INFO RASMI MPP UiTM JOHOR
Kanalga Telegram’da o‘tish
7 605
Obunachilar
-324 soatlar
-47 kunlar
-1030 kunlar
Postlar arxiv
KHAMIS | 27 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN TEMPAT KE-3 DALAM PERTANDINGAN AKHIR GENBAJET 2027]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin marakamkan sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada saudara Ahmad Fariz Soon bin Muhammad Zulkifli Soon atas pencapaian tempat ke-3 dalam Pertandingan Akhir Genbajet 2027.
Sehubungan dengan itu, seiring dengan pencapaian yang diraih ini, diharapkan agar segala inisiatif dan usaha yang dilaksanakan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh mahasiswa UiTM untuk terus menyumbang kepada masyarakat sekaligus mengangkat imej serta reputasi universiti ke tahap yang lebih membanggakan.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
KHAMIS | 27 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENCAPAIAN SEBAGAI FINALIS PERTANDINGAN AKHIR GENBAJET 2027]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada delegasi UiTM Cawangan Johor atas kejayaan melakar pencapaian yang membanggakan sebagai finalis Pertandingan Akhir Genbajet 2027.
Kejayaan tersebut semakin bermakna dengan pencapaian cemerlang yang telah diraih oleh para delegasi:
🥉 Ahmad Fariz Soon bin Muhammad Zulkifli Soon — Tempat Ketiga
🏅 Nur Hannies Nabila binti Abdullah — Saguhati
🏅 Natalie Daphne Angeli Ajan — Saguhati
🏅 Zacharry Merricx anak Dihoi — Saguhati
Sehubungan itu, semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada mahasiswa UiTM untuk terus berkarya, menyumbang kepada masyarakat serta mengharumkan nama universiti. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh delegasi UiTM Cawangan Johor. Semoga terus melakar kejayaan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor
RABU | 26 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.
[PENDAFTARAN PERTANDINGAN 2026 PUBG MOBILE CAMPUS
JAGO UiTM SEASON 2 DILANJUTKAN]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa pendaftaran bagi 2026 Pubg Mobile Campus Jago UiTM Season 2 telah dilanjutkan mengikut ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh tutup pendaftaran: 27 Ogos 2026 🕓 Masa: 11:59 malam 🔗 Pautan: https://linktr.ee/2026pmcj
Sehubungan itu, mahasiswa yang berminat adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini sebagai wadah memperkukuh semangat kesukanan, membina ukhuwah serta memupuk budaya persaingan sihat dalam kalangan mahasiswa.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Adrianna : https://wa.me/+60135549046
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #2026PMJCUiTM #PUBGMOBILE #PUBGMESPORTS
SELASA | 25 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.
[SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H/2026M kepada seluruh warga UiTM.
Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta menjadi dorongan untuk kita meneladani akhlak baginda dalam membina masyarakat yang berilmu dan bersatu padu di bawah payung rahmat Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
ISNIN | 23 OGOS 2026
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku.
[KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA]
MANDAT DIJUNJUNG, LEGASI DITERUSKAN: UiTM KEKAL MEMPERKASA BUMIPUTERA
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia menyambut baik kenyataan media UiTM bertarikh 22 Ogos 2026 yang menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkasa akses pendidikan tinggi kepada Bumiputera, khususnya kelompok yang memerlukan peluang dan sokongan.
MPP berpandangan bahawa UiTM perlu terus berkembang seiring perubahan zaman tanpa memutuskan akar penubuhannya. Segala kemajuan dan pembaharuan harus kekal berpaksikan mandat asal UiTM sebagai institusi yang memperkasa Bumiputera melalui pendidikan, pembangunan bakat dan profesionalisme.
Dalam masa yang sama, MPP menyokong penegasan bahawa pelaksanaan mandat UiTM adalah berlandaskan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173), dengan pendidikan berkualiti terus menjadi wahana pembangunan potensi dan mobiliti sosial.
Sehubungan itu, MPP UiTM Se-Malaysia akan terus mendukung usaha universiti dalam mempertahankan mandat, memperkukuh akses pendidikan serta memastikan kepentingan dan kebajikan mahasiswa terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan UiTM.
Sekian, terima kasih.
“Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung”
Yang menjalankan amanah,
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SE-MALAYSIA SESI 2025/2026
#UiTMDiHatiku
#260MPPUiTM
SABTU | 22 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS ATAS PENANUGERAHAN SEBAGAI TOKOH BICARA SISWA BAGI ANUGERAH MAHASISWA UNGGUL (AMU) UiTM 2026]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 dengan sukacitanya ingin merakamkan sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada saudari Aqilah Laila binti Ahmad Shukri atas penganugerahan sebagai Tokoh Bicara Siswa bagi Anugerah Mahasiswa Unggul (AMU) UiTM 2026.
Sehubungan dengan itu, seiring dengan pencapaian yang diraih ini, diharapkan segala inisiatif dan usaha yang dilaksanakan dapat menjadi pemangkin kepada seluruh mahasiswa UiTM untuk terus menyumbang kepada masyarakat sekaligus mengangkat imej serta reputasi universiti ke tahap yang lebih membanggakan.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
JUMAAT | 21 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[PELANJUTAN TEMPOH PENGISIAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO) DAN EXIT SURVEY]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan tempoh pengisian Exit Survey yang telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2026 dan manakala Student Feedback Online (SuFO) dilanjutkan sehingga 10 September 2026.
Para pelajar diingatkan untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFO) dan Exit Survey dengan kadar segera kerana tiada lagi pelanjutan yang akan dibuat setelah sistem ditutup.
Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk cakna dengan pelanjutan tempoh yang diberi bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Liana: wa.me/601131234218
📞 SMPP Qurratu: wa.me/601117588022
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Akademik, Kerjaya &
Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdihatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
JUMAAT | 21 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[PELANJUTAN TEMPOH PENGISIAN STUDENT FEEDBACK ONLINE (SuFO) DAN EXIT SURVEY]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan tempoh pengisian Exit Survey yang telah dilanjutkan sehingga 30 Ogos 2026 dan manakala Student Feedback Online (SuFO) dilanjutkan sehingga 10 September 2026.
Para pelajar diingatkan untuk melengkapkan Student Feedback Online (SuFO) dan Exit Survey dengan kadar segera kerana tiada lagi pelanjutan yang akan dibuat setelah sistem ditutup.
Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk cakna dengan pelanjutan tempoh yang diberi bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Liana: wa.me/601131234218
📞 SMPP Qurratu: wa.me/601117588022
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Akademik, Kerjaya &
Kaunseling
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdihatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
SELASA | 18 OGOS 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[PERMOHONAN BIASISWA PASCASISWAZAH 2026 KINI DIBUKA]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa Permohonan Biasiswa Pascasiswazah 2026 kini telah dibuka kepada seluruh pelajar Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang melanjutkan pengajian di IPT dalam negara.
🗓️ Tarikh Permohonan: 17 Ogos – 7 September 2026
📌 Syarat kelayakan:
• Keutamaan kepada pemohon yang lahir dan menetap di Negeri Johor.
• Berumur tidak melebihi 40 tahun.
• Mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
• Tidak menerima pembiayaan lain pada peringkat pengajian yang sama.
• Pengajian secara sepenuh masa.
📲 Mohon di:
https://eypj.ypj.gov.my/applicant/login
⚠️ Kelulusan adalah tertakluk kepada kuota dan peruntukan tahunan YPJ.
Sekian, terima kasih.
“SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
#YPJ
#BiasiswaPascasiswazah
#BantuanPendidikan
