en
Feedback
DARUL MUJTABA

DARUL MUJTABA

Open in Telegram

Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

Show more
2 040
Subscribers
+124 hours
-47 days
-630 days
Posts Archive
Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan meny
Jalan sesak menuju MBMD 2.0? Luangkan masa perjalanan dengan mendengar 7 lagu pilihan Spotify MJMD. Semoga setiap alunan menyatukan hati, menyemarakkan semangat muafakat, dan menemani perjalanan anda hingga tiba di Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang. 🎧 Spotify MJMD – Teman perjalanan anda ke MBMD 2.0 https://open.spotify.com/artist/3ExeMnOE2jPfrvCKgRwDGK?si=vtuG2oWxT4-3ISi3RnwIsQ&utm_source #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

photo content

photo content

ESOK DHUHA DI SAUJANA UTAMA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR * Naskah kitab boleh diperolehi di tempat majlis
ESOK DHUHA DI SAUJANA UTAMA MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR * Naskah kitab boleh diperolehi di tempat majlis

MALAM INI DI SEKSYEN 8 SHAH ALAM MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI SEKSYEN 8 SHAH ALAM MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Surat Tubba’ Kepada Rasulullah ﷺ Antara kisah yang dinukilkan dalam beberapa kitab sirah dan sejarah Islam ialah tentang seorang raja Yaman yang dikenali dengan gelaran Tubba’. Baginda dikatakan pernah tiba di Yathrib, iaitu Madinah al-Munawwarah, beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Rasulullah ﷺ. Diceritakan bahawa ketika berada di sana, Tubba’ bertemu dengan para ulama daripada Bani Israil yang menetap di Yathrib. Mereka memberitahunya bahawa kota tersebut bukanlah sebuah kota biasa. Menurut khabar yang mereka warisi daripada kitab-kitab terdahulu, di situlah kelak akan berhijrah Nabi akhir zaman, Sayyidina Muhammad ﷺ, penutup sekalian para nabi dan rasul. Mendengar berita itu, Tubba’ dikatakan membatalkan hasratnya terhadap kota tersebut. Bahkan, beliau menghormati Yathrib dan memuliakan para ulama yang tinggal di sana. Sebahagian riwayat menyebut bahawa beliau turut membina tempat tinggal untuk mereka serta meninggalkan beberapa amanah sebagai tanda penghormatan kepada kota yang bakal dimuliakan dengan kehadiran Rasulullah ﷺ. Sebelum berangkat pulang, Tubba’ dikatakan menulis sepucuk surat yang ditujukan kepada Rasulullah ﷺ. Surat itu diamanahkan kepada salah seorang ulama di Yathrib agar dipelihara dan disampaikan kepada Nabi akhir zaman apabila Baginda ﷺ tiba kelak. Antara isi surat tersebut ialah: “Aku bersaksi bahawa Ahmad ﷺ ialah Rasul Allah, Tuhan sekalian alam. Sekiranya aku sempat hidup pada zaman Baginda ﷺ, nescaya aku akan menjadi pembantunya. Aku akan berjihad bersamanya, menghunus pedangku demi mempertahankannya, dan aku akan berusaha sedaya upaya untuk meringankan segala beban yang ditanggung oleh Baginda ﷺ.” Riwayat itu juga menyebut bahawa surat tersebut dipelihara dan diwariskan dari satu generasi ke satu generasi sehingga tibanya hari Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah. Ketika seluruh penduduk Ansar berharap agar Baginda ﷺ memilih rumah mereka sebagai tempat persinggahan, Rasulullah ﷺ bersabda: “Biarkanlah unta ini berjalan, kerana sesungguhnya ia diperintah.” Unta Baginda ﷺ akhirnya berhenti di hadapan rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari RA. Menurut sebahagian riwayat sirah, keluarga inilah yang memelihara amanah tersebut sehingga akhirnya ia disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Kisah ini mengingatkan kita bahawa mahabbah kepada Rasulullah ﷺ tidak pernah terikat dengan zaman. Walaupun kita tidak pernah melihat wajah Baginda ﷺ dengan mata kepala sendiri, Allah SWT tetap mengurniakan nikmat untuk mengenali, mencintai dan berselawat ke atas insan yang paling dikasihi-Nya. Semoga Allah SWT meneguhkan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ dalam hati kita, menghidupkan sunnah Baginda ﷺ dalam setiap langkah kehidupan, serta menghimpunkan kita bersama Baginda ﷺ di bawah panji al-Hamd pada hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين **Di Olah semula dari perkongsian Maulana Iqbal Zain Al Jauhari. Sila Share & Sebarkan https://www.facebook.com/share/18yWnFTptY/?mibextid=wwXIfr #darulmujtaba

