ru
Feedback
DARUL MUJTABA

DARUL MUJTABA

Открыть в Telegram

Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

Больше
2 009
Подписчики
Нет данных24 часа
-87 дней
-2830 дней

Загрузка данных...

Облако тегов
Нет данных
Возникли проблемы? Пожалуйста, обновите страницу или обратитесь к нашему support-менеджеру .
Входящие и исходящие упоминания
---
---
---
---
---
---
Привлечение подписчиков
сентябрь '26
сентябрь '26
+2
в 0 каналах
август '26
+11
в 1 каналах
Get PRO
июль '26
+17
в 2 каналах
Get PRO
июнь '26
+16
в 1 каналах
Get PRO
май '26
+13
в 0 каналах
Get PRO
апрель '26
+7
в 1 каналах
Get PRO
март '26
+20
в 1 каналах
Get PRO
февраль '26
+6
в 2 каналах
Get PRO
январь '26
+9
в 2 каналах
Get PRO
декабрь '25
+2
в 2 каналах
Get PRO
ноябрь '25
+5
в 1 каналах
Get PRO
октябрь '25
+7
в 2 каналах
Get PRO
сентябрь '25
+7
в 1 каналах
Get PRO
август '25
+5
в 2 каналах
Get PRO
июль '25
+8
в 2 каналах
Get PRO
июнь '25
+8
в 1 каналах
Get PRO
май '25
+9
в 2 каналах
Get PRO
апрель '25
+9
в 2 каналах
Get PRO
март '25
+17
в 1 каналах
Get PRO
февраль '25
+16
в 2 каналах
Get PRO
январь '25
+24
в 3 каналах
Get PRO
декабрь '24
+26
в 2 каналах
Get PRO
ноябрь '24
+20
в 2 каналах
Get PRO
октябрь '24
+29
в 2 каналах
Get PRO
сентябрь '24
+34
в 3 каналах
Get PRO
август '24
+33
в 2 каналах
Get PRO
июль '24
+14
в 2 каналах
Get PRO
июнь '24
+40
в 2 каналах
Get PRO
май '24
+30
в 1 каналах
Get PRO
апрель '24
+14
в 2 каналах
Get PRO
март '24
+22
в 2 каналах
Get PRO
февраль '24
+26
в 2 каналах
Get PRO
январь '24
+38
в 1 каналах
Get PRO
декабрь '23
+33
в 1 каналах
Get PRO
ноябрь '23
+18
в 1 каналах
Get PRO
октябрь '23
+18
в 1 каналах
Get PRO
сентябрь '23
+25
в 0 каналах
Get PRO
август '23
+24
в 0 каналах
Get PRO
июль '23
+52
в 0 каналах
Get PRO
июнь '23
+70
в 0 каналах
Get PRO
май '23
+54
в 0 каналах
Get PRO
апрель '23
+58
в 0 каналах
Get PRO
март '23
+21
в 0 каналах
Get PRO
февраль '23
+39
в 0 каналах
Get PRO
январь '23
+15
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '22
+13
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '22
+16
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '22
+9
в 0 каналах
Get PRO
сентябрь '22
+10
в 0 каналах
Get PRO
август '22
+20
в 0 каналах
Get PRO
июль '22
+16
в 0 каналах
Get PRO
июнь '22
+35
в 0 каналах
Get PRO
май '22
+19
в 0 каналах
Get PRO
апрель '22
+12
в 0 каналах
Get PRO
март '22
+11
в 0 каналах
Get PRO
февраль '22
+14
в 0 каналах
Get PRO
январь '22
+7
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '21
+17
в 0 каналах
Get PRO
ноябрь '21
+17
в 0 каналах
Get PRO
октябрь '21
+16
в 0 каналах
Get PRO
сентябрь '21
+29
в 0 каналах
Get PRO
август '21
+22
в 0 каналах
Get PRO
июль '21
+65
в 0 каналах
Get PRO
июнь '21
+26
в 0 каналах
Get PRO
май '21
+21
в 0 каналах
Get PRO
апрель '21
+14
в 0 каналах
Get PRO
март '21
+15
в 0 каналах
Get PRO
февраль '21
+17
в 0 каналах
Get PRO
январь '21
+28
в 0 каналах
Get PRO
декабрь '20
+2 056
в 0 каналах
Дата
Привлечение подписчиков
Упоминания
Каналы
02 сентября+1
01 сентября+1
Посты канала
Jom ke MAEPS Serdang esok malam! Sama-sama kita hadirkan diri ke MAHA BERSELAWAT bersama para ilmuwan dan artis jemputan kege
+1
Jom ke MAEPS Serdang esok malam! Sama-sama kita hadirkan diri ke MAHA BERSELAWAT bersama para ilmuwan dan artis jemputan kegemaran ramai seperti Iqbal Zain al-Jauhari Inteam, dan ramai lagi. Bila: Khamis, 3 September 2026 (6.30 PTG - 10.30 MLM) Di mana: Dewan D2 (B), Belakang Dewan B, MAEPS Serdang Jumpa anda di sana! Tempat adalah terhad, datang awal untuk dapatkan tempat duduk terbaik. #MAHABerselawat #MAHA2026 #MAEPS #MajlisSelawat

