DARUL MUJTABA
前往频道在 Telegram
Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.
显示更多2 000
订阅者
无数据24 小时
-17 天
-1730 天
帖子存档
2 000
🌿 DIBUKA PENYERTAAN AHLI KHIDMAT DARUL MUJTABA
Kami membuka ruang khususnya buat anak-anak muda yang ingin bersama dalam jalan khidmat, dakwah dan tarbiah di bawah bimbingan para ulama’ dan murobbi.
Antara pengisian dan gerak kerja:
• Usrah bulanan bersama Ustaz
• Khidmat penganjuran program & majlis
• Program kebajikan dan khidmat masyarakat
• Rehlah & jaulah bersama ulama’ dan murobbi
• Tarbiah dan pengisian kerohanian
• Majlis Selawat Rumah Cahaya
Generasi Berkhidmat, Generasi Bermakna.
🌿 Sertai Group Ahli Khidmat:
https://tinyurl.com/AhbabKhidmatDM
📱 Info lanjut:
018 227 4621 (Along Wan)
ILMIAH • TAZKIAH • DAKWAH
#DarulMujtaba
2 000
اِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Seluruh keluarga Darul Mujtaba merakamkan ucapan takziah atas kembalinya ke rahmatullah Tuan Guru Syeikh Zaini Hj Ahmad.
Semoga Allah ﷻ melimpahkan rahmat dan keampunan buat beliau, menerima segala amal dan khidmatnya, serta menghimpunkan ruhnya bersama para solihin dan kekasih-kekasih-Nya.
Al-Fatihah.
2 000
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌹 MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ
Bagaimana mungkin cinta itu bertambah, jika kita belum benar-benar mengenali insan yang kita cintai?
📖 Dapatkan kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ karya Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany, sebuah bacaan untuk membawa kita lebih dekat mengenali peribadi dan akhlak Baginda ﷺ.
✨ Kitab ini juga akan menjadi bahan pengajian dalam Daurah bersama Ustaz Hazri Hashim pada 12 September 2026.
💰 Harga RM20
📦 Postage RM6
📲 Tempahan Kitab: 012-261 7221
#darulmujtaba
2 000
Berlangsung Sekarang, Daurah Mengenal Peribadi Rasulullah S.A.W
https://us06web.zoom.us/j/3169051453?pwd=LCRNfwkAySrK9zKD4BGBGuMJvb6a2W.1&omn=81263662208
Jemput masuk semua 🙏
2 000
Istimewa Untuk Rakyat Utara!
✨Majlis Kajian Tasawwuf Akbar bersama Al-'Allamah Al-Imam 'Ali Jum'ah.✨
Zawiyah Nasiriyyah menjemput seluruh muslimin dan muslimat, untuk turut hadir didalam majlis yang bakal berlansung pada :
📆 Tarikh : 22 September 2026 Selasa
📌 Tempat : Zawiyah Nasiriyyah, Pedu, Kedah
Maulana al-Imam merupakan mantan Mufti Kerajaan Republik Arab Mesir, juga merupakan Ahli Ulama-Ulama Senior al-Azhar, dan lebih utama merupakan Mursyid Tariqah Siddiqiyyah Syazuliyyah, bakal hadir membahaskan seputar masail serta kepentingan Tasawwuf bagi kehidupan seorang Muslim.
Sebar luaskan makluman berkaitan majlis ini!
2 000
Seseorang yang banyak berselawat, sebenarnya dia banyak mengingati Allah disamping kekasihNya Nabi Muhammad ﷺ.
Maka tidak benar dakwaan sesetengah pihak bahawa siapa yang banyak berselawat bermakna dia lebih banyak ingat Nabi Muhammad ﷺ berbanding mengingati Allah. Kefahaman yang seperti itu adalah terseleweng dari ajaran ulama Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah.
Justeru, amalan selawat ketika terlupa sesuatu adalah merupakan salah satu pelaksanaan kepada perintah Allah didalam al-Qur'an:
واذكر ربك اذا نسيت
Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)
Pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara status hadith dan amalan yang telah diterima pakai oleh para ulama muktabar.
Juga amat penting, pengkaji hadith moden hendaklah membezakan antara maqbul-mardud sesebuah hadith disisi ulama hadith dan ulama fiqh.
Gagalnya memahami perbezaan-perbezaan diatas, maka kekeliruan dan kepincangan ilmu akan terus tersebar dikalangan masyarakat.
Maulana Dr. iqbal Zain al-jauhari
#darulmujtaba
2 000
AMALAN MEMBACA SELAWAT KETIKA TERLUPA: SUATU PENCERAHAN
Sebuah posting mendakwa bahawa amalan membaca selawat ketika terlupa suatu perkara adalah amalan yang bersandar kepada hadith yang tidak sahih, maka ia tidak sepatutnya diamalkan kerana sudah memadai hanya berzikir kepada Allah ketika lupa sebagaimana firmanNya:
واذكر ربك اذا نسيت
Bermaksud: Dan ingatlah Tuhanmu ketika kamu terlupa" (Surah al-Kahfi:34)
JAWAPAN
Dakwaan yang dibuat dalam posting tersebut adalah bertentangan dengan praktik ulama muhaddithin yang muktabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah terhadap amalan tersebut.
Apa yang menghairankan ialah dakwaan tersebut datang dari kelompok terpencil yang mengaku bahawa mereka tidak menolak hadith da'if biasa dalam hal fadilat amal. Akan tetapi secara realitinya sikap mereka tetap alergik dengan hadith da'if dalam segenap bab.
Hadith yang menyebut mengenai amalan membaca selawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah sebagai berikut :
إذا نسيتم شيئا فصلوا علي تذكروه إن شاء الله
Bermaksud : "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku, moga kalian teringatnya semula dengan izin Allah"
(Riwayat al-Daylami)
Status hadith di atas adalah da'if disebabkan terdapat perawi da'if didalamnya bernama Ubaydullah al-'Atki dan Sa'dan bin 'Abdah al-Marwazi.
Walaupun ulama hadith menghukum status hadith ini dengan da' if biasa, tapi masih terdapat kelompok terpencil yang tidak mengikut dengan benar manhaj Ahli Sunnah wa al-Jama‘ah tetap menolak untuk beramal dengan hadith ini dan melarang orang lain untuk beramal dengannya.
Sedangkan praktik para ulama yang muktabar ialah mereka menerima hadith ini untuk diamalkan dalam bab untuk meraih fadilat amal yang terdapat padanya.
Hadith diatas diterima oleh ulama hadith bernama Imam Ibnu Sunni yang memuatkan hadith diatas dalam kitab beliau berjudul 'Amal al-Yawm wa al-Laylah untuk ianya diamalkan oleh umat Islam.
Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam Fath al-Bari (11/169-Bab Selawat keatas Nabi Muhammad ﷺ) ketika membicarakan tentang situasi-situasi yang digalakkan untuk berselawat, beliau berkata:
ومما يتأكد ووردت فيه أخبار خاصة أكثرها بأسانيد جيدة عقب إجابة المؤذن وأول الدعاء.. وعند نسيان الشيء
"Dan antara situasi yang digalakkan untuk berselawat dan terdapat riwayat khusus mengenainya, yang kebanyakannya dengan sanad yang baik, iaitu selepas azan, pada permulaan doa ... dan apabila terlupa sesuatu".
Murid Imam Ibnu Hajar bernama Imam al-Sakhawi dalam kitabnya berjudul al-Qawl al-Badi' turut bersetuju dengan gurunya, beliau berkata:
وأما الصلاة عليه لمن نسي شيئاً وأراد تذكره وكذا لمن خاف النسيان فـعن أنس - رضي الله عنه - قال : قال - صلى الله عليه وسلم - إذا نسيتم شيئاً فصلوا علي تذكروه إن شاء الله تعالى
Maksudnya: Adapun selawat ke atas baginda ﷺ bagi mereka yang terlupa akan sesuatu atau hendak mengingatinya semula dan demikian juga bagi mereka yang takut terlupa, maka hadithnya adalah dari Sayyidina Anas berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda "Apabila kalian terlupa sesuatu, maka berselawatlah kepadaku... ".
