Muhammad Afif Yahya (Dr. UMAY)
Kanalga Telegram’da o‘tish
Ko'proq ko'rsatish
6 001
Obunachilar
Ma'lumot yo'q24 soatlar
-57 kun
+7330 kun
Postlar arxiv
Banyak perkara kita dapat belajar apabila duduk bersama guru dan para masyaikh.
Selagi Allah beri umur dan kesempatan, niatlah untuk terus belajar dan berkhidmat kepada mereka sekadar yang termampu.
أُحِبُّ الصَّالِحِينَ وَلَسْتُ مِنْهُمْ
لَعَلِّي أَنْ أَنَالَ بِهِمْ شَفَاعَهْ
“Aku mencintai orang-orang soleh, walaupun aku bukan daripada kalangan mereka. Mudah-mudahan dengan sebab mereka, aku memperoleh syafaat.”
Semoga Allah terus beri peluang untuk kita bersama orang-orang soleh, mengambil manfaat daripada ilmu dan akhlak mereka, serta menghabiskan sebahagian usia ini dalam jalan ilmu dan khidmat kepada guru dan para masyaikh.
Dr UMAY
Alhamdulillah, dari jam 11 pagi tadi berada di Masjid Negara mengikuti Daurah Kitab
شَمَائِلُ الْحَبِيبِ الْمُصْطَفَى ﷺ
Syamā’il al-Ḥabīb al-Muṣṭafā ﷺ
bersama al-Musnid al-‘Allāmah Syeikh Muhammad Abu Huda al-Ya‘qubi.
Insya-Allah daurah berlangsung sehingga khatam pada malam ini.
Dr UMAY
7 Sept 2026
Masjid Negara Kuala Lumpur
*SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ .*
Bersama:
Ustaz Dr Muhammad Afif Yahya (Dr UMAY)
📅 Tarikh: 8 September 2026 | Selasa malam Rabu
🕰 Masa: Selepas Solat Maghrib
📍 Tempat: Masjid Qaryah Tangkoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Tajuk:
“Amalan Menjemput Jiwa yang Tenang, Kembali dalam Keadaan Redha dan Diredhai.”
Dijemput seluruh ahli keluarga, para muhibbin serta masyarakat sekitar untuk hadir bersama-sama.
Cintakan Rasul ﷺ, hidupkan sunnah.
*MOHON SHARE*
Alhamdulillah, malam tadi diberikan kesempatan berkhidmat kepada Tuan Guru Baba Ahmad Ridoudin bin Tuan Guru Haji Abd Wahab dan Syeikh Prof. Dr. Mustafa Abu Zaid al-Azhari, tokoh ulama Mesir serta pensyarah Fakulti Hadis, Universiti al-Azhar al-Syarif.
Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Prof. Dr. Mustafa Abu Zaid al-Azhari telah meriwayatkan kepada kami al-Ḥadīth al-Musalsal bil-Awwaliyyah (الحديث المسلسل بالأولية) yang beliau terima daripada para masyaikhnya, serta memberikan ijazah ‘ammah bagi keseluruhan sanad keilmuan beliau.
Semoga Allah SWT memelihara para masyaikh kita, mengurniakan kekuatan, kesihatan serta keberkatan pada ilmu dan sanad mereka.
Dr UMAY
Alhamdulillah, selesai khatam daurah kitab bersama al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz Ahmad al-Shahawi, terus menuju ke Banting bagi menghadiri Muzakarah dan Muktamar Nahdlatul Ulama Malaysia (NA’AM).
Dr UMAY
Alhamdulillah, dengan rahmat dan izin Allah, berkesempatan hadir dan berkampung selama dua hari di Nasyrul Quran, Putrajaya dalam Majlis Sama‘ & Riwayah Kitab Adab dan Manaqib al-Imam al-Syafi‘i, karya al-Imam Ibn Abi Hatim al-Razi:
آدَابُ الشَّافِعِيِّ وَمَنَاقِبُهُ
للإمام ابن أبي حاتم الرازي
Majlis bersama al-Fadhil al-‘Allamah Syeikh Abdul Aziz Ahmad al-Shahawi al-Husaini, ulama besar al-Azhar al-Syarif dan antara tokoh utama Mazhab al-Syafi‘i di Mesir.
Alhamdulillah, pada penghujung majlis kami selesai mengkhatamkan kitab tersebut. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembacaan 40 Hadis Thulathiyyat riwayat al-Imam al-Syafi‘i:
الأَرْبَعُونَ الثُّلَاثِيَّاتُ الشَّافِعِيَّةُ
Syeikh turut mengijazahkan kitab yang dibaca serta sanad fiqh Mazhab al-Syafi‘i yang bersambung melalui para ulama hingga kepada al-Imam al-Syafi‘i, seterusnya bersambung sanad ilmu hingga kepada Rasulullah ﷺ.
Semoga Allah memberkati Syeikh dan ilmunya serta mengurniakan kita manfaat, adab dan istiqamah dalam beramal.
Dr UMAY
6 September 2026
Putrajaya
*KULIAH SUBUH*
Bersama:
UST DR MUHAMMAD AFIF BIN YAHYA
(Dr UMAY)
Tempat:
SURAU AL-FURQAN, PRESINT 11, PUTRAJAYA
📅 6 SEPTEMBER 2026
Dijemput Hadir
“𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐔𝐋𝐔, 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 ﷺ”
Kami pulang dulu, ya Rasulullah ﷺ.
Walau jasad semakin jauh dari bumi Madinah, rindu ini kami bawa pulang. Kami datang dengan kerinduan, dan kami pulang membawa amanah untuk terus berpegang pada ajaranmu, menghidupkan sunnahmu dan istiqamah meneruskan perjuanganmu.
Ya Allah, walaupun Makkah dan Madinah jauh di mata, jangan Kau biarkan kedua-dua kota suci ini jauh daripada jiwa kami. Hidupkan dalam hati kami tauhid yang ditegakkan di Makkah dan cinta serta akhlak yang diajarkan Rasulullah ﷺ di Madinah.
Di sebalik sebuah perpisahan, ada hikmah yang Allah mahu kita fahami, kadang-kadang setelah berjauhan, barulah kita benar-benar memahami hakikat cinta dan rindu.
اللَّهُمَّ لَا تَجْعَلْ هَذَا آخِرَ عَهْدِنَا بِحَرَمِكَ وَمَدِينَةِ نَبِيِّكَ ﷺ
Ya Allah, jangan jadikan ini pertemuan terakhir kami dengan Tanah Haram-Mu dan kota Nabi-Mu ﷺ.
Dr UMAY
