cookie

Utilizamos cookies para mejorar tu experiencia de navegación. Al hacer clic en "Aceptar todo", aceptas el uso de cookies.

avatar

INFO/KEMALANGAN/JENAYAH/BENCANA 🇲🇾 Channel

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

Mostrar más
Malasia15 144El idioma no está especificadoNoticias y medios17 407
Publicaciones publicitarias
5 549
Suscriptores
+624 horas
+317 días
+41530 días

Carga de datos en curso...

Tasa de crecimiento de suscriptores

Carga de datos en curso...

00:35
Video unavailableShow in Telegram
PAHANG 17/05/2024. Kemalangan melibatkan kereta dan motosikal selepas simpang lampu isyarat Bukit Rangin, dekat Stesen Minyak Petronas sekitar jam 11.30 pagi tadi. Sumber ➡️ Warga Kuantan OFFICIAL #infokemalanganjenayahbencanamalaysia
Mostrar todo...
3👍 2
SEORANG PENDAKI MENGALAMI MASALAH LUTUT, TIDAK MAMPU TURUN GUNUNG KINABALU SENDIRIAN. 16.5.2024: JBPM Negeri Sabah menerima satu panggilan kecemasan pada jam 2.00 petang berkenaan bantuan menurunkan mangsa yang mengalami masalah sakit lutut di KM 3.8, Gunung Kinabalu, Sabah. Seramai 4 orang anggota Bomba daripada BBP Ranau telah digegaskan ke lokasi kejadian dan dibantu oleh  seorang malim gunung yang diketuai oleh Komander Operasi, PBB Jayrell Tony. Menurut laporan Komander Operasi, terdapat seorang pendaki wanita mengalami masalah lutut dan tidak dapat meneruskan lagi perjalanan turun dari gunung Kinabalu. Pasukan PBB MoSAR turut ke lokasi dan membawa mangsa turun dengan menggunakan kaedah piggy back carry. Mangsa berjaya diturunkan dan diserahkan kepada anggota Koktas di timpohon gate untuk dibawa ke Kinabalu Park HQ. Operasi tamat pada jam 4 petang. Kredit ➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia #infokemalanganjenayahbencanaMalaysia
Mostrar todo...
👍 1 1
Photo unavailableShow in Telegram
👍 2 1
SEORANG WARGA EMAS MAUT AKIBAT TERSEPIT KERETA. 16.5.2024: JBPM Negeri Johor telah menerima satu panggilan kecemasan pada jam 10.01 pagi mengenai sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di No.8 Jalan Cekor Manis, Taman Sri Amar, Johor. Seramai 5 orang anggota Bomba daripada BBP Tebrau telah digegaskan ke lokasi kejadian bersama 1 unit jentera FRT yang diketuai oleh Komander Operasi, PBK II KUP Hadi bin Mohamad. Komander Operasi melaporkan kemalangan jalan raya tersebut melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia telah mengundur ketika mangsa hendak membuka pintu pagar rumahnya. Mangsa yang berusia 67 tahun kemudiannya ditemui diantara kereta tersebut dan tembok rumah semasa pasukan Bomba tiba di sana. Mangsa kemudiannya diangkat menggunakan stretcher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan KKM. Mangsa diserahkan kepada pihak PDRM bagi tindakan selanjutnya. Kredit ➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia #i
Mostrar todo...
👍 1
3 BUAH LORI TERBALIK MENGHALANG LALUAN LEBUHRAYA, SEORANG MAUT 17.5.2024 : Pada jam 4.40 pagi, JBPM Perak menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya yang berlaku di KM 367.1 LebuhRaya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, Slim River, Perak. Seramai 13 orang anggota Bomba daripada BBP Slim River dan BBP Bidor telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima bersama dengan 2 buah jentera FRT dan 1 kenderaan unit EMRS. Menurut Pegawai Operasi, PBK II Mohd Zaimeer bin Zulkifli kemalangan tersebut melibatkan 3 buah lori 1 tan muatan telur ayam, lori 3 tan dan 10 tan muatan buah-buahan. Ketiga-tiga lori ini telah berlanggar dan terbalik merintangi dan menghalang sepenuhnya lebuh raya PLUS ke arah selatan. Anggota bomba berjaya menyelamat dan mengeluarkan mangsa dari 3 lori tersebut menggunakan peralatan menyelamat hidraulic . Mangsa dari lori 3 tan mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu lori  10 tan tidak mengalami sebarang kecederaan. Terdapat mangsa yang tersepit dari lori yang membawa muatan telur ayam. Namun, mangsa di sahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut. Kredit ➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia #infokemalanganjenayahbencanaMalaysia
Mostrar todo...
👍 1
2 LELAKI CEDERA TERLIBAT KEMALANGAN DI KAMPUNG SRI LALANG, JOHOR 16.5.2024: Pada jam 7.26 petang, JBPM Negeri Johor menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan di Kampung Sri Lalang, Johor. Pasukan Bomba daripada BBP Kluang seramai 8 orang anggota bergegas ke tempat kejadian menaiki jentera LFRT dan EMRS. Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Ridzuan Bin Mohamad Zait, kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi. Pemandu kereta Perodua Myvi telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum PKO sampai di lokasi, pemandu kereta Proton Wira telah tersepit. PKO bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas RTA dan memberikan rawatan awal seterusnya dihantar ke hospital dengan menaiki jentera EMRS. Kredit ➡️ Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia #infokemalanganjenayahbencanamalaysia
Mostrar todo...
2