fa
Feedback
MUTIARA KATA HIKMAH

MUTIARA KATA HIKMAH

رفتن به کانال در Telegram

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام MUTIARA KATA HIKMAH

کانال MUTIARA KATA HIKMAH (@mutiarakatamkh) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 10 020 مشترک است و جایگاه 9 223 را در دسته دین و مذهبی و رتبه 3 652 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 10 020 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 29 ژوئیه, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر 29 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر 9 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 9.80% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 5.96% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 982 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 597 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 18 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️...

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 30 ژوئیه, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته دین و مذهبی تبدیل کرده‌اند.

10 020
مشترکین
+924 ساعت
+17 روز
+2930 روز
آرشیو پست ها
photo content

Pagi selalunya bermula dengan cepat. Baru celik mata, kepala sudah penuh dengan urusan. Ada kerja yang menunggu, anak yang perlu diurus, rumah yang perlu dikemas, mesej yang perlu dibalas dan macam-macam lagi perkara yang seolah-olah berebut mahu didahulukan. Dalam sibuk itu, kadang-kadang solat jadi perkara yang paling mudah dilambatkan, bukan kerana kita sengaja tidak peduli, tetapi kerana kita terlalu yakin masih ada masa. Padahal, memulakan hari dengan solat bukan sekadar menunaikan kewajipan. Ia seperti membetulkan semula arah hati sebelum kita tenggelam dalam urusan dunia. Bila pagi dibuka dengan mengingati Allah, hati jadi lebih tenang, langkah terasa lebih teratur dan kita lebih sedar bahawa hidup ini bukan semata-mata tentang mengejar apa yang ada di depan mata. Ada hubungan dengan Tuhan yang perlu dijaga terlebih dahulu. Kita semua pernah lalai. Ada masa kita terlalu sibuk, terlalu penat atau terlalu hanyut dengan rutin sampai solat mula berganjak ke tepi. Itu realiti manusia. Sebab itu, teguran seperti ini bukan untuk menghukum sesiapa, tetapi untuk mengingatkan diri sendiri juga. Kadang-kadang yang kita perlukan bukan rasa bersalah yang berlebihan, tetapi satu keputusan kecil untuk berhenti sekejap dan kembali semula kepada Allah. Jangan biarkan dunia melatih hati kita supaya sentiasa menangguh perkara yang paling penting. Kerja tetap ada, urusan tetap berjalan dan senarai tugas mungkin tidak pernah habis. Tetapi di celah semua itu, solatlah yang menjaga jiwa kita daripada menjadi terlalu keras dan terlalu penat. Bila niat di awal pagi betul, insya-Allah seluruh hari juga lebih mudah dibawa dengan sabar dan syukur. Semoga Allah menjaga hati kita dalam kesibukan, memudahkan kita untuk menjaga solat pada waktunya dan menjadikan setiap pagi sebagai permulaan yang lebih dekat kepada-Nya. Semoga setiap langkah, usaha dan urusan kita hari ini sentiasa berada dalam rahmat dan bimbingan Allah. Aamiin.

photo content

photo content

Nasihat itu pahit bagi orang yang mencintai hawa nafsu, tetapi bagi orang yang dihatinya dipenuhi dengan cahaya, ia akan berterima kasih apabila nasihat diberikan kepadanya. - Habib Musa Al Kadzim Bin Ja'far Assegaf

photo content

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT ; 1. TA'ARUFFAN - Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya. 2. TAARIIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya. 3. AHAMMIYYATAN - Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya. 4. FAARIHAN - Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya. 5. AMALAN - Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya. 6. ADUWWAN - Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120) Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan." 7. HUBBAN LIMAANAN - Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. Dari 7 macam persahabatan di atas, 1-6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67) Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Amin. Tag sahabat anda!

photo content

Sungguh. Takwa itu terlalu mahal harganya. Bagai berhati-hati di jalanan penuh duri, ia satu proses yang menuntut kita untuk tunduk ke bawah dalam mengatur langkah sendiri. Bukan memandang ke sana, ke mari, memerhatikan langkah orang lain. Memahami penetapan bahawa manusia diciptakan dengan fitrah pendosa adalah satu perkara yang perlu ada dalam diri kita. Merenung ke dalam diri, hakikat ini sepatutnya menjadikan kita insan yang tidak berputus asa merayu dan terus merayu keampunan Tuhannya. Begitu juga, memahami bahawa semua orang adalah pendosa, maka jangan pula kita hina orang yang berbuat dosa. Doakanlah agar Allah mengampuni mereka. Itu yang sepatutnya. Ingatlah. Kita juga berisiko melakukan dosa yang sama. Biar sehebat mana pun kita berusaha menjaga diri, kita juga mungkin tergelincir nanti! Justeru, hati-hati. Jangan pernah lupa bahawa jalan takwa itu menuntut kita untuk sentiasa berhati-hati. Kalau kita melihat ada satu dosa orang lain yang kita tak pernah buat, bukan bermakna kita dah selamat. Jangan lupa, pada diri kita sendiri, ada seribu satu kelemahan yang sentiasa menyelubungi. Selagi masih bernyawa, potensi untuk melakukan dosa itu tetap ada. Justeru, berdoalah agar diri kita dijauhkan daripadanya. Bukan menghina sesiapa.

