Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Open in Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Show moreThe country is not specifiedThe category is not specified
1 873
Subscribers
-124 hours
+17 days
-1130 days
Posts Archive
Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Zai'im daripada Ekong BSP atas perkongsian yang sangat bermakna dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
Seperti kata Saudara Zai'im, memahami sejarah itu penting untuk kita bersedia membina masa depan yang lebih baik. Di program ini nanti, anda berpeluang melihat pameran eksklusif tentang asal-usul kesultanan, keunikan budaya Malaysia, salasilah Syeikh Jumadil Kubra, dan banyak lagi!
Bukan sahaja dipenuhi alunan selawat, malah pelbagai aktiviti menarik dan pameran sejarah akan diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan kawan-kawan!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π 3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih diucapkan kepada saudara Arif Ghadaffi daripada Dendang Sufi Nusantara atas alunan bait-bait selawat dan lirik yang sangat mendalam ini.
"Membina ummah teguh berjaya, junjung daulat jelata muafakat... πΆ"
Gema selawat bukan sahaja membawa berkah dan menyatukan ummah, malah menjadi asbab untuk kita membina sebuah peradaban yang penuh martabat.
Ayuh bersama-sama kita hidupkan malam yang penuh keberkatan ini!
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga dan sahabat handai bagi memeriahkan majlis.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π 3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #DendangSufiNusantara
Terima kasih buat Ainan Tasneem, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Aku Suka Dia, atas sokongan padu dan kesudian beliau bersama-sama menguar-uarkan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) kepada masyarakat.
Semoga usaha ini menjadi asbab lebih ramai hadir untuk bersama-sama mengimarahkan majlis yang penuh keberkatan ini.
Jumpa anda esok!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Bah, warga Sabah yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, jom kita berkumpul beramai-ramai!
Siti Rohmatul Ummah dari Semporna, Sabah ingin menjemput biskita semua untuk hadir dan memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat, sebuah program penuh dengan pengisian bermanfaat untuk seisi keluarga.
Bukan sekadar berselawat, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Masuk adalah PERCUMA!
Bawa bersama ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan sekampung untuk sama-sama memeriahkan suasana serta mengeratkan ukhuwah.
Jumpa anda di sana! Bah, jangan ndak datang ya! π
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Warga Bandar Saujana Putra pasti mengenali Restoran Mohd Chan. Restoran yang bukan saja terkenal dengan masakan cina muslim, tapi juga dikenali dengan para pekerja yang ceria dan sentiasa menyapa baik para pelanggan.
Mereka turut mengajak para penduduk untuk bersama-sama hadir ke program
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Jumpa anda esok!
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih diucapkan kepada tuan yang budiman dari Restoran Rimba Salai atas sokongan dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
βBukan sahaja malam dipenuhi alunan selawat, malah banyak aktiviti dan program menarik yang diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Terima kasih diucapkan kepada tuan yang budiman dari Restoran Rimba Salai atas sokongan dan kesudian mengajak orang ramai untuk sama-sama hadir memeriahkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat.
βBukan sahaja malam dipenuhi alunan selawat, malah banyak aktiviti dan program menarik yang diadakan seawal jam 3.00 petang.
Jangan lepaskan peluang untuk hadir bersama keluarga.
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YAD Senator Datoβ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya merasmikan program βMalam Berselawat Menjunjung Daulatβ.
Kehadiran dan sokongan beliau amat bermakna dalam menyemarakkan usaha memartabatkan syiar Islam serta memperkukuhkan semangat menjunjung institusi Kesultanan Melayu.
Justeru, jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada majlis penuh keberkatan ini. Hadir beramai-ramai bersama keluarga!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Refleksi Hijrah :
Membina Ummah yang Sejahtera
Sempena ketibaan Awal Muharram, Tuan Hj Razali bin Daud, Ketua Pegawai Eksekutif Adam Charitable Foundation mengajak kita semua untuk menghayati semangat Maal Hijrah sebagai titik permulaan bagi perubahan yang lebih bermakna.
Hijrah bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi sebuah kesediaan untuk berubah menjadi lebih baik.
Semoga usaha memupuk kasih sayang dan muafakat antara pemimpin, ulama dan masyarakat akan terus menjadi pemangkin kepada negara yang sejahtera.
Jemput hadir bersama ke
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
Semoga kehadiran kita diberkati oleh Allah SWT
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMSin #TigakotaSuci #PeradabanTimur #MediaACF
BUSANA MELAYU STYLE π₯
Segak bukan hanya pada pakaian, tetapi pada adab, maruah dan warisan yang dibawa.
Tanjak di kepala, sundang di sisi. Mengingatkan kita kepada kegemilangan bangsa yang kaya dengan budaya dan nilai kepahlawanan.
Warisan bukan untuk dikenang semata-mata, tetapi untuk diteruskan.
Warisan dijunjung, identiti dipertahankan π²πΎ
Sumber : Perkongsian TikTok Afan Uma
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Setiap sokongan membawa seribu erti
Terima kasih kepada semua yang terus setia memartabatkan khazanah warisan bangsa. Bagi anda yang ingin tampil segak dan anggun dalam persalinan tradisi, Tanjak & Busana Butik Ezah sedia menerima tempahan, jualan dan sewaan pelbagai produk Warisan Melayu terpilih daripada tanjak, busana lengkap, aksesori, hinggalah hiasan serta cenderahati eksklusif.
Ayuh bersama-sama meraikan keindahan budaya, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat cinta warisan. Jumpa anda di sana!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
Penerangan yang kemas daripada Ustaz Abdul Mujib bin Rahim, Imam Masjid Bandar Saujana Putra.
Apa lagi, jom bersama-sama hadir esok dan menjayakan MBMD!
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat
ULAMA MELAYU YANG MENJADI JAMBATAN ALAM MELAYU DAN KHILAFAH UTHMANIYYAH
Pada penghujung abad ke-19, seorang ulama Melayu dari Patani muncul sebagai tokoh yang disegani di Mekah dan dunia Islam. Beliau ialah Syeikh Ahmad al-Fatani, ilmuwan, penulis, pendidik, dan penggerak jaringan keilmuan yang menghubungkan Alam Melayu dengan pusat dunia Islam.
Kajian akademik menunjukkan bahawa Syeikh Ahmad al-Fatani memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan hubungan antara negeri-negeri Melayu dan Kerajaan Uthmaniyyah. Malah, beliau disebut sebagai antara tokoh yang membantu menghubungkan secara rasmi para sultan di Alam Melayu dengan Khilafah Uthmaniyyah.
Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid II (1876β1909), Syeikh Ahmad al-Fatani turut diberikan peranan penting dalam penerbitan kitab-kitab Melayu di Mekah. Melalui sokongan kerajaan Uthmaniyyah, karya-karya Islam berbahasa Melayu dapat dicetak dan disebarkan dengan lebih meluas ke seluruh Nusantara.
Walaupun dakwaan bahawa beliau merupakan βpenasihat rasmi Sultan Abdul Hamid IIβ masih memerlukan penelitian lanjut daripada dokumen primer Uthmaniyyah, hubungan rapat antara kedua-dua tokoh ini diakui dalam pelbagai kajian. Syeikh Ahmad al-Fatani dilihat sebagai antara jambatan yang menghubungkan Alam Melayu dengan pusat pemerintahan Islam ketika itu.
Inilah contoh indah hubungan ulama dan umaraβ apabila ilmu dan kepimpinan berganding bahu demi memperkukuh agama, pendidikan, dan kesatuan umat.
βSeorang ulama dari Patani, membawa suara Alam Melayu hingga ke pusat dunia Islam.β
Oleh : Fadzlie Ishak
Terbitan : Sekretariat MJMD
βββ
Rujukan Alademik :
Shaykh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani : Intelektual Hubungan Dakwah Antarabangsa
https://www.e-jurnal.yadim.com.my/index.php/jurnal-yadim/article/download/35/15/411
Sheikh Wan Ahmad al-Fatani and the Malay Publications in the Middle East
https://ccsenet.org/journal/index.php/ass/article/view/47261
Pemikiran Turki Uthmaniyah Menurut Syeikh Wan Ahmad al-Fatani (Universiti Sains Malaysia) https://eprints.usm.my/43570/1/Abdul-Ramae%20Sulong24.pdf
Polisi Pan-Islamisme Semasa Pemerintahan Sultan Abdul Hamid II
https://journalarticle.ukm.my/11928/1/21597-67922-1-PB.pdf
Profil Sultan Abdul Hamid II dan Pan-Islamisme
https://ejournal.unimel.edu.my/index.php/JULWAN/article/download/1456/1152
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
MAAL HIJRAH : HIJRAH DIRI, PERKUKUH PERPADUAN UMMAH
Maal Hijrah bukan sekadar menandakan perpindahan tahun dalam kalendar Islam, tetapi menjadi saat terbaik untuk kita bermuhasabah dan memperbaharui azam ke arah kehidupan yang lebih baik. Hijrah yang sebenar bukan hanya meninggalkan tempat, tetapi meninggalkan sifat-sifat yang memecah-belahkan dan menggantikannya dengan nilai kasih sayang, hormat-menghormati serta semangat persaudaraan.
