es
Feedback
MUTIARA KATA HIKMAH

MUTIARA KATA HIKMAH

Ir al canal en Telegram

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️❤️

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram MUTIARA KATA HIKMAH

El canal MUTIARA KATA HIKMAH (@mutiarakatamkh) en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 10 001 suscriptores, ocupando la posición 9 301 en la categoría Religión y espiritualidad y el puesto 3 700 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 10 001 suscriptores.

Según los últimos datos del 04 julio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de -2, y en las últimas 24 horas de -1, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 10.43%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 6.40% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 1 043 visualizaciones. En el primer día suele acumular 640 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 20.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞ Buatlah kebaikan selagi nyawa masih ada. Kehidupan di dunia hanya sementara dan amal kebaikanlah yang bakal menolongmu di akhirat kelak. Kita kesyurga dengan ihsan Allah❤️...

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 05 julio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Religión y espiritualidad.

10 001
Suscriptores
-124 horas
+17 días
-230 días
Archivo de publicaciones
photo content

Apa Maksud Sebenar “Qawwam”? Lelaki Perlu Tahu Ini Bila sebut ayat Quran tentang lelaki dan wanita, satu perkataan sering digunakan: “Qawwam” Masalahnya, ramai terus translate: “Lelaki berkuasa atas wanita.” Sedangkan… makna itu tak wujud pun dalam bahasa asal ayat itu. Qawwam bukan bermaksud boss. Bukan bermaksud authority. Bukan bermaksud control. Kalau kita jujur dengan bahasa Quran, qawwam sebenarnya datang dari makna: Berdiri. Bukan duduk. Bukan rehat. Bukan tunggu. Berdiri. Apa maksudnya? Lelaki itu mesti jadi orang yang: Sentiasa aktif dalam menjaga wanita Tidak pasif, tidak lepas tangan Sentiasa ada, bukan hilang bila susah Konsisten, bukan on-off ikut mood Qawwam juga bermaksud: 👉 Komited Bukan sekali dua, tapi berulang kali. Walaupun penat, walaupun tak dihargai. 👉 Menjaga & Melindungi Bukan sekadar fizikal, tapi emosi, keselamatan, maruah. 👉 Menjadi tempat sandaran Bila dunia dia runtuh, awak tak boleh runtuh sama. 👉 Kekal & Stabil Bukan jenis yang hari ini ada, esok hilang. 👉 Mengurus & Menanggung Termasuk tanggung nafkah, keperluan, dan kesejahteraan. Dan yang paling berat… Qawwam juga membawa makna: sentiasa menilai diri — adakah aku berlaku adil? Bukan sekali, tapi setiap kali. “Adakah aku adil tadi?” “Adakah aku melampau?” “Adakah aku zalim?” Berulang… dan berulang. Ini bukan definisi kuasa. Ini definisi amanah yang sangat berat. Sebab itu, Allah tak kata “lelaki patut jadi qawwam”. Allah kata lelaki itu memang qawwam. Maknanya… Awak tak boleh pilih. Awak dah berada dalam posisi itu, sama ada awak sedar atau tidak. Dan realiti yang pahit: Ramai lelaki hari ini nak tafsir ayat ini untuk jadi “ketua”. Tapi tak sanggup hidup sebagai “qawwam”. Sedangkan dalam Quran, qawwam bukan kelebihan. Ia adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan.

photo content

photo content

"Kita hidup atas bumi… tapi bukan milik kita." Kita berjalan di atas tanah setiap hari Bernafas tanpa henti Makan, minum, bekerja Seolah-olah semuanya milik kita Seolah-olah kita yang menguasai hidup ini Tapi Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah membuka mata kita dengan satu hakikat yang sangat jelas: "Kita berada di bumi bukan hak kita dan bukan ciptaan kita. Kita keluar dari perut ibu, tengok-tengok bumi sudah ada. Begitu juga ayah kita, ibu kita dan datuk nenek kita, semuanya celik mata tengok bumi sudah ada. Ini menunjukkan segala yang ada ini bukan dibuat oleh manusia. Buah-buahan, tanam-tanaman hatta sebutir beras pun tidak dibuat oleh manusia tetapi oleh Allah SWT. Ertinya kita hidup di bumi tuhan, makan tanaman yang diciptakan tuhan, hirup udara tuhan, adakah munasabah kita mahu lawan tuhan..?" Allahu… Kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa Dan kita hidup pun dengan bergantung sepenuhnya kepada apa yang Allah sediakan Tanah bukan kita punya Udara bukan kita punya Makanan pun bukan kita cipta Segalanya pinjaman Segalanya milik Allah Tapi yang peliknya kita masih berani melawan melanggar perintah menolak aturan Tuhan Seolah-olah kita ini pemilik segalanya Kalau kita sedar hakikat ini hati akan jadi lembut jiwa akan jadi tunduk dan hidup akan lebih mudah untuk taat Kita bukan tuan di bumi ini Kita hanya hamba yang sedang menumpang Semoga kita kembali sedar dan tidak sombong di atas bumi yang bukan milik kita

photo content

Perlu diingat, rumahtangga kita ini adalah madrasah tarbiah, yakni tempat belajar memperbaiki diri. Dari pemarah kepada penyabar. Dari bersikap kasar kepada lembut. Dari mementingkan diri kepada mengutamakan pasangan. Dari suka menuntut kepada belajar memberi. Dari cepat menghukum kepada memahami. Dari mudah tersinggung kepada mudah memaafkan. Dari ego yang tinggi kepada rendah hati. Dari banyak mengeluh kepada banyak bersyukur. Dari hanya memikirkan dunia kepada bersama-sama menuju akhirat. Hakikatnya, rumah tangga bukanlah tempat mencari pasangan yang sempurna, tetapi tempat dua insan yang tidak sempurna belajar memperbaiki diri kerana Allah. Kadang-kadang Allah tidak mengubah pasangan kita terlebih dahulu, tetapi Allah mahu mengubah hati kita melalui pasangan itu. Kerana ada sabar yang tidak akan lahir tanpa ujian, ada kasih sayang yang tidak akan tumbuh tanpa pengorbanan, dan ada kematangan yang tidak akan hadir tanpa kesusahan. Imam Hasan Al-Basri رحمه الله pernah berpesan: "Bukanlah baiknya akhlak itu membalas kebaikan dengan kebaikan, tetapi baiknya akhlak adalah memaafkan ketika disakiti dan bersabar ketika diuji." Dalam rumah tangga, kemenangan bukanlah apabila kita berjaya membuktikan bahawa kita betul. Tetapi apabila kita berjaya menjaga kasih sayang walaupun sedang berbeza pendapat. Kerana rumah tangga yang bahagia bukan rumah tangga yang tiada masalah, tetapi rumah tangga yang di dalamnya ada dua insan yang sentiasa belajar menjadi hamba Allah yang lebih baik. Ramai yang mampu mencintai ketika bahagia. Namun tidak ramai yang mampu tetap berbuat baik ketika sedang terluka. Sedangkan di situlah letaknya kematangan sebuah rumah tangga. Imam Al-Ghazali رحمه الله berkata: "Siapa yang bersabar atas akhlak buruk pasangannya, Allah akan memberinya pahala seperti pahala Nabi Ayyub عليه السلام atas kesabarannya." Rumah tangga bukan tempat mencari kesempurnaan. Tapi tempat belajar dan memperbaiki diri sendiri. Dari hari akad nikah sehingga ke liang lahad, rumahtangga sebenarnya adalah madrasah tarbiah yang lengkap... ia mengajar kita erti sabar, syukur, pengorbanan, reda dan cinta kerana Allah. - Abdullah Al Hafiz

photo content

Kadangkala sebelum Allah kurniakan bahagia, Allah hantar dahulu duka yang bertubi-tubi. Hingga kau sendiri lelah dan tak tertahan untuk menanggung segala kepahitan. Namun karna Tuhan itu tidak zalim, insan yang sabar harungi pahit di hari semalam akan diberikan ganjaran. Mungkin saja kau tetap tidak merasa bahgia di sini, tetapi ada janji Dia - bahawa setiap yang diuji di dunia akan diberi ganjaran. Derita atau bahgia. Masih dalam genggaman Tuhan. Cuma kita - tetaplah menjadi insan yang sabar dalam mengharungi ujianNya yang takkan pernah habis. Jika semalam kau sabar lalu rebah, hari ini masih punya ruang untuk kau bangkit dan melangkah. Yang tak pernah lelah memperjuangkan SyurgaNya, akan diberi seindah-indah kurniaan kelak. Sabar dan senyumlah, karna Tuhan sedang melihat kamu.

photo content

photo content

REDHA DENGAN KETETAPAN ALLAH Semakin cepat direlakan, semakin cepat ketenangan dihadirkan. Semakin segera diikhlaskan, semakin segera pula hati menjadi tenteram. Semakin cepat redha dengan ketetapan-NYA, semakin cepat menyelinap rasa bahagia. Semakin cepat dipasrahkan, semakin cepat juga Allah SWT bantu menguatkan. Membiarkan bukan bererti tanpa usaha, sabar pun termasuk usaha, memaafkan pun usaha, ikhlas dengan segera juga usaha.

photo content

Adab kunci keberkatan Ilmu Keilmuan diikat dengan Adab, tanpa adab , ilmu mudah hilang, sukar utk diamalkan malah merosakkan dirinya menjd keduniaan dan nafsu Yg paling dibimbangi nur ilmu yg ada pd dirinya hilang tika dlm sakratul maut Sistem keilmuan Islam yg tidak menekankan ADAB , lahir para ilmuan yg tidak miliki Adab,mrk mencela ilmu dan amalan para ulama terdahulu dgn melihat dirinya lebih alim dan benar drpd ulama muktabar dahulu.. Mengambil ilmu atau amalan tanpa Adab adalah pencuri, ada yg menyandar ilmu dan amal tersebut pd dirinya tanpa takzimkan Guru yg diambil ilmu dan amal tersebut Mrk tiada perolehi apa2 melainkan kerosakkan pd dirinya malah menjd sahabat syaitan. Mrk hanya mencari pujian diri dan mengikat manusia pdnya walaupun rohoni mrk tak mampu melimpah apa jua ilmu pd murid yg dipimpin Para murid yg ambil ilmu secara Adab dgn gurunya lebih jauh dapat kefahaman ilmu, kemanisan amal, perubahan akhlak dan Kedekatan dgn Allah dgn mrk yg ambil Ilmu tanpa Adab