ru
Feedback
INFO RASMI MPP UiTM JOHOR

INFO RASMI MPP UiTM JOHOR

Открыть в Telegram

Channel Telegram Rasmi MPP UiTM Cawangan Johor.

Больше
7 703
Подписчики
-424 часа
-247 дней
-9330 день
Архив постов
AHAD | 14 JUN 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [TINJAUAN CADANGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN BAS LUAR KE DALAM UiTM JOHOR, KAMPUS SEGAMAT] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 sedang menjalankan satu tinjauan bagi mendapatkan pandangan dan maklum balas pelajar berkaitan cadangan penggunaan perkhidmatan bas luar yang akan memasuki kawasan UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat. Tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keperluan, kesesuaian kadar bayaran serta pandangan pelajar terhadap cadangan perkhidmatan bas yang akan beroperasi secara berkala bagi memudahkan urusan pergerakan pelajar. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan komitmen daripada seluruh mahasiswa akan menjadi asas penting dalam proses penilaian serta perancangan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan kampus, sekali gus memastikan inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memenuhi keperluan warga universiti. 🔗 Pautan tinjauan: https://forms.gle/TFtFYas6wpZDn4EC8 Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Atiqah: wa.me/+601132573102 📞SMPP Marissa: wa.me/+601153123135 Sekian, terima kasih. “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Eksekutif Penempatan Kolej dan Non-Residen Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MPPCare

photo content

photo content

JUMAAT | 12 JUN 2026 Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [HEBAHAN SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KESATRIA UiTM KE-50 PERINGKAT UiTM CAWANGAN JOHOR] Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin menjemput seluruh warga UiTM Cawangan Johor untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Ulang Tahun Kesatria UiTM Ke-50 yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) Batalion VI. Sehubungan dengan itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun termasuk Perbarisan Hari Ulang Tahun Kesatria serta pameran khas yang mengetengahkan sejarah penubuhan, pencapaian dan legasi Kesatria UiTM. Program ini bukan sahaja bertujuan memperingati perjalanan 50 tahun penubuhan Kesatria UiTM, malah menjadi wadah dalam menyemarakkan semangat patriotisme, disiplin dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa. Justeru, marilah kita bersama-sama memberikan sokongan dan menyertai program yang telah dirancang bagi memeriahkan sambutan bersejarah ini serta menghargai sumbangan Kesatria UiTM dalam melahirkan graduan yang berilmu dan berdisiplin. Sekian, terima kasih. “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMDiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

KHAMIS | 11 JUN 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [MAKLUMAN PENDAFTARAN MUET SESI 3/2026] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkaitan tarikh pendaftaran MUET Sesi 3/2026 yang akan dibuka oleh Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) pada ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh Mula Pendaftaran: 19 Jun 2026 🕚 Masa: Jam 11:00 pagi 🗓️ Tarikh Tutup Pendaftaran: 9 Julai 2026 (Atau sehingga telah mencapai kuota maksimum iaitu seramai 240 orang). 📌 Pendaftaran MUET Sesi 3/2026 dibuka hanya untuk pelajar di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat yang memilih Kampus Segamat sebagai pusat pengambilan ujian MUET. 📌 Permohonan adalah terhad kepada 240 calon sahaja (Jika telah mencapai kuota maksimum, maka pendaftaran akan ditutup awal). 📌 Pautan pendaftaran akan dikongsikan mulai 19 Jun 2026 (11:00 pagi) melalui Group Telegram HEA UiTMCJ KAMPUS SEGAMAT OFFICIAL. Pendaftaran hanya menggunakan Gmail UiTM sahaja. 🔗 https://t.me/uitmcj 📌 Setelah berjaya daftar, klik pautan Group WhatsApp MUET Siri 3/2026 di Google Form untuk mendapat informasi mengenai Ujian MUET Siri 3/2026 lebih lanjut. 📌 Yang berjaya mendaftar akan dimaklumkan kaedah pembayaran melalui Group WhatsApp MUET Siri 3/2026 📌 Sebarang kesilapan dan kecuaian semasa mengisi borang adalah di bawah tanggungjawab pelajar. 📌 Calon yang gagal membuat pembayaran mengikut tempoh yang telah ditetapkan akan dianggap tidak berminat dan tidak akan diproses pendaftaran untuk mengambil ujian MUET Siri 3/2026 di Kampus Segamat. Sehubungan dengan itu, para pelajar diharapkan agar cakna dengan tarikh-tarikh ini bagi memastikan semua proses pendaftaran berjalan dengan lancar. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Liana: wa.me/+601131234218 📞 SMPP Qurratu: wa.me/+601117588022 Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Eksekutif Akademik, Kerjaya dan Kaunseling Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

