INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA π²πΎ Channel
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen
Show moreπ Analytical overview of Telegram channel INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA π²πΎ Channel
Channel INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA π²πΎ Channel in the Malay language segment is an active participant. Currently, the community unites 10 988 subscribers, ranking 17 298 in the News & Media category and 3 303 in the Malaysia region.
π Audience metrics and dynamics
Since its creation on Π½Π΅Π²ΡΠ΄ΠΎΠΌΠΎ, the project has demonstrated rapid growth, gathering an audience of 10 988 subscribers.
According to the latest data from 06 September, 2026, the channel demonstrates stable activity. Although there has been a change in the number of participants by -201 over the last 30 days and by -10 over the last 24 hours, overall reach remains high.
- Verification status: Not verified
- Engagement rate (ER): The average audience engagement rate is 16.47%. Within the first 24 hours after publication, content typically collects 9.56% reactions from the total number of subscribers.
- Post reach: On average, each post receives 1 810 views. Within the first day, a publication typically gains 1 050 views.
- Reactions and interaction: The audience actively supports content: the average number of reactions per post is 5.
π Description and content policy
The author describes the resource as a platform for expressing subjective opinions:
βPERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...β
Thanks to the high frequency of updates (latest data received on 07 September, 2026), the channel maintains relevance and a high level of publication reach. Analytics show that the audience actively interacts with content, making it an important point of influence in the News & Media category.
Data loading in progress...
| Date | Subscriber Growth | Mentions | Channels | |
| 07 September | 0 | |||
| 06 September | 0 | |||
| 05 September | 0 | |||
| 04 September | 0 | |||
| 03 September | 0 | |||
| 02 September | 0 | |||
| 01 September | 0 |
| 2 | PERAK 07/09/2026.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan di Jalan Teluk Intan - Kampung Gajah.
Sumber β‘οΈ Media sosial | 27 |
| 3 | Rnr genting to Kuantan. Full road closure. Accident lorry. Just happened. Those traveling standby detour π
*INFO KEMALANGAN (E8 - LEBUHRAYA KUALA LUMPUR -KARAK)*
KLK: kemalangan di *KM 44.2 arah timur (Bukit Tinggi). | 1 |
| 4 | Polis Gujarat Memukul Tertuduh Kes Bunuh Isteri
Seorang lelaki dipercayai telah memukul isterinya hingga meninggal dunia di sebuah perhentian bas, pada waktu siang dan di hadapan orang ramai.
Suspek kemudiannya ditahan oleh pihak polis. | 600 |
| 5 | No text... | 626 |
| 6 | Dakwa motosikal dilanggar, lelaki ugut minta ganti rugi ditahan
TAUFIK SALIMIN
06 Sep 2026 10:07 pm
JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki mendakwa motosikalnya dilanggar sebelum mengugut seorang wanita untuk mendapatkan ganti rugi membawa padah apabila dia ditahan polis awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.20 pagi di Taman Universiti, Skudai.
Menurutnya, suspek kini direman selama empat hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan.
"Polis menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 30 tahun jam 12.49 tengah hari pada Jumaat," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki mengekori mangsa dengan menunggang motosikal sebelum didatangi seorang lagi lelaki.
Radin Ramlan berkata, kejadian berlaku jam 11.30 pagi selepas mangsa diekori lelaki bermotosikal di kawasan Taman Universiti, Skudai.
βSuspek meminta pengadu berhenti dan kemudiannya bertengkar sebelum seorang lagi lelaki tiba di lokasi berkenaan.
βWanita tersebut kemudiannya membunyikan hon kenderaan yang menyebabkan kedua-dua suspek melarikan diri,β katanya.
Beliau berkata, suspek mempunyai sembilan rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.
Katanya, polis turut merampas beberapa barangan bagi membantu siasatan.
βKes disiasat mengikut Seksyen 384 kerana melakukan pemerasan dan Seksyen 341 kerana melakukan halangan salah,β katanya lagi.
Beliau berkata, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang dipergiatkan
#sinarharian | 585 |
| 7 | No text... | 453 |
| 8 | Kebakaran kebun, lalang lebih 20 hektar di Pengerang
Oleh MASTURAH SURADI
6 September 2026, 10:11 pm
KOTA TINGGI β Dua kejadian kebakaran melibatkan kebun tanah gambut dan lalang melibatkan lebih 20 hektar tanah berlaku di Pengerang petang tadi.
