cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

Больше
Рекламные посты
5 695
Подписчики
+1124 часа
+587 дней
+14730 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

9.09 KB
🤣 10 1😴 1
SELANGOR 15/06/2024. Lori muatan rim sukan kereta tersangkut pada palang jalan di Jalan Alam Sari ke Bangi Avenue, siang tadi. Sumber ➡️ media sosial #BabyMariaz #infokemalanganjenayahbencana @ikjbteam
Показать все...
3 CEDERA KEMALANGAN JALAN RAYA JALAN KG LUBUK PERIUK 14.06.2024 , 2.14 petang - Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Berang telah menerima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat Jalan Kg Lubuk Periuk, Kuala Berang. PBK II (KUP) Mohd Zahari bin Matdin selaku Komander operasi menyatakan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah Honda CRV yang melibatkan dua mangsa kecederaan dan sebuah Proton Saga melibatkan seorang lelaki dewasa cedera dan tersepit berkaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dengan menggunakan peralatan rescue. Mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut Kredit ➡️ JBPM TERENGGANU #BabyMariaz #infokemalanganjenayahbencana @ikjbteam
Показать все...
4 MANGSA SESAT DI HUTAN DIJUMPAI SELAMAT 15.06.2024 / 12.35 tgh hari - Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Nerus telah menerima panggilan kecemasan mangsa sesat di hutan di alamat Bukit Maras, Kuala Nerus PBK II Salim bin Mat Seman selaku Komander Operasi menyatakan didapati 4 orang mangsa telah sesat iaitu 2 lelaki dewasa dan 2 perempuan dewasa telah tersesat ketika mendaki Bukit Maras dan dijumpai selamat oleh anggota Bomba. Kredit ➡️ JBPM TERENGGANU #BabyMariaz #infokemalanganjenayahbencana @ikjbteam
Показать все...
00:20
Видео недоступноПоказать в Telegram
2.13 MB
2👍 1
PULAU PINANG 15/06/2024. Kemalangan maut melibatkan motosikal di Bukit Indera Muda, Kubang Semang. Tiada maklumat lanjut diperolehi berhubung dengan kejadian. Sumber ➡️ media sosial #BabyMariaz #infokemalanganjenayahbencana @ikjbteam
Показать все...
👏 1
Фото недоступноПоказать в Telegram
PELAJAR LELAKI DITEMUI LEMAS DI TASIK UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK. Kota Samarahan 15 Jun - Seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS ditemukan lemas di tasik dalam kampus di Kota Samarahan itu pagi tadi Menurut Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, mangsa Zoolfazairy Zaharen, 20 tahun terapung berada dalam tasik di Unimas dengan jarak 3 meter dari tebing bedekatan Jambatan Cinta. Laporan mengenainya telah diterima pada pukul 8.32 pagi tadi dan pihak anggota bomba bertindak dengan menarik mangsa ke tebing atas kebenaran pihak Polis untuk disahkan kematian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di tempat kejadian. Mayat mangsa di bawa oleh pihak Polis ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. Setelah memastikan keadaan  selamat dan terkawal, pasukan bomba seterusnya bertolak balik ke balai. Kejadian masih dalam siasatan polis. Wartawan: Firdaus Arasy Idris Gambar: PGO Bomba Sarawak Kredit ➡️ Berita RTM Sarawak #BabyMariaz #infokemalanganjenayahbencana @ikjbteam
Показать все...
👍 1