2
MERDEKA : MEMBANGUNKAN KEKUATAN DARI DALAM Dalam suasana kita menyambut Hari Merdeka, kita tidak boleh melihat kemerdekaan hanya sebagai sebuah sejarah yang berlaku pada masa lalu. Kita juga perlu melihat keadaan rantau kita hari ini. Dunia semakin kompleks. Perubahan geopolitik berlaku di sekeliling kita. Persoalan keselamatan semakin mendapat perhatian. Dan sebagai sebuah negara yang berada di tengah-tengah rantau Nusantara, kita tidak boleh hidup tanpa kesedaran. Rakyat perlu sedar siapa dirinya. Tahu akan sejarahnya. Kenal akar dan warisannya. Menjaga keluarganya. Mencintai tanah airnya. Dan mampu berdiri bersama dalam satu muafakat yang kuat. Kerana ancaman luar tidak akan menjadi sebesar itu jika rakyat di dalamnya kuat. Kalau jiwa rakyat kuat, keluarga kuat. Kalau keluarga kuat, masyarakat kuat. Kalau masyarakat kuat, negara lebih teguh. Sebab itu, kekuatan sebuah bangsa bukan hanya pada apa yang kita miliki di luar. Kekuatan sebenar terletak pada apa yang hidup di dalam jiwa rakyatnya. Adakah masih ada kesedaran? Masih ada amanah? Masih ada kasih kepada keluarga? Masih ada rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan tanah air? Masih ada kesediaan untuk berdiri bersama ketika berdepan cabaran? Di sinilah kekeluargaan menjadi sangat penting. Kekeluargaan bukan sekadar hubungan darah. Kekeluargaan adalah sebuah jaringan yang menghidupkan kesedaran, amanah, khidmat dan muafakat. Apabila hubungan ini hidup, kita tidak lagi melihat diri kita sebagai individu yang berdiri sendirian. Kita tahu bahawa kita mempunyai keluarga untuk dijaga, masyarakat untuk dibina, tanah air untuk dicintai dan amanah yang perlu diteruskan. Dan lebih daripada itu, kita perlu kembali kepada asas yang paling utama : hubungan kita dengan Allah — hablum minallah — dan hubungan kita sesama manusia — hablum minannas. Apabila hati kembali kuat dengan Allah, manusia kembali saling menguatkan sesama manusia. Daripada hubungan itulah lahir kekuatan jiwa, kesatuan hati, keberanian untuk berkhidmat dan kesediaan untuk memikul amanah bersama. Dan kita percaya, pertolongan Allah datang bersama usaha, kesatuan dan keteguhan jiwa. Maka, sempena Hari Merdeka ini, marilah kita bertanya kepada diri : Apakah makna Merdeka untuk kita hari ini? Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan. Merdeka juga bererti membebaskan jiwa daripada kelemahan, perpecahan dan kehilangan arah. Membebaskan keluarga daripada kehidupan yang terputus daripada nilai dan amanah. Membebaskan masyarakat daripada sikap mementingkan diri. Dan membangunkan rakyat yang tahu siapa dirinya, dari mana akar sejarahnya dan ke mana arah perjuangannya. Kerana kita bukan hanya mahu mewarisi sebuah negara yang merdeka. Kita mahu membina rakyat yang mampu mengisi kemerdekaan itu dengan kekuatan, kesatuan, khidmat dan kesejahteraan. Dari jiwa. Kepada keluarga. Kepada masyarakat. Kepada negara. Itulah “Merdeka sebenar” yang perlu kita hidupkan. #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KesejahteraanNusantara #AlifMimSin #TigaKotaSuci #Merdeka
68
3
MALAM INI DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MALAM INI DI BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
74
4
📚 ASY-SYAFI'I: ILMU, ADAB & MANAQIB MULIA Acara kemuncak rehlah asy-Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi di Putrajaya & Kuala Lumpur! Ikhwah Akhawat yang dirahmati Allah: Apa yang menjadikan al-Imam asy-Syafi‘i رحمه الله begitu agung di mata para ulama? Bukan sekadar kerana keluasan ilmunya. Bukan hanya kerana ketajaman hujahnya. Tetapi juga kerana adab, akhlak, kewarakan, ketekunan beribadah dan keindahan peribadinya. 📖 Dalam karya al-Imam Ibn Abu Hatim ar-Razi ini, kita akan menelusuri kisah-kisah dan riwayat yang menggambarkan keperibadian seorang imam yang menjadi ikutan umat. 400 riwayat bersanad yang autentik dan muktabar sebagai rujukan utama keilmuan, adab dan kelebihan asy-Syafi'i...dikumpul oleh muhaddith ulung: Ibn Abu Hatim ar-Razi yang berusaha gigih meriwayatkan daripada murid-murid senior al-Imam. Merangkumi pelbagai topik, daripada nasab asy-Syafi'i, fiqh, aqidah, lughah, akhlak, sejarah, hinggalah perubatan. Manaqib himpunan Ibn Abu Hatim menjadi rujukan utama semua penulis Manaqib asy-Syafi'i yang datang selepas beliau seperti Abu Nuaim, al-Baihaqi, ar-Razi, Ibn Kathir dan lain-lain. Setakat ini, inilah kitab himpunan Manaqib asy-Syafi'i yang tertua sampai kepada kita, dan telah dicetak sejak dulu lagi. Mungkin ini kali pertama ia diterjemah dalam Bahasa Melayu. Ia menjawab pelbagai persoalan: 🌿 Bagaimana adab Imam asy-Syafi‘i terhadap ilmu dan gurunya? 🌿 Bagaimana sifat wara‘ dan zuhud beliau? 🌿 Bagaimana kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu? 🌿 Apakah nasihat dan mutiara kata yang ditinggalkan beliau? 🌿 Apakah yang menyebabkan para ulama begitu menghormati dan memuliakan beliau? Insya-Allah, karya turath yang sangat berharga ini akan dibaca dan dihuraikan dengan bimbingan: 🎙️ Asy-Syaikh Abdul Aziz asy-Syahawi. 📍 Dewan Abdullah Bukhari, Nasyrul Quran, Putrajaya 📅 Sabtu, 5 September 2026 ⏰ 9.30 pagi – 4.30 petang 📅 Ahad, 6 September 2026 ⏰ 9.30 pagi – 12.30 tengah hari 📚 Buku terjemahan Arab-Melayu dijual ⚠️ Pendaftaran melalui imbasan kod QR. Daftar: https://forms.gle/Dm5WQVWGD7Cjcr3r6
113
5
+1
Нет текста...
70
6
AR-RIDHA: KEDAMAIAN YANG DIDAMBA Pernahkah hati anda terasa penat dengan ujian hidup yang seolah-olah tidak pernah bernoktah? Bagaimanakah cara para salafussoleh mendidik jiwa mereka agar sentiasa tenang menghadapi qada' dan qadar Ilahi? ​Mari luangkan masa sebentar untuk menyucikan hati dan menimba mutiara fawaed dalam majlis ilmu istimewa bersama Syaikh asy-Syafi'iyah seluruh Mesir, sayyidi asy-Syaikh Abdul Aziz bin Ahmad asy-Syahawi. Beliau dalam rangka rehlah ilmyah yang cukup bersejarah ke tanah air. Putrajaya & Kuala Lumpur adalah persinggahan terakhir asy-Syaikh sebelum pulang ke Mesir. ​📖 Kitab: الرضا عن الله بقضائه (Keredhaan terhadap Allah & Taqdir-Nya) karya Al-Imam Ibn Abu ad-Dunya 📍 Tempat: Dewan Imam Syafi'i, Nasyrul Quran, Putrajaya 🗓️ Tarikh: Jumaat, 4 September 2026 ⏰ Masa: 8:00 malam – 10:00 malam ​Majlis ini terbuka kepada semua pencari ketenangan jiwa. 100 riwayat daripada Rasulullah, Sahabat, Tabi'in dan para Salihin sebagai penyuntik kekuatan & semangat. KEMASUKAN PERCUMA. Tirmidhi Centre mengalu-alukan semua asatizah dan tullab ilm untuk hadir ke majlis yang julung kali diadakan. Nota terjemahan Arab-Melayu boleh ditempah. ​📲 Tempat adalah terhad! Sila imbas kod QR pada poster di bawah untuk pendaftaran, atau hubungi talian tertera segera untuk info lanjut. ​Jom sebarkan hantaran ini kepada ahli keluarga dan sahabat handai agar lebih ramai yang dapat bersama-sama meraih manfaat. Penganjur: Tirmidhi Centre Yayasan Turath Islami Nasyrul Quran ​#MajlisIlmu #YayasanTurathIslami #Putrajaya #KuliahAgama #KeredhaanAllah #RehlahSyahawi2026
82
7
Нет текста...
