5 dia tu :- πŸ‘‰ dia boleh 'self control' tahu dirinya ada 'impulse buying issue', maka sampai dia memilih untuk tak masuk ke kedai sebab takut nak membeli barang πŸ‘‰ boleh 'bekerja' dan berusaha untuk 'istilah tiada percuma, perlu kerja', πŸ‘‰ minta pada Allah on the dot (monolog) masa dia nak dan kita tak beri. . Baru ni usia 7 dia, dia lebih jelas akan 'boundary' (batasan) semua orang. πŸ‘ Boundari diri dia, πŸ‘ Boundary ibubapa, πŸ‘ Dan KUASA tiada batas Allah, πŸ‘ Serta paling manis bila dia boleh train adik dia juga. πŸ‘ dan memilih untuk berniaga kecilan untuk kumpul duit πŸ‘ Menariknya on the dot, dia akan tunaikan solat hajat 2 rakaat untuk sungguh sungguh minta kepada Allah. . Saya yakin, Semua ujian anak ini untuk diri kita sebenarnya, Dan menguji caragaya kita nak bentuk karektor si anak, Seperti mahunya Allah. Dan setiap petanda kesukaran dari anak-anak kita itu sebenarnya ada PELUANG besar untuk didikan khusus bagi membentuk kecerdasan intelek, emosi dan spiritual anak... . β™₯️ Silakan ya nonton 4minit 59saat :) ❀ Sharekan dengan pasangan dan kenalan agar sama-sama dapat idea untuk perkara ini ya. β™₯️ dan tuliskan komen pandangan dan pengalaman anda dari situasi ini. . CARE, Maznah Ibrahim #refleksikeibubapaan #GoldenAgeParenting #video5minit #MZParentingStudio https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/379641526323334/

photo content

photo content

Saya share soalan umum dan jawapan saya di komen pasal video Anak Anak Begaduh : 'Selalu Menangkan Adik, Apa Kesannya" https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1231380120369903&id=477691842405405 Mudahan kita ibu ayah dapat switch respond kita kepada anak anak bila depa bergaduh ya 😊.

photo content
+2