es
Feedback
INFO RASMI MPP UiTM JOHOR

INFO RASMI MPP UiTM JOHOR

Ir al canal en Telegram

Channel Telegram Rasmi MPP UiTM Cawangan Johor.

Mostrar más
7 622
Suscriptores
+424 horas
+267 días
+1730 días
Archivo de publicaciones
KHAMIS | 17 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [KURSUS PEMIMPIN MINGGU DESTINI SISWA SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) Sesi September 2026 - Februari 2027 akan dijalankan pada ketetapan berikut: Tarikh: 17 September 2026 Tempat: Glasshouse UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan sekaligus sebagai persediaan untuk para pemimpin mahasiswa sebelum Minggu Destini Siswa berlangsung. Sehubungan dengan itu, diharapkan para pemimpin mahasiswa dapat mengambil intipati dan ilmu pengetahuan daripada setiap slot pengisian yang dijalankan sepanjang kursus. Sekian, terima kasih. "Raikan Rasa, Cipta Memori" #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MDSAllTheFeels

photo content

KHAMIS | 17 SEPTEMBER 2026 [ETIKA PEMAKAIAN BAGI MAHASISWA BAHARU SEPANJANG MINGGU DESTINI SISWA (MDS) SESI SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027] Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. Merujuk kepada perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor ingin memaklumkan berkaitan Etika Pemakaian bagi Mahasiswa Baharu sepanjang MDS sesi September 2026 - Februari 2027. Sehubungan dengan itu, mahasiswa turut digalakkan untuk merujuk poster yang dilampirkan bagi mengetahui dan mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan sepanjang pelaksanaan MDS berlangsung. Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

RABU | 16 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-63 kepada seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, semoga semangat patriotisme yang lahir daripada sambutan hari Malaysia ini terus membakar tekad mahasiswa untuk menghargai nikmat kebebasan, memperkukuh keharmonian dan perpaduan serta memainkan peranan dalam mencorakkan masa depan Malaysia yang maju, unggul dan disegani di persada antarabangsa. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

SELASA | 15 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN ORANG KURANG UPAYA (BKOKU-KPT) SESI OKT 2026 – FEB 2027] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa permohonan Bantuan Orang Kurang Upaya (BKOKU-KPT) bagi Sesi Oktober 2026 – Februari 2027 kini dibuka kepada pelajar OKU UiTM yang memenuhi syarat dan kategori yang ditetapkan. 📌 Perkara Penting Semua pelajar OKU UiTM dimohon untuk mengemaskini maklumat lengkap bagi tujuan permohonan BKOKU-KPT selewat-lewatnya pada: 🗓️ 18 September 2026 (Jumaat) 📌 Kategori Pelajar & Pautan Permohonan 🎓 PELAJAR SEDIA ADA (Semester 3 ke atas, mempunyai slip keputusan peperiksaan dan telah menerima BKOKU pada semester lepas) 🔗 Pautan Permohonan: https://tinyurl.com/BKOKUOkt2026-Feb2027 🎓 PELAJAR BARU (Semester 2, mempunyai slip keputusan peperiksaan dan belum pernah menerima BKOKU pada semester lepas) 🔗 Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/PendaftaranBKOKUOkt2026 📌 Pertanyaan & Maklumat Lanjut Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Penyelaras U-DServeD UiTM Cawangan masing-masing. Bahagian Perkhidmatan dan Pembangunan OKU (U-DServeD) 📞 03-5543 5063 / 5065 / 5068 📧 u-dserved@uitm.edu.my 🌐 u-dserved.uitm.edu.my Sehubungan itu, semua mahasiswa yang berkaitan adalah digalakkan untuk mengemaskini maklumat dan membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan urusan permohonan berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. ”SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Aduan dan Khidmat Mahasiswa, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMDiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor #MPPCare