Akhlak Mulia sebagai Buah Ilmu, Makrifat dan Kedekatan dengan Rasulullah ﷺ Catatan Nota Tausiyah Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Mal
Akhlak Mulia sebagai Buah Ilmu, Makrifat dan Kedekatan dengan Rasulullah ﷺ Catatan Nota Tausiyah Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Malik 13 Disember 2025 Nota penuh boleh di baca di sini: https://www.facebook.com/share/18SwWT1nbs/?mibextid=wwXIfr #darulmujtaba

Sabtu 4 Julai 2026 Masjid Damansara Perdana Semua dijemput hadir.
Sabtu 4 Julai 2026 Masjid Damansara Perdana Semua dijemput hadir.

Pernah tak kita terfikir... Kenapa Allah mempertemukan kita dengan seseorang pada waktu tertentu? Kenapa bukan lima tahun lebih awal? Kenapa bukan lima tahun lebih lewat? . Saya rasa kisah perkahwinan Rasulullah SAW dengan Saudah binti Zam'ah r.a. memberi jawapan yang sangat indah. . Ketika itu Rasulullah SAW sedang melalui tahun yang paling berat dalam hidup Baginda. Khadijah r.a. baru sahaja wafat. Wanita yang menjadi teman hidup. Susah senang bersama Tempat Baginda SAW bercerita. Tempat Baginda SAW berehat. Tempat Baginda SAW mencari ketenangan. Tidak lama selepas itu, Abu Talib pula meninggal dunia. Kemudian Baginda SAW pergi ke Taif. Dan pulang dengan hati yang penuh luka. . Rumah itu menjadi sunyi. Fatimah masih kecil. Ummu Kulthum juga masih memerlukan seorang ibu. Pada saat itulah muncul seorang wanita bernama Saudah binti Zam'ah. . Saudah bukan gadis muda. Beliau seorang balu. Pernah berhijrah ke Habsyah bersama suaminya demi mempertahankan iman. . Di bumi asing itu, suaminya meninggal dunia. Beliau pulang ke Makkah membawa duka yang tidak ramai tahu. Seorang balu. Usianya juga bukan lagi usia yang sering menjadi pilihan untuk berkahwin. Kalau dilihat dengan mata manusia, hidup Saudah seakan-akan sudah sampai ke penghujung cerita. . Tetapi Allah sedang menulis permulaan yang baru. Khawlah binti Hakim datang menemui Rasulullah SAW. Beliau berkata, "Aku melihat kesedihan yang begitu besar pada dirimu selepas pemergian Khadijah." Lalu beliau mencadangkan dua nama. . Aisyah. Dan Saudah. . Khawlah tidak memilih Saudah kerana kecantikannya. Beliau memilih Saudah kerana akhlaknya. Beliau seorang yang mudah mesra. Tidak suka bermusuh. Suka membuat orang lain tersenyum dan ketawa. Membawa ketenangan ke mana sahaja beliau berada. Subhanallah. . Kadang-kadang yang paling kita perlukan dalam hidup... Bukan seseorang yang sempurna. Tetapi seseorang yang mampu membawa ketenangan ketika hati kita sedang berduka. . Rasulullah SAW menerima lamaran itu. Dan selama hampir tiga tahun, Saudah menjadi satu-satunya isteri Rasulullah. Beliaulah yang menghidupkan semula sebuah rumah yang baru kehilangan Khadijah. Beliaulah yang menemani Rasulullah SAW melalui fasa yang sangat sukar. Beliaulah yang bersama Fatimah dan Ummu Kulthum ketika mereka kehilangan seorang ibu. . Saya rasa inilah yang paling menyentuh tentang kisah Saudah. Allah tidak menghantarnya untuk menggantikan Khadijah. Tiada siapa mampu menggantikan Khadijah. Tetapi Allah menghantarnya untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Khadijah. . Begitulah hidup. Kadang-kadang Allah menghadirkan seseorang bukan untuk mengambil tempat orang yang telah pergi. Tetapi untuk menemani kita meneruskan perjalanan selepas kehilangan itu. Dan itulah antara bentuk kasih sayang Allah juga. Dia tidak menghilangkan luka kita. Tetapi Dia menghadirkan seseorang yang membantu kita berjalan bersama luka itu. #coretanaqilahnor #bilasirahberbicara #darulmujtaba