68
8
Dan apabila hati dipenuhi cahaya, perjalanan kita mengikuti Rasulullah ﷺ menuju Allah سبحانه وتعالى akan menjadi semakin kuat. 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘪𝘮𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘬𝘢𝘭𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪, 𝘵𝘢𝘮𝘣𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘬𝘳𝘪𝘧𝘢𝘵, 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘣𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘤𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘥𝘪𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘮𝘪. اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم #darulmujtaba
111
9
Kerana hati manusia sentiasa berubah. 𝗠𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 Sebagaimana pokok memerlukan cahaya, manusia juga memerlukan cahaya rohani. Dan seluruh ajaran Rasulullah ﷺ adalah cahaya. Allah menyebut Baginda: وَسِرَاجًا مُّنِيرًا “Dan sebagai pelita yang menerangi.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘈𝘩𝘻𝘢𝘣: 46 Dan Allah berfirman: قَدْ جَاءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ “Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah suatu Nur dan Kitab yang nyata.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘔𝘢’𝘪𝘥𝘢𝘩: 15 Semakin kita mengikuti Rasulullah ﷺ pada syariat, ibadah, tauhid, makrifat, akhlak dan adabnya, semakin cahaya itu disempurnakan dalam diri kita. 𝗠𝗔𝗨𝗟𝗜𝗗 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗦𝗬𝗨𝗞𝗨𝗥𝗔𝗡 Sebab itu Maulid adalah manifestasi kesyukuran atas nikmat Rasulullah ﷺ. Allah سبحانه وتعالى berfirman: وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau ceritakan.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘋𝘶𝘩𝘢: 11 Dan Allah berfirman: لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepada kamu.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮: 7 Maka apabila kita bersyukur atas nikmat Rasulullah ﷺ, kita mengharapkan pertambahan daripada Allah. Pertambahan iman. Pertambahan tauhid. Pertambahan makrifat. Pertambahan mahabbah. Pertambahan cahaya. Itulah akar yang kita mahu suburkan. 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗔𝗟𝗔𝗠 Allah berfirman: وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘈𝘯𝘣𝘪𝘺𝘢’: 107 Baginda ﷺ adalah pemancar rahmat kepada seluruh alam. Maulana menukilkan bagaimana para wali melihat bahawa orang-orang mukmin memiliki kadar cahaya yang berbeza mengikut kekuatan iman, makrifat, tauhid dan amal masing-masing. Dan seluruh cahaya itu akhirnya bermuara kepada Rasulullah ﷺ. Sebab itu Baginda disebut sebagai: نُورُ الْأَنْوَارِ 𝗡𝘂𝗿 𝗮𝗹-𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿. Cahaya segala cahaya. 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛𝗜 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 Kelahiran Rasulullah ﷺ juga disertai dengan pancaran cahaya. Sayyidah Aminah menyaksikan cahaya yang terang ketika kelahiran Baginda sehingga menerangi ufuk yang jauh. Baginda lahir dalam keadaan bersih, dengan tanda kenabian pada tubuhnya, dan kelahirannya disambut dengan keajaiban yang besar. Inilah Muhammad ﷺ. Kelahirannya dipenuhi cahaya. Kemudian Baginda menerima wahyu yang juga cahaya. نُورٌ عَلَىٰ نُورٍ 𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗱𝗶 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗰𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮. 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗜𝗧𝗨 Hari ini mungkin kita tidak melihat cahaya amal dengan mata kasar. Tetapi di alam Barzakh, Mahsyar dan ketika melintasi Sirat, manusia memerlukan cahaya. Allah berfirman: يَوْمَ تَرَى ٱلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُم بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِم “Pada hari engkau melihat orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, cahaya mereka bergerak di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘏𝘢𝘥𝘪𝘥: 12 Bekalan cahaya mesti dibawa daripada dunia. Melalui iman. Amal soleh. Akhlak. Selawat. Dan mengikuti Rasulullah ﷺ. 𝗗𝗢𝗔 𝗡𝗨𝗥 Rasulullah ﷺ mengajarkan kita meminta cahaya: اللَّهُمَّ اجْعَلْ فِي قَلْبِي نُورًا “Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku.” Cahayakan penglihatanku. Pendengaranku. Lisanku. Hadapanku. Belakangku. Kiri dan kananku. Zahir dan batinku. Dan kemuncaknya: وَاجْعَلْنِي نُورًا “Ya Allah, jadikanlah aku cahaya.” 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗥 Akhirnya kita kembali kepada akar. Untuk istiqamah, kita memerlukan kekuatan. Untuk khusyuk, kita memerlukan kekuatan. Untuk berakhlak, kita memerlukan kekuatan. Untuk mengikuti Rasulullah ﷺ, kita memerlukan kekuatan. Dan kekuatan itu bermula daripada kalbu. Maka rawatlah akar. Suburkan iman. Bersihkan hati. Siramilah dengan ilmu. Kuatkan dengan zikir. Suburkan dengan selawat. Terangkan dengan cahaya Rasulullah ﷺ. Kerana apabila akar kuat, seluruh pokok akan menjadi kuat.
