cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

DARUL MUJTABA

Bismillah Ruang ini di terbitkan dgn semangat kasih sayang&kecintaan sesama kita melalui perkongsian ilmu yg bermanfaat.

Більше
Рекламні дописи
2 208
Підписники
+124 години
+47 днів
+1930 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Di antara pemahaman yang perlu di fahami dengan jelas oleh pengamal tarekat yang berlainan adalah setiap tarekat adalah tersangat istimewa kepada setiap murid yang menjalaninya. Apabila seseorang murid telah menjalani sesuatu tarekat maka hendaklah dia menamatkan perjalanannya mengikut kaedah yang ditetapkan oleh gurunya. Sekiranya ada kelebihan pada tarekatnya, bukanlah bermakna tarekat lain kurang istimewa. Malah, seluruh tarekat yang mardhiah sangat istimewa kepada pengamalnya. Apabila ada karamah pada masyaikh pengajiannya, karamah yang berlainan ada pula pada masyaikh tarekat lain. Tidaklah menjadi tujuan murid untuk sentiasa membanding-bandingkan di antara tarekatnya dengan tarekat lain. Kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak puas, rasa tidak cepat sampai dan rasa tidak istimewa pada tarekat yang dijalaninya. Keistimewaan dalam bertarekat akan ada apabila murid mula bermujahadah melawan dirinya sendiri. Membandingkan peringkat istiqamah dirinya yang dulu dan sekarang sehingga dia dapat mengekalkan istiqamah. Bukan lah keistimewaan dalam tarekat bergantung kepada melihat keajaiban dan karamah karamah yang berlaku semata. Kerana semua itu hanyalah sebagai pembakar semangat untuk dia terus mujahadah melawan hawa nafsunya. Jika murid sibuk membandingkan tarekat nya dengan tarekat lain. Maka rosak lah tujuan bertarekat iaitu untuk mencapai akhlak Sayyidina Rasulullah SAW. Sedangkan semua tarekat-tarekat yang muktabar mempunyai tujuan yang sama. _MAA
Показати все...
👍 2 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
_Hadirat Ilahi tidak akan dicapai tanpa bimbingan Mursyid. Siapa pun yang ingin menempuh jalan menuju Allah (swt) harus dengan bimbingan Mursyid. Hal ini menjadi cara tercepat dan termudah_ _Sayyidina Ali (ra) bertanya kepada Rasulullah (saw), "Ya Rasulallah (saw) apa jalan termudah menuju Tuhan?"_ _Rasulullah (saw) menjawab, "Wahai Ali, carilah seorang Wali Allah dan tetaplah berada dalam bayangannya. Sebuah bayangan tidak akan terpisah dari tuannya. Hanya dengan cara itulah kita dapat dengan mudah dan cepat mencapai Hadirat Ilahi!"_ ~Mawlana Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani An-Naqshabandi
Показати все...
4
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Malam Ini
Показати все...
LISAN GAMBARAN HATI Berkata Sayyidil Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz hafizohullah; Lisanmu adalah gambaran dari apa-apa yang tersimpan dalam hatimu Maka setiap kalimah yang buruk, menunjukkan atas buruknya apa-apa didalam hatimu Setiap umpatan menunjukkan atas gelapnya apa-apa yang didalam hatimu *Setiap kebohongan menunjukkan atas jeleknya apa-apa yang didalam hatimu Setiap sumpah palsu menunjukkan atas keruh & kotornya apa-apa yang didalam hatimu Setiap cacian baik atas anak kecil atau-pun orang dewasa bahkan cacian atas haiwan sekali-pun, hal itu menunjukkan atas gelapnya apa-apa yang didalam hatimu Lisan adalah merupakan gambaran hati, maka jadilah dirimu peribadi yang memiliki lisan yang jujur, dan suci hati. Semoga Allah Taala menyelamatkan kita semua dari fitnah anggota ini agar supaya kita terlepas dari segala soalan-soalan yang bakal disoal Allah Taala di sana nanti insyaAllah. Amiin. SILA SHARE DAN SEBARKAN
Показати все...
3👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
Mahabbah adalah kurniaan ALLAH  pada ruh yang telah berkumpul. Sirr menyatukan Rasa dalam minuman Ahadiah. Perbezaan bagaikan pelangi yang penuh keindahan lantaran tujuan dan matlamat yang sama demi sebuah Kebangkitan Spiritual membina Peradaban Nubuwwah.
Показати все...
11👍 1
Pada batin dada , ada hati, pada batin Hati ada Ruh, Pd batin Ruh ada Nur Muhamad , pada Batin Nur Muhamad ada Nur Allah. Nur Muhamad miliki Rahsia Ketuhanan, Hakikat kehambaan dan sifat Rahmatan. Maka diutus para Nabi hingga Rasulullah tiada lain utk bangunkan atau aktifkan Nur Muhamad dlm diri insan agar kembali kpd kesedaran Fitrahnya. Nur yg terpendam di aktifkan dgn Syahadat ,kemudian mengamalkan syariat Rasulullah, memperbanyakkan selawat, mencari pewaris Rasulullah yg mampu membimbing agar Nur tersebut berkembang hingga tajam Makrifatnya , dalam sifat kehambaan dan bersinar rahmatan. Justeru itu tiada wujud jurang dalam dakwah antara insan walaupun apa bangsa dan kaum. Dalam dirinya adanya Nur Muhamad yg perlu dibangunkan. Ia menjd kewajiban setiap mereka yg telah terbangun Nur tersebut membawa kesedaran pd insan lain tanpa kira bangsa dan sempadan hatta pd kaum jin sekalipun. Bawalah cinta dan kasihsayang dalam dakwah, tanpa cinta ,dakwah tiada ruh yg benar. Dgn Cinta dan dakwah, Islam akan bangkit dan berkembang seluruh umat manusia, dgnnya akan berlaku perubahan tamaddun dunia membawa Saliman ( kesejahteraan ) seluruh insan. Wallahualam. Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik
Показати все...
8
Dalam kaedah tarekat, amatlah penting untuk seseorang murid untuk sentiasa diingati oleh gurunya. Kaedah dalam ilmu tarekat ada menyebut, 'Jika seseorang guru itu sudah mengingati seseorang murid, maka setiap doa guru itu sudah termasuk doa untuk murid tersebut' Maka bertambah lah barakah bagi seorang murid. Jalan paling pantas untuk diingati guru senantiasa adalah dengan sentiasa mendekati guru. Hadir dalam setiap riadhahnya, menjadi orang pertama dalam membantu guru, sentiasa meluangkan masa walau sesibuk mana pun urusan sendiri dengan mengutamakan urusan guru. Dengan ini guru akan mengenal pasti bahawa murid itu adalah murid yang tidak beralasan. Sentiasa mempunyai waktu untuk nya sehingga lah guru memerlukan khidmatnya. Apabila dia melazimi khidmat kepada gurunya dengan kerap. Guru akan menganggap murid tersebut sebagai 'al hawari' iaitu yang bermaksud pembantunya. Dia akan menjadi peneman guru, pendengar guru, wakil tugas guru (tugas am), pencatat guru, penghibur hati guru, teman akrab sehingga mencapai tahap suhbah yang sangat rapat. Di kala inilah guru akan mula menganggap diri murid itu sebagai anaknya. Iaitu tahap yang lebih tinggi dari sekadar suhbah dengan guru mengesahkan perhubungan mereka sebab 'bapa ruh'. Inilah peringkat mahabbah tertinggi dalam hubungan guru-murid. Namun, ada ujiannya dalam perhubungan ini. Kerap kali dalam perhubungan sebegini dalam ilmu tarekat ada ujiannya. Keakraban sebegini akan tidak disenangi oleh orang sekeliling. Mendapat keakraban begini bukanlah sekadar dengan pilihan melainkan dengan mujahadah murid. Kerana itu apabila timbulnya ujian, hendaklah murid penuh sabar dalam menghadapinya. Kelebihannya pula, murid sepanjang perjalanan akan mendapat pelbagai ilmu dan kefahaman dari guru. Kefahamana dan kelebihan inilah yang membezakan diri murid dengan murid biasa.
Показати все...
6
Фото недоступнеДивитись в Telegram
*GARAM MANDIAN SIDRACARE* 𝙂𝙖𝙧𝙖𝙢 𝘽𝙪𝙠𝙞𝙩 𝙃𝙞𝙢𝙖𝙡𝙖𝙮𝙖 "𝙺𝚒𝚝𝚊 𝙱𝚎𝚛𝚒𝚔𝚑𝚝𝚒𝚊𝚛, 𝙰𝚕𝚕𝚊𝚑 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚖𝚎𝚗𝚢𝚎𝚖𝚋𝚞𝚑𝚔𝚊𝚗" 𝙄𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 : ✅Gangguan Jin / Ghaib ✅Santau ✅Demam Panas ✅Menghindari aura negatif di rumah/tempat ✅Badan tidak selesa/Mandi Kesegaran Tubuh ✅𝙄𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝙈𝙖𝙣𝙙𝙞𝙖𝙣 𝙆𝙖𝙞𝙛𝙞𝙖𝙩 : 1.Ambil Satu Genggam garam mandian kemudian bancuh di dalam baldi. 2.Selawat 7x. 3.Jirus dari Kepala dengan niat hajat sehingga selesai air di dalam baldi. 4.Kemudian boleh dibilas dengan Air biasa. ✅𝙄𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝙎𝙖𝙣𝙩𝙖𝙪 𝙆𝙖𝙞𝙛𝙞𝙖𝙩 : Ambil satu cubit garam, letak dalam air secawan dan minum. ✅𝙄𝙠𝙝𝙩𝙞𝙖𝙧 𝙂𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙖𝙣 𝙙𝙞 𝙍𝙪𝙢𝙖𝙝/𝙩𝙚𝙢𝙥𝙖𝙩 𝙆𝙖𝙞𝙛𝙞𝙖𝙩 : Ambil sedikit garam, campurkan bersama air dan spray di ruang kediaman/tempat. 𝙻𝚊𝚔𝚞𝚔𝚊𝚗 𝚋𝚎𝚋𝚎𝚛𝚊𝚙𝚊 𝚔𝚊𝚕𝚒 𝚜𝚎𝚑𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊 𝚊𝚍𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚞𝚋𝚊𝚑𝚊𝚗 Mahar : RM 39.90 (tidak termasuk postage) Untuk pembelian, Hubungi; https://www.wasap.my/6014-2989198/GaramBukit (admin)
Показати все...
DAURAH & PENGIJAZAHAN KITAB THARIQAH MENEMPUH JALAN MENUJU ALLAH Soalan lazim : 1. Siapakah Mursyid dan bagaimana mencarinya? 2. Apakah hukum berguru atau berthariqah? 3. Bolehkah baiah melalui mimpi? 4. Adakah wujud mursyid dalam kalangan wanita? 5. Apakah maksud tawajuh, riadah, dan ijazah? Serta banyak lagi persoalan berkaitan dunia tasawuf dan thariqah. Alhamdulillah, suatu kitab yang lengkap dengan pelbagai dalil dan jawapan yang sangat mudah difahami sekaligus memudahkan perjalanan seorang yang ingin berjalan menuju Allah. Sangat baik untuk dimiliki dan dipelajari dengan ahlinya. Semoga dengannya menjadikan kita pencinta tasawuf dan thariqah yang berjalan dengan manhaj dan pegangan yang benar. In sha Allah, kitab ini akan didaurahkan oleh 2 panel / pembimbing yang mendalami dunia tasawuf dan thariqah. Info terperinci, sila tekan di dalam link berikut. https://bit.ly/DaftarDaurahKitabThariqah Mohon sebarkan.
Показати все...
DAFTAR DAURAH KITAB THARIQAH MENEMPUH JALAN KEPADA ALLAH

Tidak merasa bimbang/runsing sedikit pun (bagi) seseorang yg (masih) ada ayahnya (mgkin krn tahu bhw ayahnya pasti akan membela nasibnya dan melindungi dirinya), maka, bagaimanakah (pula) dengan seseorang yang masih ada tuhannya?? -Sheikh Sya'rawi Rahimahullah
Показати все...
9
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.