MALAM INI DI BANDAR ENSTEK, N9 MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

photo content

Zikir yang berterusan akan membersihkan debu-debu kelalaian pada hati. Apabila hati mula bersih, ia akan bercahaya. Apabila hati bercahaya, ia mula merasai kemanisan iman. Apabila hati hidup dengan zikir, ia mula melihat segala sesuatu sebagai tanda perbuatan Allah, nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah. Pada saat itu, ujian tidak lagi dilihat sebagai kebencian Allah, tetapi sebagai anak tangga untuk semakin dekat kepada-Nya. Musibah tidak lagi memutuskan harapan, bahkan menjadi ruang untuk mengenal Allah dengan lebih dalam. Sebab itu tafakur juga termasuk zikir yang besar. Sayyidina Abu Darda’ r.a. dikatakan mengambil masa untuk bertafakur setiap hari. Tafakur yang benar akan membawa hati kepada sangka baik kepada Allah, bukan sangka buruk. Ia menjadikan seseorang melihat ujian dengan cahaya iman, bukan dengan bisikan syaitan. Kesimpulannya, jangan tinggalkan zikir walaupun hati belum hadir. Jangan tinggalkan amal walaupun hati belum sempurna. Teruskan perjalanan menuju Allah dengan rendah hati, banyak taubat, banyak harap dan banyak sangka baik kepada-Nya. Mudah-mudahan Allah mengangkat kita daripada zikir lisan kepada zikir hati, daripada zikir hati kepada zikir sirr, dan daripada kelalaian kepada kehadiran bersama-Nya. والله أعلم بالصواب. #darulmujtaba https://www.facebook.com/share/p/1KcPfjw2mU/?mibextid=wwXIfr