Dalam kejadian di Kampung Sungai Buntu, Pengerang lebih 10 hektar tanah gambut sebuah kebun telah terbakar.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Shahrizal Aspar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 1.13 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.
Beliau berkata, sehingga kini, kira-kira 60 peratus atau 6.0705 hektar kawasan sudah berjaya dipadamkan, manakala baki kebakaran adalah kira-kira 4.0470 hektar.
βSetibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati benar berlaku kebakaran kebun bertanah gambut berkeluasan kira-kira 10.1175 hektar.
βPKO bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 335.28 meter dengan dua unit βbreechingβ dan tiga pancutan serta sumber air daripada tangki air Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Rengit,β katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, kebakaran lalang membabitkan kawasan seluas 17 hektar turut berlaku di belakang Perkuburan Cina, Bukit Pelali, Pengerang di sini petang tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Nur Aizat Ayub berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.08 petang.
Katanya, seramai 12 anggota bersama jentera FRT dan kenderaan utiliti dari BBP Sebana Cove serta BBP Punggai digerakkan ke lokasi kejadian.
βSetibanya PKO di tempat kejadian, didapati kebakaran melibatkan dua sektor iaitu Sektor A seluas 13 hektar dan Sektor B seluas empat hektar.
βPKO menjalankan operasi pemadaman di Sektor A menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 400 kaki dengan pam jentera.
βManakala di Sektor B, operasi menggunakan satu aliran salur bantu mula sepanjang 700 kaki dengan satu pancutan. Operasi pemadaman dijalankan sehingga selesai,β katanya.- KOSMO! ONLINE
#Kosmo | 484 |
| 9 | #Repost awie.mbr π₯
β’ β’ β’ β’ β’
ROHINGYA ajar anak pulak bawa kenderaan eletrik ! Sangat bahaya ya perangai dorang ni ! | 600 |
| 10 | No text... | 622 |
| 11 | Kanak-kanak dua tahun parah diserang lima anjing liar
06 September 2026, 3:30pm
Oleh: Alias Abd Rani
BATU PAHAT: Seorang nenek berdepan detik cemas apabila melihat cucunya, berusia dua tahun, terbaring dengan kepala dan muka berlumuran darah selepas dipercayai diserang lima ekor anjing liar.
Menurut Darlinda Darlis, cucunya Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi, 2, parah dipercayai digigit anjing liar di hadapan rumahnya di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, di sini, pagi semalam.
Kejadian dipercayai berlaku pada 7 pagi selepas kanak-kanak itu dihantar ibu bapanya ke rumahnya.
Menurut Darlina, 57, ia kali pertama Nur Haira tinggal bersamanya memandangkan cucunya itu lebih banyak bersama datuk sebelah bapanya yang tinggal tidak jauh dari situ.
βIbu bapa Nur Haira mahu ke Johor Bahru kerana urusan kerja, biasanya dia tinggal di sana (rumah datuk bapa) namun disebabkan abang dan kakaknya sudah lama di sini, dia mahu ikut sekali.
βSebelum kejadian, Nur Haira baring di sebelah abang dan kakaknya sambil minum susu, manakala saya bersiap untuk mandi.
βSelesai mandi, saya cari Nur Haira dan ternampak pintu rumah terbuka. Saya keluar dan terkejut melihat lima ekor anjing sedang menggigitnya.
βAnak saya terdengar jeritan itu lalu keluar menyelamatkan Nur Haira. Keadaan cucu cedera di kepala dan muka,β katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.
Darlinda berkata, dia bersama anaknya segera membawa Nur Haira ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sebelum dirawat di zon merah dan terpaksa ditidurkan.
βSaya tak boleh bayangkan keadaannya ketika itu, saya nampak mata dia terbuka namun tidak bercakap apa-apa. Saya hanya menangis sepanjang perjalanan ke hospital kerana tidak sanggup melihat keadaannya.
βTidak lama selepas itu, Nur Haira dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru memandang kecederaan dialaminya,β katanya.
Sementara itu, Darlinda berkata, anjing liar yang menyerang Nur Haira adalah haiwan ditinggalkan pemburu ketika memburu babi di kebun sawit berhampiran rumahnya.
βMereka (pemburu) menggunakan anjing ini, bila selesai memburu, mereka tinggalkan anjing di sini.
βKami sudah lama risau dengan anjing liar ini kerana ia semakin membiak,β katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian itu dan setakat ini siasatan dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
#BuletinTV3 | 603 |
| 12 | No text... | 504 |
| 13 | Ramai rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta
Kuala Lumpur: Letusan Anak Krakatau yang menyebabkan abu gunung berapi itu merebak ke beberapa bahagian di Indonesia, menjejaskan aktiviti penerbangan terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa, Soekarno-Hatta, Tangerang, Banten.