photo content

JUMAAT | 11 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [HEBAHAN PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN SESI SEPTEMBER 2026 – FEBRUARI 2027] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan pendaftaran kolej kediaman sesi September 2026 - Februari 2027 yang akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut: 📌 PELAJAR BAHARU 🗓️ Tarikh: • 23 & 24 September 2026 📍Lokasi: • Dewan Sri Temenggong 🕖 Masa Pendaftaran: - 8:30 pagi - 4:30 petang 📌 PELAJAR LAMA 🗓️ Tarikh: • 26 & 27 September 2026 📍Lokasi: • Mengikut kolej kediaman yang telah ditetapkan 🕖 Masa Pendaftaran: - 8:30 pagi - 4:30 petang Para pelajar diminta untuk merujuk poster yang disertakan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual dan peta laluan pendaftaran kolej kediaman. Kerjasama dan perhatian semua pelajar yang terlibat amatlah dihargai bagi memastikan urusan pendaftaran kolej kediaman berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Atiqah : http://wa.me/601132573102 📞SMPP Azrul : http://wa.me/601162319749 “SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI” Yang menjalankan amanah, Eksekutif Kebajikan Penempatan Kolej dan Non-Residen, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskankepimpinanJohor #MPPCare

photo content

photo content

photo content

photo content

photo content

RABU | 9 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [TAYANGAN FILEM PATRIOTIK DAN CABUTAN BERTUAH] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkenaan tayangan filem patriotik dan cabutan bertuah yang dianjurkan oleh Pejabat Am Hal Ehwal Pelajar (HEP). Butiran program adalah seperti ketetapan yang berikut: 🗓️ Tarikh: 10 September 2026 (Khamis) 🕘 Masa: 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari 🖥️ Platform: Google Meet 🔗 Pautan Google Meet: https://meet.google.com/bya-nrbe-yxv Sehubungan itu, seluruh warga akademik dan pentadbiran UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dan Kampus Pasir Gudang adalah dijemput untuk turut serta memeriahkan program ini. Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor

photo content

AHAD | 6 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku. [KENYATAAN RASMI MPP UiTM SE-MALAYSIA BERHUBUNG PEMERGIAN PESERTA KOMANDER KESATRIA ENDURANCE CHALLENGE (KKEC) 2026] Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Se-Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana bin Mohd Fellimal, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026. MPP UiTM Se-Malaysia turut menzahirkan rasa simpati kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai serta warga yang mengenali dan terkesan dengan pemergian Allahyarham. Dalam masa yang sama, MPP UiTM Se-Malaysia menyeru agar aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan mahasiswa sentiasa diberikan keutamaan, khususnya dalam pelaksanaan aktiviti berintensiti tinggi. MPP turut menggesa agar segala aspek pengendalian serta mekanisme keselamatan program berkaitan diteliti dan dinilai semula bagi memastikan perkara seumpama ini tidak berulang. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta semoga seluruh peserta yang sedang menerima rawatan dikurniakan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. Al-Fatihah. 🤲🏻 ”Nilai Dijunjung, Legasi Disanjung” Yang menjalankan amanah, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM SE-MALAYSIA SESI 2025/2026

photo content

photo content

KHAMIS | 3 SEPTEMBER 2026 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera, Salam UiTM di Hatiku. [SENARAI SEMAK SEBELUM PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR SESI MAC 2026 - OGOS 2026 (SEMESTER 20262)] Merujuk perkara di atas, kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Johor Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan berkaitan senarai semak yang perlu dilakukan oleh mahasiswa sebelum keputusan peperiksaan akhir diumumkan. Keputusan peperiksaan akhir bagi sesi Mac 2026 - Ogos 2026 (Semester 20262) akan diumumkan seperti ketetapan berikut: 🗓️ Tarikh: 4 September 2026 🕒 Masa: 11:00 Pagi 🖥️ Platform: iStudent Portal dan MyStudent Oleh itu, semua mahasiswa diwajibkan untuk membuat semakan terhadap perkara-perkara berikut: 📌Melengkapkan bayaran yuran dan bil tertunggak di Fine Portal. 📌Melengkapkan Student Feedback Online (SuFO) di UFuture. 📌Memuat naik gambar berukuran pasport di pautan https://kad.uitm.edu.my 📌Mengemas kini maklumat tambahan pelajar di MyStudent. 📌Memuat naik borang perubatan bagi pelajar kemasukan sesi 20262 Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa hendaklah memberikan kerjasama dalam melengkapkan keperluan yang ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesulitan pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 📞 MPP Liana : wa.me/+601131234218 📞 SMPP Qurratu : wa.me/+601117588022 Sekian, terima kasih. "SINERGI DIMOBILISASI, ASPIRASI TRANSFORMASI" Yang menjalankan amanah, Eksekutif Akademik, Kerjaya dan Kaunseling Majlis Perwakilan Pelajar, UiTM Cawangan Johor, Sesi 2025/2026 #UiTMdiHatiku #LuaskanKepimpinanJohor