DARUL MUJTABA
Ir al canal en Telegram
Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.
Mostrar más1 994
Suscriptores
Sin datos24 horas
-27 días
-730 días
Archivo de publicaciones
1 994
*MAJLIS ZIKIR PERDANA*
*Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM)*
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Sukacita dijemput seluruh umat Islam untuk menghadiri Majlis Zikir Perdana yang akan diserikan dengan majlis zikir, tausiah serta ijazah amalan daripada para masyaikh.
Bersama:
• TG Syeikh Hj Shahul Hamid an- Naqsyabandi al- Filfilani
• Tuan Guru Baba Ahmad Ridhouddin bin Haji Wahab
• Syeikh Aleey Abdul Qadir At Tahiri.
Tarikh: Khamis, 15 Oktober 2026M
Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
🤍 Para hadirin digalakkan memakai pakaian berwarna putih.
Jamuan turut disediakan.
Marilah bersama-sama menghidupkan malam dengan zikir kepada Allah SWT, mendengar tausiah yang bermanfaat serta mengambil keberkatan melalui majlis ilmu, zikir dan ijazah amalan daripada para masyaikh.
Semua dijemput hadir.
Anjuran Bersama:
Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Rabithah Masyaikh Sufiyyah Nusantara, Pertubuhan Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM).
1 994
Assalamualaikum WBT.
Para Muhibbin,
𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗮𝗾𝗮 𝗧𝗮𝘀𝗮𝘄𝘂𝗳 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴.
𝗠𝗔𝗡𝗛𝗔𝗝 𝗧𝗔𝗦𝗔𝗪𝗨𝗙 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗜𝗡𝗦𝗔𝗡
Anjuran Bersama Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Rabithah Masyaikh Sufiyyah Nusantara, dan Pertubuhan Nahdhatul Ulama' Malaysia (NA'AM).
📆TARIKH : 15 Oktober 2026
📅HARI : KHAMIS
🕰️MASA : 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
🕌TEMPAT : MASJID AL MALIK KHALID, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 11800 PULAU PINANG.
𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘀𝗰𝗮𝗻 𝗤𝗥 𝗖𝗼𝗱𝗲 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿.
Sekian,
Terima Kasih.
#MultaqaTasawufPulauPinang2026
1 994
+1
✨ RUMAH CAHAYA ✨
Jemputan menghadiri Rumah Cahaya dwi mingguan bersama keluarga Darul Mujtaba.
📖 Pengisian: • Pembacaan Selawat Jibril & Ijazah Pengamalan • Selawat & Qasidah • Tausiyah / Bacaan Kitab
🗓 Tarikh (Bulan Oktober): • 5 Oktober 2026 (Isnin) • 19 Oktober 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 9.00 malam – 10.30 malam 📍 Lokasi: Pejabat Darul Mujtaba Lot 941, 43000 Kajang, Selangor
🤝 Semua dijemput hadir Potluck dialu-alukan (lelaki sahaja).
📝 RSVP Pendaftaran: https://forms.gle/efuHoUXdGMn5uFwx7
🗺 Panduan Lokasi & QR Code Rujuk gambar kedua untuk panduan pintu masuk, QR Code RSVP pendaftaran, serta QR Code navigasi (Google Maps).
📞 Pertanyaan: +60 11-156 31901 (Ateh Nasrullah)
Semoga Rumah Cahaya menjadi ruang kita berhimpun dalam ilmu, selawat dan mahabbah kepada Rasulullah ﷺ.
#darulmujtaba
1 994
Selepas Imam Husain bin Ali terbunuh di Karbala pada tahun 61 H, kepalanya dibawa kepada Ubaidullah bin Ziyad, pemerintah Kufah yang menghantar pasukan untuk membunuhnya. Anas bin Malik berada di situ ketika kepala cucu Rasulullah ﷺ itu diletakkan di dalam sebuah bekas.
Menurut riwayat dalam Sunan al-Tirmidhi, Ibn Ziyad menyentuh-nyentuh hidung Imam Husain dengan sebatang tongkat sambil berkata, “Aku tidak pernah melihat ketampanan seperti ini.”
Anas menegurnya, “Ketahuilah, sesungguhnya dia termasuk orang yang paling menyerupai Rasulullah ﷺ dalam kalangan mereka.”
