uk
Feedback
MUTIARA KATA HIKMAH

MUTIARA KATA HIKMAH

Відкрити в Telegram

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Показати більше

📈 Аналітичний огляд Telegram-каналу MUTIARA KATA HIKMAH

Канал MUTIARA KATA HIKMAH (@mutiarakatamkh) у мовному сегменті Малайська є активним учасником. На даний момент спільнота об'єднує 10 001 підписників, посідаючи 9 293 місце в категорії Релігія і духовність та 3 701 місце у регіоні Малайзія.

📊 Показники аудиторії та динаміка

З моменту свого створення невідомо, проект продемонстрував стрімке зростання, зібравши аудиторію у 10 001 підписників.

За останніми даними від 05 липня, 2026, канал демонструє стабільну активність. Хоча за останні 30 днів спостерігається зміна кількості учасників на -3, а за останні 24 години на 4, загальне охоплення залишається високим.

  • Статус верифікації: Не верифікований
  • Рівень залученості (ER): Середній показник залученості аудиторії становить 10.60%. Протягом перших 24 годин після публікації контент зазвичай збирає 6.44% реакцій від загальної кількості підписників.
  • Охоплення публікацій: В середньому кожен допис отримує 1 060 переглядів. Протягом першої доби публікація в середньому набирає 644 переглядів.
  • Реакції та взаємодія: Аудиторія активно підтримує контент: середня кількість реакцій на один пост – 20.

📝 Опис та контентна політика

Автор описує ресурс як майданчик для висловлення суб'єктивної думки:
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️...

Завдяки високій частоті оновлень (останні дані отримано 06 липня, 2026), канал підтримує актуальність та високий рівень охоплення публікацій. Аналітика показує, що аудиторія активно взаємодіє з контентом, що робить його важливою точкою впливу в категорії Релігія і духовність.

10 001
Підписники
+424 години
+97 днів
-330 день
Архів дописів
photo content

"Pagi: Waktu Keemasan untuk Mendekatkan Diri kepada Allah" Pagi adalah waktu yang penuh keberkatan, masa di mana Allah membuka pintu-pintu rahmat dan rezeki kepada hamba-hamba-Nya. Setiap kali kita membuka mata, itu adalah peluang baru untuk memulakan hari dengan amalan kebaikan dan kesyukuran. Dalam Islam, pagi bukan hanya tentang bangun dan memulakan hari, tetapi waktu untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama manusia. Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berzikir kepada Allah di awal pagi, maka Allah akan melapangkan hari-harinya." (Hadis Riwayat Tirmizi) Amalan Sunnah di Waktu Pagi 1. Beristighfar Rasulullah SAW mengajar kita untuk memperbanyakkan istighfar setiap pagi. Ucapkanlah: "Astaghfirullah wa atubu ilaih" (Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya). Istighfar adalah kunci ketenangan dan pembuka pintu rezeki. 2. Mendoakan Orang Lain Doakan kebaikan untuk saudara-saudara kita. Rasulullah SAW bersabda: "Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuannya akan dikabulkan oleh Allah." (Hadis Riwayat Muslim) 3. Mengerjakan Solat Dhuha Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk menunaikan solat Dhuha, sebagai tanda syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Solat Dhuha boleh dilakukan sebanyak dua hingga lapan rakaat, dan Rasulullah SAW menyebut ganjaran besar bagi yang mengerjakannya: "Di setiap pagi, setiap sendi tubuh manusia wajib bersedekah... Solat Dhuha mencukupi untuk semua itu." (Hadis Riwayat Muslim) Kelebihan Memanfaatkan Waktu Pagi Keberkatan Rezeki Mulakan hari dengan berzikir dan bersyukur kepada Allah, dan lihat bagaimana Allah melapangkan rezeki sepanjang hari. Waktu pagi adalah masa di mana keberkatan rezeki dicurahkan kepada mereka yang memanfaatkannya. Tenang dan Fokus Berzikir dan solat di waktu pagi membantu menenangkan jiwa dan membuatkan kita lebih fokus dalam menjalani aktiviti harian. Hubungan Lebih Dekat dengan Allah Amalan-amalan pagi adalah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, memberi ketenangan jiwa, dan mendapatkan rahmat-Nya. --- Kesimpulan Pagi adalah nikmat besar dari Allah SWT. Mulakan dengan zikrullah, berdoa, dan menunaikan solat-solat sunat seperti Dhuha. Amalan kecil ini bukan sahaja menjadikan hari kita lebih tenang, tetapi juga penuh keberkatan. Jangan biarkan pagi berlalu begitu sahaja. Manfaatkan waktu ini untuk memperbaiki diri dan hubungan kita dengan Allah.

photo content

photo content

Kelazatan yang dirasakan seseorang di saat melakukan perbuatan maksiat akan lenyap, sedangkan dosanya akan tetap tercatat hingga hari kiamat. Begitu juga keletihan di saat melakukan ibadah akan lenyap, sedangkan pahalanya akan terus bertahan hingga hari kiamat. Jangan korbankan kenikmatan Akhirat hanya demi mengejar kenikmatan Dunia yang sementara. Lihatlah mereka yang dahulu pernah hidup di Dunia ini lalu menghabiskan usia mereka di dalam lembah dosa. Di mana mereka sekarang? Lihatlah mereka yang dahulu menghabiskan usia mereka untuk beribadah. Di mana mereka sekarang? Seandainya waktu dapat diputar semula, tentu mereka yang dulu berbuat dosa berangan-angan kembali ke dunia lalu beribadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Tapi ia tidak akan mungkin terjadi. Maka peringatan ini hanya bermanfaat bagi orang yang masih hidup sekarang dan mempunyai pemikiran yang jernih. Jangan sampai semuanya terlambat. Segeralah bertaubat dan isi hari-hari kita dengan ibadah kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. - Ustaz Wadi Annuar Ayub

photo content

Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya, insyaAllah hidup akan lebih terisi dan bererti. Dalam sunyi ada muhasabah. Dalam ramai ada ukhwah. Dalam sedih ada tarbiah. Dalam sakit ada mehnah. Dalam ceria ada mahabbah. Didiklah hati mencari HIKMAH disebalik MUSIBAH🌹🤲

photo content

Apa Maksud Sebenar “Qawwam”? Lelaki Perlu Tahu Ini Bila sebut ayat Quran tentang lelaki dan wanita, satu perkataan sering digunakan: “Qawwam” Masalahnya, ramai terus translate: “Lelaki berkuasa atas wanita.” Sedangkan… makna itu tak wujud pun dalam bahasa asal ayat itu. Qawwam bukan bermaksud boss. Bukan bermaksud authority. Bukan bermaksud control. Kalau kita jujur dengan bahasa Quran, qawwam sebenarnya datang dari makna: Berdiri. Bukan duduk. Bukan rehat. Bukan tunggu. Berdiri. Apa maksudnya? Lelaki itu mesti jadi orang yang: Sentiasa aktif dalam menjaga wanita Tidak pasif, tidak lepas tangan Sentiasa ada, bukan hilang bila susah Konsisten, bukan on-off ikut mood Qawwam juga bermaksud: 👉 Komited Bukan sekali dua, tapi berulang kali. Walaupun penat, walaupun tak dihargai. 👉 Menjaga & Melindungi Bukan sekadar fizikal, tapi emosi, keselamatan, maruah. 👉 Menjadi tempat sandaran Bila dunia dia runtuh, awak tak boleh runtuh sama. 👉 Kekal & Stabil Bukan jenis yang hari ini ada, esok hilang. 👉 Mengurus & Menanggung Termasuk tanggung nafkah, keperluan, dan kesejahteraan. Dan yang paling berat… Qawwam juga membawa makna: sentiasa menilai diri — adakah aku berlaku adil? Bukan sekali, tapi setiap kali. “Adakah aku adil tadi?” “Adakah aku melampau?” “Adakah aku zalim?” Berulang… dan berulang. Ini bukan definisi kuasa. Ini definisi amanah yang sangat berat. Sebab itu, Allah tak kata “lelaki patut jadi qawwam”. Allah kata lelaki itu memang qawwam. Maknanya… Awak tak boleh pilih. Awak dah berada dalam posisi itu, sama ada awak sedar atau tidak. Dan realiti yang pahit: Ramai lelaki hari ini nak tafsir ayat ini untuk jadi “ketua”. Tapi tak sanggup hidup sebagai “qawwam”. Sedangkan dalam Quran, qawwam bukan kelebihan. Ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan.

photo content

photo content

"Kita hidup atas bumi… tapi bukan milik kita." Kita berjalan di atas tanah setiap hari Bernafas tanpa henti Makan, minum, bekerja Seolah-olah semuanya milik kita Seolah-olah kita yang menguasai hidup ini Tapi Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah membuka mata kita dengan satu hakikat yang sangat jelas: "Kita berada di bumi bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita, semuanya celik mata tengok bumi sudah ada. Ini menunjukkan segala yang ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam-tanaman hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia tetapi oleh Allah SWT. Ertinya kita hidup di bumi tuhan, makan tanaman yang diciptakan tuhan, hirup udara tuhan, adakah munasabah kita mahu lawan tuhan..?" Allahu… Kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa Dan kita hidup pun dengan bergantung sepenuhnya kepada apa yang Allah sediakan Tanah bukan kita punya Udara bukan kita punya Makanan pun bukan kita cipta Segalanya pinjaman Segalanya milik Allah Tapi yang peliknya kita masih berani melawan melanggar perintah menolak aturan Tuhan Seolah-olah kita ini pemilik segalanya Kalau kita sedar hakikat ini hati akan jadi lembut jiwa akan jadi tunduk dan hidup akan lebih mudah untuk taat Kita bukan tuan di bumi ini Kita hanya hamba yang sedang menumpang Semoga kita kembali sedar dan tidak sombong di atas bumi yang bukan milik kita

photo content

Perlu diingat, rumahtangga kita ini adalah madrasah tarbiah, yakni tempat belajar memperbaiki diri. Dari pemarah kepada penyabar. Dari bersikap kasar kepada lembut. Dari mementingkan diri kepada mengutamakan pasangan. Dari suka menuntut kepada belajar memberi. Dari cepat menghukum kepada memahami. Dari mudah tersinggung kepada mudah memaafkan. Dari ego yang tinggi kepada rendah hati. Dari banyak mengeluh kepada banyak bersyukur. Dari hanya memikirkan dunia kepada bersama-sama menuju akhirat. Hakikatnya, rumah tangga bukanlah tempat mencari pasangan yang sempurna, tetapi tempat dua insan yang tidak sempurna belajar memperbaiki diri kerana Allah. Kadang-kadang Allah tidak mengubah pasangan kita terlebih dahulu, tetapi Allah mahu mengubah hati kita melalui pasangan itu. Kerana ada sabar yang tidak akan lahir tanpa ujian, ada kasih sayang yang tidak akan tumbuh tanpa pengorbanan, dan ada kematangan yang tidak akan hadir tanpa kesusahan. Imam Hasan Al-Basri رحمه الله pernah berpesan: "Bukanlah baiknya akhlak itu membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi baiknya akhlak adalah memaafkan ketika disakiti dan bersabar ketika diuji." Dalam rumah tangga, kemenangan bukanlah apabila kita berjaya membuktikan bahawa kita betul. Tetapi apabila kita berjaya menjaga kasih sayang walaupun sedang berbeza pendapat. Kerana rumah tangga yang bahagia bukan rumah tangga yang tiada masalah, tetapi rumah tangga yang di dalamnya ada dua insan yang sentiasa belajar menjadi hamba Allah yang lebih baik. Ramai yang mampu mencintai ketika bahagia. Namun tidak ramai yang mampu tetap berbuat baik ketika sedang terluka. Sedangkan di situlah letaknya kematangan sebuah rumah tangga. Imam Al-Ghazali رحمه الله berkata: "Siapa yang bersabar atas akhlak buruk pasangannya, Allah akan memberinya pahala seperti pahala Nabi Ayyub عليه السلام atas kesabarannya." Rumah tangga bukan tempat mencari kesempurnaan. Tapi tempat belajar dan memperbaiki diri sendiri. Dari hari akad nikah sehingga ke liang lahad, rumahtangga sebenarnya adalah madrasah tarbiah yang lengkap... ia mengajar kita erti sabar, syukur, pengorbanan, reda dan cinta kerana Allah. - Abdullah Al Hafiz