ar
Feedback
Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)

الذهاب إلى القناة على Telegram
5 939
المشتركون
-224 ساعات
-37 أيام
-430 أيام
أرشيف المشاركات
*[MAJLIS MAGHFIRAH & MUZAKARAH TAUHID SUFI]* Bersama: Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (UMAY) Tarikh: 16 Jun 2026 Hari : Selasa M
*[MAJLIS MAGHFIRAH & MUZAKARAH TAUHID SUFI]* Bersama: Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (UMAY) Tarikh: 16 Jun 2026 Hari : Selasa Masa: 11.00 pagi - 12.30 T/Hari Alamat: No. 11 Jalan Jati 3/6 Seksyen 3 Shah Alam. Hubungi: 017-3366720 (Kak Zuraidah) *DIJEMPUT HADIR, SILA SHARE*

*KULIAH PENGAJIAN BERKITAB BERSAMA USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (DR UMAY)* _*Kuliah Online Pengajian Berkitab*_ 📖 Tasawuf-Su
*KULIAH PENGAJIAN BERKITAB BERSAMA USTAZ DR MUHAMMAD AFIF YAHYA (DR UMAY)* _*Kuliah Online Pengajian Berkitab*_ 📖 Tasawuf-Suatu Pengenalan Asas 🗓 Selasa, 15 Jun 2026 💰 RM10 (bank-in/transfer ke akaun QQGemilang CIMB Islamic 8600464268) ⏰ 10.00 pg 👨🏻‍🏫 Ustaz Dr Muhammad Afif bin Yahya (Dr UMAY) Link Google Meet akan dimaklumkan kepada pembayar yuran kuliah. Sila hubungi Admin QQ Gemilang: 01156893877 untuk sebarang pertanyaan atau maklumat pembayaran. Terima kasih. *Anjuran: QQ GEMILANG* *MOHON SHARE*

Alhamdulillah, berkesempatan hadir bersama Baba Idris dalam Majlis Bedah Kitab Mustajaddat Fiqh al-Da‘wah ila Allah fi al-Marhalah al-Mu‘asirah karya Al Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Masyhur. Program ini diadakan bersempena Haul Al Habib Abu Bakar Al-Adeni bin Ali Masyhur sebagai usaha menghidupkan legasi ilmu, dakwah dan tarbiah yang telah beliau tinggalkan kepada umat. Tahniah dan penghargaan kepada Sidi Ustaz Muhammad Saeed serta seluruh jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program yang penuh manfaat ini. Semoga Allah SWT kurniakan keberkatan kepada para penganjur dan peserta, serta menghimpunkan kita bersama para salihin di dunia dan akhirat. Aamiin. Dr UMAY 13 Jun 2026 Yayasan Restu Shah Alam. https://www.facebook.com/share/p/1A41EbAorQ/

photo content
+2

photo content
+9

Alhamdulillah, semalam telah berlangsung Muzakarah Tauhid Sufi: Kebangkitan Peradaban Timur di Akademi Pengajian Sri Petaling, Kuala Lumpur. Dalam sesi pertama, saya berkongsi tentang bagaimana tasawuf memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan awal peradaban Nusantara. Dakwah para ulama terdahulu bukan sekadar menyampaikan ilmu, bahkan mendidik hati, membina akhlak dan melahirkan masyarakat yang berteraskan tauhid, adab serta pemikiran yang dipandu oleh wahyu. Dalam sesi kedua, Baba Long Idris menekankan bahawa tauhid merupakan asas kepada pembinaan insan. Apabila hati benar-benar mengenal Allah SWT, akan lahirlah adab yang mulia, akhlak yang terpuji dan jiwa yang bersih. Daripada insan yang baik, terbinalah masyarakat yang baik, seterusnya melahirkan sebuah peradaban yang sejahtera. Hakikatnya, kebangkitan sesuatu peradaban tidak bermula dengan pembangunan fizikal semata-mata, tetapi bermula dengan kebangkitan jiwa. Apabila tauhid diperkukuhkan dan tasawuf difahami serta diamalkan dengan benar, akan lahirlah insan yang berilmu, beradab dan mampu memimpin pembinaan tamadun. Terima kasih khususnya kepada pihak Akademi Pengajian Sri Petaling atas jemputan, layanan dan khidmat yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang dilakukan dalam mendidik generasi umat dan membangunkan peradaban yang berteraskan iman, ilmu dan ihsan. Dr UMAY https://www.facebook.com/share/p/1JQvVTa8wE/ Blh share

photo content
+4

📖 *HEBAHAN MAJLIS ILMU* 🕌 *Masjid Subang Bestari* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم Jemputan terbuka kepada semua muslimi
📖 *HEBAHAN MAJLIS ILMU* 🕌 *Masjid Subang Bestari* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم Jemputan terbuka kepada semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri majlis pengajian berikut: Tarikh: *Isnin | 15 Jun 2026* Masa: *9:30 - 11.00pagi* *Kitab: Salik Perjalanan Menuju Kehambaan* Penceramah: *Ustaz Dr Muhammad Afif bin Yahya (Dr UMAY)* Tempat: *Dewan Solat Utama* 🕌 *Masjid Subang Bestari* 55, Jalan Nova U5/93 Subang Bestari, Shah Alam Jom hadir majlis ilmu - pengisian rohani hati & jiwa. *Moga Kita Semua Mendapat Keberkahan & Manfaat Daripada Pengisian Majlis & Ilmu Yang Disampaikan.*

Maka jalan makrifat bukanlah untuk mengetahui hakikat Zat Allah, tetapi untuk mengenal kebesaran-Nya, menyaksikan kelemahan diri, dan menyerahkan seluruh pergantungan hati hanya kepada Allah Yang Maha Qadim dan Maha Baqa'. ------------------------- 👤Disampaikan oleh Dr Ust Muhammad Afif Yahya ( Dr UMAY) 📆 12 Jun 2026

