Muafakat Jelata Menjunjung Daulat
Ir al canal en Telegram
Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
Mostrar másEl país no está especificadoLa categoría no está especificada
1 858
Suscriptores
+124 horas
+387 días
+5830 días
Archivo de publicaciones
#TanyaJawabBBB
🚆 Nak datang lebih mudah & tenang?
Digalakkan menggunakan LRT / MRT / Monorel bagi mengelakkan kesesakan dan memudahkan akses ke lokasi program.
📍Rancang perjalanan lebih awal supaya kehadiran lebih selesa & bermakna.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
#TanyaJawabBBB
👨👩👧👦 Keselamatan keluarga adalah keutamaan.
Jika keadaan terlalu sesak atau menimbulkan kebimbangan, sebaiknya tidak membawa anak kecil.
Hadir dengan tenang, jaga yang tersayang 🤍
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
Terkini hashtag pilihan untuk digunakan :
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
Ayuh Sebarkan!
#TanyaJawabBBB
“Program besar… mesti bercampur?”
Soalan ini valid. Dan kami ambil serius.
Bukit Bintang Berselawat 3.0 bukan sekadar acara,
ia adalah usaha membina hiburan beradab dalam ruang awam.
Kami telah dan akan terus perkemaskan :
• Pengasingan laluan lelaki & perempuan
• Zon penempatan berbeza
• Kawalan petugas (usher) di lokasi
• Peringatan adab sepanjang program
BBB 2.0 telah membuktikan
kawalan boleh dibuat dengan lebih tersusun & terjaga.
Dan untuk BBB 3.0,
kami tambah baik lagi dari segi pengurusan & pemantauan.
Namun, ini bukan hanya tentang penganjur.
Ini tentang kita semua.
Datang dengan niat baik.
Jaga adab.
Hormati suasana majlis selawat.
—— Ini bukan sekadar program,
ini usaha membudayakan hiburan beradab dalam ruang awam.
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
— Riwayat al-Bukhari & Muslim
Dalam dunia yang semakin hilang rasa kasih dan hormat,
Rasulullah ﷺ mengajar kita tentang cinta sesama manusia.
Bukan cinta yang hanya disebut,
tetapi cinta yang dizahirkan melalui akhlak, adab dan cara kita berinteraksi.
“Muhammad For All.”
Rahmat Baginda ﷺ adalah untuk semua.
Sebab itu kita hadir di tengah kota
bukan membawa kebencian, tetapi membawa nilai.
Menghidupkan hiburan yang beradat, menjunjung agama sebagai pedoman, dan menyanjung budaya warisan turun-temurun.
🕊 Lagi 10 hari menuju
BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0
“Hiburan Beradat, Hormati Budaya”
📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 16 Mei 2026 | Sabtu
#MuhammadForAll
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
SIARAN MEDIA INI DIKELUARKAN OLEH
SEKRETARIAT BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 (BBB 3.0)
Bukit Bintang Berselawat 3.0 : Mengajak Kepada Hiburan Beradat, Memurnikan Suasana Masyarakat
Kuala Lumpur, Mei 2026 — Satu inisiatif berteraskan nilai adat dan budaya, serta ketenangan dan keharmonian akan berlangsung menerusi program Bukit Bintang Berselawat 3.0 yang dijadualkan pada Sabtu, 16 Mei 2026, jam 9.00 hingga 10.30 malam, bertempat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Program ini membawa tema “Hiburan Beradat, Hormati Budaya”, dengan tujuan mengajak masyarakat menghayati bentuk hiburan yang lebih beradab, menenangkan serta selari dengan nilai agama dan budaya tempatan.
Wakil penganjuran menjelaskan bahawa pendekatan program ini adalah berlandaskan prinsip :
mengajak, bukan melawan; menenangkan, bukan mengeruhkan.
Sehubungan itu, semua bentuk hebahan dan penglibatan adalah diharapkan dapat dilaksanakan dalam suasana yang berhemah, tanpa sebarang unsur provokasi, ketegangan atau sentimen yang boleh menimbulkan salah faham mana-mana pihak.
“Program ini bukan bertujuan untuk menimbulkan reaksi atau pertembungan, sebaliknya sebagai satu usaha memurnikan suasana masyarakat melalui selawat, adab dan kebersamaan dalam suasana harmoni,” menurut wakil tersebut.
Pihak penganjur juga menegaskan bahawa para hadirin digalakkan untuk :
• Menjaga adab, tingkah laku dan maruah diri
• Berpakaian sopan dan berhemah
• Menghormati sesama peserta serta masyarakat sekeliling
• Tidak melakukan sebarang provokasi atau tindakan yang boleh menimbulkan ketegangan
• Tidak menghina atau menyinggung mana-mana pihak
• Tidak merakam atau menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya
• Tidak membawa makanan atau minuman beralkohol
• Tidak membawa sebarang senjata atau objek berbahaya yang boleh menjejaskan keselamatan awam
• Menjaga kebersihan dan tidak melakukan sebarang kerosakan
Pendekatan ini diambil bagi memastikan program berlangsung dalam keadaan yang aman, teratur dan harmoni, serta memudahkan urusan semua pihak termasuk pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Program ini turut mengangkat semangat kebersamaan dalam masyarakat dengan menekankan bahawa :
Budaya disanjung, warisan dihormati, dan adab menjadi asas kebersamaan.
Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bagi bersama-sama menghidupkan suasana selawat di tengah kota, dalam keadaan yang aman, damai dan penuh keberkatan.
⸻
Maklumat Program :
Bukit Bintang Berselawat 3.0
📍 Bukit Bintang, Kuala Lumpur
🗓 Sabtu, 16 Mei 2026
🕘 9.00 – 10.30 malam
Tema : Hiburan Beradat, Hormati Budaya
⸻
Semoga usaha ini menjadi satu langkah kecil ke arah membina masyarakat yang lebih beradab, harmoni dan sejahtera.
Poster Rasmi bakal menyusul
#BukitBintangBerselawat
#HiburanBeradatBudayaDiangkat
#MuhammadForAll #IslamForAll
¡Ya disponible! Investigación de Telegram 2025 — los principales insights del año 
