ru
Feedback
INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel

Закрытый канал

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel

Канал INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 11 249 подписчиков, занимая 17 244 место в категории Новости и СМИ и 3 295 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 11 249 подписчиков.

Согласно последним данным от 27 июля, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -214, а за последние 24 часа — -7, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 19.32%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 9.83% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 2 173 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 1 106 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 5.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 28 июля, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Новости и СМИ.

11 249
Подписчики
-724 часа
-457 дней
-21430 день
Архив постов
Lelaki ditemui maut dalam rumah berkunci 27 Julai 2026, 5:59pm Oleh: Zuliaty Zulkiffli BALING: Bau busuk yang berpunca dari sebuah rumah sewa di Kampung Bawah Gunung, di sini, hari ini membongkar penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia seorang diri. Difahamkan, bau busuk itu disedari rakan mangsa sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi bagi membantu membuka pintu rumah yang berkunci. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu rumah berkenaan. “Sebaik pintu dibuka, mayat seorang lelaki ditemukan dengan mangsa dikatakan sudah tidak hadir bekerja selama dua hari. “Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Artikel Buletin Tv3 #BuletinTV3

Berjaya Halau Rohingya Bermula Dengan Banner Save Malaysia From ROHINGYA #SaveMalaysiaFromRohingya Kuala Muda bermula dengan keberanian 5 orang anak muda yang menaikkan banner protes ke atas etnik Rohingya yang mendiami kampung mereka. Hasilnya, seramai 121 warga Rohingya dilaporkan telah meninggalkan 'singgahsana' mereka berhampiran Pasar Bisik, Kuala Muda, Penaga secara sukarela pada Ahad lalu. Menurut laporan, perpindahan itu berlaku susulan persaingan ekonomi dan pertambahan komuniti tersebut di kawasan berkenaan. Setiap komuniti berhak menyuarakan kebimbangan mereka melalui saluran yang aman dan mematuhi undang-undang. Pada masa yang sama, pihak berkuasa perlu memastikan isu berkaitan penempatan, keselamatan, dan kebajikan masyarakat setempat ditangani dengan adil serta berkesan - PSP #penduduk #kuala #muda #halau #usir #ancaman #ekonomi #nelayan #pasar #bisik #pulau #pinang #penang #island #warga #asing #pendatang #tanpa #izin #pelarian #myanmar #pati #rohingya #pengganas #ARSA #sindiket #kad #UNHCR #palsu

Pemandu sebabkan dua remaja maut positif dadah SAIFULLAH AHMAD 27 Jul 2026 9:58 am TELUK INTAN – Pemandu kereta yang dipercayai menyebabkan kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak di sini pada Ahad disahkan positif dadah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, perkara itu disahkan hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki tempatan berusia 28 tahun itu. Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis benzodiazepine dan disyaki memandu di bawah pengaruh bahan terlarang. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.35 petang apabila kereta dipandu suspek hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya. "Kereta itu kemudian melanggar sebuah motosikal, sebuah lagi kereta yang berada di hadapan serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, akibat kemalangan itu, dua remaja perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Katanya, pemandu kereta itu bersama kanak-kanak lelaki yang turut terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan berkaitan dadah dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya. Sehubungan itu, Chua meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. Terdahulu media melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Padang Tembak di sini petang semalam. Difahamkan mangsa yang maut dikenali Nur Dania Arissa, 17, dan Nur Atikah Abdullah, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia dan SMK Raja Muda Musa. #sinarharian

𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗺𝗮𝘂𝘁 𝗺𝗼𝘁𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗶𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 Oleh Zulhisham Isahak - 25 July 2026 PASIR GUDANG – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid/Jalan Pasir Gudang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 6.30 pagi yang melibatkan motosikal jenis Yamaha FZ150i(S) dengan teksi Proton Persona. “Siasatan mendapati teksi itu dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau. Tiba-tiba motosikal mangsa datang dari arah bertentangan membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah menyebabkan teksi tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa yang berusia 55 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Gudang manakala pemandu teksi pula yang berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette #malaysiagazette

