ru
Feedback
(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

Закрытый канал

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

Канал (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 10 693 подписчиков, занимая 17 660 место в категории Новости и СМИ и 3 487 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 10 693 подписчиков.

Согласно последним данным от 05 июля, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило 11, а за последние 24 часа — 1, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 10.61%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 6.54% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 133 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 698 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 06 июля, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Новости и СМИ.

10 693
Подписчики
+124 часа
-17 дней
+1130 день
Архив постов
+2
📍 MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN Dilaporkan berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori yang terbalik di persimpangan Petronas Bakri, Muar. 🕟 Masa kejadian: Anggaran jam 4.30 petang 📅 Tarikh: 06/07/2026 Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca kejadian atau keadaan mangsa diperoleh. Sebarang perkembangan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Video susulan Mangsa kena tikam dikejar.

'Anak saya bukan sasaran, dia cuma tak sempat lari' - Bapa pelajar ditikam di sekolah Austin Camoens austin@nst.com.my Dia berkata, doktor memaklumkan bahawa anaknya mengalami beberapa kecederaan, termasuk pada paru-paru kiri. "Semasa saya sampai, keadaannya agak teruk. Tidak lama kemudian, mereka membawanya untuk menjalani imbasan bagi mengenal pasti tahap kecederaannya. "Paru-paru kirinya tercedera. Dia sedar dan boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita di hospital hari ini. Mohd Firuz mendakwa anaknya mengalami kira-kira 14 kesan tikaman, kebanyakannya di belakang badan, selain kecederaan lain di muka dan kepala. Dia berkata, anaknya mengenali pelajar berusia 15 tahun yang dipercayai terbabit dalam insiden itu kerana mereka pernah menjadi rakan sekelas pada tahun lalu. "Mereka kenal antara satu sama lain. Mereka rakan sekelas tahun lepas," katanya. Mohd Firuz berkata, dia tidak percaya anaknya sasaran utama dalam serangan itu. "Saya rasa anak saya bukan sasaran. Mungkin dia mahu menyasarkan orang lain, tetapi anak saya kebetulan berada paling dekat dengannya. "Mungkin juga kerana badan anak saya agak besar, dia tidak sempat melarikan diri," katanya. Menceritakan detik awal kejadian, Mohd Firuz berkata, dia sedang bekerja menyusun barang apabila menyedari terdapat beberapa panggilan tidak dijawab pada telefon bimbitnya. "Apabila saya melihat telefon, saya tertanya-tanya mengapa ada begitu banyak panggilan tidak dijawab. Saya kemudian nampak guru sekolahnya ada menelefon. "Apabila saya menelefon semula, barulah saya tahu apa yang telah berlaku. "Pada mulanya, saya fikir anak saya mungkin jatuh sakit atau demam. Saya terkejut apabila mendapat tahu dia telah ditikam," katanya sambil menambah bahawa doktor memaklumkan mereka sedang berusaha mengeluarkan darah daripada paru-paru anaknya yang tercedera. Mohd Firuz, yang mempunyai tiga anak dan mangsa adalah anak kedua berkata, remaja itu belajar di sekolah berkenaan sejak tiga tahun lalu dan tidak pernah mengadu diganggu atau mempunyai masalah dengan pelajar lain sebelum ini. Ditanya mengenai tahap keselamatan di sekolah, Mohd Firuz berkata, penambahbaikan perlu dilakukan susulan insiden berkenaan. "Selepas melihat apa yang berlaku hari ini, saya rasa keselamatan perlu dipertingkatkan. "Perlu ada pemeriksaan yang betul di pintu masuk sebelum sesiapa sahaja dibenarkan masuk ke dalam sekolah," katanya. Dia berkata, dia sedih dengan kejadian itu namun kini mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan anaknya. "Semestinya saya kesal perkara ini berlaku, tetapi ia sudah pun terjadi. Kita kena reda," katanya. Disiarkan pada: Julai 6, 2026 @ 2:44pm #harianmetro

Pelajar sekolah ditikam di Banting Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED 6 Julai 2026, 12:14 pm KUALA LANGAT – Seorang pelajar sekolah menengah cedera selepas dipercayai ditikam dalam satu kejadian di sebuah sekolah di Banting di sini, hari ini. Kejadian dipercayai berlaku pada waktu persekolahan dengan insiden itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan. “Ya, saya sahkan kejadian itu. Mangsa berada dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini. Terdahulu, tular video di aplikasi Threads memaparkan sekumpulan pelajar bertempiaran lari apabila seorang perempuan dipercayai memegang sebilah pisau. – KOSMO! ONLINE #Kosmo

Pemandu hilang kawalan rempuh gerai buah di Temerloh Oleh Zazrina Zainuddin - 5 July 2026 KUANTAN – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya merempuh sebuah gerai menjual buah-buahan dalam kejadian di Kilometer 1, Jalan Temerloh-Mentakab, petang semalam. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.24 petang. “Hasil siasatan awal mendapati, mangsa memandu sebuah Proton Wira Aeroback dari arah Temerloh menuju ke Mentakab sebelum dipercayai hilang kawalan apabila tiba di lokasi kejadian. “Akibat hilang kawalan, kenderaan terbabas ke bahu kiri jalan lalu merempuh sebuah gerai menjual buah-buahan,” katanya dalam kenyataan. Tambah Mohd Nasyim, kereta itu kemudian melanggar tiang elektrik sebelum merempuh sebuah lagi Proton Wira Aeroback yang diletakkan berhampiran gerai berkenaan menyebabkan bahagian hadapan dan belakang kenderaan mangsa rosak. Beliau berkata, mangsa yang berusia 46 tahun mengalami kecederaan pada bahagian muka dan menerima rawatan di Zon Kuning Hospital Temerloh. “Hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu,” katanya. Jelasnya, kes disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59). Artikel MalaysiaGazette #malaysiagazette

🚨🚨🚨tunggu je kene camtu dalam lockedUp ye

Seorang pemandu pikap membawa telur meluahkan rasa kecewa apabila orang ramai mengambil telur yang bertaburan di lokasi kemalangan ketika dia bersama rakannya masih tersepit di dalam kenderaan. Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah jambatan di Kabupaten Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia. Menurut pemandu dikenali sebagai Arif, dia dan rakannya hanya berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian. Namun ketika itu, telur yang masih dalam keadaan elok sudah habis diambil orang ramai. Arif berkata, dia membawa kira-kira 133 peti telur dan menganggarkan nilai telur yang masih boleh dijual mencecah sekitar Rp10 juta hingga Rp13 juta (lebih kurang RM2,600 hingga RM3,400). Walaupun kecewa, Arif memilih untuk tidak memanjangkan isu tersebut. Sebaliknya, dia hanya berharap individu yang mengambil telur dalam jumlah yang banyak dapat memulangkannya. Katanya, dia tidak kisah jika ada yang mengambil satu atau dua kilogram, namun merayu agar mereka yang membawa pulang sehingga satu atau dua peti telur mengembalikannya kerana barangan itu merupakan sumber rezekinya untuk dijual di pasar. Sumber: Fakta Indo

SUV terbabas langgar surau sekolah, 2 wanita maut Nor Fazlina Abdul Rahim July 5, 2026 @ 10:45am PASIR PUTEH: Dua wanita Indonesia maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2, di sini pagi tadi. Dalam kejadian jam 6.34 pagi itu, dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 50-an berkenaan maut di lokasi kejadian. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa tersepit dalam kemalangan berkenaan. "Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dapati kemalangan membabitkan Honda CRV dinaiki enam individu warga Indonesia termasuk seorang lelaki. "Akibat kejadian itu, dua wanita maut dan empat cedera. Kesemua mangsa adalah bersaudara," katanya ketika dihubungi. #BeritaHarian

Dua remaja maut, motosikal langgar kerbau melintas 04 Julai 2026, 5:05pm Oleh: Abnor Hamizam Abd Manap JELEBU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi mereka melanggar seekor kerbau yang melintas di Kilometer 11 Jalan Lakai-Simpang Durian, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, kejadian jam 3 pagi itu membabitkan dua motosikal Yamaha Y15ZR. Katanya, kedua-dua mangsa, Muhammad Faisal Fauzan Faizal, 17, dan Muhammad Aidil Zafuan Sameon, 19, dipercayai dalam perjalanan dari pekan Simpang Durian menghala ke Lakai sebelum melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan. “Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa parah di kepala dan dihantar ke Hospital Jelebu untuk menerima rawatan. “Bagaimanapun, kedua-dua disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan jam 4.05 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan Kecil 1955. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Abas Mohamed di talian 010-8649229 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lakai. Artikel Buletin Tv3 #BuletinTV3

+6
Depan sekolah tun mamat tangkak eksiden putus kepala. Lori tipper yg langgar.

+2
Patutlah sebelum ni ada je barang short, dh pernah try rupanya, kalini bukan satu-satu dia amik, dia borong sampai licin habis!!! Location dekat The Colorist, IOI City Mall Putraya. Copy-paste 📝 & Kredit video owner 🎥