INFO RASMI MPP UiTM JOHOR
الذهاب إلى القناة على Telegram
7 624
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+217 أيام
+1630 أيام
أرشيف المشاركات
JUMAAT | 18 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[MEDIUM RASMI PELAJAR BAHARU MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027 MENGIKUT KUMPULAN PROGRAM]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan medium rasmi khas kepada pelajar baharu Minggu Destini Siswa (MDS) sesi Oktober 2026 - Februari 2027 ke dalam kumpulan mengikut program seperti yang berikut :
🔗Fakulti Pengurusan Perniagaan: https://chat.whatsapp.com/JmQBBTkzaKBK56ACIMFIWc
🔗Fakulti Lain UiTM Cawangan Johor: https://chat.whatsapp.com/BHnaRJIJBE45PrD8P4bRie
Sehubungan dengan itu, mahasiswa baharu DIWAJIBKAN untuk menyertai kumpulan WhatsApp mengikut program agar tidak terlepas segala informasi sepanjang MDS berlangsung.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor
KHAMIS | 17 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[KURSUS PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA SESI
SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027]
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) Sesi
September 2026 - Februari 2027 akan dijalankan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 17 September 2026
Tempat: Glasshouse UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan sekaligus sebagai persediaan untuk para pemimpin mahasiswa sebelum Minggu Destini Siswa berlangsung.
Sehubungan dengan itu, diharapkan para pemimpin mahasiswa dapat mengambil intipati dan ilmu pengetahuan daripada setiap slot pengisian yang dijalankan sepanjang kursus.
Sekian, terima kasih.
"Raikan Rasa, Cipta Memori"
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
#MDSAllTheFeels
KHAMIS | 17 SEPTEMBER 2026
[ETIKA PEMAKAIAN BAGI MAHASISWA BAHARU SEPANJANG MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027]
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor ingin memaklumkan berkaitan Etika Pemakaian bagi Mahasiswa Baharu sepanjang MDS sesi September 2026 - Februari 2027.
Sehubungan dengan itu, mahasiswa turut digalakkan untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mengetahui dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan MDS berlangsung. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
“SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
RABU | 16 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku.
[SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-63 kepada seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, semoga semangat patriotisme yang lahir daripada sambutan hari Malaysia ini terus membakar tekad mahasiswa untuk menghargai nikmat kebebasan, memperkukuh keharmonian dan perpaduan serta memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan Malaysia yang maju, unggul dan disegani di persada antarabangsa.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor
SELASA | 15 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
[HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN ORANG KURANG UPAYA (BKOKU-KPT) SESI OKT 2026 – FEB 2027]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya (BKOKU-KPT) bagi Sesi Oktober 2026 – Februari 2027 kini dibuka kepada pelajar OKU UiTM yang memenuhi syarat dan kategori yang ditetapkan.
📌 Perkara Penting
Semua pelajar OKU UiTM dimohon untuk mengemaskini maklumat lengkap bagi tujuan permohonan BKOKU-KPT selewat-lewatnya pada:
🗓️ 18 September 2026 (Jumaat)
📌 Kategori Pelajar & Pautan Permohonan
🎓 PELAJAR SEDIA ADA (Semester 3 ke atas, mempunyai slip keputusan peperiksaan dan telah menerima BKOKU pada semester lepas)
🔗 Pautan Permohonan: https://tinyurl.com/BKOKUOkt2026-Feb2027
🎓 PELAJAR BARU (Semester 2, mempunyai slip keputusan peperiksaan dan belum pernah menerima BKOKU pada semester lepas)
🔗 Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/PendaftaranBKOKUOkt2026
📌 Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Penyelaras U-DServeD UiTM Cawangan masing-masing.
Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) 📞 03-5543 5063 / 5065 / 5068 📧 u-dserved@uitm.edu.my 🌐 u-dserved.uitm.edu.my
Sehubungan itu, semua mahasiswa yang berkaitan adalah digalakkan untuk mengemaskini maklumat dan membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan urusan permohonan berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
”SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI”
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Kebajikan Aduan
dan Khidmat Mahasiswa,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMDiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MPPCare
JUMAAT | 11 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[HEBAHAN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan pendaftaran kolej kediaman sesi September 2026 - Februari 2027 yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
📌 PELAJAR BAHARU
🗓️ Tarikh:
• 23 & 24 September 2026
📍Lokasi:
• Dewan Sri Temenggong
🕖 Masa Pendaftaran:
- 8:30 pagi - 4:30 petang
📌 PELAJAR LAMA
🗓️ Tarikh:
• 26 & 27 September 2026
📍Lokasi:
• Mengikut kolej kediaman yang telah ditetapkan
🕖 Masa Pendaftaran:
- 8:30 pagi - 4:30 petang
Para pelajar diminta untuk merujuk poster yang disertakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual dan peta laluan pendaftaran kolej kediaman.
Kerjasama dan perhatian semua pelajar yang terlibat amatlah dihargai bagi memastikan urusan pendaftaran kolej kediaman berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
📞 MPP Atiqah : http://wa.me/601132573102
📞SMPP Azrul : http://wa.me/601162319749
“SINERGI DIMOBILISASI,
ASPIRASI TRANSFORMASI”
Yang menjalankan amanah,
Eksekutif Kebajikan Penempatan Kolej dan Non-Residen,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskankepimpinanJohor
#MPPCare
RABU | 9 SEPTEMBER 2026
Assalamualaikum wbt,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di Hatiku.
[TAYANGAN FILEM PATRIOTIK DAN CABUTAN BERTUAH]
Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan tayangan filem patriotik dan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Pejabat Am Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Butiran program adalah seperti ketetapan yang berikut:
🗓️ Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
🕘 Masa: 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari
🖥️ Platform: Google Meet
🔗 Pautan Google Meet: https://meet.google.com/bya-nrbe-yxv
Sehubungan itu, seluruh warga akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang adalah dijemput untuk turut serta memeriahkan program ini.
Sekian, terima kasih.
"SINERGI DIMOBILISASI
ASPIRASI TRANSFORMASI"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar,
UiTM Cawangan Johor,
Sesi 2025/2026
#UiTMdiHatiku
#LuaskanKepimpinanJohor