Meskipun Imam al-Sakhawi mengakui hadith ini da'if akan tetapi beliau menyokong untuk ia diamalkan bahkan di penghujung bab, beliau membicarakan secara khusus mengenai galakan untuk mengamalkan hadith da’if yang berkaitan fadilat amal dan beliau menukilkan kalam Imam al-Nawawi bahawa ulama hadith dan ulama fiqh telah bersepakat untuk menetapkan mustahab bagi pengamalan hadith da'if yang berkaitan dengan fadilat amal dan targhib wa tarhib selagimana ia bukan hadith palsu.
Berdasarkan hadith yang sama diatas, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Jala’u al-Afham (1/429) menyebutkan bahawa antara tempat yang dianjurkan untuk berselawat ke atas Nabi ﷺ adalah apabila seseorang itu terlupa akan sesuatu perkara atau dia mahu untuk mengingati suatu perkara.
Imam Ibn Abidin dalam Radd al-Mukhtar dan Imam Qustullani dalam al-Mawahib menyatakan bahawa berselawat ketika terlupa sesuatu perkara adalah amalan yang mustahab.
Kesimpulan
Amalan selawat adalah termasuk zikru’Llāh iaitu mengingati Allah, bukan sekadar mengingati Nabi Muhammad ﷺ semata-mata.
2 000
Tazkirah Jumaat Minggu Ke-1 | Talaqi Pengajian Tasawwuf: Kitab Nashoihul Ibad (Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar Al-Bantani) | Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari| Dijemput semua hadir
2 000
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ
🌹 MENGENAL PERIBADI RASULULLAH ﷺ
Bagaimana mungkin cinta itu bertambah, jika kita belum benar-benar mengenali insan yang kita cintai?
📖 Dapatkan kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ karya Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany, sebuah bacaan untuk membawa kita lebih dekat mengenali peribadi dan akhlak Baginda ﷺ.
✨ Kitab ini juga akan menjadi bahan pengajian dalam Daurah bersama Ustaz Hazri Hashim pada 12 September 2026.
💰 Harga RM20
📦 Postage RM6
📲 Tempahan Kitab: 012-261 7221
📝 Pendaftaran Daurah:
ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah
#darulmujtaba
2 000
+1
Jom ke MAEPS Serdang esok malam!
Sama-sama kita hadirkan diri ke MAHA BERSELAWAT bersama para ilmuwan dan artis jemputan kegemaran ramai seperti Iqbal Zain al-Jauhari Inteam, dan ramai lagi.
Bila: Khamis, 3 September 2026 (6.30 PTG - 10.30 MLM)
Di mana: Dewan D2 (B), Belakang Dewan B, MAEPS Serdang
Jumpa anda di sana! Tempat adalah terhad, datang awal untuk dapatkan tempat duduk terbaik.
#MAHABerselawat #MAHA2026 #MAEPS #MajlisSelawat
2 000
Repost from Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
MERDEKA : MEMBANGUNKAN KEKUATAN DARI DALAM
Dalam suasana kita menyambut Hari Merdeka, kita tidak boleh melihat kemerdekaan hanya sebagai sebuah sejarah yang berlaku pada masa lalu.
Kita juga perlu melihat keadaan rantau kita hari ini.
Dunia semakin kompleks.
Perubahan geopolitik berlaku di sekeliling kita.
Persoalan keselamatan semakin mendapat perhatian.
Dan sebagai sebuah negara yang berada di tengah-tengah rantau Nusantara, kita tidak boleh hidup tanpa kesedaran.
Rakyat perlu sedar siapa dirinya.
Tahu akan sejarahnya.
Kenal akar dan warisannya.
Menjaga keluarganya.
Mencintai tanah airnya.
Dan mampu berdiri bersama dalam satu muafakat yang kuat.
Kerana ancaman luar tidak akan menjadi sebesar itu jika rakyat di dalamnya kuat.
Kalau jiwa rakyat kuat, keluarga kuat. Kalau keluarga kuat, masyarakat kuat. Kalau masyarakat kuat, negara lebih teguh.
Sebab itu, kekuatan sebuah bangsa bukan hanya pada apa yang kita miliki di luar.
Kekuatan sebenar terletak pada apa yang hidup di dalam jiwa rakyatnya.
