ch
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

前往频道在 Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

显示更多
未指定国家未指定类别
1 858
订阅者
+124 小时
+387
+5830
帖子存档
#TanyaJawabBBB 🚆 Nak datang lebih mudah & tenang? Digalakkan menggunakan LRT / MRT / Monorel bagi mengelakkan kesesakan dan
#TanyaJawabBBB 🚆 Nak datang lebih mudah & tenang? Digalakkan menggunakan LRT / MRT / Monorel bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan akses ke lokasi program. 📍Rancang perjalanan lebih awal supaya kehadiran lebih selesa & bermakna. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll

#TanyaJawabBBB 👨‍👩‍👧‍👦 Keselamatan keluarga adalah keutamaan. Jika keadaan terlalu sesak atau menimbulkan kebimbangan, se
#TanyaJawabBBB 👨‍👩‍👧‍👦 Keselamatan keluarga adalah keutamaan. Jika keadaan terlalu sesak atau menimbulkan kebimbangan, sebaiknya tidak membawa anak kecil. Hadir dengan tenang, jaga yang tersayang 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll

Terkini hashtag pilihan untuk digunakan : #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll Ayuh Sebarkan!

#TanyaJawabBBB “Program besar… mesti bercampur?” Soalan ini valid. Dan kami ambil serius. Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan
#TanyaJawabBBB “Program besar… mesti bercampur?” Soalan ini valid. Dan kami ambil serius. Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar acara, ia adalah usaha membina hiburan beradab dalam ruang awam. Kami telah dan akan terus perkemaskan : • Pengasingan laluan lelaki & perempuan • Zon penempatan berbeza • Kawalan petugas (usher) di lokasi • Peringatan adab sepanjang program BBB 2.0 telah membuktikan kawalan boleh dibuat dengan lebih tersusun & terjaga. Dan untuk BBB 3.0, kami tambah baik lagi dari segi pengurusan & pemantauan. Namun, ini bukan hanya tentang penganjur. Ini tentang kita semua. Datang dengan niat baik. Jaga adab. Hormati suasana majlis selawat. —— Ini bukan sekadar program, ini usaha membudayakan hiburan beradab dalam ruang awam. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” — Riwayat al-Bukh
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” — Riwayat al-Bukhari & Muslim Dalam dunia yang semakin hilang rasa kasih dan hormat, Rasulullah ﷺ mengajar kita tentang cinta sesama manusia. Bukan cinta yang hanya disebut, tetapi cinta yang dizahirkan melalui akhlak, adab dan cara kita berinteraksi. “Muhammad For All.” Rahmat Baginda ﷺ adalah untuk semua. Sebab itu kita hadir di tengah kota bukan membawa kebencian, tetapi membawa nilai. Menghidupkan hiburan yang beradat, menjunjung agama sebagai pedoman, dan menyanjung budaya warisan turun-temurun. 🕊 Lagi 10 hari menuju BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 “Hiburan Beradat, Hormati Budaya” 📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 🗓 16 Mei 2026 | Sabtu #MuhammadForAll #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll

SIARAN MEDIA INI DIKELUARKAN OLEH SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 (BBB 3.0) Bukit Bintang Berselawat 3.0 : Mengajak Kepada Hiburan Beradat, Memurnikan Suasana Masyarakat Kuala Lumpur, Mei 2026 — Satu inisiatif berteraskan nilai adat dan budaya, serta ketenangan dan keharmonian akan berlangsung menerusi program Bukit Bintang Berselawat 3.0 yang dijadualkan pada Sabtu, 16 Mei 2026, jam 9.00 hingga 10.30 malam, bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Program ini membawa tema “Hiburan Beradat, Hormati Budaya”, dengan tujuan mengajak masyarakat menghayati bentuk hiburan yang lebih beradab, menenangkan serta selari dengan nilai agama dan budaya tempatan. Wakil penganjuran menjelaskan bahawa pendekatan program ini adalah berlandaskan prinsip : mengajak, bukan melawan; menenangkan, bukan mengeruhkan. Sehubungan itu, semua bentuk hebahan dan penglibatan adalah diharapkan dapat dilaksanakan dalam suasana yang berhemah, tanpa sebarang unsur provokasi, ketegangan atau sentimen yang boleh menimbulkan salah faham mana-mana pihak. “Program ini bukan bertujuan untuk menimbulkan reaksi atau pertembungan, sebaliknya sebagai satu usaha memurnikan suasana masyarakat melalui selawat, adab dan kebersamaan dalam suasana harmoni,” menurut wakil tersebut. Pihak penganjur juga menegaskan bahawa para hadirin digalakkan untuk : • Menjaga adab, tingkah laku dan maruah diri • Berpakaian sopan dan berhemah • Menghormati sesama peserta serta masyarakat sekeliling • Tidak melakukan sebarang provokasi atau tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan • Tidak menghina atau menyinggung mana-mana pihak • Tidak merakam atau menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya • Tidak membawa makanan atau minuman beralkohol • Tidak membawa sebarang senjata atau objek berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan awam⁠ • Menjaga kebersihan dan tidak melakukan sebarang kerosakan Pendekatan ini diambil bagi memastikan program berlangsung dalam keadaan yang aman, teratur dan harmoni, serta memudahkan urusan semua pihak termasuk pihak berkuasa dan agensi berkaitan. Program ini turut mengangkat semangat kebersamaan dalam masyarakat dengan menekankan bahawa : Budaya disanjung, warisan dihormati, dan adab menjadi asas kebersamaan. Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi bersama-sama menghidupkan suasana selawat di tengah kota, dalam keadaan yang aman, damai dan penuh keberkatan. ⸻ Maklumat Program : Bukit Bintang Berselawat 3.0 📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur 🗓 Sabtu, 16 Mei 2026 🕘 9.00 – 10.30 malam Tema : Hiburan Beradat, Hormati Budaya ⸻ Semoga usaha ini menjadi satu langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih beradab, harmoni dan sejahtera. Poster Rasmi bakal menyusul #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll