5 963
Подписчики
Нет данных24 часа
-257 дней
-3830 дней
Архив постов
Nasihat kaum sufi itu ibarat anak panah yang tepat mengenai hati. Tusukannya terasa pedih dan perit, namun bersabarlah dan terimalah. Kerana melalui kepedihan itu, penyakit-penyakit jiwa akan dikeluarkan dan hati kembali disucikan.
Dr UMAY
Majlis Maghfirah di Bsp 9 Okt 2026
*KULIAH PENGAJIAN BERKITAB BERSAMA USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (DR UMAY)*
_*Kuliah Online Pengajian Berkitab*_
📖 Tasawuf-Suatu Pengenalan Asas
🗓 Selasa, 6 Okt Sept 2026
💰 RM10 (bank-in/transfer ke akaun QQGemilang CIMB Islamic 8600464268)
⏰ 10.00 pg
👨🏻🏫 Ustaz Dr Muhammad Afif bin Yahya (Dr UMAY)
Link Google Meet akan dimaklumkan kepada pembayar yuran kuliah.
Sila hubungi Admin QQ Gemilang: 010-3103877 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat pembayaran. Terima kasih.
*Anjuran: QQ GEMILANG*
*MOHON SHARE*
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
📖 *HEBAHAN MAJLIS ILMU*
🕌 *Masjid Subang Bestari*
Jemputan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri majlis pengajian berikut:
Tarikh: *Isnin | 5 Okt 2026*
Masa: *9:30 - 11.00pagi*
*Kitab: Salik Perjalanan Menuju Kehambaan*
Penceramah: *Ustaz Dr Muhammad Afif bin Yahya (Dr UMAY)*
Tempat: *Dewan Solat Utama*
🕌 *Masjid Subang Bestari*
55, Jalan Nova U5/93
Subang Bestari, Shah Alam
Jom hadir majlis ilmu - pengisian rohani hati & jiwa.
*Moga Kita Semua Mendapat Keberkahan & Manfaat Daripada Pengisian Majlis & Ilmu Yang Disampaikan.*
*KULIAH MAGHRIB | SURAU AL-FURQAN PUTRAJAYA*
🗓 Ahad, 4 Oktober 2026
🕌 Surau Al-Furqan, Putrajaya.
🎙 Bersama Ustaz Dr. Muhammad Afif bin Yahya (Dr UMAY)
*MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR*
MOHON SHARE
💞 Mereka yang Tidak Membawa Akhlak Sufi
Oleh: Dr UMAY
Link Tiktok:
https://vt.tiktok.com/ZSbmQBFGW/
Boleh Share
𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗗𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧-𝗦𝗜𝗙𝗔𝗧 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗟𝗜𝗔
Kata Al Imam Syeikh Ali Jumu'ah: Para guru menyebut bahawa antara hadis yang pertama didengar daripada guru mereka, yang bersambung sanadnya sehingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ, ialah:
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ، ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Orang-orang yang bersifat dengan sifat pengasih, Allah سبحانه وتعالى akan merahmati mereka. Maka kamu semua kasihlah, limpahkanlah kasih sayang terhadap semua yang berada di atas muka bumi.
Para muhaddis menjadikan hadis ini antara hadis yang pertama mereka sampaikan kepada murid-murid mereka.
Ini kerana mengambil contoh daripada Kitabullah yang juga bermula dengan menyebut tentang rahmat, sifat rahmat Allah Taala.
Kenapakah sifat rahmah ini sangat penting?
Kerana daripada sifat rahmah inilah terpancar ataupun keluarnya cabang dan ranting-ranting yang lain daripada sifat-sifat yang mulia.
Dengan adanya sifat rahmah dalam hati, akan terpancar kasih sayang, sifat kasih dan cinta. Akan terkeluar daripadanya sifat pemurah, sifat tawaduk, merendah diri dan sebagainya.
Dan akan bercabang daripadanya juga perasaan ataupun sifat berterima kasih kepada sesama kita di kalangan manusia.
Rahmah ini adalah umum. Kepada orang Islam dan juga kepada orang bukan Islam. Kepada manusia dan juga kepada binatang.
RASULULLAH ﷺ DIUTUSKAN MEMBAWA RAHMAT
Kalau kita tengok, Allah Taala menjadikan sifat rahmah ini sebagai sifat yang awal dan sifat yang asasi bagi Baginda Rasulullah ﷺ.
Allah Taala berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Baginda Rasulullah ﷺ diutuskan sebagai rahmat kepada sekalian alam.