106
10
𝗦𝗨𝗕𝗨𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗥 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗛𝗔𝗬𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗟𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 ﷺ 𝘋𝘪𝘴𝘶𝘴𝘶𝘯 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘛𝘢𝘶𝘴𝘪𝘺𝘢𝘩 𝘔𝘢𝘶𝘭𝘢𝘯𝘢 𝘐𝘲𝘣𝘢𝘭 𝘡𝘢𝘪𝘯 𝘈𝘭-𝘑𝘢𝘶𝘩𝘢𝘳𝘪 𝘥𝘪 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘔𝘢𝘶𝘭𝘪𝘥 𝘜𝘯𝘪 𝘚𝘶𝘭𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘻𝘭𝘢𝘯 𝘚𝘩𝘢𝘩 Para ulama rohani dan ulama sufi menemukan satu kunci besar dalam perjalanan manusia kepada Allah سبحانه وتعالى, iaitu bagaimana mahu menyuburkan iman. Kita mencintai Rasulullah ﷺ, dan tanda cinta itu ialah mengikuti Baginda, menghidupkan sunnah dan berjalan di atas ajarannya. Tetapi untuk istiqamah menjaga solat, menjaga amalan sunat, menghadirkan khusyuk dan memusatkan hati kepada Allah, seseorang memerlukan 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻. Dan kekuatan itu terletak pada sesuatu yang tidak terlihat. 𝗞𝗮𝗹𝗯𝘂. 𝗝𝗶𝘄𝗮. 𝗜𝗺𝗮𝗻. Itulah akar manusia. Allah سبحانه وتعالى berfirman: أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي ٱلسَّمَاءِ “Akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘐𝘣𝘳𝘢𝘩𝘪𝘮: 24 Sebagaimana pokok bergantung pada akar yang tersembunyi di dalam tanah, demikian juga manusia bergantung pada keadaan hatinya. Kalau akar sakit, seluruh pokok akan menerima kesannya. Begitu juga penyakit hati seperti ego, ujub, takabbur, hasad, riak dan buruk sangka. Ia mungkin tidak kelihatan pada zahir, tetapi perlahan-lahan merosakkan seluruh diri. Rasulullah ﷺ bersabda: لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarah daripada sifat takabbur.” 𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮 𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗥 Maulana menceritakan bagaimana beliau membeli beberapa batang pokok di nurseri. Ketika dibeli, pokok itu hijau dan segar. Tetapi selepas dipindahkan, daunnya mula bergulung, layu dan hampir mati. Rupanya ia mengalami 𝘵𝘳𝘢𝘯𝘴𝘱𝘭𝘢𝘯𝘵 𝘴𝘩𝘰𝘤𝘬. Hanya sedikit gangguan pada akar sudah cukup menjejaskan seluruh pokok. Daripada situ kita belajar bahawa yang paling perlu dijaga bukan sekadar daun dan dahan. 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗮𝗿. Sebab itu majlis ilmu adalah rawatan kepada akar. Walaupun seseorang sudah solat, sudah beribadah dan sudah mendapat taufik daripada Allah, hati tetap perlu dijaga dan disuburkan. Kita datang dengan niat: 𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘳𝘢𝘸𝘢𝘵𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘳 𝘬𝘢𝘮𝘪. 𝘉𝘦𝘵𝘶𝘭𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘭𝘣𝘶 𝘬𝘢𝘮𝘪. Kerana manusia yang berjaya pada Hari Akhirat ialah manusia yang datang membawa hati yang sejahtera. إِلَّا مَنْ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ “Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” 𝘚𝘶𝘳𝘢𝘩 𝘢𝘭-𝘚𝘺𝘶‘𝘢𝘳𝘢’: 89 𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗝𝗨𝗞𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗥 Kalau mahu melihat keadaan hati kita, lihat apa yang keluar daripada diri kita. Kalau mulut mudah mencarut, memaki, merendahkan orang dan mengeluarkan perkataan kesat, itu menunjukkan ada sesuatu pada akar yang perlu dirawat. Kalau yang lahir ialah perkataan baik, sifat memaafkan, belas kasih dan akhlak mulia, itu juga buah daripada akar yang baik. Begitu juga cara kita memandang manusia. Jangan mudah menghina orang yang sedang berada dalam dosa. Hari ini dia mungkin jauh daripada Allah, tetapi esok Allah boleh mengubah hatinya dan menjadikannya sangat hampir. Jangan sampai kebaikan orang pun kita cari keburukannya. Jangan apabila musuh ditimpa musibah, hati berkata: 𝘗𝘢𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘶𝘬𝘢. Pandanglah manusia dengan rahmah. Kerana hati yang sihat bukan hanya kuat beribadah, tetapi juga lembut terhadap makhluk Allah. 𝗧𝗔𝗦𝗔𝗪𝗨𝗙 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗧𝗜 Sebab itu kita perlu belajar tasawuf. Tasawuf mengajar kita mengenal penyakit batin yang mungkin sudah lama bersarang dalam jiwa. Ujub. Takabbur. Hasad. Riak. Buruk sangka. Dan merasa diri lebih baik daripada orang lain. Kita belajar supaya dapat mengenal penyakit, merawatnya dan menghiasi hati dengan sifat yang terpuji. Rasulullah ﷺ mengajarkan: يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
67
11
Нет текста...