Dalam riwayat tambahan yang disebut oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, Anas berkata, “Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah ﷺ mencium tempat engkau meletakkan tongkatmu itu.”
Ibn Ziyad kemudian tersentak dan menahan dirinya.
Zaid bin Arqam turut diriwayatkan menegurnya, “Angkatlah tongkatmu! Sesungguhnya aku pernah melihat mulut Rasulullah ﷺ berada pada tempat itu.”
Beberapa tahun kemudian, al-Mukhtar bin Abi Ubaid menghantar pasukan pimpinan Ibrahim bin al-Asytar untuk memerangi Ibn Ziyad. Kedua-dua pasukan bertemu di al-Khazir, berhampiran Mosul. Ibrahim tidak tidur pada malam sebelum pertempuran. Menjelang pagi, beliau menyusun tenteranya, mengimamkan solat Subuh pada awal waktu, kemudian membawa mereka mara.
Ibrahim berdiri di sisi panji-panji kabilah dan berkata, “Inilah orang yang memerangi putera kepada puteri Rasulullah ﷺ. Allah telah membawanya kepada kamu dan memberikan kamu peluang untuk mengalahkannya pada hari ini. Maka, hadapilah dia! Sesungguhnya dia telah melakukan terhadap putera kepada puteri Rasulullah ﷺ sesuatu yang tidak dilakukan oleh Firaun terhadap Bani Israel!”
Ibn Ziyad terbunuh dan tenteranya dikalahkan.
Menurut tarikh yang masyhur dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, peristiwa itu berlaku pada tahun 67 H. Kepalanya bersama kepala beberapa pengikutnya dihantar kepada al-Mukhtar, kemudian disusun di masjid, di kawasan al-Rahbah, Kufah.
‘Umarah bin ‘Umair menceritakan dalam riwayat Sunan al-Tirmidhi, “Ketika kepala Ubaidullah bin Ziyad dan para pengikutnya dibawa, kepala-kepala itu disusun di masjid, di al-Rahbah. Aku sampai kepada mereka ketika mereka sedang berkata, ‘Ia sudah datang! Ia sudah datang!’ Tiba-tiba, seekor ular datang menyusup di antara kepala-kepala itu sehingga masuk ke dalam lubang hidung Ubaidullah bin Ziyad. Ular itu berada di dalamnya sebentar, kemudian keluar dan pergi sehingga hilang daripada pandangan. Selepas itu, mereka berkata lagi, ‘Ia sudah datang! Ia sudah datang!’ Maka, ular itu melakukan perkara tersebut dua atau tiga kali.”
Dalam riwayat lain yang dibawakan oleh Ibn Kathir, ular kecil itu masuk melalui mulut Ibn Ziyad dan keluar melalui hidungnya, kemudian masuk melalui hidung dan keluar melalui mulutnya.
Al-Yafi‘i menyebut dalam Mir’at al-Jinan wa ‘Ibrat al-Yaqzan bahawa kepala Ibn Ziyad akhirnya diletakkan di tempat kepala Imam Husain pernah diletakkan. Beliau menukilkan kata para ulama, “Hal itu merupakan balasan terhadap perbuatannya kepada kepala Husain, dan termasuk tanda-tanda azab yang nyata terhadapnya.
_Zaki Sapuan Al Hafiz
#darulmujtaba
1 994
🌿 DIBUKA PENYERTAAN AHLI KHIDMAT DARUL MUJTABA
Kami membuka ruang khususnya buat anak-anak muda yang ingin bersama dalam jalan khidmat, dakwah dan tarbiah di bawah bimbingan para ulama’ dan murobbi.
Antara pengisian dan gerak kerja:
• Usrah bulanan bersama Ustaz
• Khidmat penganjuran program & majlis
• Program kebajikan dan khidmat masyarakat
• Rehlah & jaulah bersama ulama’ dan murobbi
• Tarbiah dan pengisian kerohanian
• Majlis Selawat Rumah Cahaya
Generasi Berkhidmat, Generasi Bermakna.
🌿 Sertai Group Ahli Khidmat:
https://tinyurl.com/AhbabKhidmatDM
📱 Info lanjut:
018 227 4621 (Along Wan)
ILMIAH • TAZKIAH • DAKWAH
#DarulMujtaba
1 994
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Seluruh keluarga Darul Mujtaba merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Tuan Guru Syeikh Zaini Hj Ahmad.
Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat dan keampunan buat beliau, menerima segala amal dan khidmatnya, serta menghimpunkan ruhnya bersama para solihin dan kekasih-kekasih-Nya.
Al-Fatihah.
1 994
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌹 MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ
Bagaimana mungkin cinta itu bertambah, jika kita belum benar-benar mengenali insan yang kita cintai?
📖 Dapatkan kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ karya Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany, sebuah bacaan untuk membawa kita lebih dekat mengenali peribadi dan akhlak Baginda ﷺ.
✨ Kitab ini juga akan menjadi bahan pengajian dalam Daurah bersama Ustaz Hazri Hashim pada 12 September 2026.
💰 Harga RM20
📦 Postage RM6
📲 Tempahan Kitab: 012-261 7221
#darulmujtaba
1 994
Berlangsung Sekarang, Daurah Mengenal Peribadi Rasulullah S.A.W
https://us06web.zoom.us/j/3169051453?pwd=LCRNfwkAySrK9zKD4BGBGuMJvb6a2W.1&omn=81263662208
Jemput masuk semua 🙏
1 994
Istimewa Untuk Rakyat Utara!
✨Majlis Kajian Tasawwuf Akbar bersama Al-'Allamah Al-Imam 'Ali Jum'ah.✨
Zawiyah Nasiriyyah menjemput seluruh muslimin dan muslimat, untuk turut hadir didalam majlis yang bakal berlansung pada :
📆 Tarikh : 22 September 2026 Selasa
📌 Tempat : Zawiyah Nasiriyyah, Pedu, Kedah
Maulana al-Imam merupakan mantan Mufti Kerajaan Republik Arab Mesir, juga merupakan Ahli Ulama-Ulama Senior al-Azhar, dan lebih utama merupakan Mursyid Tariqah Siddiqiyyah Syazuliyyah, bakal hadir membahaskan seputar masail serta kepentingan Tasawwuf bagi kehidupan seorang Muslim.
Sebar luaskan makluman berkaitan majlis ini!
1 994
Seseorang yang banyak berselawat, sebenarnya dia banyak mengingati Allah disamping kekasihNya Nabi Muhammad ﷺ.
Maka tidak benar dakwaan sesetengah pihak bahawa siapa yang banyak berselawat bermakna dia lebih banyak ingat Nabi Muhammad ﷺ berbanding mengingati Allah. Kefahaman yang seperti itu adalah terseleweng dari ajaran ulama Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
Justeru, amalan selawat ketika terlupa sesuatu adalah merupakan salah satu pelaksanaan kepada perintah Allah didalam al-Qur'an:
واذكر ربك اذا نسيت
Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)
Pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara status hadith dan amalan yang telah diterima pakai oleh para ulama muktabar.
Juga amat penting, pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara maqbul-mardud sesebuah hadith disisi ulama hadith dan ulama fiqh.
Gagalnya memahami perbezaan-perbezaan diatas, maka kekeliruan dan kepincangan ilmu akan terus tersebar dikalangan masyarakat.
Maulana Dr. iqbal Zain al-jauhari
#darulmujtaba
1 994
AMALAN MEMBACA SELAWAT KETIKA TERLUPA: SUATU PENCERAHAN
Sebuah posting mendakwa bahawa amalan membaca selawat ketika terlupa suatu perkara adalah amalan yang bersandar kepada hadith yang tidak sahih, maka ia tidak sepatutnya diamalkan kerana sudah memadai hanya berzikir kepada Allah ketika lupa sebagaimana firmanNya:
واذكر ربك اذا نسيت
Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)
JAWAPAN
Dakwaan yang dibuat dalam posting tersebut adalah bertentangan dengan praktik ulama muhaddithin yang muktabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah terhadap amalan tersebut.
Apa yang menghairankan ialah dakwaan tersebut datang dari kelompok terpencil yang mengaku bahawa mereka tidak menolak hadith da'if biasa dalam hal fadilat amal. Akan tetapi secara realitinya sikap mereka tetap alergik dengan hadith da'if dalam segenap bab.