NOTA PENGAJIAN HIKAM Syarah Tok Pulau Manis Bersama Maulana Dr. Iqbal Zain Al-Jauhari Muka Surat: 105 Tajuk: Jangan Tinggalkan Zikir Walaupun Hati Belum Hadir الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين. Pada pengajian ini, Maulana menyambung perbahasan Kitab Hikam berkenaan adab seorang hamba dalam perjalanan rohaninya menuju Allah SWT, khususnya berkaitan zikir dan keadaan hati. Kalam Hikmah: “Janganlah engkau meninggalkan zikir kerana hatimu belum hadir bersama Allah ketika berzikir. Sesungguhnya kelalaianmu daripada tidak berzikir itu lebih berat daripada kelalaianmu ketika sedang berzikir.” Hikmah ini memberi pedoman yang sangat besar kepada orang yang sedang berjalan menuju Allah. Antara tipu daya halus dalam perjalanan rohani ialah seseorang menunggu hatinya sempurna dahulu sebelum beramal. Dia berkata, “Aku belum khusyuk, maka aku tidak mahu solat.” Atau, “Aku belum ikhlas, maka aku tidak mahu bersedekah.” Atau, “Hatiku belum hadir, maka aku tidak mahu berzikir.” Hakikatnya, jalan menuju Allah bukan bermula dengan kesempurnaan. Jalan ini bermula dengan langkah, walaupun langkah itu tempang, lemah dan penuh kekurangan. Para salihin mengingatkan: “Berjalanlah menuju Allah walaupun dalam keadaan tempang.” Maksudnya, teruslah berjalan walaupun masih banyak dosa, banyak kelemahan, banyak kelalaian dan banyak kekurangan. Jangan berhenti. Jangan berputus asa. Jatuh, bangun semula. Lalai, kembali semula. Berdosa, bertaubat semula. Pintu Allah tidak pernah tertutup selagi nyawa masih dikandung badan. Zikir lisan walaupun hati belum hadir tetap lebih baik daripada meninggalkan zikir sama sekali. Ini kerana sekurang-kurangnya sebahagian anggota kita sedang berada dalam ketaatan kepada Allah. Lidah yang bergerak menyebut nama Allah adalah nikmat yang besar. Jika lidah itu tidak digunakan untuk zikir, boleh jadi ia digunakan untuk lalai, mengumpat, menyakiti orang lain atau berkata perkara yang sia-sia. Maka bersyukurlah apabila Allah masih menggerakkan lidah kita untuk menyebut nama-Nya. Jangan tunggu ikhlas untuk mula beramal. Ikhlas itu maqam yang tinggi. Para wali pun bermujahadah untuk mencapainya. Maka orang yang baru berjalan jangan menjadikan alasan “belum ikhlas” untuk meninggalkan amal. Sebaliknya, teruslah beramal sambil memohon kepada Allah agar dikurniakan ikhlas. Imam Fudhail bin Iyadh rahimahullah menyebut bahawa meninggalkan amal kerana takut dipuji manusia juga termasuk riak. Ini kerana seseorang masih memandang manusia dalam tindakannya. Maka yang benar ialah terus beramal, sambil memperbaiki hati dan meluruskan niat kerana Allah. Dalam perjalanan rohani, amalan zahir membantu membersihkan batin. Zikir lisan membantu menghidupkan zikir hati. Apabila lidah terus dibiasakan menyebut nama Allah, lama-kelamaan hati akan mula sedar, hadir dan merasa dekat dengan Allah. Pada awalnya seseorang berzikir dalam keadaan lalai. Kemudian Allah mengangkatnya kepada zikir yang disertai kesedaran. Selepas itu Allah mengangkatnya kepada zikir yang disertai kehadiran hati. Kemudian meningkat lagi kepada zikir sirr, iaitu zikir yang sangat halus, apabila hati sentiasa terhubung dengan Allah dalam setiap keadaan. Namun semua peningkatan ini adalah kurniaan Allah. Tugas hamba ialah terus beramal, terus berusaha dan terus menjaga adab. Jangan memaksa Allah mengikut jadual kita. Kita berzikir hari ini bukan untuk memaksa hijab tersingkap hari ini juga. Kita beramal kerana kita hamba, dan Allah Tuhan yang menentukan bila Dia mahu membuka, mengurniakan dan melimpahkan cahaya makrifat ke dalam hati. Allah tidak akan mensia-siakan amalan orang yang berbuat baik. Walaupun manusia tidak melihat, Allah melihat. Walaupun manusia tidak menghargai, Allah menghargai. Walaupun manusia lupa, Allah tidak pernah lupa walau sebesar zarah kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya. Oleh itu, teruslah berzikir. Teruslah solat. Teruslah berselawat. Teruslah beramal. Teruslah membaiki hati. Jangan menunggu sempurna baru mahu berjalan, kerana kesempurnaan itu datang dengan terus berjalan.

Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk Kitab agung karya Imam Abu
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk Kitab agung karya Imam Abu Abdullah Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi (w.243H), antara tokoh besar yang membicarakan tentang mujahadah nafs, penyucian hati dan perjalanan menuju Allah. 🎙️ Bersama Ustaz Angah Sunan (Penterjemah Kitab) 📅 11 - 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad) 🕘 9.00 pagi 💻 Secara Online (Zoom) 🎁 Hibah Penyertaan: RM70 🔗 Pendaftaran: https://dana.darulmujtaba.my/order/form/50 Daurah ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu tasawuf, mengenal penyakit hati serta jalan penyuciannya menurut bimbingan para ulama muktabar. Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, hati yang hidup dengan zikrullah serta taufiq untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. Info lanjut : wassap.my/60122617221 (Along Wan) #darulmujtaba

MALAM INI DI TTDI KL MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI TTDI KL MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

photo content

Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk Kitab agung karya Imam Abu
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 Daurah Kitab Risalah Al-Mustarshidin Risalah Tasawuf Untuk Pencari Petunjuk Kitab agung karya Imam Abu Abdullah Al-Harith bin Asad Al-Muhasibi (w.243H), antara tokoh besar yang membicarakan tentang mujahadah nafs, penyucian hati dan perjalanan menuju Allah. 🎙️ Bersama Ustaz Angah Sunan (Penterjemah Kitab) 📅 11 - 12 Julai 2026 (Sabtu & Ahad) 🕘 9.00 pagi 💻 Secara Online (Zoom) 🎁 Hibah Penyertaan: RM70 🔗 Pendaftaran: https://dana.darulmujtaba.my/order/form/50 Daurah ini terbuka kepada semua muslimin dan muslimat yang ingin mendalami ilmu tasawuf, mengenal penyakit hati serta jalan penyuciannya menurut bimbingan para ulama muktabar. Semoga Allah mengurniakan kepada kita ilmu yang bermanfaat, hati yang hidup dengan zikrullah serta taufiq untuk beramal dengan ilmu yang dipelajari. #darulmujtaba

Teruskan kembali kepada Allah. Jika jatuh lagi, bangun lagi. Jika berdosa lagi, bertaubat lagi. Jangan berhenti sehingga nafas terakhir. Namun, taubat juga mesti disertai usaha meninggalkan sebab-sebab maksiat. Jika sesuatu benda menjadi jalan kepada dosa, maka ia perlu dijauhkan. Jangan mengaku menyesal tetapi masih menyimpan sebab yang membawa kepada maksiat. 5. Kaitan Dengan Hari Asyura Maulana juga mengingatkan agar tidak terlepas peluang beramal pada hari-hari besar di sisi Allah, khususnya Hari Asyura, 10 Muharram. Antara amalan yang dianjurkan: Berpuasa pada 9 dan 10 Muharram, atau 10 dan 11 Muharram. Yang lebih sempurna bagi yang mampu ialah 9, 10 dan 11 Muharram. Hari Asyura adalah hari yang besar. Ia dikaitkan dengan peristiwa keselamatan Nabi Musa عليه السلام daripada Firaun, keselamatan Nabi Nuh عليه السلام apabila bahtera Baginda berlabuh, dan beberapa peristiwa besar lain. Maulana juga menyebut tentang amalan meluaskan perbelanjaan keluarga pada Hari Asyura. Para ulama menyebut bahawa sesiapa yang meluaskan perbelanjaan keluarganya pada hari tersebut, Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun. Maka, orang yang hidup hatinya akan berusaha merebut peluang seperti ini. Dia tidak mahu terlepas hari-hari yang mempunyai kelebihan besar di sisi Allah. Kesimpulan Antara tanda hati yang mati ialah: Pertama, tidak sedih apabila tertinggal amal kebaikan. Kedua, tidak menyesal apabila melakukan dosa. Hati yang hidup akan merasa rugi apabila terlepas ibadah, dan merasa takut apabila terjatuh dalam maksiat. Jalan merawat hati ialah dengan taubat, penyesalan, zikrullah, bersangka baik kepada Allah, dan terus kembali kepada-Nya tanpa putus asa. Semoga Allah menghidupkan hati kita dengan zikrullah, menjadikan kita hamba yang menyesal atas dosa, dan memberi kekuatan untuk istiqamah dalam ketaatan. والله أعلم. #darulmujtaba