Adakah masih ada kesedaran?
Masih ada amanah?
Masih ada kasih kepada keluarga?
Masih ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan tanah air?
Masih ada kesediaan untuk berdiri bersama ketika berdepan cabaran?
Di sinilah kekeluargaan menjadi sangat penting.
Kekeluargaan bukan sekadar hubungan darah.
Kekeluargaan adalah sebuah jaringan yang menghidupkan kesedaran, amanah, khidmat dan muafakat.
Apabila hubungan ini hidup, kita tidak lagi melihat diri kita sebagai individu yang berdiri sendirian.
Kita tahu bahawa kita mempunyai keluarga untuk dijaga, masyarakat untuk dibina, tanah air untuk dicintai dan amanah yang perlu diteruskan.
Dan lebih daripada itu, kita perlu kembali kepada asas yang paling utama :
hubungan kita dengan Allah — hablum minallah — dan hubungan kita sesama manusia — hablum minannas.
Apabila hati kembali kuat dengan Allah, manusia kembali saling menguatkan sesama manusia.
Daripada hubungan itulah lahir kekuatan jiwa, kesatuan hati, keberanian untuk berkhidmat dan kesediaan untuk memikul amanah bersama.
Dan kita percaya, pertolongan Allah datang bersama usaha, kesatuan dan keteguhan jiwa.
Maka, sempena Hari Merdeka ini, marilah kita bertanya kepada diri :
Apakah makna Merdeka untuk kita hari ini?
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan.
Merdeka juga bererti membebaskan jiwa daripada kelemahan, perpecahan dan kehilangan arah.
Membebaskan keluarga daripada kehidupan yang terputus daripada nilai dan amanah. Membebaskan masyarakat daripada sikap mementingkan diri.
Dan membangunkan rakyat yang tahu siapa dirinya, dari mana akar sejarahnya dan ke mana arah perjuangannya.
Kerana kita bukan hanya mahu mewarisi sebuah negara yang merdeka.
Kita mahu membina rakyat yang mampu mengisi kemerdekaan itu dengan kekuatan, kesatuan, khidmat dan kesejahteraan.
Dari jiwa.
Kepada keluarga.
Kepada masyarakat.
Kepada negara.
Itulah “Merdeka sebenar” yang perlu kita hidupkan.
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#KesejahteraanNusantara
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #Merdeka
2 000
📚 ASY-SYAFI'I: ILMU, ADAB & MANAQIB MULIA
Acara kemuncak rehlah asy-Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Putrajaya & Kuala Lumpur!
Ikhwah Akhawat yang dirahmati Allah:
Apa yang menjadikan al-Imam asy-Syafi‘i رحمه الله begitu agung di mata para ulama?
Bukan sekadar kerana keluasan ilmunya.
Bukan hanya kerana ketajaman hujahnya.
Tetapi juga kerana adab, akhlak, kewarakan, ketekunan beribadah dan keindahan peribadinya.
📖 Dalam karya al-Imam Ibn Abu Hatim ar-Razi ini, kita akan menelusuri kisah-kisah dan riwayat yang menggambarkan keperibadian seorang imam yang menjadi ikutan umat.
400 riwayat bersanad yang autentik dan muktabar sebagai rujukan utama keilmuan, adab dan kelebihan asy-Syafi'i...dikumpul oleh muhaddith ulung: Ibn Abu Hatim ar-Razi yang berusaha gigih meriwayatkan daripada murid-murid senior al-Imam.
Merangkumi pelbagai topik, daripada nasab asy-Syafi'i, fiqh, aqidah, lughah, akhlak, sejarah, hinggalah perubatan.
Manaqib himpunan Ibn Abu Hatim menjadi rujukan utama semua penulis Manaqib asy-Syafi'i yang datang selepas beliau seperti Abu Nuaim, al-Baihaqi, ar-Razi, Ibn Kathir dan lain-lain.
Setakat ini, inilah kitab himpunan Manaqib asy-Syafi'i yang tertua sampai kepada kita, dan telah dicetak sejak dulu lagi.
Mungkin ini kali pertama ia diterjemah dalam Bahasa Melayu.