photo content

Sibuk-sibuk kerja. Tiba-tiba meninggal. Sibuk kejar turun naik harga emas. Kumpul gram demi gram. Tiba-tiba dijemput Tuhan. Sibuk-sibuk teruja nak buat rumah, Tiba-tiba mati. Sibuk-sibuk besarkan anak. Tiba-tiba dijemput ilahi. Ada yang baru beli kereta baru, Teruja ingin melawat kubur ahli keluarga. Akhirnya 6 meninggal dalam kemalangan. Akhirnya, mereka dikuburkan dan dilawat orang lain. Ada doktor atau jururawat, Baru semalam CPR pesakit, Hari ni dia pula orang CPR-kan, serangan jantung. Pelawat, melawat orang penyakit kanser tahap lima, namun dia yang terlebih dahulu meninggal dunia. Ada doktor di jabatan kecemasan. Tiba-tiba collapse ketika shift malam, di tempat kerja. Ada doktor muda, fit suka berbasikal, meninggal asbab serangan jantung. Takutnya… Untuk dunia, Usaha macam-macam. Nak bina rumah, usaha bayaran panjang. Nak renovate rumah, kumpul duit lama. Padahal, nak duduk sekejap saja. 20 tahun, 30 40 tahun je. Untuk negeri abadi. Akhirat yang selamanya tiada akhir. Untuk syurga, Tak buat apa-apa. Tak ada bekalan mana. Nak duduk 2000, 2000 ribu tahun kelak, tak seberapa pun usaha. Akhirat tiada akhir, jutaan tahun pun lebih lagi. Tup-tup, rasa akan masuk Syurga. Rasa terpaling tiada dosa. Mengaji kurang, solat kurang, Puasa malas, zikir liat, Suami tak hormat, Aurat terbuka sini sana. Mulut tak jaga, termengumpat mengata. Sedekah kedekut takut miskin. Kemudian, berharap syurga. Aduhhh… Ampuni kami ya Allah. Moga hati kembali sedar. Moga dimatikan dalam keadaan bersedia. Moga mati ketika anak sudah cukup dididik. Moga kerja kuat-kuat ini sebagai ibadah. Moga mati husnul khatimah. Moga sempat taubat. Moga hati sentiasa lembut. Moga lidah sentiasa istighfar. Moga setiap kesibukan, menjadi ladang pahala yang boleh dituai di sana. Jauhi kami, dari tipu daya dunia. Ia sementara. Akhirat selamanya. Syurga. Atau neraka. Tiada tengah-tengah. Tak boleh nak duduk atas jambatan. Apa yang kita isi dari baligh sehingga nafas terakhir, akan menentukan nasib di sana. Sedekah jariah. Doa anak yang soleh. Ilmu yang dimanfaatkan. Itu penyambung amalan. Gambar hiasan: Teringat, ada driver ambulans hospital dulu. Dia pergi mari hantar pesakit kemalangan, serangan jantung berpuluh tahun. Suatu hari, dia pula kemalangan, meninggal bersama anaknya. Di hospital sama, zaman covid, jururawat muda meninggal dunia asbab covid stage 5, anaknya yang dia TTC lama, hidup - dibedah, lahir pramatang (CPR juga rasanya, syukur hidup). - Ya Allah, ampuni mereka, rahmatilah meraka. Mati itu begitu dekat. Setiap yang bernafas, pasti merasai mati. Cara mati tidak penting, Keadaan iman ketika mati juga bagaimana kehidupan lepas mati, itu jauh lebih penting. Jom share, Moga jadi bekalan.

photo content

photo content

Elaklah rasa selamat sekali pun kita sudah bersolat, berpuasa, bayar zakat, buat haji dan banyak lagi amalan lain. Ramai yang tertipu dengan amalan sendiri sehingga mudah-mudah memandang hina bahkan kutuk perli mereka yang dilihat tidak beramal. Mana buah akhlak hasil dari ibadah pengabdian diri kau tadi kalau sampai terbit daripada diri sendiri kata cela pada manusia lain? Penyelamat itu menyelamatkan jiwa manusia lain, bukan dibiar hanyut tanpa tangan yang membantu.