Inilah kunci untuk kita semua dapat mengikut, hendak tasyabbuh, hendak cuba mengikut langkah Baginda Nabi ﷺ.
Baginda diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia.
Kalau kita hendak melihat gambaran akhlak Rasulullah ﷺ, Sayyidatina ‘Aisyah رضي الله عنها menjawab:
كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
Akhlak Baginda itu adalah al-Quran.
Dr UMAY
23 Sept 2026
Pondok Moden Tahfiz Saadah Addaarain, Sijangkang
https://www.facebook.com/share/p/1EZcNxTCcd/
Alhamdulillah, Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026 yang membawa Bicara Tasawuf melalui Daurah al-Hikam telah menutup tirainya.
Enam hari menekuni hikmah Imam Ibn ‘Ata’illah al-Sakandari bersama para masyaikh dalam suasana talaqqi dan majlis ilmu yang penuh barakah.
Program yang amat baik dan perlu diteruskan agar ilmu tasawuf kembali dijiwai oleh masyarakat. Bukan sekadar dipelajari sebagai khazanah turath, tetapi dihayati sebagai ilmu yang mendidik hati, menyucikan jiwa, membina adab dan membawa seorang hamba menuju maqam ihsan.
Tasawuf merupakan antara ruh utama dakwah para leluhur dan ulama terdahulu di Alam Melayu. Mereka bukan sahaja menyampaikan hukum-hakam, bahkan membina umat melalui pendidikan hati, akhlak dan adab.
Hari ini, tasawuf semakin diperlukan sebagai ubat dan penawar bagi dunia moden yang berhadapan dengan krisis ruhani dan adab.
Kemajuan teknologi dan kebendaan tidak mampu mengisi kekosongan jiwa. Manusia boleh maju pada akal dan material, tetapi tetap memerlukan hati yang hidup dan mengenal Allah.
Daurah ini juga mengingatkan kita akan nilai talaqqi, sanad dan keberkatan bersuhbah dengan para ulama. Apabila tirainya berlabuh, yang tinggal bukan sahaja catatan ilmu, tetapi juga kerinduan kepada suasana majlis ilmu.
Semoga ilmu yang diperoleh terus dihidupkan dengan amal, disuburkan dalam hati dan dihiasi dengan adab.
Dr UMAY
25 Sept 2026
https://www.facebook.com/share/p/1DcV9mSUH7/
Belajar kitab bersama Dr. UMAY secara sistematik dari rumah.
Sertai Pengajian Kitab & Pengijazahan bersama Ustaz Dr. Muhammad Afif Yahya (Dr. Umay) bermula September 2026 ini.
Pengajian ini akan merangkumi:
✔️ Tauhid
✔️ Fekah
✔️ Tasawwuf
✔️ Hadis
✔️ Sirah
✅ Online
✅ Rakaman kelas dan nota disediakan
✅ Nota lengkap
✅ 4 sesi setiap bulan dan setiap sesi adalah 2 jam
✅ Hanya RM120 sebulan
Sesuai untuk mereka yang ingin mendalami ilmu agama secara konsisten walaupun sibuk bekerja.
📲 Berminat? WhatsApp sekarang:
019-310 2120 (Kak Ngah Aini)
Atau tekan link ini untuk pendaftaran terus: https://ezy.la/PengajianKitabBulananDrUMAY
Waktu dan hari kelas akan dimaklumkan dalam group whatsapp.
*DAURAH KITAB SAYYIDUNA MUHAMMAD SAW SYARIAT DAN HAKIKAT KARYA WALID IBRAHIM AL MALIK SESI KE 13
*Bersama:*
USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (UMAY)
*TARIKH* : 24 SEPT 2026
*HARI* : KHAMIS
*MASA* : 9.30 PG- 11.30 PG
*TEMPAT:*
TERATAK AL AMIN
363,LORONG 2/4, TAMAN ALAMANDA, SENAWANG
📍https://maps.app.goo.gl/YjsfwndeBmTmNA8s7?g_st=aw
*Sebarang pertanyaan*
Hubungi :
Along Salina 0193714073
Ateh Rozie 0182023928
‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️‼️
*MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR DAN MOHON SEBARKAN*
Alhamdulillah, berkesempatan turun ke utara menghadiri perasmian Kompleks Nuruddin Zawiyah Nasiriyyah dibawah bimbingan Syeikh Nazrul Nasir dan Majlis Kajian Tasawuf Akbar dan syarahan kitab bersama Syeikh al-‘Allamah Prof. Dr. Ali Jumu‘ah حفظه الله di Zawiyah Nasiriyyah, Pedu, Kedah.