RABU | 10 JUN 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [TAWARAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI NEGERI PERAK SESI 01 TAHUN 2026] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Sesi 01 Tahun 2026. Permohonan adalah secara dalam talian (online) dan boleh dibuat melalui laman sesawang berikut: 🔗 https://studyfund.perak.gov.my Permohonan dibuka kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat: 📚 Diploma 📚 Ijazah Sarjana Muda (Degree) 📚 Ijazah Sarjana (Master) 📚 Ijazah Kedoktoran (PhD) Permohonan dibuka mulai 15 Mei 2026 sehingga 14 Julai 2026. Para pelajar yang berkelayakan, khususnya anak Negeri Perak, adalah digalakkan untuk memohon dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdihatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

SELASA | 9 JUN 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [MPPCARE : SISWAFUEL] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 akan menjalankan satu inisiatif kebajikan pelajar melalui pemberian petrol motosikal secara percuma telah diperkenalkan khusus bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa UiTM. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mahasiswa yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian ke kampus. Butiran pelaksanaan program adalah seperti berikut: 🗓 Tarikh: 16 Jun 2026 ⏰ Masa: 12:00 Tengah hari hingga 5:00 Petang 📍 Tempat: Stesen Minyak Petronas Gemereh, Segamat 💵 Tajaan sebanyak RM 5 bagi setiap motosikal pelajar 📌 Syarat-Syarat • Membawa kad pengenalan • Membawa lesen memandu • Membawa kad pelajar • ⁠Mempunyai pelekat kenderaan UiTM • Mematuhi sahsiah rupa diri • Memakai topi keledar 🎯 Terhad kepada 100 pelajar UiTM dengan motosikal 150cc ke bawah sahaja ⚠️ Jumlah peserta adalah terhad! Siapa cepat, dia dapat! Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Raja: wa.me/60163710427 📞 SMPP Azrul: wa.me/601162319749 Sekian, terima kasih. “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Aduan dan Khidmat Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MPPCare

photo content

SELASA | 9 JUN 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [STOP SCAM! MICRO CHALLENGE 2026] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan program STOP SCAM! MICRO CHALLENGE 2026 yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh: 8 Jun 2026 sehingga 26 Jun 2026 🔗 Pautan pendaftaran: https://ai-antiscam.kolaxus.net/ Sehubungan dengan itu, peserta yang berminat dikehendaki untuk membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 5 peserta. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

ISNIN | 8 JUN 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA ATLET OLAHRAGA UiTM CAWANGAN JOHOR] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin merakamkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua atlet olahraga UiTM Cawangan Johor atas penglibatan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026. Sehubungan dengan itu, semoga segala usaha, disiplin dan komitmen para atlet sepanjang menyertai kejohanan tersebut mampu menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga UiTM untuk terus mencipta kecemerlangan serta memartabatkan nama universiti di persada sukan. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

ISNIN | 8 JUN 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [PENDAFTARAN INISIATIF MPPCARE : SISWAFUEL PEMBERIAN PETROL MOTOSIKAL SECARA PERCUMA] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 akan menjalankan satu inisiatif kebajikan pelajar melalui pemberian petrol motosikal secara percuma telah diperkenalkan khusus bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa UiTM. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mahasiswa yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian ke kampus. Sehubungan dengan itu, pelajar diminta untuk mengisi pautan pendaftaran. 🔗 Pautan: https://forms.gle/3gog3hCyQYeKeBHS6 Butiran pelaksanaan program adalah seperti berikut: 🗓 Tarikh: 16 Jun 2026 ⏰ Masa: 12:00 Tengah hari hingga 5:00 Petang 📍 Tempat: Stesen Minyak Petronas Gemereh, Segamat 💵 Tajaan sebanyak RM 5 bagi setiap Motosikal pelajar 📌 Syarat-Syarat • Membawa kad pengenalan • Membawa lesen memandu • Membawa kad pelajar • ⁠Mempunyai pelekat kenderaan UiTM • Mematuhi sahsiah rupa diri • Memakai topi keledar 🎯 Terhad kepada 100 pelajar UiTM dengan motosikal 150cc ke bawah sahaja ⚠️ Jumlah peserta adalah terhad! Siapa cepat, dia dapat! Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Raja: wa.me/60163710427 📞 SMPP Azrul: http://wa.me/601162319749 Sekian, terima kasih. “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Aduan dan Khidmat Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MPPCare

photo content

photo content

SABTU | 6 JUN 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada delegasi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 di atas penyertaan ke Persidangan Parlimen Mahasiswa UiTM Se-Malaysia di UiTM Shah Alam. Semoga saudara dan saudari sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang perjalanan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT ketika menghadiri persidangan tersebut. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content