58
12
MALAM INI DI SHAH ALAM, SELANGOR
MALAM INI DI SHAH ALAM, SELANGOR
59
13
ESOK DHUHA DI TANJUNG MALIM, PERAK MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
ESOK DHUHA DI TANJUNG MALIM, PERAK MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
66
14
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 INFAQ JUMAAT Hari Jumaat, mari bersama menghidupkan dakwah dan majlis ilmu Darul Mujtaba melalui infaq,
Sollu ‘Alan Nabi ﷺ 🌿 INFAQ JUMAAT Hari Jumaat, mari bersama menghidupkan dakwah dan majlis ilmu Darul Mujtaba melalui infaq, atau membeli sambil berinfaq bersama kami. 📖 Kitab Solat https://s.shopee.com.my/3g32xmaJsb 📚 Buku Thariqah https://s.shopee.com.my/8V8Iiht80R 📕 Buku Perang Peralihan Dunia https://s.shopee.com.my/4fva9gTWQv Atau sertai Daurah: https://ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah Setiap pembelian dan pernyertaan turut membantu perjalanan dakwah, pengajian dan gerak kerja Darul Mujtaba. Semoga setiap ringgit yang mengalir menjadi saham kebaikan yang terus hidup, selama ilmu itu dibaca, diamalkan dan disampaikan. Jazakumullah Kheir #darulmujtaba
97
15
Maulana kemudian membawa sebuah kisah tentang seorang ketua perompak. Hidupnya dipenuhi rompakan dan maksiat. Namun ada satu perkara yang aneh pada dirinya. Dia tetap berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Apabila ditanya oleh teman teman perompaknya bagaimana seorang perompak masih menjaga puasa, dia menjelaskan bahawa sepanjang melakukan kejahatan itu dia tidak pernah menganggap dirinya benar. Dia tahu dirinya penjenayah. Dia tahu dirinya pendosa. Dia tahu pekerjaannya melanggar perintah Allah. Namun dia tidak mahu memutuskan seluruh tali yang masih menghubungkan dirinya dengan Allah. Puasa itulah antara tali yang masih digenggamnya. Di sebalik kehidupan yang gelap itu, masih tersimpan satu pengharapan: “Mudah mudahan Allah memandang amal ini dan mengasihani aku.” Tahun demi tahun berlalu. Akhirnya Allah membuka pintu taubat kepadanya. Dia meninggalkan rompakan, meninggalkan kehidupan lamanya dan berubah menjadi seorang yang soleh. Pada suatu ketika dia berada di Makkah sedang bertawaf. Seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa rompakannya mengenal wajahnya. Lelaki itu terkejut. Orang yang dahulunya dikenal sebagai ketua perompak, kini berada di Tanah Haram dengan keadaan dan wajah seorang yang telah berubah. Lalu bekas perompak itu menceritakan bahawa ketika hidup dalam maksiat dahulu, dia tidak pernah merasa maksiatnya itu benar. Dia tetap mengaku dirinya bersalah dan masih menyimpan satu amal yang diharapkannya menjadi sebab Allah memandangnya dengan rahmat. Akhirnya Allah benar benar mengubah hidupnya. Di sinilah tersimpan pelajaran yang sangat besar. Jangan tunggu menjadi baik untuk melakukan kebaikan. Jika masih ada dosa yang belum mampu ditinggalkan, jangan kerana dosa itu kita meninggalkan solat. Jangan tinggalkan zikir. Jangan tinggalkan selawat. Jangan tinggalkan majlis ilmu. Jangan tinggalkan sedekah. Jangan tinggalkan satu amal yang masih menjadi tali antara hati kita dengan Allah. Kita tidak tahu melalui pintu yang mana Allah akan menarik kita pulang. Kadang kadang satu amal kecil yang dilakukan dengan penuh pengharapan menjadi sebab Allah membuka pintu perubahan yang sangat besar. Maka perjalanan seorang hamba berada di antara dua adab. Jangan merasa aman ketika berdosa. Dan jangan berputus asa ketika berdosa. Ketika melakukan maksiat, takutlah kepada Allah. Ketika memandang kelemahan diri, berharaplah kepada Allah. Takut menjaga kita daripada mempermainkan dosa. Harap menjaga kita daripada meninggalkan Tuhan. Seorang salik tidak memandang dirinya suci, namun dia juga tidak pernah memandang pintu Allah telah tertutup. Walau berkali kali tersungkur, dia tetap bangun dan kembali berjalan. Walau pakaiannya penuh debu perjalanan, dia tidak berhenti menuju pintuNya. Kerana yang dicari bukanlah perasaan bahawa dirinya sudah baik. Yang dicari ialah Allah. Dan selama hati masih mahu kembali kepadaNya, jangan sekali kali berputus asa daripada rahmatNya. Wallahu a‘lam. _Disusun daripada Pengajian al-Hikam Syarah Tok Pulau Manis bersama Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari. #darulmujtaba