Kitab yang disyarahkan ialah Haus Pedoman pada menafsirkan Qasidah al-Ghauth Abi Madyan, terjemahan Syeikh Mohd Nazrul Abd Nasir.
Kitab yang menghimpunkan bait-bait indah qasidah tasawuf karya al-‘Arif Billah al-Ghauth Sidi Abu Madyan رحمه الله.
Antara secebis catatan dan mutiara ilmu yang sempat saya nukilkan daripada syarahan Syeikh pada majlis ini:
SIAPAKAH FUQARA’?
Sidi Abu Madyan رحمه الله berkata:
مَا لَذَّةُ الْعَيْشِ إِلَّا صُحْبَةُ الْفُقَرَا
هُمُ السَّلَاطِينُ وَالسَّادَاتُ وَالْأُمَرَا
“Tidak ada kelazatan hidup melainkan bersuhbah dengan para fuqara’. Mereka itulah para sultan, penghulu dan umara’.”
Syeikh menjelaskan bahawa fuqara’ yang dimaksudkan bukan semata-mata orang yang berhajat kepada harta, tetapi mereka yang sentiasa berhajat kepada Allah سبحانه وتعالى.
Boleh jadi seseorang itu mempunyai harta, tetapi hartanya hanya berada di tangannya, bukan di dalam hatinya.
Hatinya tetap bergantung kepada Allah dan sentiasa berhajat kepada-Nya.
Syeikh menyebut, siapa yang dunia berada di tangannya tetapi tidak berada di dalam hatinya, maka dia sebenarnya memiliki kemuliaan dan kekuasaan terhadap dunia, dunia tidak menguasainya.
Inilah fuqara’ yang dimaksudkan dalam perjalanan kepada Allah.
SUHBAH DENGAN FUQARA’ DAN PARA MASYAIKH
Setelah menyebut kelebihan fuqara’, Sidi Abu Madyan berkata:
فَاصْحَبْهُمُ وَتَأَدَّبْ فِي مَجَالِسِهِمْ
“Maka bersuhbahlah dengan mereka dan beradablah dalam majlis mereka.”
Apabila kita berhimpun bersama-sama mereka, terhasil hubungan kasih mengasihani sesama kita.
Sebab itu kelazatan hidup yang dimaksudkan bukan pada makanan dan pakaian, tetapi antaranya pada bersahabat dan berhimpun bersama para fuqara’.
Suhbah ini pula mesti disertai dengan adab. Syeikh mengaitkannya dengan akhlak rahmah: memuliakan orang yang lebih tua, menyayangi yang muda dan berkhidmat kepada sesama mereka.
Kemudian Sidi Abu Madyan mengingatkan:
وَخَلِّ حَظَّكَ...
Tinggalkan hazz atau bahagian nafsumu.
Walaupun mereka meletakkan engkau di hadapan, jangan nafsu mengambil bahagiannya daripada kedudukan tersebut. Biarkan diri sentiasa berada dalam keadaan khidmat kepada guru.
HADIR BERSAMA MEREKA - BARAKAH ITU BAGI YANG HADIR
Sidi Abu Madyan seterusnya berkata:
وَاسْتَغْنِمِ الْوَقْتَ وَاحْضُرْ دَائِمًا مَعَهُمْ
وَاعْلَمْ بِأَنَّ الرِّضَا يَخْتَصُّ مَنْ حَضَرَا
Ambillah peluang daripada waktu dan hadirlah sentiasa bersama mereka.
Syeikh menekankan perkataan احضر - hadirlah.
Jangan kita menyangka kalau kita hanya berada di rumah, barakah yang sama akan sampai kepada kita. Ada barakah yang Allah khususkan kepada tempat tertentu, masa tertentu dan orang yang hadir.
Sebab itu hadir bersama para masyaikh juga membawa maksud meninggalkan sifat bermalasan.
Rasulullah ﷺ sendiri memohon perlindungan:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
Daripada sifat lemah dan malas.
Maka ambillah peluang untuk hadir. Jangan sia-siakan waktu yang Allah berikan.
Alhamdulillah, satu lagi kesempatan berada dalam majlis ilmu dan mengambil manfaat daripada kalam serta bimbingan para masyaikh.
Dr UMAY
22 September 2026
Zawiyah Nasiriyyah Pedu Kedah
https://www.facebook.com/share/r/1ErtTnpQff/
Bersama al-‘Allāmah al-Imam Syeikh Dr. Ali Juma‘ah, hafizahullāhu ta‘ālā.