Hadith yang menyebut mengenai amalan membaca selawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah sebagai berikut :
إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء الله
Bermaksud : "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku, moga kalian teringatnya semula dengan izin Allah"
(Riwayat al-Daylami)
Status hadith di atas adalah da'if disebabkan terdapat perawi da'if didalamnya bernama Ubaydullah al-'Atki dan Sa'dan bin 'Abdah al-Marwazi.
Walaupun ulama hadith menghukum status hadith ini dengan da' if biasa, tapi masih terdapat kelompok terpencil yang tidak mengikut dengan benar manhaj Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah tetap menolak untuk beramal dengan hadith ini dan melarang orang lain untuk beramal dengannya.
Sedangkan praktik para ulama yang muktabar ialah mereka menerima hadith ini untuk diamalkan dalam bab untuk meraih fadilat amal yang terdapat padanya.
Hadith diatas diterima oleh ulama hadith bernama Imam Ibnu Sunni yang memuatkan hadith diatas dalam kitab beliau berjudul 'Amal al-Yawm wa al-Laylah untuk ianya diamalkan oleh umat Islam.
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari (11/169-Bab Selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ) ketika membicarakan tentang situasi-situasi yang digalakkan untuk berselawat, beliau berkata:
ومما يتأكد ووردت فيه أخبار خاصة أكثرها بأسانيد جيدة عقب إجابة المؤذن وأول الدعاء.. وعند نسيان الشيء
"Dan antara situasi yang digalakkan untuk berselawat dan terdapat riwayat khusus mengenainya, yang kebanyakannya dengan sanad yang baik, iaitu selepas azan, pada permulaan doa ... dan apabila terlupa sesuatu".
Murid Imam Ibnu Hajar bernama Imam al-Sakhawi dalam kitabnya berjudul al-Qawl al-Badi' turut bersetuju dengan gurunya, beliau berkata:
وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان فـعن أنس - رضي الله عنه - قال : قال - صلى الله عليه وسلم - إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي تذكروه إن شاء الله تعالى
Maksudnya: Adapun selawat ke atas baginda ﷺ bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa, maka hadithnya adalah dari Sayyidina Anas berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku... ".
Meskipun Imam al-Sakhawi mengakui hadith ini da'if akan tetapi beliau menyokong untuk ia diamalkan bahkan di penghujung bab, beliau membicarakan secara khusus mengenai galakan untuk mengamalkan hadith da’if yang berkaitan fadilat amal dan beliau menukilkan kalam Imam al-Nawawi bahawa ulama hadith dan ulama fiqh telah bersepakat untuk menetapkan mustahab bagi pengamalan hadith da'if yang berkaitan dengan fadilat amal dan targhib wa tarhib selagimana ia bukan hadith palsu.
Berdasarkan hadith yang sama diatas, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Jala’u al-Afham (1/429) menyebutkan bahawa antara tempat yang dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi ﷺ adalah apabila seseorang itu terlupa akan sesuatu perkara atau dia mahu untuk mengingati suatu perkara.
Imam Ibn Abidin dalam Radd al-Mukhtar dan Imam Qustullani dalam al-Mawahib menyatakan bahawa berselawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah amalan yang mustahab.
Kesimpulan
Amalan selawat adalah termasuk zikru’Llāh iaitu mengingati Allah, bukan sekadar mengingati Nabi Muhammad ﷺ semata-mata.
1 994
Tazkirah Jumaat Minggu Ke-1 | Talaqi Pengajian Tasawwuf: Kitab Nashoihul Ibad (Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Bantani) | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari| Dijemput semua hadir
1 994
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌹 MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ
Bagaimana mungkin cinta itu bertambah, jika kita belum benar-benar mengenali insan yang kita cintai?
📖 Dapatkan kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ karya Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany, sebuah bacaan untuk membawa kita lebih dekat mengenali peribadi dan akhlak Baginda ﷺ.
✨ Kitab ini juga akan menjadi bahan pengajian dalam Daurah bersama Ustaz Hazri Hashim pada 12 September 2026.
💰 Harga RM20
📦 Postage RM6
📲 Tempahan Kitab: 012-261 7221
📝 Pendaftaran Daurah:
ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah
#darulmujtaba
1 994
+1
Jom ke MAEPS Serdang esok malam!