Ia menjawab pelbagai persoalan:
🌿 Bagaimana adab Imam asy-Syafi‘i terhadap ilmu dan gurunya?
🌿 Bagaimana sifat wara‘ dan zuhud beliau?
🌿 Bagaimana kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu?
🌿 Apakah nasihat dan mutiara kata yang ditinggalkan beliau?
🌿 Apakah yang menyebabkan para ulama begitu menghormati dan memuliakan beliau?
Insya-Allah, karya turath yang sangat berharga ini akan dibaca dan dihuraikan dengan bimbingan:
🎙️ Asy-Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi.
📍 Dewan Abdullah Bukhari, Nasyrul Quran, Putrajaya
📅 Sabtu, 5 September 2026
⏰ 9.30 pagi – 4.30 petang
📅 Ahad, 6 September 2026
⏰ 9.30 pagi – 12.30 tengah hari
📚 Buku terjemahan Arab-Melayu dijual
⚠️ Pendaftaran melalui imbasan kod QR.
Daftar: https://forms.gle/Dm5WQVWGD7Cjcr3r6
2 000
AR-RIDHA: KEDAMAIAN YANG DIDAMBA
Pernahkah hati anda terasa penat dengan ujian hidup yang seolah-olah tidak pernah bernoktah?
Bagaimanakah cara para salafussoleh mendidik jiwa mereka agar sentiasa tenang menghadapi qada' dan qadar Ilahi?
Mari luangkan masa sebentar untuk menyucikan hati dan menimba mutiara fawaed dalam majlis ilmu istimewa bersama Syaikh asy-Syafi'iyah seluruh Mesir, sayyidi asy-Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad asy-Syahawi.
Beliau dalam rangka rehlah ilmyah yang cukup bersejarah ke tanah air. Putrajaya & Kuala Lumpur adalah persinggahan terakhir asy-Syaikh sebelum pulang ke Mesir.
📖 Kitab: الرضا عن الله بقضائه
(Keredhaan terhadap Allah & Taqdir-Nya)
karya Al-Imam Ibn Abu ad-Dunya
📍 Tempat: Dewan Imam Syafi'i, Nasyrul Quran, Putrajaya
🗓️ Tarikh: Jumaat, 4 September 2026
⏰ Masa: 8:00 malam – 10:00 malam
Majlis ini terbuka kepada semua pencari ketenangan jiwa. 100 riwayat daripada Rasulullah, Sahabat, Tabi'in dan para Salihin sebagai penyuntik kekuatan & semangat.
KEMASUKAN PERCUMA. Tirmidhi Centre mengalu-alukan semua asatizah dan tullab ilm untuk hadir ke majlis yang julung kali diadakan.
Nota terjemahan Arab-Melayu boleh ditempah.
📲 Tempat adalah terhad! Sila imbas kod QR pada poster di bawah untuk pendaftaran, atau hubungi talian tertera segera untuk info lanjut.
Jom sebarkan hantaran ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar lebih ramai yang dapat bersama-sama meraih manfaat.
Penganjur:
Tirmidhi Centre
Yayasan Turath Islami
Nasyrul Quran
#MajlisIlmu #YayasanTurathIslami #Putrajaya #KuliahAgama #KeredhaanAllah #RehlahSyahawi2026
2 000
Dan apabila hati dipenuhi cahaya, perjalanan kita mengikuti Rasulullah ﷺ menuju Allah سبحانه وتعالى akan menjadi semakin kuat.
𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪, 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘳𝘪𝘧𝘢𝘵, 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘣𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
#darulmujtaba
2 000
Kerana hati manusia sentiasa berubah.
𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔
Sebagaimana pokok memerlukan cahaya, manusia juga memerlukan cahaya rohani.
Dan seluruh ajaran Rasulullah ﷺ adalah cahaya.
Allah menyebut Baginda:
وَسِرَاجًا مُّنِيرًا
“Dan sebagai pelita yang menerangi.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘈𝘩𝘻𝘢𝘣: 46
Dan Allah berfirman:
قَدْ جَاءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah suatu Nur dan Kitab yang nyata.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘔𝘢’𝘪𝘥𝘢𝘩: 15
Semakin kita mengikuti Rasulullah ﷺ pada syariat, ibadah, tauhid, makrifat, akhlak dan adabnya, semakin cahaya itu disempurnakan dalam diri kita.
𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡
Sebab itu Maulid adalah manifestasi kesyukuran atas nikmat Rasulullah ﷺ.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
“Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau ceritakan.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘋𝘶𝘩𝘢: 11
Dan Allah berfirman:
لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ
“Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepada kamu.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮: 7
Maka apabila kita bersyukur atas nikmat Rasulullah ﷺ, kita mengharapkan pertambahan daripada Allah.
Pertambahan iman.
Pertambahan tauhid.
Pertambahan makrifat.
Pertambahan mahabbah.
Pertambahan cahaya.
Itulah akar yang kita mahu suburkan.
𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠
Allah berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘈𝘯𝘣𝘪𝘺𝘢’: 107
Baginda ﷺ adalah pemancar rahmat kepada seluruh alam.
Maulana menukilkan bagaimana para wali melihat bahawa orang-orang mukmin memiliki kadar cahaya yang berbeza mengikut kekuatan iman, makrifat, tauhid dan amal masing-masing.
Dan seluruh cahaya itu akhirnya bermuara kepada Rasulullah ﷺ.
Sebab itu Baginda disebut sebagai:
نُورُ الْأَنْوَارِ
𝗡𝘂𝗿 𝗮𝗹-𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿.
Cahaya segala cahaya.
𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛𝗜 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔
Kelahiran Rasulullah ﷺ juga disertai dengan pancaran cahaya.
Sayyidah Aminah menyaksikan cahaya yang terang ketika kelahiran Baginda sehingga menerangi ufuk yang jauh.
Baginda lahir dalam keadaan bersih, dengan tanda kenabian pada tubuhnya, dan kelahirannya disambut dengan keajaiban yang besar.
Inilah Muhammad ﷺ.
Kelahirannya dipenuhi cahaya.
Kemudian Baginda menerima wahyu yang juga cahaya.
نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ
𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮.
𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗜𝗧𝗨
Hari ini mungkin kita tidak melihat cahaya amal dengan mata kasar.
Tetapi di alam Barzakh, Mahsyar dan ketika melintasi Sirat, manusia memerlukan cahaya.
Allah berfirman:
يَوْمَ تَرَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم
“Pada hari engkau melihat orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, cahaya mereka bergerak di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘏𝘢𝘥𝘪𝘥: 12
Bekalan cahaya mesti dibawa daripada dunia.
Melalui iman.
Amal soleh.
Akhlak.
Selawat.
Dan mengikuti Rasulullah ﷺ.
𝗗𝗢𝗔 𝗡𝗨𝗥
Rasulullah ﷺ mengajarkan kita meminta cahaya:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا
“Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku.”
Cahayakan penglihatanku.
Pendengaranku.
Lisanku.
Hadapanku.
Belakangku.
Kiri dan kananku.
Zahir dan batinku.
Dan kemuncaknya:
وَاجْعَلْنِي نُورًا
“Ya Allah, jadikanlah aku cahaya.”
𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗥
Akhirnya kita kembali kepada akar.
Untuk istiqamah, kita memerlukan kekuatan.
Untuk khusyuk, kita memerlukan kekuatan.
Untuk berakhlak, kita memerlukan kekuatan.
Untuk mengikuti Rasulullah ﷺ, kita memerlukan kekuatan.
Dan kekuatan itu bermula daripada kalbu.
Maka rawatlah akar.
Suburkan iman.
Bersihkan hati.
Siramilah dengan ilmu.
Kuatkan dengan zikir.
Suburkan dengan selawat.
Terangkan dengan cahaya Rasulullah ﷺ.
Kerana apabila akar kuat, seluruh pokok akan menjadi kuat.
2 000
𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ
𝘋𝘪𝘴𝘶𝘴𝘶𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘛𝘢𝘶𝘴𝘪𝘺𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘶𝘭𝘢𝘯𝘢 𝘐𝘲𝘣𝘢𝘭 𝘡𝘢𝘪𝘯 𝘈𝘭-𝘑𝘢𝘶𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘔𝘢𝘶𝘭𝘪𝘥 𝘜𝘯𝘪 𝘚𝘶𝘭𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘻𝘭𝘢𝘯 𝘚𝘩𝘢𝘩
Para ulama rohani dan ulama sufi menemukan satu kunci besar dalam perjalanan manusia kepada Allah سبحانه وتعالى, iaitu bagaimana mahu menyuburkan iman.