Buli: Tiga pelajar ditahan belasah rakan sekolah gara-gara 'pandang' teman wanita AMPANG JAYA: Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah di Ampang Jaya kerana disyaki terbabit dalam kejadian membelasah rakan sekolah yang didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek pada Jumaat lalu. Kejadian itu tular selepas video berdurasi tiga minit 28 saat yang dipercayai dirakam seorang pelajar lain tersebar di media sosial sejak pagi Sabtu. Dalam rakaman video berkenaan, suspek dilihat mempersoalkan tindakan mangsa yang didakwa memandang teman wanitanya, namun mangsa menafikan dakwaan itu dengan menjelaskan perbuatan tersebut tidak disengajakan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 12.31 tengah hari Jumaat apabila mangsa yang berada di sebuah sekolah di Bandar Baru Ampang dibawa salah seorang suspek ke kawasan tangga Pangsapuri Sri Nilam di Bandar Baru Ampang. "Setibanya di lokasi, mangsa dipukul tiga pelajar lelaki. Mangsa ditampar pada muka dan ditendang berkali-kali sehingga terjatuh. "Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada dakwaan mangsa mengganggu teman wanita salah seorang suspek," katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Khairul Anuar berkata kejadian itu turut dirakam seorang pelajar sebelum video berkenaan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tular di media sosial. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan di bawah Seksyen 147 memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 507B membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda, atau kedua-duanya. Umavathi Ramayah 25/07/2026 | 18:45 MYT Artikel ➡️ Astro Awani #astroawani

Geng 'Double trouble' berjaya ditahan Petaling Jaya: Dua penjenayah tegar masing-masing memiliki 27 dan 24 rekod kesalahan lampau ditahan selepas dikejar sejauh 20 kilometer (km) apabila kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Sungai Pusu, Gombak. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dikesan di Persiaran Dagang, Sri Damansara, di sini lewat malam semalam. Menurutnya, anggota kereta peronda MPV daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Petaling Jaya mengesan kenderaan suspek dalam keadaan mencurigakan lalu mengarahkan suspek berhenti untuk pemeriksaan namun dua lelaki terbabit cuba melarikan diri ke arah Gombak "Kenderaan suspek dipandu secara berbahaya melalui beberapa laluan sebelum berjaya dikesan di kawasan Jalan Sungai Pusu, Gombak. "Semasa cubaan tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan mengundur kenderaan dan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri semula serta melanggar dua kenderaan awam yang diparkir di tepi jalan," katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu tular di media sosial beberapa gambar memaparkan sejumlah MPV polis di Jalan Sungai Pusu, di Gombak dikatakan menahan penjenayah yang melarikan diri awal pagi hari ini. Mengulas lanjut Shamsudin berkata, cubaan suspek meloloskan diri dengan memandu secara berbahaya bagaimanapun gagal apabila kedua-dua lelaki tempatan itu akhirnya berjaya ditahan awal pagi hari ini. Katanya, semakan rekod mendapati suspek pertama yang juga pemandu kenderaan memiliki 23 rekod berkaitan dadah, empat rekod jenayah dan satu rekod dikehendaki berkaitan kes dadah. Menurutnya, suspek kedua memiliki keseluruhan 24 rekod lampau membabitkan kesalahan dadah, jenayah dan lain-lain kesalahan tetapi tiada rekos dikehendaki. "Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu. Ujian urin sedang dijalankan. "Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat di media sosial dan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkenaan insiden ini. "Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," katanya. Disiarkan pada: Julai 25, 2026 @ 1:44pm Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil harisfadli@hmetro.com.my Artikel ➡️ Harian Metro #harianmetro

Kanak-kanak autistik maut terjatuh dari tingkap pangsapuri KUALA TERENGGANU: Ibu kepada kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun yang maut selepas dipercayai terjatuh dari inap desa di tingkat 13, Pangsapuri Ladang Tok Pelam, di sini tidak menyangka perasaan tidak sedap hati dialami menjadi petanda pemergian anaknya itu. Nor Azera Ismail, 36, dari Kampung Lepah, Pasir Puteh, Kelantan berkata sejak malam tadi dia berasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan anaknya, Nur Muazzah Aisyah memandangkan tingkap bilik tidur inap desa tersebut tidak mempunyai jeriji. Susulan itu, Nor Azera berkata dia dan suami Mubi Mat Husin, 38, bercadang untuk mendaftar keluar dan mencari penginapan lain yang lebih selamat pada pagi ini. "Saya bertolak dari Pasir Puteh, Kelantan selepas solat Jumaat dan tiba di inap desa kira-kira 9.30 malam. Sekitar 12 tengah malam tadi semasa nak tidur, dia dah cuba buka tingkap. Masa itu saya dah rasa tak sedap hati. "Saya cari sesuatu untuk pastikan keselamatan dia, tetapi tak jumpa tali. Akhirnya saya jumpa reben pada bunga telur dan ikat tangan kami berdua supaya sedar kalau dia bangun atau merayau ke mana-mana," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini. Nor Azera berkata kejadian tersebut berlaku dengan pantas kerana ketika bangun kira-kira 6 pagi tadi, anak ketiga daripada empat beradik itu masih tidur lena. Bagaimanapun, ketika sedang bersiap-siap di ruang tamu sekitar 7 pagi tadi dia dikejutkan dengan bunyi ketukan bertalu-talu dari arah pintu utama. "Ada penghuni lain yang datang tanya sama ada anak perempuan saya yang jatuh. Saya terus bergegas masuk bilik untuk periksa dan bila jenguk ke luar tingkap, saya dapati dia sudah terbaring di kawasan parkir kereta di bawah. "Saya terus panggil suami dan kami bergegas turun, hanya tuhan yang tahu betapa sedih dan hancurnya perasaan ini. Saya memang dah siap-siap kemas barang untuk keluar dari inap desa ini dan cari tempat lain, tinggal nak kejut anak bangun untuk keluar. Tak sangka jadi begini," katanya. Nor Azera berkata dia sepatutnya menghadiri seminar keusahawanan pada hari ini dan bercadang untuk pulang ke Kelantan pagi esok. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut. -- BERNAMA 25/07/2026 | 15:40 Artikel ➡️ BERNAMA

TERKINI | 24 Julai 2026 Seorang lelaki, Parthiban Al Ragu, mendakwa identiti serta gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak
+1
TERKINI | 24 Julai 2026 Seorang lelaki, Parthiban Al Ragu, mendakwa identiti serta gambarnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan akaun Facebook palsu yang memuat naik kandungan menghina agama Islam. Beliau menegaskan akaun dan semua hantaran tersebut bukan miliknya.

Lelaki Direman Empat Hari, Disyaki Muat Naik Hantaran Menghina Islam di Facebook JOHOR BAHRU, 25 Julai – Polis Johor menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun selepas disyaki terlibat memuat naik hantaran di Facebook yang mengandungi unsur hasutan serta menghina agama Islam. Ketua Polis Johor, CP Dato' Ab Rahaman Arsad berkata, pihak polis menerima satu laporan pada jam 12.38 pagi, 24 Julai 2026, daripada seorang lelaki tempatan berhubung satu hantaran tular di Facebook. Menurut beliau, semakan mendapati pemilik akaun Facebook "Fadzil Zahari" telah berkongsi beberapa gambar tangkap layar yang didakwa dimuat naik oleh pemilik akaun "Parthiban Ragu", mengandungi kata-kata bersifat menghina agama Islam serta ungkapan yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri berjaya menahan seorang lelaki tempatan sekitar Iskandar Puteri pada jam 1 pagi, 25 Julai 2026. Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. Polis turut merampas dua buah telefon bimbit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan. Suspek telah dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan dibenarkan direman selama empat hari bermula 25 Julai hingga 28 Julai 2026 bagi membantu siasatan lanjut. Polis Johor turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh atau membangkitkan isu berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman awam. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah diminta menyalurkannya kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Polis Johor di 019-2792095 atau Bilik Gerakan IPK Johor di 07-2212999.