Sama-sama kita hadirkan diri ke MAHA BERSELAWAT bersama para ilmuwan dan artis jemputan kegemaran ramai seperti Iqbal Zain al-Jauhari Inteam, dan ramai lagi.
Bila: Khamis, 3 September 2026 (6.30 PTG - 10.30 MLM)
Di mana: Dewan D2 (B), Belakang Dewan B, MAEPS Serdang
Jumpa anda di sana! Tempat adalah terhad, datang awal untuk dapatkan tempat duduk terbaik.
#MAHABerselawat #MAHA2026 #MAEPS #MajlisSelawat
1 994
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
MERDEKA : MEMBANGUNKAN KEKUATAN DARI DALAM
Dalam suasana kita menyambut Hari Merdeka, kita tidak boleh melihat kemerdekaan hanya sebagai sebuah sejarah yang berlaku pada masa lalu.
Kita juga perlu melihat keadaan rantau kita hari ini.
Dunia semakin kompleks.
Perubahan geopolitik berlaku di sekeliling kita.
Persoalan keselamatan semakin mendapat perhatian.
Dan sebagai sebuah negara yang berada di tengah-tengah rantau Nusantara, kita tidak boleh hidup tanpa kesedaran.
Rakyat perlu sedar siapa dirinya.
Tahu akan sejarahnya.
Kenal akar dan warisannya.
Menjaga keluarganya.
Mencintai tanah airnya.
Dan mampu berdiri bersama dalam satu muafakat yang kuat.
Kerana ancaman luar tidak akan menjadi sebesar itu jika rakyat di dalamnya kuat.
Kalau jiwa rakyat kuat, keluarga kuat. Kalau keluarga kuat, masyarakat kuat. Kalau masyarakat kuat, negara lebih teguh.
Sebab itu, kekuatan sebuah bangsa bukan hanya pada apa yang kita miliki di luar.
Kekuatan sebenar terletak pada apa yang hidup di dalam jiwa rakyatnya.
Adakah masih ada kesedaran?
Masih ada amanah?
Masih ada kasih kepada keluarga?
Masih ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan tanah air?
Masih ada kesediaan untuk berdiri bersama ketika berdepan cabaran?
Di sinilah kekeluargaan menjadi sangat penting.
Kekeluargaan bukan sekadar hubungan darah.
Kekeluargaan adalah sebuah jaringan yang menghidupkan kesedaran, amanah, khidmat dan muafakat.
Apabila hubungan ini hidup, kita tidak lagi melihat diri kita sebagai individu yang berdiri sendirian.
Kita tahu bahawa kita mempunyai keluarga untuk dijaga, masyarakat untuk dibina, tanah air untuk dicintai dan amanah yang perlu diteruskan.
Dan lebih daripada itu, kita perlu kembali kepada asas yang paling utama :
hubungan kita dengan Allah — hablum minallah — dan hubungan kita sesama manusia — hablum minannas.
Apabila hati kembali kuat dengan Allah, manusia kembali saling menguatkan sesama manusia.
Daripada hubungan itulah lahir kekuatan jiwa, kesatuan hati, keberanian untuk berkhidmat dan kesediaan untuk memikul amanah bersama.
Dan kita percaya, pertolongan Allah datang bersama usaha, kesatuan dan keteguhan jiwa.
Maka, sempena Hari Merdeka ini, marilah kita bertanya kepada diri :
Apakah makna Merdeka untuk kita hari ini?
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.
Merdeka juga bererti membebaskan jiwa daripada kelemahan, perpecahan dan kehilangan arah.
Membebaskan keluarga daripada kehidupan yang terputus daripada nilai dan amanah. Membebaskan masyarakat daripada sikap mementingkan diri.
Dan membangunkan rakyat yang tahu siapa dirinya, dari mana akar sejarahnya dan ke mana arah perjuangannya.
Kerana kita bukan hanya mahu mewarisi sebuah negara yang merdeka.
Kita mahu membina rakyat yang mampu mengisi kemerdekaan itu dengan kekuatan, kesatuan, khidmat dan kesejahteraan.
Dari jiwa.
Kepada keluarga.
Kepada masyarakat.
Kepada negara.
Itulah “Merdeka sebenar” yang perlu kita hidupkan.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KesejahteraanNusantara
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #Merdeka