Sebahagian penumpang terdiri rakyat Malaysia dikesan sempat berkongsi kisah mereka terkandas ketika mahu menaiki penerbangan kembali ke tanah air.
Antaranya adalah pengguna media sosial Thread, dikenali sebagai Spritzerphilips, yang mendakwa terkandas di lapangan terbang antarabangsa berkenaan selepas dijadualkan menaiki penerbangan hari ini.
"Terkandas di indonesia tak dapat balik Malaysia, minta tolong embassy (Kedutaan Malaysia) dekat sini (Jakarta) pun katanya dorang pun tak boleh nak tolong.
"Nak cari hotel banyak yang dah full (penuh) aduh jem pala (kepala)," katanya.
Sejam kemudian, Spritzerphilips memaklumkan bahawa sudah mendapat tiket penerbangan pada Selasa hadapan.
"Hotel dah dapat, tiket (penerbangan) pun dah `reschedule' (penjadualan semula ) hari Selasa..kalau Selasa still cancel (masih dibatalkan) baru pergi ke Yogyakarta yang dicadangkan warga thread, thanks baru la boleh buat next plan kalau terkandas lagi," katanya.
Dalam perkongsian sama, beberapa pengguna thread turut mencadangkan Spritzerphilips mengambil inisiatif untuk menggunakan laluan darat menuju ke Yogjakarta atau Surabaya, untuk menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Muhamad Norshahrizal Norizan, memberitahu, dia dan keluarganya terkandas di Jakarta sejak dua hari lalu.
"Saya sekeluarga terkandas, dah 2 hari flight cancel...hari ini pun sama...doakan semua urusan kite sentiasa dipermudahkan...aaaminnn," katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Musfyrah Mansor, turut memaklumkan dia terkandas di lapangan terbang sama atas sebab penerbangannya dibatalkan pagi tadi.
Katanya, pada masa ini pihak syarikat penerbangan yang digunakannya memaklumkan jadual penerbangan akan diatur semula selepas keadaan benar-benar kembali pulih.
Disiarkan pada: September 6, 2026 @ 4:12pm
Safeek Affendy Razali
safeek@bh.com.my
Artikel β‘οΈ Harian Metro
#harianmetro | 513 |
| 14 | No text... | 505 |
| 15 | 'Anak saya sihat' - Bapa penuntut UiTM rebah ketika KKEC
T.N. Alagesh
am@hmetro.com.my
Temerloh: Ujian ketahanan yang sepatutnya menjadi rutin buat Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal bertukar tragedi apabila dia rebah ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC) di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka di sini pada 4 September lalu, sebelum disahkan meninggal dunia.
Pelajar berusia 21 tahun dari UiTM Kampus Seremban itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di Temerloh kira-kira 2 petang semalam.
Bapanya, Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, berkata, anaknya yang juga pelajar Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi menyertai cabaran berkenaan dalam dua edisi terdahulu dan berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara tahun ini.
"Anak saya sangat meminati bidang sukan dan telah membuat persiapan mencukupi untuk menyertai acara ini. Dia berjaya menamatkan cabaran pada dua edisi lalu, malah pasukannya menjadi antara pemenang pada tahun lepas.
"Saya dimaklumkan bahawa anak saya kelihatan lemah apabila semakin menghampiri garisan penamat dalam acara pada Jumaat dan hampir rebah sebelum dikejarkan ke fasiliti perubatan di UiTM Jengka," katanya ketika ditemui di Unit Forensik HOSHAS hari ini.
Fellimal berkata, kali terakhir dia berhubung dengan Fadhlan Fakhry adalah menerusi aplikasi WhatsApp kira-kira jam 6.55 petang pada 4 September dan anaknya berjanji untuk menelefonnya selepas selesai acara ketahanan berkenaan pada sebelah malam.
"Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM yang memaklumkan bahawa anak saya dibawa ke Hospital Jengka. Saya amat terkejut.
"Ketika saya dan isteri berbincang sama ada mahu bertolak ke Hospital Jengka, saya menerima satu lagi panggilan kira-kira tengah malam memaklumkan anak saya telah dipindahkan ke HOSHAS jadi kami terus bertolak dari Shah Alam dan tiba di sini kira-kira jam 3.30 pagi," katanya.
Fellimal berkata keluarganya dibenarkan melihat Fadhlan Fakhry dari jarak jauh di katilnya di zon merah, di mana mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan sedang dirawat akibat strok haba.
Fellimal yang turut membantu mengendalikan sebuah kelab ragbi komuniti berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Fadhlan Fakhry adalah semasa majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam pada 29 Ogos lalu.
"Kami mengambil banyak gambar pada majlis itu dan itulah kenangan terakhir saya serta isteri bersamanya. Dia berada di UiTM selama kira-kira seminggu untuk menjalani latihan dan perbarisan (kawat) sebelum bertolak dari Shah Alam ke UiTM Jengka pada 1 September.
"Anak saya baru sahaja menamatkan pengajian diploma selama tiga tahun dan merancang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun kejadian ini pula berlaku," katanya dengan nada sebak.
Selesai prosedur bedah siasat pada 2.30 pagi, jenazah Fadhlan Fakhry dibawa ke Masjid Denai Alam untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina.
Fadhlan Fakhry dipercayai mengalami masalah kesihatan berkaitan haba bersama lapan lagi peserta lain ketika KKEC pada 4 September lalu. Lapan pelajar lain berkenaan dimasukkan ke HOSHAS dan Hospital Jengka untuk menerima rawatan.
Disiarkan pada: September 6, 2026 @ 12:52pm
#harianmetro | 549 |
| 16 | JOHOR 06/09/2026.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Skudai, persimpangan ke Iskandar Puteri, Johor Bahru semalam.
Sumber β‘οΈ Media sosial | 633 |
| 17 | No text... | 635 |
| 18 | Himpunan mat rempit di Lebuh AMJ Melaka Sentral, 97 saman dikeluarkan
MELAKA β Polis mengeluarkan 97 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk terhadap sekumpulan penunggang motosikal yang tular disyaki terbabit kegiatan mat rempit di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas berkata, tindakan itu selepas pihaknya mengesan satu hantaran yang tular di Facebook berkaitan kegiatan mat rempit di sekitar Lebuh AMJ dekat Melaka Sentral menerusi video berdurasi 29 saat.
Menurutnya, polis turut menerima aduan awam berhubung kegiatan sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam aktiviti berkenaan kira-kira jam 3.10 pagi tadi.
βSusulan aduan tersebut, polis telah menjalankan kawalan dan pemantauan di lokasi sebelum polis membuat dua tangkapan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu secara melulu dan membahayakan.
βPolis turut menyita lapan motosikal sepanjang operasi yang dijalankan di kawasan lain sekitar daerah Melaka Tengah dan secara keseluruhannya, sebanyak 97 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi berkenaan,β katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis mengambil kira peningkatan aktiviti serta penganjuran pelbagai acara di negeri Melaka yang menarik kehadiran orang luar, sekali gus menyumbang kepada pertambahan aliran trafik dan penggunaan motosikal di beberapa lokasi tumpuan.
βSehubungan itu, pihak polis akan terus mempertingkatkan rondaan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan mat rempit serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,β katanya..
Halim berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan lumba haram, mat rempit atau sebarang kesalahan jalan raya diseru supaya menyalurkan maklumat kepada pihak polis melalui saluran yang disediakan. β MalaysiaGazette
Oleh Reza A Hamid - 6 September 2026
Artikel β‘οΈ Malaysia Gazette
#malaysiagazete | 582 |
| 19 | No text... | 553 |
| 20 | Polis siasat kanak-kanak 2 tahun dikasari di taska
TEMERLOH: Polis membuka kertas siasatan susulan tular di media sosial memaparkan rakaman video seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikasari pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) di Mentakab, di sini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial berkaitan kejadian berkenaan semalam.
Menurutnya, polis turut menerima laporan dibuat ibu kanak-kanak terbabit berusia 29 tahun, kira-kira jam 6 petang tadi.
"Ibu mangsa memaklumkan anak perempuannya berusia dua tahun dihantar ke pusat asuhan berkenaan.
"Pengadu mendakwa mangsa menerima layanan kasar pengasuh di taska itu," katanya dalam kenyataan, semalam.
Mohd Nasyim berkata, susulan laporan itu, kertas siasatan dibuka bagi mengenal pasti kejadian sebenar selain tindakan lanjut terhadap pihak terbabit.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Oleh Khirrul Nirwan Bahaudin
September 6, 2026 @ 1:06am
Artikel β‘οΈ Berita Harian
#beritaharian | 572 |
