cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

OFFICIAL KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 🇲🇾

Telegram rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat semua untuk semua.

Больше
Рекламные посты
28 208
Подписчики
+224 часа
-517 дней
-28730 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Isu kekurangan PPS di hospital daerah, KKM komited tangani segera PUTRAJAYA, 3 Mei- Satu mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan diadakan berhubung isu kekurangan Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital daerah. Baca lanjut : https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/isu-kekurangan-pps-di-hospital-daerah-kkm-komited-tangani-segera
Показать все...
Jangan risau, KKM pantau situasi cuaca panas Putrajaya: Orang ramai diminta tidak khuatir dengan cuaca panas yang melanda beberapa negeri ketika ini kerana situasi itu sentiasa dipantau rapat Kementerian Kesihatan (KKM), kata menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Baca lanjut : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1086418/jangan-risau-kkm-pantau-situasi-cuaca-panas
Показать все...
Hipoglisemia adalah apabila glukosa darah menurun ⏬ dibawah paras normal. Glukosa adalah satu sumber tenaga yang penting untuk badan, berasal darimakanan. ‼️Ketahui gejala-gejala dab cara untuk menguruskan Hipoglisemia.
Показать все...
👍 2
👍 2
Seramai 18 orang pegawai dan kakitangan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diraikan pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Ibu Pejabat KKM, hari ini. Pelancaran Buku Pelan Strategik Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) 2024-2028 juga telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan sebagai usaha mentransformasikan MDA ke arah operasi regulatori bertaraf antarabangsa. YB Menteri Kesihatan merakamkan penghargaan kepada seluruh warga MDA yang telah memberi komitmen dalam menjayakan penyusunan Pelan Strategik ini. Dalam ucapan, beliau berkata MDA sebagai badan kawal selia bertaraf dunia juga harus memainkan peranan sebagai pembimbing, pemangkin, pemudahcara dan seterusnya penasihat kepada bukan sahaja Kementerian, malah juga kepada seluruh pemain industri tempatan dan antarabangsa.
Показать все...
Penderma kumpulan darah A🩸diminta tampil dengan 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔 kerana stok bekalan darah SEMAKIN MENURUN. Permintaan darah bagi keperluan pesakit semakin meningkat. Ayuh! Jalankan tanggungjawab sosial anda hari ini ‼️ ⚠️ Sila layari laman sesawang www.pdn.gov.my untuk mengetahui jadual terkini aktiviti kutipan darah oleh PDN. 📌Anda juga boleh hadir menderma darah di 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗭𝗼𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟯 - 𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗱𝗶 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗡𝗶𝗯𝗼𝗻𝗴, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴.
Показать все...
👍 3 1
Inisiatif ini sejajar dengan matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memenuhi keperluan penjagaan kesihatan masyarakat berpendapatan rendah di negara ini. Turut hadir, YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, YB Puan Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan YBhg. Dato’ Dr. Colin Lee, Pengarah Urusan KL Wellness City Sdn. Bhd.
Показать все...
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perasmian Hospital 624 katil di KL Wellness City Gallery, Kuala Lumpur baru-baru ini. KL Wellness City (KLWC) telah melancarkan hospital tertiari utamanya melalui KL International Hospital (KLIH) Sdn. Bhd. Fasa pertama KLIH dijangka akan siap dibina sasaran pada suku kedua tahun 2026 dan dijangka akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun yang sama. KLIH disasarkan untuk menjadi hospital tertiari dengan 624 buah katil dan berpotensi mencecah sehingga 1,000 katil. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan terkini untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu. YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau menyatakan penghargaan kepada KLIH yang memperuntukkan sebanyak RM 2 juta bagi membiayai keperluan perubatan dan kesihatan komuniti B40 di Malaysia.
Показать все...
Jom kunjungi reruai 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗞𝗞𝗠) sempena Program 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗭𝗼𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗿𝗮‼️ Pelbagai aktiviti menarik dan perkhidmatan kesihatan 🩺 secara percuma menanti anda bermula 𝟯 - 𝟱 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 - 𝗔𝗵𝗮𝗱) di 𝗧𝗮𝗽𝗮𝗸 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗡𝗶𝗯𝗼𝗻𝗴, 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗶𝗻𝗮𝗻𝗴. Bawalah bersama seisi keluarga. ♥️ Jumpa anda di sana‼️
Показать все...
Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca HULU SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam. Baca lanjut : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-sampingan-vaksin-kkm-akan-dapatkan-penjelasan-astrazeneca-468870
Показать все...
👍 3 1😢 1