uz
Feedback

Firibgarlarga uchmang! Telemetrio bunday kanallarni topadi va belgilaydi 👉 Belgini ko‘rmoqchi bo‘lsangiz, obuna bo‘ling

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Kanalga Telegram’da o‘tish

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Ko'proq ko'rsatish
Mamlakat belgilanmaganToif belgilanmagan
1 843
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-57 kun
-1430 kun
Postlar arxiv
DEKLARASI MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT Saksikan rakaman penuh Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang telah dibacakan oleh Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat pada 1 Muharram 1448H. Deklarasi ini merupakan manifestasi kesepakatan rakyat yang menjunjung kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara, memelihara keluhuran Perlembagaan, memperkukuh perpaduan ummah serta mengangkat nilai adab, warisan dan peradaban bangsa. Semoga deklarasi ini menjadi titik penyatuan hati dan tekad bersama dalam memelihara amanah negara serta memperkukuhkan muafakat antara rakyat dan institusi yang menjadi tiang seri tanah air. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA PENGHARGAAN – WIRA YANG TIDAK DIDENDANG Di sebalik kejayaan dan kemeriahan Malam Berselawat Menjunjung Daulat, terdapat barisan petugas yang bertungkus-lumus memastikan segala urusan berjalan lancar, selamat dan teratur. Merekalah yang mengawal lalu lintas, mengurus pergerakan kenderaan, membantu urusan parkir serta memastikan keluar masuk pengunjung berlangsung dengan baik sepanjang program. Walaupun tidak berada di pentas utama, jasa dan pengorbanan mereka amat besar nilainya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh petugas keselamatan, kawalan trafik, marshal dan sukarelawan yang telah berkhidmat di terik mentari sehingga berteman bulan dan bintang, dengan penuh dedikasi, disiplin dan keikhlasan. Semoga segala penat lelah, masa dan tenaga yang dicurahkan menjadi amal kebajikan yang diterima Allah SWT. Kejayaan program ini merupakan hasil muafakat, kerjasama dan kebersamaan semua pihak yang memainkan peranan masing-masing demi menjayakan agenda ummah. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #JunjungDaulatJelataMuafakat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

RAKAMAN PENUH MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, rakaman penuh Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini boleh d
RAKAMAN PENUH MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, rakaman penuh Malam Berselawat Menjunjung Daulat kini boleh ditonton di YouTube. Bagi yang tidak berkesempatan hadir, atau ingin menghayati semula forum, deklarasi, selawat, munajat dan detik-detik bersejarah program ini, bolehlah menontonnya melalui pautan di bawah: ▶️ https://youtu.be/prYRwDC7JTI?si=vU9G84kovzNKaz6Z Semoga usaha kecil ini menjadi asbab tersebarnya kecintaan kepada Rasulullah SAW, pengukuhan muafakat rakyat serta penghormatan terhadap institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung negara. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA BOOTH BUKU PANDUAN TIGA KOTA SUCI MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Alhamdulillah, booth Buku Panduan Tiga Kota Suci antara tarikan yang mendapat sambutan menggalakkan sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat, khususnya dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan keluarga yang hadir memeriahkan program. Melalui pameran ini, para pengunjung diperkenalkan kepada gagasan Alif Mim Sin yang menghimpunkan nilai dan simbolik daripada tiga kota suci iaitu Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis sebagai formula pembangunan insan yang menyeluruh. Alif melambangkan Nabi Ibrahim AS sebagai simbol tauhid dan keimanan yang menjadi asas pembentukan jati diri. Mim melambangkan Nabi Muhammad SAW sebagai teladan akhlak, pengurusan jiwa dan kasih sayang. Sin melambangkan Nabi Sulaiman AS sebagai simbol kepimpinan, pemikiran strategik dan keilmuan. Gabungan ketiga-tiga elemen ini membentuk satu formula yang seimbang dalam melahirkan generasi yang kukuh dari sudut spiritual, sahsiah, intelektual dan kepimpinan. Formula ini amat penting dalam usaha membina anak-anak yang bukan sahaja berjaya untuk diri mereka sendiri, malah menjadi generasi berteraskan tauhid, akhlak dan amanah kepimpinan sebagai asas kepada kebangkitan semula peradaban Islam pada masa hadapan. Turut menceriakan suasana ialah pelbagai kuiz santai berunsurkan ilmu agama yang memberi peluang kepada anak-anak belajar dalam suasana yang menyeronokkan sambil menambah pengetahuan asas tentang Islam. Menariknya, formula Alif Mim Sin ini turut diterbitkan dalam bentuk Komik 3 Kota Suci yang disesuaikan untuk kanak-kanak dan remaja. Dengan pendekatan visual dan penceritaan yang mudah difahami, ia menjadi bahan bacaan yang sesuai untuk seisi keluarga dalam menghayati nilai tauhid, akhlak, ilmu dan kepimpinan. Bagi yang berminat untuk mendapatkan naskhah Komik 3 Kota Suci, boleh hubungi: https://wasap.my/60194234302/BukuTigaKotaSuci Bina Generasi, Pimpin Dunia #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Jom saksikan lensa yang mencuit hati sepanjang Malam Berselawat Menjunjung Daulat Di sebalik senyuman manis, gelak tawa yang riang dan wajah-wajah kecil yang segak berbusana, tersimpan harapan besar buat agama, bangsa dan negara. Merekalah benih-benih masa hadapan yang sedang tumbuh dan dibentuk hari ini. Melihat anak-anak hadir bersama keluarga, menyertai aktiviti ilmu dan memeriahkan suasana majlis, mengingatkan kita bahawa pembinaan peradaban bermula dengan pembinaan insan. Daripada jiwa yang mengenal Tuhan, lahirnya keimanan yang teguh. Daripada akhlak yang baik, lahirnya masyarakat yang sejahtera. Daripada ilmu dan bimbingan yang benar, lahirnya generasi yang mampu memimpin masa hadapan. Semoga anak-anak ini membesar dengan keimanan yang benar, akhlak yang mulia, pemikiran yang matang dan jiwa yang sentiasa memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. Moga mereka menjadi generasi yang bakal menyambung legasi pembangunan peradaban dengan ilmu, hikmah dan nilai yang luhur. Terima kasih buat adik-adik comel yang sudi singgah dan memeriahkan booth kami. Kehadiran kalian benar-benar menceriakan suasana. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