Dalam dunia yang semakin mencabar, perpaduan merupakan kekuatan terbesar sesebuah masyarakat. Nilai kejiranan yang harmoni, semangat gotong-royong, budaya menuntut ilmu, institusi keluarga, negara dan Kesultanan yang kukuh dan matlamat hidup yang berteraskan akhirat perlu terus dipelihara agar generasi akan datang mewarisi masyarakat yang bersatu dan berakhlak mulia.
Sempena Maal Hijrah 1448H esok, marilah kita berhijrah daripada perpecahan kepada perpaduan, daripada kebencian kepada kasih sayang, dan daripada kealpaan kepada ketakwaan. Semoga setiap tahun yang bertambah usia menjadikan kita insan yang lebih dekat kepada Allah SWT serta lebih erat dalam memelihara keharmonian ummah.
"Hijrah Diri, Perkukuh Perpaduan, Membina Peradaban."
Oleh : Faiz Fahmi
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
POHON AGAMA : WARISAN KEILMUAN SULTAN YANG GEMILANG
Ramai mengenali Sultan sebagai pemerintah negeri, namun tidak ramai mengetahui bahawa Sultan Selangor suatu ketika dahulu juga merupakan seorang ulama dan cendekiawan yang menghasilkan karya agama yang bernilai tinggi.
Sultan Ala'uddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa, Sultan Selangor Kelima, telah mengarang kitab Pohon Agama sebagai panduan akidah, ibadah dan akhlak untuk umat Islam.
Karya ini membuktikan bahawa institusi kesultanan Melayu bukan sekadar simbol pemerintahan, bahkan turut menjadi pusat penyebaran ilmu dan pengukuhan agama.
Di saat ramai pemerintah menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran, baginda meluangkan masa mendalami ilmu agama serta menulis kitab yang menjadi rujukan masyarakat.
Ini menunjukkan betapa tingginya kecintaan baginda terhadap ilmu, dakwah dan pembangunan rohani rakyat. Pohon Agama menjadi saksi bahawa tradisi keilmuan Islam pernah subur dalam istana Melayu.
Ia mengingatkan kita bahawa kekuatan sesebuah bangsa bukan hanya terletak pada kemajuan material, tetapi juga pada keutuhan ilmu, akidah dan akhlak pemimpinnya.
"Apabila seorang raja mencintai ilmu, maka rakyat akan menghormati ilmu. Apabila seorang pemimpin mendekati agama, maka agama akan terus hidup dalam masyarakat."
Marilah kita menghargai warisan ulama dan cendekiawan Melayu yang telah meletakkan asas kekuatan umat melalui pena, ilmu dan hikmah.
Oleh : Khairul Adzlan
Terbitan : Sekretariat MJMD
#MuafakatJelataMenjunjungDaulat #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
Menjunjung Daulat melalui irama dan seni sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat
17 Jun 2026
Hayati karya-karya istimewa terbitan anak bangsa yang mengangkat semangat muafakat, kecintaan kepada bangsa dan daulat tanah air. Klik pautan dan hayati suara jiwa rakyat yang berpaksikan muafakat, adab dan daulat.
Lagu : Muafakat Berdaulat
Karya : BangTam Forte
https://youtu.be/JThUXfsNZDo?si=fbJEx35ftAiRITh2
Lagu : Gamelan Rindu Baginda
Karya : BangTam Forte
https://youtu.be/WSr3euxDiQo?si=V8-SNoAUj0EnPD9s
Lagu : Alang Ahmad
Video Muzik : Abammard
Terbitan : I-Madina
https://vt.tiktok.com/ZSQLwAqHf/
Lagu : Suara Jiwa Jelata
Karya : Sanggar Sufi
https://vt.tiktok.com/ZSQxPaQGG/
Malam Berselawat Menjunjung Daulat
π
17 Jun 2026 (Rabu)
π3.00 petang hingga 10.30 malam
π Masjid Bandar Saujana Putra
https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #TigaKotaSuci
Borang Pendaftaran Pertandingan Mewarna, Khat & Kuiz Kenegaraan
Dijemput kepada semua ibu bapa dan anak-anak untuk hadir memeriahkan Majlis Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung esok, di Masjid Bandar Saujana Putra.
π Program bermula seawal jam 3.00 petang dengan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, antaranya :
π¨ Pertandingan Mewarna
βπ» Pertandingan Menulis Khat
π²πΎ Kuiz Kenegaraan
π Dan pelbagai aktiviti menarik yang lain
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pertandingan dan membawa pulang hadiah menarik.
Daftar sekarang melalui pautan di bawah ππ»
https://forms.gle/re7fPE7q8QyCMceG6
#MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat
#AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur
