cookie

Ми використовуємо файли cookie для покращення вашого досвіду перегляду. Натиснувши «Прийняти все», ви погоджуєтеся на використання файлів cookie.

avatar

MUTIARA KATA HIKMAH

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Більше
Рекламні дописи
6 718
Підписники
+1724 години
+1197 днів
+64430 днів

Триває завантаження даних...

Приріст підписників

Триває завантаження даних...

Фото недоступнеДивитись в Telegram
4👍 1
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka. 2.  Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda: الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih 3.  Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan. 4.  Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah) عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah  SAW  memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh  (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping  puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam. Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka. 14hb Julai 2024 08hb Muharram 1446H
Показати все...
3👍 1
02:47
Відео недоступнеДивитись в Telegram
IMG_7781.MP460.02 MB
3👍 1😭 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
3👍 1
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ "Wahai wanita, usah berputus asa untuk memperbaiki diri. Bersihkan diri daripada sifat-sifat yang tidak baik agar menjadi wanita yang baik dan bakal ibu solehah. Salah satu perkara yang perlu dijaga ialah mulut. Pada mulut adanya lidah yang berkata-kata. Baik tutur kata maka baiklah kesannya. Buruk tutur kata maka buruklah kesannya." [Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat] Cintailah Para Ulama', Pewaris Para Anbiya'
Показати все...
3👍 1
01:07
Відео недоступнеДивитись в Telegram
IMG_7761.MP413.27 MB
3👍 1
Фото недоступнеДивитись в Telegram
👍 8 4🥰 2
08:36
Відео недоступнеДивитись в Telegram
29.39 MB
👍 6👌 2
YAKINLAH DENGAN TIGA PERKARA 1 - Tidak ada yang lebih menyayangimu selain Allah SWT. Allah SWT amat menyayangimu. Kewujudanmu adalah bukti kewujudanNya. "Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?." ~ Qs. Az Dzaariyaat ayat 21 Disaat hatimu mengajakmu kepada kebaikan, yakinilah bahawa Allah sangat menyayangimu dan menginginkan yang terbaik bagimu. Hanya Allah yang akan menyayangimu lebih daripada sesiapa sahaja kerana Dia menciptakan kita dengan Cinta Ketuhanan-Nya. Ketahuilah, seandainya dikumpulkan cinta seluruh manusia di bumi ini, ia tidak akan pernah dapat menandingi cinta dan kasih sayang Allah terhadapmu. 2 - Tidak ada yang lebih tahu keperluanmu selain Allah SWT. Berkata Imam Ibn Qayyim Al Jauziya. Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah. Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah. Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan Allah. Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu. Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu takut kepada siapa-siapapun kecuali Dia jua. Janganlah berharap kepada sesiapa kecuali Dia dan pintalah segala keperluanmu kepada Dia. Janganlah bergantung kepada siapapun kecuali kepada Dia dan tumpahkanlah kepercayaanmu kepada Dia sahaja. Doa itu bukan memberitahu Allah akan hajatmu, kerana Allah Maha Mengetahui. Doa itu juga bukan meminta, kerana Allah Maha Pemurah, memberi tanpa diminta. Namun doa hanyalah menunjukkan keperluanmu kepadaNya, kerana Allah Maha Kaya dan suka dengan hamba yang menunjukkan kefaqirannya. 3 - Tidak ada yang mampu menghilangkan bahaya darimu selain Allah SWT. "Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum musyrik): "Serukanlah orang-orang yang kamu dakwa (boleh memberi pertolongan) selain dari Allah, maka sudah tentu mereka tidak berkuasa menghapuskan bahaya daripada kamu dan tidak dapat memindahkannya"." ~ Qs. Al-Isra': 56 "Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." ~ Qs. Al-An'am: 17 .."Takutlah hanya kepada Allah. Berharaplah kepada Allah dan sampaikan segala keperluanmu kepadaNya. Jangan berharap atau mahukan sesuatu pun dari selain Allah. Bertawakallah hanya kepada Allah, bersatulah denganNya." ~ Sheikh Abdul Qadir Al Jailani Alhamdulillah ♥️
Показати все...
4👍 2🥰 2
Фото недоступнеДивитись в Telegram
8👍 3👌 2
Оберіть інший тариф

На вашому тарифі доступна аналітика тільки для 5 каналів. Щоб отримати більше — оберіть інший тариф.