Kita mencintai Rasulullah ﷺ, dan tanda cinta itu ialah mengikuti Baginda, menghidupkan sunnah dan berjalan di atas ajarannya.
Tetapi untuk istiqamah menjaga solat, menjaga amalan sunat, menghadirkan khusyuk dan memusatkan hati kepada Allah, seseorang memerlukan 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻.
Dan kekuatan itu terletak pada sesuatu yang tidak terlihat.
𝗞𝗮𝗹𝗯𝘂.
𝗝𝗶𝘄𝗮.
𝗜𝗺𝗮𝗻.
Itulah akar manusia.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي ٱلسَّمَاءِ
“Akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮: 24
Sebagaimana pokok bergantung pada akar yang tersembunyi di dalam tanah, demikian juga manusia bergantung pada keadaan hatinya.
Kalau akar sakit, seluruh pokok akan menerima kesannya.
Begitu juga penyakit hati seperti ego, ujub, takabbur, hasad, riak dan buruk sangka. Ia mungkin tidak kelihatan pada zahir, tetapi perlahan-lahan merosakkan seluruh diri.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada sifat takabbur.”
𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮
𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗥
Maulana menceritakan bagaimana beliau membeli beberapa batang pokok di nurseri. Ketika dibeli, pokok itu hijau dan segar. Tetapi selepas dipindahkan, daunnya mula bergulung, layu dan hampir mati.
Rupanya ia mengalami 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘱𝘭𝘢𝘯𝘵 𝘴𝘩𝘰𝘤𝘬.
Hanya sedikit gangguan pada akar sudah cukup menjejaskan seluruh pokok.
Daripada situ kita belajar bahawa yang paling perlu dijaga bukan sekadar daun dan dahan.
𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗿.
Sebab itu majlis ilmu adalah rawatan kepada akar.
Walaupun seseorang sudah solat, sudah beribadah dan sudah mendapat taufik daripada Allah, hati tetap perlu dijaga dan disuburkan.
Kita datang dengan niat:
𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘳𝘢𝘸𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘪. 𝘉𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪.
Kerana manusia yang berjaya pada Hari Akhirat ialah manusia yang datang membawa hati yang sejahtera.
إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
“Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”
𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘚𝘺𝘶‘𝘢𝘳𝘢’: 89
𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗥
Kalau mahu melihat keadaan hati kita, lihat apa yang keluar daripada diri kita.
Kalau mulut mudah mencarut, memaki, merendahkan orang dan mengeluarkan perkataan kesat, itu menunjukkan ada sesuatu pada akar yang perlu dirawat.
Kalau yang lahir ialah perkataan baik, sifat memaafkan, belas kasih dan akhlak mulia, itu juga buah daripada akar yang baik.
Begitu juga cara kita memandang manusia.
Jangan mudah menghina orang yang sedang berada dalam dosa.
Hari ini dia mungkin jauh daripada Allah, tetapi esok Allah boleh mengubah hatinya dan menjadikannya sangat hampir.
Jangan sampai kebaikan orang pun kita cari keburukannya.
Jangan apabila musuh ditimpa musibah, hati berkata:
𝘗𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘬𝘢.
Pandanglah manusia dengan rahmah.
Kerana hati yang sihat bukan hanya kuat beribadah, tetapi juga lembut terhadap makhluk Allah.
𝗧𝗔𝗦𝗔𝗪𝗨𝗙 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗧𝗜
Sebab itu kita perlu belajar tasawuf.
Tasawuf mengajar kita mengenal penyakit batin yang mungkin sudah lama bersarang dalam jiwa.
Ujub.
Takabbur.
Hasad.
Riak.
Buruk sangka.
Dan merasa diri lebih baik daripada orang lain.
Kita belajar supaya dapat mengenal penyakit, merawatnya dan menghiasi hati dengan sifat yang terpuji.
Rasulullah ﷺ mengajarkan:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ
“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