*📙Pengajian Kitab Kunci Perbendaharaan Makrifat* _Karya Walid Ibrahim Al Malik_ 🍃Wujud Allah Berbeza Dengan Wujud Makhluk* Wujud Allah SWT sama sekali berbeza dengan wujud makhluk. Seluruh makhluk pada asalnya tiada, kemudian diadakan oleh Allah SWT. Oleh sebab itu, kewujudan makhluk bersifat baharu dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Adapun Allah SWT bersifat Qadim, iaitu kewujudan-Nya tidak mempunyai permulaan. Allah juga bersifat Baqa', yakni kekal selama-lamanya tanpa kesudahan dan tanpa binasa. Allah SWT berfirman: هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ "Dialah Yang Awal, Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin." Bagi ahli makrifat, segala yang baharu hanyalah tempat tajalli bagi kewujudan, asma' dan sifat Allah SWT. Mereka memandang bahawa seluruh makhluk adalah tanda-tanda yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Apabila seorang salik memahami bahawa seluruh makhluk akan binasa, maka hilanglah pergantungan hatinya kepada makhluk. Hatinya akan beralih kepada Allah SWT yang Maha Kekal. Jika engkau mengetahui bahawa segala makhluk akan binasa, maka alihkanlah hatimu daripada yang binasa kepada Yang Maha Kekal. Abu Yazid al-Bustami rahimahullah pernah berpesan: "Lenyapkan makhluk dalam hatimu, dan kekalkan Allah dalam hatimu." Inilah hakikat tauhid yang mendidik hati supaya bergantung hanya kepada Allah SWT. Allah SWT berfirman: لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ۝ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ "Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya." *Wujud Allah SWT bersifat:* لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ "Tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya." Oleh itu, Allah tidak dapat dicapai oleh khayalan, gambaran atau pemikiran manusia. Segala sesuatu yang dapat dibayangkan oleh akal dan khayalan adalah makhluk, sedangkan Allah SWT Maha Suci daripada segala persamaan dengan makhluk. Allah tidak terikat dengan masa, ruang dan tempat. *🍃Jalan Menuju Makrifat* Perjalanan makrifat bukan bertujuan menghadirkan gambaran tentang Allah dalam fikiran. Sebaliknya, ia adalah perjalanan membersihkan hati melalui zikir, mujahadah dan tazkiyah al-nafs sehingga lahir muraqabah, iaitu kesedaran bahawa diri sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Apabila hati semakin bersih, Allah akan membuka pintu makrifat dan memperkenalkan hamba kepada kebesaran-Nya mengikut kadar yang dikehendaki-Nya. Sebab itu, amalan yang sedikit tetapi membersihkan hati lebih bernilai daripada amalan yang banyak namun masih melahirkan kesombongan, ujub, rasa memiliki dan bersandar kepada diri sendiri. Maka seorang salik hendaklah melalui tiga proses utama: *1. Takhalli* Mengosongkan diri daripada sifat-sifat mazmumah seperti riya', ujub, takabbur, hasad dan cinta dunia. *2. Tahalli* Menghias diri dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, tawaduk, sabar, syukur, reda dan mahabbah kepada Allah. *3. Tajalli* Apabila hati telah bersih, tersingkaplah cahaya petunjuk dan makrifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. *🍃Siapakah Orang Yang Benar-Benar Alim?* Menurut tafsiran para ulama, orang yang benar-benar alim ialah para arif billah, iaitu mereka yang mengenal Allah melalui jalan penyucian jiwa dan mujahadah. Mengenal Allah bukan semata-mata melalui pembacaan dan perbahasan akal, tetapi dengan berjalan menuju Allah melalui tazkiyah al-nafs, mujahadah dan istiqamah sehingga Allah sendiri membuka pintu pengenalan kepada-Nya. Apabila seseorang dikurniakan makrifatullah, dia akan semakin menyedari kelemahan, kefakiran dan ketidakupayaannya di hadapan Allah SWT. Imam al-Ghazali rahimahullah menjelaskan bahawa, " kemuncak makrifat ialah apabila seseorang mengakui bahawa dirinya tidak mampu mencapai hakikat Zat Allah SWT." Allah SWT berfirman: لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ "Penglihatan tidak dapat mencapai-Nya, sedangkan Dia mencapai segala penglihatan." (Surah al-An'am: 103) Rasulullah SAW bersabda: تفكروا في خلق الله ولا تفكروا في ذات الله "Berfikirlah tentang makhluk ciptaan Allah dan jangan kamu memikirkan tentang Zat Allah."

photo content
+3

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan mengiringi Abuya Amran Waliy dan rombongan menghantar kepulangan beliau ke Aceh di
Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan mengiringi Abuya Amran Waliy dan rombongan menghantar kepulangan beliau ke Aceh di lapangan terbang KLIA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan Abuya kekuatan, kesihatan yang baik serta memelihara beliau dalam rahmat-Nya. Dr UMAY 12 Jun KLIA2

مَنْ دَلَّكَ عَلَى اللهِ فَقَدْ أَحَبَّكَ، وَمَنْ قَرَّبَكَ مِنَ اللهِ فَقَدْ أَكْرَمَكَ "Sesiapa yang menunjukkan jalanmu kepada Allah, maka dia telah mencintaimu. Dan sesiapa yang mendekatkanmu kepada Allah, maka dia telah memuliakanmu." Semoga Allah SWT memanjangkan umur serta mengurniakan kesihatan yang baik kepada Sidi Syeikh Rohimuddin Nawawi Al-Bantani dan Sidi Syeikh Sultan Mujahid Al-Azhari. Dr UMAY 12 Jun 2026 PMNI https://www.facebook.com/share/p/17vRisfSWB/

photo content
+2

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi Tuan Guru Syeikh Abdullah bin Ridhuan Lubis Al-Mandili Al-Makki dan mengambil keberkatan daripada seorang alim yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan ilmu serta membimbing umat. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, keberkatan umur serta memanjangkan manfaat ilmunya kepada umat. Semoga Allah memelihara dan memberkati Tuan Guru dalam segala keadaan. Dr UMAY 11 Jun 2026

photo content
+3

*[Majlis Maghfirah & Pengajian Kitab Kunci Perbendaharaan Makrifat karya Walid Al Malik]* Bersama: Ustaz Dr Muhammad Afif Yah
*[Majlis Maghfirah & Pengajian Kitab Kunci Perbendaharaan Makrifat karya Walid Al Malik]* Bersama: Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY) Hari: Jumaat Tarikh: 12 Jun 2026 Masa : 9 malam Tempat: Pejabat Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara, No 5/1 Jalan Sp 5/5 Bandar Saujana Putra Jenjarom Selangor. https://maps.app.goo.gl/JV77D3u5xShXzGGk7 *Muslimin dan muslimat menyelami Dijemput hadir.* Boleh Share

Dalam pengajian Kitab Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dan Minhaj al-'Abidin karya Imam al-Ghazali, Baba Ahmad Ridoudin menyentuh satu persoalan yang sering menjadi kemusykilan: "Mengapa orang berilmu tetapi masih melakukan maksiat?" Para ulama memberikan beberapa jawapan: 1. Mungkin dia sebenarnya belum benar-benar menjadi ulama. 2. Ketika dia melakukan maksiat tersebut, Allah mengangkat keberkatan ilmunya. 3. Kerana dia belum sampai kepada maqam 'Alim Billah ataupun 'Arif Billah. Hakikat seorang ulama bukan sekadar mengetahui banyak hukum dan memiliki keluasan ilmu, tetapi yang lebih utama ialah mengenal Allah SWT. Semakin mendalam makrifat seseorang kepada Allah, semakin besar rasa takut, cinta dan pengabdiannya kepada-Nya. Ilmu yang tidak membawa seseorang kepada Allah hanyalah maklumat. Adapun ilmu yang melahirkan makrifat, itulah ilmu yang menghidupkan hati dan membimbing pemiliknya menuju keredaan Allah SWT. "Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, tetapi ilmu ialah cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati." (ليس العلم بكثرة الرواية ولكن العلم نور يقذفه الله في القلب) Dr UMAY 10 Jun Pulau Pinang https://www.facebook.com/share/p/1FuGZhpeSk/

Alhamdulillah, malam ini berpeluang duduk menadah ilmu bersama Tuan Guru Baba Ahmad Ridhouddin. Pembacaan kitab Penawar Bagi
Alhamdulillah, malam ini berpeluang duduk menadah ilmu bersama Tuan Guru Baba Ahmad Ridhouddin. Pembacaan kitab Penawar Bagi Hati karya Syeikh Abdul Qadir al-Mandili dan Minhajul 'Abidin karya Imam al-Ghazali. Didik hati mencintai ilmu dan memuliakan ulama, di situlah letaknya keberkatan. Dr UMAY 10 Jun 2026

Menziarahi maqam Al-'Allamah Tuan Guru Omar Zuhdi, guru kepada almarhum Tuan Guru Abu Bakar Omar Belantik. Beliau merupakan a
Menziarahi maqam Al-'Allamah Tuan Guru Omar Zuhdi, guru kepada almarhum Tuan Guru Abu Bakar Omar Belantik. Beliau merupakan antara tokoh ulama yang banyak melahirkan dan membimbing generasi ulama Rabbani. Dari madrasah tarbiahnya, lahir ramai murid yang kemudiannya meneruskan perjuangan ilmu, dakwah dan pendidikan umat. Dr UMAY 10 Jun Parit Panjang Baling Kedah