ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

前往频道在 Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

显示更多
未指定国家未指定类别
1 843
订阅者
无数据24 小时
-57 天
-1430 天
帖子存档
5,000 HADIR MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT, DEKLARASI MUAFAKAT JELATA DIMASYHURKAN JENJAROM, 17 Jun – Kira-kira 5,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memeriahkan Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) sempena sambutan Awal Muharram 1448H yang berlangsung di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini malam ini. Program anjuran Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) itu telah dirasmikan oleh YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Turut hadir ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai panel Forum Perdana, manakala Ustaz Angah Sunan bertindak sebagai moderator. Program yang berlangsung dari jam 3 petang hingga 10.30 malam itu menampilkan pelbagai pengisian termasuk lebih 40 pameran dan reruai komuniti, aktiviti kemasyarakatan, persembahan kebudayaan, forum perdana, majlis selawat dan munajat sempena kedatangan tahun baharu Hijrah. Kemuncak program menyaksikan pemasyhuran Deklarasi Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menggariskan komitmen rakyat untuk menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, memperkukuhkan perpaduan nasional, mempertahankan kesucian Islam, memperkasa pendidikan kenegaraan serta menolak budaya fitnah dan perpecahan. Berucap ketika merasmikan program tersebut, YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin berkata penganjuran MBMD amat bertepatan pada ketika institusi Raja-Raja Melayu berdepan pelbagai cabaran dan tohmahan. “Ketika institusi kesultanan Raja Melayu diasak dengan pelbagai tohmahan dan cacian, saya amat bersyukur serta berbangga dengan penganjur yang memainkan peranan memupuk muafakat masyarakat umat Islam untuk sama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan Raja,” katanya. Sementara itu, Sekretariat MJMD menyifatkan sambutan yang diberikan sebagai manifestasi kecintaan rakyat terhadap agama, perpaduan nasional serta Institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tonggak kedaulatan negara. Menurut sekretariat, MBMD bukan sekadar program keagamaan, malah menjadi platform penyatuan masyarakat yang merentasi pelbagai latar belakang dalam semangat muafakat dan keharmonian. Program berkenaan turut mendapat kerjasama pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, sukarelawan dan masyarakat setempat dalam menjayakan sambutan Awal Muharram yang bertemakan perpaduan, kedaulatan dan kecintaan terhadap agama, Raja serta negara. “Junjung Daulat, Jelata Muafakat” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur Siaran media ini dikeluarkan oleh : Sekretariat MJMD

Deklarasi MJMD.pdf6.74 MB

DEKLARASI MUAFAKAT JELATA MENJUNJUNG DAULAT Bersempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) dan ketibaan Tahun Baharu Hijrah 1448H, satu deklarasi telah dizahirkan sebagai tanda komitmen bersama terhadap agama, bangsa dan negara. Antara seruan utama yang digariskan : ✓ Menjunjung kedaulatan Institusi Raja dan Kesultanan ✓ Memperkukuhkan muafakat serta perpaduan rakyat ✓ Mempertahankan kesucian dan keharmonian Islam ✓ Memperkasa pendidikan kenegaraan dan sejarah ✓ Memelihara keharmonian masyarakat majmuk ✓ Memperkasa jati diri generasi muda ✓ Menolak fitnah, perpecahan dan politik kebencian ✓ Menjadikan semangat hijrah sebagai agenda pembaharuan ummah. Semoga deklarasi ini menjadi asas kepada usaha membina masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak, bersatu padu dan bertanggungjawab demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Junjung Daulat, Jelata Muafakat. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #AwalMuharram1448H

🌹 SEDANG BERLANGSUNG FORUM PERDANA: KEINDAHAN SISTEM KESULTANAN ALAM MELAYU Ketika ini sedang berlangsung Forum Perdana bertajuk “Keindahan Sistem Kesultanan Alam Melayu” yang menghimpunkan para panel bagi mengupas sejarah, peranan dan kepentingan institusi kesultanan dalam membentuk peradaban serta jati diri masyarakat Melayu. Perkongsian yang penuh ilmu dan penghayatan ini membawa para hadirin menelusuri keagungan warisan Kesultanan Alam Melayu, di samping memahami peranan institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung agama, adat dan kedaulatan negara. Suasana forum yang berlangsung dalam keadaan harmoni dan penuh minat daripada para hadirin jelas membuktikan bahawa sejarah, budaya dan warisan bangsa terus mendapat tempat dalam hati masyarakat. Tonton bersama di page berikut FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB tvsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

🌹 LENSA MALAM – PARA PENIAGA Alhamdulillah, suasana Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat terus diserikan dengan kehadi
+9
🌹 LENSA MALAM – PARA PENIAGA Alhamdulillah, suasana Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat terus diserikan dengan kehadiran para peniaga yang menawarkan pelbagai juadah, minuman dan produk menarik kepada para pengunjung. Kehadiran lebih 41 reruai termasuk gerai-gerai jualan bukan sahaja memeriahkan program, malah membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk berniaga serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang penuh harmoni dan keberkatan. Terima kasih kepada semua para peniaga yang turut sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan rezeki yang diperoleh diberkati serta memberikan manfaat kepada semua. Teruskan bersama kami sehingga ke kemuncak program dan nikmati pelbagai pengisian menarik yang telah disediakan. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 petang hingga 10.30 malam 📍Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🌹 SOROTAN MALAM LENSA MALAM - MAJLIS SELAWAT Alhamdulillah, suasana malam di Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat dipenuhi dengan limpahan rahmat dan keberkatan melalui Majlis Selawat Alunan selawat yang bergema telah menyatukan hati para hadirin dalam menzahirkan rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan usia turut menambahkan kemeriahan dan keindahan majlis yang penuh makna ini. “Sesungguhnya selawat ke atas Nabi SAW merupakan tanda kecintaan seorang hamba kepada Rasulullah SAW.” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Lagi lensa kamera daripada team media kami… Biar gambar berbicara…
+9
Lagi lensa kamera daripada team media kami… Biar gambar berbicara…

SENTIASA TERKINI TERUS MENERUS KAMI BAWAKAN DARI MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Selawat penuh ruhi… Ikuti siaran langsung di FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB TVsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr Pastikan anda terus bersama kami. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll