cookie

Sizning foydalanuvchi tajribangizni yaxshilash uchun cookie-lardan foydalanamiz. Barchasini qabul qiling», bosing, cookie-lardan foydalanilishiga rozilik bildirishingiz talab qilinadi.

avatar

UiTO Channel:Bid'ah Nusantara

Membicara amalan bidaah yg berlaku di nusantara. Pautan untuk di kongsi t.me/BidaahNusantara Channel rasmi t.me/UiTOSaluranRasmi Channel tazkirah t.me/tazkirah Channel Rektor t.me/BicaraCR

Ko'proq ko'rsatish
Reklama postlari
486
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
Ma'lumot yo'q7 kunlar
+230 kunlar

Ma'lumot yuklanmoqda...

Obunachilar o'sish tezligi

Ma'lumot yuklanmoqda...

Adegan ini sering ditiru oleh penganut ajaran sufi dan syiah yang sering makan dan minuman najis dari seseorang yang disembah dan dianggap sebagai wali atau habib bagi mereka.
Hammasini ko'rsatish...
“TAPI NABI TAK LARANG PUN!” - Amalan bidaah - Rekaan, tokok tambah, inovasi ibadah Sebahagian pihak beranggapan bahawa Muslim boleh sahaja beramal dengan amalan-amalan tertentu sekalipun tiada contohnya daripada Nabi ﷺ atau para Sahabat selama mana amalan itu dilihat baik. Apabila ditegur mereka membalas: “Ada Nabi larang???” “Nabi tak larang pun!” Jawapan ini salah dan keliru. Bahkan ada larangan. Nabi ﷺ secara tegas dan jelas melarang perbuatan-perbuatan tokok tambah, membuat rekaan dan inovasi dalam agama dan ibadah. Sabda Nabi ﷺ: وإيَّاكُمْ وَمُحْدَثاَتِ الأمُور، فَإنّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ. “Hendaklah kalian jauhi perkara-perkara baharu (bidaah dalam Agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.” [Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4607] Sabdanya ﷺ: مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ. "Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak." [Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2697 & Muslim, no. 1718] Sabdanya ﷺ lagi: مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ. "Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak." [Sahih. Riwayat Muslim, no. 1718] Amalan yang ditokok tambah akan ditolak, kata Nabi ﷺ. Yakni tidak diterima Allah ﷻ, sia-sia, tidak menjana apa-apa pahala jika orangnya terselamat daripada dosa. PENDIRIAN SAHABAT Selari dengan hadis-hadis di atas para Sahabat turut menegaskan keutamaan dan kepentingan berpegang teguh dengan al-Sunah serta melarang perbuatan tokoh-tambah dalam agama dan ibadah. Kata Abdullah bin Masud radiallahuanhu: اتَّبِعُوا ‌وَلَا ‌تَبْتَدِعُوا، فَقَدْ كُفِيتُمْ. “Ikutilah kalian akan al-Sunah dan jangan berbuat bidaah. Telah dicukupkan buat kamu (dengan al-Sunah).” [Riwayat al-Tabarani, no. 8770] Jelas Huzaifah bin al-Yaman radiallahuanhu: كُلُّ ‌عِبَادَةٍ ‌لَمْ يَتَعَبَّدْهَا أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ ﷺ فَلَا تَعَبَّدُوهَا. “Semua ibadah yang tidak diamalkan oleh para Sahabat Rasulullah ﷺ maka janganlah kalian mengamalkannya.” [al-Zuhd oleh Ibnu Mubarak, no. 47] Tegas Abdullah bin Abbas radiallahuanhu: عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالاسْتِقَامَةِ ‌اتَّبِعْ ‌وَلا ‌تَبْتَدِعْ. “Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan istiqamah. Ikutilah al-Sunah dan jangan berbuat bidaah.” [Syarah al-Sunah oleh Imam al-Baghawi, 1/214] Allah jua pemberi taufik dan hidayah. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 06 Zulkaedah 1445H 15 Mei 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Hulurkan sumbangan buat Surau: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Hammasini ko'rsatish...
Repost from An-Najiyah Bali
🌍📇📮 ----------- 🚇 CONTOH-CONTOH RITUAL BUDAYA/ADAT-ISTIADAT NENEK MOYANG YANG INGIN DILESTARIKAN OLEH JIN (JARINGAN ISLAM NUSANTARA) 🔬Disampaikan oleh: Al-Ustadz Luqman bin Muhammad Ba'abduh hafizhahullah 📅🕌 Kajian Ilmiyah Ambon | Sabtu & Ahad, 16-17 Shafar 1437H ~ 28-29 Nopember 2015 M. Link: http://bit.ly/1NG5hq8 (Versi Full) ----------------------------- Juga dijelaskan tentang: ▪Contoh budaya Arab yang dibolehkan oleh Rosululloh ﷺ ▪️Peringatan kematian hari ke 1, 7, 40, 100 dan 1000 dalam kitab Weda ▪Budaya hindu yang diberi label Islam : Kenduren/selametan, tingkeban/mitoni, sedekah sang hyang widi, sedekah gunung & laut, perayaan 1 suro kebo kyai slamet, dll. 🅾 durasi 24:50 (2,88 MB) #jin #jil #nusantara #budaya #kenduren #sesajen #tingkeban #walisongo #kyai_slamet #sedekah_laut #sedekah_gunung ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ 🔍 مجموعـــــة توزيع الفـــــــوائد قناتنا في برنامـــج [تيليجــــــرام] للإشتراك : افتح الرابط واضغط على إشتراك👇 💾 Forum Berbagi Faidah 🏀 www.alfawaaid.net 🔄 أُنشرُوهـــَا فَالـدّالُّ علَى الخَيرِ كَفَاعِلِــه ✅⬇️ Unduh dibawah ⬇️
Hammasini ko'rsatish...
DEFINISI BIDAAH - Bidaah Agama vs Bidaah Dunia Ada pihak sengaja menangguk di air keruh mahu kelirukan orang ramai tentang isu bidaah. Mereka gambarkan seolah-olah Salafi (dipanggil Wahabi) melarang bidaah secara semberono dan membuta tuli. Lalu secara sinis dan menyindir berkata: “Oh, maknanya semua benda baharu dan peralatan moden tak boleh digunakan! Telefon, kamera, kereta, kapal terbang... ini semua bidaah, haram??! Jadi kalau begitu kena balik ke zaman purba dan naik unta??” Ujar mereka. Cara ini yang juga disebut kaedah ‘Falasi Orang Jerami’ bertujuan untuk mengalihkan topik asal dengan menokok tambah pendapat lawan sehingga mengatakan apa yang tidak dikata supaya pendirian lawan nampak ekstrem, lalu dibantah hujah yang ditokok tambah itu, bukan hujah yang dikemukakan oleh pihak lawan. Licik dan tidak jujur. Akhirnya orang ramai terus keliru, tidak faham isu sebenar yang dibahaskan. DEFINISI SEBENAR BIDAAH Kata Imam al-Syatibi (wafat 790H), bidaah yang dilarang agama ialah: طَرِيقَةٍ فِي الدِّينِ مُخْتَرَعَةٍ، ‌تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوكِ عَلَيْهَا الْمُبَالَغَةُ فِي التَّعَبُّدِ لِلَّهِ سُبْحَانَهُ. “Bidaah ialah jalan yang direka dalam agama yang menyerupai syariat dan bertujuan untuk berlebihan dalam mendekatkan diri kepada Allah.” [al-I’tisam, 1/50] Bidaah yang dilarang ialah apa yang melibatkan tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam perkara ibadah dan agama, bukan hal adat dan dunia. Hal-hal yang melibatkan syariat; solat, zikir, doa, bacaan Al-Quran dan seumpamanya, bukan hal-hal dunia seperti telefon, kamera, kereta dan kapal terbang. Dalam urusan dunia ada kebebasan dan keluasan selagi mana tidak melanggar batasan-batasan syariat kerana Nabi ﷺ bersabda: أَنْتُمْ ‌أَعْلَمُ بِأَمْرِ ‌دُنْيَاكُمْ. “Kalian lebih tahu mengenai urusan dunia kalian.” [Sahih. Riwayat Muslim] Sedangkan dalam hal syariat pula, Muslim diperintahkan supaya mengikuti al-Sunah dan berpegang teguh kepadanya sebagaimana dalam banyak nas. Firman Allah ﷻ: قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي “Katakanlah (kepada umatmu wahai Muhammad): Jika benar kalian cinta Allah maka ikutilah akan daku (ikut Sunah Nabi ﷺ).” [Al-Quran, Aali Imran, 3:31] FirmanNya ﷻ: وَمَآ ءَاتَىٰكُمُ ٱلرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَىٰكُمۡ عَنۡهُ فَٱنتَهُواْ “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kalian maka terimalah, dan apa jua yang dilarang atas kalian maka jauhilah.” [Al-Quran, al-Hasyr, 59:7] Ternyata Nabi ﷺ telah membawakan dua petunjuk sumber agama iaitu Al-Quran dan al-Sunah yang Muslim wajib berpegang teguh kepadanya, di samping melarang perbuatan tokok tambah, rekaan dan inovasi dalam agama. Sabda Nabi ﷺ: وإيَّاكُمْ وَمُحْدَثاَتِ الأمُور، فَإنّ ‌كُلَّ ‌بِدْعَةٍ ‌ضَلالةٌ. “Hendaklah kalian jauhi perkara-perkara baharu (bidaah dalam Agama) kerana sesungguhnya setiap bidaah ialah kesesatan.” [Sahih. Riwayat Abu Daud, no. 4607] Sabdanya ﷺ: مَنْ ‌أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ فِيهِ فَهُوَ رَدٌّ. "Barang siapa mengada-adakan sesuatu yang baharu dalam urusan kita ini (Agama) maka ia adalah tertolak." [Sahih. Riwayat Bukhari, no. 2697 dan Muslim, no. 1718] Sabdanya ﷺ lagi: مَنْ ‌عَمِلَ ‌عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ. "Barang siapa melakukan sesuatu amalan yang tidak menepati cara kami maka ia adalah tertolak." [Sahih. Riwayat Muslim, no. 1718] Amalan yang ditokok tambah itu akan ditolak, kata Nabi ﷺ. Yakni tidak diterima Allah ﷻ, sia-sia, tidak menjana apa-apa pahala jika orangnya terselamat daripada dosa. CATATAN Jangan dikelirukan lagi oleh pihak-pihak yang tidak jujur dan amanah dalam perbahasan ilmiah. Daripada Allah jua kita memohon petunjuk. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 01 Zulkaedah 1445H 10 Mei 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Sumbangan untuk tabung Surau: BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1 SURAU AL HIDAYAH
Hammasini ko'rsatish...
Syiah dan sufi juga pernah begini kerana ghuluw terhadap tok lebai mereka yang dianggap sebagai wali.
Hammasini ko'rsatish...