115
16
Jangan Membesarkan Dosa Hingga Mengecilkan Rahmat Allah Pengajian al-Hikam Syarah Tok Pulau Manis Bersama Maulana Iqbal Zain Al-Jauhari Muka surat 112 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ Pada pengajian kali ini, Maulana membawa kita kepada satu kalam hikmah yang sangat halus dalam mendidik hati seorang salik. لَا يَعْظُمُ الذَّنْبُ عِنْدَكَ عَظَمَةً تَصُدُّكَ عَنْ حُسْنِ الظَّنِّ بِاللَّهِ تَعَالَى “Janganlah dosa itu terasa begitu besar di sisimu sehingga ia menghalangmu daripada bersangka baik kepada Allah Taala.” Hikmah ini tidak mengajar manusia supaya memandang ringan dosa. Seorang mukmin tetap wajib membenci maksiat. Hatinya mesti jijik terhadap perkara yang Allah haramkan. Apabila dia terjatuh, dia tahu dirinya telah bersalah. Apabila dia tergelincir, hatinya terasa pedih kerana telah melanggar adab kehambaan kepada Allah. Yang sangat berbahaya ialah apabila dosa sudah tidak lagi terasa sebagai dosa. Seseorang mengumpat, lalu hatinya puas. Dia menzalimi orang, lalu jiwanya tenang. Dia meninggalkan perintah Allah, namun tidak terasa kehilangan apa apa. Malah dia melihat kehidupannya masih berjalan seperti biasa. Perniagaan masih baik. Rezeki masih masuk. Kesihatan masih ada. Tidak datang musibah yang besar. Lalu perlahan lahan lahirlah satu sangkaan yang sangat merbahaya. “Aku buat maksiat pun tidak jadi apa apa.” Di sinilah dosa zahir mula melahirkan dosa yang lebih dalam di dalam hati. Hati mula merasa aman daripada azab Allah. Dia tidak lagi takut kepada kemurkaanNya. Tidak lagi gelisah apabila bermaksiat. Tidak lagi runsing apabila melanggar batas. Lebih halus daripada itu, sifat Allah Yang Maha Pengampun pula dijadikan alasan untuk terus melakukan dosa. “Allah kan Maha Pengampun.” “Nanti aku bertaubat.” “Allah Maha Penyayang.” Kalimahnya benar, namun kedudukan hatinya salah. Rahmat Allah yang sepatutnya membawa seorang hamba pulang kepadaNya telah dijadikan lesen untuk semakin jauh daripadaNya. Inilah yang mesti sangat dijaga dalam perjalanan rohani. Seseorang mungkin masih terjerat dengan suatu dosa. Dia sudah berusaha meninggalkannya, kemudian tersungkur kembali. Dia bertaubat, kemudian tergelincir lagi. Selagi hatinya masih membenci dosa itu, masih mengaku bahawa dirinya bersalah, masih malu kepada Allah dan masih mencari jalan keluar daripadanya, pintu perjalanan itu belum tertutup. Ada beza yang sangat besar antara orang yang berdosa sambil menangisi dosanya dengan orang yang berdosa sambil membela dosanya. Seorang salik jangan sampai membenarkan maksiatnya di hadapan Allah. Jangan mencari alasan untuk membersihkan diri. Jangan berkata: “Aku jadi begini kerana keadaan.” “Aku mengumpat kerana dia memang begitu.” “Aku melakukan ini kerana sudah ditakdirkan.” “Aku terlupa, jadi tidak mengapa.” Di hadapan manusia mungkin seseorang memerlukan peguam untuk membela dirinya. Di hadapan Allah, seorang hamba tidak memerlukan pembelaan. Allah mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi di dalam dada. Adab seorang hamba ialah mengaku. Ya Allah, aku yang zalim. Aku yang bersalah. Aku yang melampaui batas terhadap diriku sendiri. Tidak perlu menghias kesalahan dengan alasan. Kerana terkadang pengakuan seorang pendosa lebih dekat kepada pintu Allah daripada pembelaan seorang yang merasa dirinya benar. Namun selepas semua itu, Imam Ibn ‘Athaillah membawa hati kita kepada keseimbangan yang sangat indah. Bencilah dosa, tetapi jangan berputus asa daripada Allah. Jangan kerana banyaknya maksiat kita, lalu kita menyangka bahawa rahmat Allah sudah tidak mungkin sampai kepada kita. Jangan kerana berulang kali jatuh, lalu kita berhenti mengetuk pintuNya. Jangan kerana melihat hitamnya perjalanan semalam, lalu kita menyangka Allah tidak mampu menerbitkan fajar pada hari esok. Inilah maksud husnuzan kepada Allah. Husnuzan bukan berani melakukan dosa kerana yakin Allah akan mengampunkan. Husnuzan ialah setelah kita benar benar mengetahui kehinaan dosa kita, kita masih percaya bahawa rahmat Allah jauh lebih luas daripada kehinaan diri kita. Kisah Ketua Perompak
91
17
Нет текста...
66
18
Нет текста...
78
19
صَلُّوا عَلَى النَّبِيِّ ﷺ 🌹 Pengajian Istimewa Sempena Maulid Nabi ﷺ Bulan Maulid adalah kesempatan untuk menambah ilmu, memperbaharui mahabbah dan semakin mengenali insan yang paling dicintai Allah, Nabi Muhammad ﷺ. Jom sertai dua daurah istimewa sepanjang bulan Maulid: 📖 5–6 September 2026 Solat Seolah-Olah Melihat Allah 🎙️ Mawlana Iqbal Zain Al-Jauhari 📖 12 September 2026 Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ 🎙️ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany 💻 Pengajian secara Online (Zoom) ⚠️ Penyertaan masih dibuka dan terhad kepada 50 orang sahaja. Group khas Daurah akan dibuka setelah cukup 50 orang peserta. Link pengajian secara live akan diberikan melalui email dan Group Daurah kepada peserta yang telah berdaftar. 📝 Pendaftaran: https://ezy.la/DaurahKitabSempenaMaulidRasulullah 📚 Pembelian Kitab Solat & Kitab Mengenal Peribadi Rasulullah ﷺ 📲 WhatsApp Admin: 012-261 7221 ✨ Hibah bagi kelancaran perjalanan dakwah amat dialu-alukan. “Sesungguhnya orang yang paling hampir denganku pada hari kiamat ialah mereka yang paling banyak berselawat ke atasku.” — Riwayat al-Tirmizi Ayuh hidupkan bulan Maulid dengan ilmu, mahabbah dan penghayatan terhadap Rasulullah ﷺ. #darulmujtaba
116
20
• Maulid Akbar 1448H — Rasulullah ﷺ Membina Generasi Harapan Ummah Hari ini, 21 Ogos, bermula 5.00 petang dengan perarakan Maulidur Rasul. Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur. Penceramah utama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Terbuka kepada muslimin dan muslimat; tiada yuran dinyatakan. Laman rasmi Maulid Akbar masih aktif untuk maklumat acara. • Maulid Akbar — Masjid Ibnu Mas‘ud Ampang 22 Ogos, selepas Maghrib. Masjid Ibnu Mas‘ud, Jalan Damai, Ampang, Selangor. Bersama Syeikh Mahmood Al-Wasobi, Ustaz Nasrullah dan Ustaz Darwis Muhyiddin. Terbuka kepada umum, tiada pendaftaran/yuran dinyatakan. • Majlis Maulid An-Nabawi Darul Hikmah 22 Ogos, 7.15 malam, Pusat Tarbiah & Pengajian Islam Darul Hikmah, Kuala Nerang, Kedah. Bersama Al-Syaikh Dr. Khaleel Ismael Elias. Terbuka kepada umum. • Maulid Akbar Kampung Sungai Penchala 24 Ogos, 6.15 petang, Surau Al-Abrar (Tawfiq), Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Terbuka kepada umum; tiada yuran dinyatakan. • Qiamullail & Maulid Istimewa Rabiulawal ⭐ 25 Ogos, bermula 4.00 pagi, Surau Al-Abrar, Sungai Penchala, KL. Bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Ustaz Muhammad Nasrullah Nadzri, para habaib dan masyaikh. Jadual termasuk Tahajud, Azkar Akhirul Lail, Maulid As-Syarabut Tohur, Subuh, Qasidah Burdah, Isyrak dan Dhuha. Terbuka kepada umum. • Majlis Perarakan & Maulid Akbar Selayang 25 Ogos, 7.30–11.30 pagi, Masjid Selayang Baru, Selangor. Terbuka kepada umum dan tiada yuran dinyatakan. • Mahrajan Cinta Rasul 25–26 Ogos, Masjid Wilayah Persekutuan dan Dewan Serbaguna Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Program dua hari sempena Rabiulawal. Terbuka kepada umum; sumber semasa belum menyatakan yuran atau keperluan pendaftaran. • Maulud Akbar Muslimat 1448H — “Hati Yang Rindu untuk Pulang” 25 Ogos, 9.00 pagi–12.00 tengah hari, Khemah Zikir, Yayasan Restu, Shah Alam. Bersama Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Ustazah Aliyah Al Musawa dan Kumpulan Mawaddah. Khusus muslimat. RSVP masih disediakan oleh penganjur; tiada yuran dinyatakan dalam hebahan yang aku temui. • Daurah Al-Fatihah & Arba‘in An-Nawawi Siri 3 ⭐ 31 Ogos–1 September, Darul Uloom Malaysia, Jerteh, Terengganu. Percuma, kitab disediakan dan peserta yang memenuhi syarat boleh mendapat sanad. Yang penting: tarikh tutup permohonan ialah hari ini, 21 Ogos 2026. Penyertaan muslimin dan muslimat berumur 18 tahun ke atas. • Recitation & Isnad Ceremony of Al-Muwatta’ Imam Malik ⭐⭐ 1–5 September, Masjid Negeri Sarawak, Kuching. Bersama Syeikh Muhammad Abu al-Huda al-Ya‘qubi, Mufti Sarawak dan Syeikh Issam al-Saboughi. Ini antara program paling kuat yang aku jumpa hari ini dari sudut talaqqi, hadis dan sanad. Hebahan menyatakan semua dijemput hadir; yuran tidak dinyatakan. • Fiqh Solat Vol. 3 — Muslimat 5 September, 8.30 malam, secara Zoom bersama Ustazah Khudaij Al-Osmany. Yuran RM25 seorang dan pendaftaran sedang dibuka melalui pautan WhatsApp penganjur. • Konvensyen Wanita5Waktu 19 September, 8.00 pagi–1.00 petang, Yayasan Restu, Shah Alam. Antaranya bersama Ustazah Muzayyanah, Ustaz Adnin, serta slot menerima ijazah amalan daripada TG Syeikh Zainul Asri. Yuran RM49; pendaftaran sedang dibuka. #darulmujtaba
195