“Junjung Daulat, Jelata Muafakat” SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Masjid Bandar Saujana Putra, para masyaikh, tetamu kehormat, panel forum, agensi-agensi terlibat, sukarelawan, petugas, rakan media serta seluruh hadirin yang telah bersama menjayakan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Kehadiran ribuan rakyat dari pelbagai negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, menjadi bukti bahawa semangat muafakat, kecintaan kepada Rasulullah SAW serta kesetiaan menjunjung Institusi Kesultanan Melayu terus subur dalam jiwa masyarakat. Semoga himpunan penuh keberkatan ini menjadi asbab untuk kita terus memperkukuhkan perpaduan, memelihara keharmonian, serta memperteguh kesatuan rakyat di bawah payung Institusi Kesultanan demi agama, bangsa dan negara. Terima kasih atas segala doa, sokongan, sumbangan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang penganjuran program ini. Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita dan mengurniakan keberkatan buat seluruh rakyat serta negara yang kita cintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat merakamkan penghargaan kepada Harian Metro atas kesudian membuat liputan progra
Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat merakamkan penghargaan kepada Harian Metro atas kesudian membuat liputan program Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Terima kasih kerana bersama-sama mengangkat suara rakyat dalam menjunjung institusi Raja, memartabatkan warisan dan menyuburkan semangat muafakat dalam masyarakat. Ikuti laporan penuh di sini : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/06/1371628/5000-orang-berselawat-mencari-berkat

PETIKAN UCAPAN RASMI “Bersesuaian dengan penganjuran majlis pada malam ini, sebenarnya adalah satu masa yang bertepatan. Ketika institusi kesultanan Raja-Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, maka saya amat bersyukur serta berbangga dengan hadirin sekalian, khususnya pihak penganjur yang telah memainkan peranan memupuk muafakat umat Islam untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan Raja.” — YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tetamu Kehormat dan Perasmi Malam Berselawat Menjunjung Daulat 17 Jun 2026 #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

RIBUAN HADIR MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT, DEKLARASI MUAFAKAT JELATA DIMASYHURKAN JENJAROM, 17 Jun – Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) sempena sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini malam ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Turut hadir ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai panel Forum Perdana, manakala Ustaz Angah Sunan bertindak sebagai moderator. Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk lebih 40 pameran dan reruai komuniti, aktiviti kemasyarakatan, persembahan kebudayaan, forum perdana, majlis selawat dan munajat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Kemuncak program menyaksikan pemasyhuran Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menggariskan komitmen rakyat untuk menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, memperkukuhkan perpaduan nasional, mempertahankan kesucian Islam, memperkasa pendidikan kenegaraan serta menolak budaya fitnah dan perpecahan. Berucap ketika merasmikan program tersebut, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin berkata penganjuran MBMD amat bertepatan pada ketika institusi Raja-Raja Melayu berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan. “Ketika institusi kesultanan Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, saya amat bersyukur serta berbangga dengan penganjur yang memainkan peranan memupuk muafakat masyarakat umat Islam untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan Raja,” katanya. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diberikan sebagai manifestasi kecintaan rakyat terhadap agama, perpaduan nasional serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kedaulatan negara. Menurut sekretariat, MBMD bukan sekadar program keagamaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat yang merentasi pelbagai latar belakang dalam semangat muafakat dan keharmonian. Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan Awal Muharram yang bertemakan perpaduan, kedaulatan dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. “Junjung Daulat, Jelata Muafakat” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Siaran media ini dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD