ar
Feedback
(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Malaysia dan Global

(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Malaysia dan Global

قناة بسيطة

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

إظهار المزيد

📈 نظرة تحليلية على قناة تيليجرام (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Malaysia dan Global

تُعد قناة (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Malaysia dan Global في القطاع اللغوي الملايو لاعباً نشطاً. يضم المجتمع حالياً 10 894 مشتركاً، محتلاً المرتبة 17 595 في فئة الأخبار والوسائط والمرتبة 3 387 في منطقة ماليزيا.

📊 مؤشرات الجمهور والحراك

منذ تأسيسه في невідомо، حقق المشروع نمواً سريعاً وجمع 10 894 مشتركاً.

بحسب آخر البيانات بتاريخ 27 يوليو, 2026، تحافظ القناة على نشاط مستقر. خلال آخر 30 يوماً تغيّر عدد الأعضاء بمقدار 213، وفي آخر 24 ساعة بمقدار 5، مع بقاء الوصول العام مرتفعاً.

  • حالة التحقق: غير موثّقة
  • معدل التفاعل (ER): يبلغ متوسط تفاعل الجمهور 12.78‎%. وخلال أول 24 ساعة من النشر يحصد المحتوى عادةً 7.76‎% من ردود الفعل نسبةً إلى إجمالي المشتركين.
  • وصول المنشورات: يحصل كل منشور على متوسط 1 393 مشاهدة. وخلال اليوم الأول يجمع عادةً 845 مشاهدة.
  • التفاعلات والاستجابة: يتفاعل الجمهور بانتظام؛ متوسط التفاعلات لكل منشور يبلغ 0.

📝 الوصف وسياسة المحتوى

يصف المؤلف القناة بأنها مساحة للتعبير عن الآراء الذاتية:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...

بفضل وتيرة التحديث المرتفعة (أحدث البيانات بتاريخ 28 يوليو, 2026) تحافظ القناة على حداثتها ومستوى وصول مرتفع. وتُظهر التحليلات تفاعلاً نشطاً من الجمهور، ما يجعلها نقطة تأثير مهمة ضمن فئة الأخبار والوسائط.

10 894
المشتركون
+524 ساعات
+757 أيام
+21330 أيام
أرشيف المشاركات
Penunggang motosikal maut dalam kemalangan kendiri di Selangau Utusan Sarawak July 28, 2026 SELANGAU: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas dalam kemalangan kendiri di Kilometer 83, Jalan Pan Borneo Bintulu-Sibu, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 6.00 pagi. Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berkenaan membabitkan sebuah motosikal Yamaha berwarna biru yang ditunggang secara bersendirian oleh mangsa dari arah Bintulu menuju ke Selangau. “Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui satu selekoh sebelum motosikal yang ditunggangnya terbabas ke bahu kiri jalan. “Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak ke permukaan jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan tangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Selangau. “Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Mukah untuk tindakan lanjut,” katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Rahmat Jalimin, di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Oleh Tarani Lanting Artikel Utusan Sarawak

#TERKINI - HAI WARGA SANDAKAN SEMUA!! ⚠⚠⚠⚠  Anak perempuan umur 13 tahun hilang - suspect kena culik... 😭 Hai semua, Mohon bantuan daripada semua ibu bapa yang ada dashcam dalam kereta, terutama yang menghantar anak ke kawasan antara SK Lok Yuk Likas dan SMK Lok Yuk Likas sekitar jam 5:50 pagi hingga 6:15 pagi....   Walaupun berlaku di KK, tapi sudah limpas 12 jam... boleh di mana mana juga sekarang, termasuk Sandakan ... Tolong periksa kalau ada rakaman (footage) kereta Proton Saga warna coklat/merah gelap yang berada di seberang jalan pada waktu tersebut. Kalau ada maklumat, boleh hubungi saya di nombor: 012-8840233. Saya perlukan sedikit bantuan. Anak saudara saya, GWEN MIA, telah dihantar ke SM Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu pagi tadi (27 Julai 2026). Tetapi apabila ibunya datang mengambilnya petang tadi, dia sudah tiada di sekolah. Kami sudah bertanya kepada pihak sekolah dan kawan-kawannya, tetapi tiada siapa yang nampak atau tahu keberadaannya. Gwen Mia berumur 13 tahun, anggaran tinggi 155cm, berambut hitam panjang dan kerinting/kembang. Dia memakai pinafore sekolah, kasut putih, serta membawa beg putih bercorak bunga. Jika ada sesiapa ternampak dia atau tahu di mana dia berada, mohon maklumkan kepada kami. Mungkin dia balik bersama kawan, tersalah faham tentang urusan mengambilnya, atau berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Kami hanya mahu pastikan dia berada dalam keadaan selamat. Jika ada sebarang maklumat, sila hubungi saya. Mohon juga bantu kongsikan posting ini supaya lebih ramai orang dapat membantu. Terima kasih banyak atas bantuan semua.

Jepun keluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi bermagnitud 7.1 Utusan Sarawak July 28, 2026 TOKYO, Jepun: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 melanda barat daya Jepun pada Selasa, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), yang turut mengeluarkan amaran tsunami. JMA berkata, gegaran yang berlaku pada 4.27 petang (0727 GMT) di pulau Kyushu itu turut mencatatkan tahap tujuh, iaitu tahap tertinggi pada skala intensiti gegaran Shindo yang digunakan di Jepun. Menurut agensi itu, tsunami setinggi sehingga satu meter dijangka melanda sekitar 5.00 petang (0800 GMT). Penyiar NHK melaporkan ombak setinggi paras berkenaan mungkin telah direkodkan. Pada 25 Jun lalu, gempa bumi bermagnitud 7.2 melanda utara Jepun, namun tidak mengorbankan nyawa atau menyebabkan kerosakan besar. Jepun merupakan antara negara paling aktif mengalami aktiviti seismik di dunia kerana terletak di atas empat plat tektonik utama di pinggir barat Lingkaran Api Pasifik (Pacific Ring of Fire). Kepulauan yang dihuni kira-kira 125 juta penduduk itu lazimnya mengalami ratusan gegaran setiap tahun dan menyumbang sekitar 18 peratus daripada jumlah gempa bumi di seluruh dunia. Kebanyakan gempa bumi yang berlaku adalah berskala kecil, namun tahap kemusnahannya bergantung pada lokasi serta kedalaman pusat gempa di bawah permukaan bumi. Negara itu masih dihantui tragedi gempa bumi dasar laut bermagnitud 9.0 pada 2011 yang mencetuskan tsunami, mengorbankan atau menyebabkan kira-kira 18,500 orang hilang, selain memusnahkan loji tenaga nuklear Fukushima. Pada 20 April tahun ini, gempa bumi bermagnitud 7.7 melanda utara Jepun, menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera dan menggegarkan bangunan-bangunan tinggi di Tokyo. Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengeluarkan nasihat khas yang memberi amaran mengenai peningkatan risiko berlakunya gempa bumi bermagnitud 8.0 atau lebih kuat. Nasihat tersebut ditarik balik selepas seminggu. – AFP Artikel Utusan Sarawak

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH BESUT KES PENEMUAN BAYI PEREMPUAN DI KUALA BESUT, TERENGGANU BESUT, 28 JULAI 2026 POLIS DAERAH BESUT MENGESAHKAN PENEMUAN SEORANG BAYI PEREMPUAN YANG DITINGGALKAN DI PERKARANGAN MASJID AL-JAMHURIAH, KUALA BESUT, TERENGGANU. PIHAK POLIS MENERIMA MAKLUMAT KEJADIAN PADA JAM LEBIH KURANG 5.25 PAGI MELALUI PANGGILAN DARIPADA ORANG AWAM. SUSULAN ITU, SEPASUKAN PEGAWAI POLIS HADIR KE LOKASI KEJADIAN BAGI MENJALANKAN PEMERIKSAAN DAN SIASATAN LANJUT. HASIL SIASATAN AWAL MENDAPATI BAYI PEREMPUAN BERKENAAN DIJUMPAI DALAM KEADAAN SELAMAT DI DALAM SEBUAH BEG KAIN DI PERKARANGAN MASJID. BAYI BERKENAAN DIPERCAYAI BARU DILAHIRKAN DALAM TEMPOH 24 JAM DAN MASIH BERTALI PUSAT. BAYI BERKENAAN TELAH DISAHKAN BERADA DALAM KEADAAN SIHAT DAN TELAH DIBAWA KE HOSPITAL DAERAH BESUT OLEH PIHAK KESIHATAN BAGI PEMERIKSAAN LANJUT DAN PEMANTAUAN. KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 317 KANUN KESEKSAAN. ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT BERKAITAN KEJADIAN INI DIMINTA TAMPIL MEMBANTU SIASATAN DENGAN MENGHUBUNGI IBU PEJABAT POLIS DAERAH BESUT DI TALIAN 09-6959999 ATAU MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN. (SUPT. MOHD ROZAIME BIN AB RAHIM) KETUA POLIS DAERAH BESUT TERENGGANU

Tiga maut, kereta bertembung MPV Oleh Fazli Ahmad am@hmetro.com.my Maran: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Maran-Temerloh, Kampung Paya Pasir, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, dua lagi mangsa parah dalam kemalangan yang berlaku pada jam 5.40 pagi itu. Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta dinaiki dua wanita serta kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki tiga lelaki. Katanya, ketika kejadian, kereta terbabit dalam perjalanan dari arah Temerloh ke Maran dan MPV terbabit dari arah bertentangan. "Kedua-dua kenderaan terbabit bertembung menyebabkan pemandu dan penumpang kereta serta seorang penumpang MPV maut di tempat kejadian. "Kemalangan turut menyebabkan pemandu dan penumpang MPV terbabit cedera," katanya menerusi kenyatan, hari ini. Mohd Salahuddin berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Maran bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 6.02 pagi. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, tiga mangsa didapati tersepit dalam dua kenderaan terbabit sebelum dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat. "Identiti mangsa maut dalam kemalangan itu belum diperoleh dan semua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh untuk proses bedah siasat," katanya. Disiarkan pada: July 28, 2026 @ 1:02pm #harianmetro

Lelaki ditemui maut dalam rumah berkunci 27 Julai 2026, 5:59pm Oleh: Zuliaty Zulkiffli BALING: Bau busuk yang berpunca dari sebuah rumah sewa di Kampung Bawah Gunung, di sini, hari ini membongkar penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia seorang diri. Difahamkan, bau busuk itu disedari rakan mangsa sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi bagi membantu membuka pintu rumah yang berkunci. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 11.38 pagi dan mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu rumah berkenaan. “Sebaik pintu dibuka, mayat seorang lelaki ditemukan dengan mangsa dikatakan sudah tidak hadir bekerja selama dua hari. “Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Artikel Buletin Tv3 #BuletinTV3

Berjaya Halau Rohingya Bermula Dengan Banner Save Malaysia From ROHINGYA #SaveMalaysiaFromRohingya Kuala Muda bermula dengan keberanian 5 orang anak muda yang menaikkan banner protes ke atas etnik Rohingya yang mendiami kampung mereka. Hasilnya, seramai 121 warga Rohingya dilaporkan telah meninggalkan 'singgahsana' mereka berhampiran Pasar Bisik, Kuala Muda, Penaga secara sukarela pada Ahad lalu. Menurut laporan, perpindahan itu berlaku susulan persaingan ekonomi dan pertambahan komuniti tersebut di kawasan berkenaan. Setiap komuniti berhak menyuarakan kebimbangan mereka melalui saluran yang aman dan mematuhi undang-undang. Pada masa yang sama, pihak berkuasa perlu memastikan isu berkaitan penempatan, keselamatan, dan kebajikan masyarakat setempat ditangani dengan adil serta berkesan - PSP #penduduk #kuala #muda #halau #usir #ancaman #ekonomi #nelayan #pasar #bisik #pulau #pinang #penang #island #warga #asing #pendatang #tanpa #izin #pelarian #myanmar #pati #rohingya #pengganas #ARSA #sindiket #kad #UNHCR #palsu

Pemandu sebabkan dua remaja maut positif dadah SAIFULLAH AHMAD 27 Jul 2026 9:58 am TELUK INTAN – Pemandu kereta yang dipercayai menyebabkan kemalangan mengorbankan dua remaja perempuan di Jalan Padang Tembak di sini pada Ahad disahkan positif dadah. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, perkara itu disahkan hasil saringan awal air kencing terhadap lelaki tempatan berusia 28 tahun itu. Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis benzodiazepine dan disyaki memandu di bawah pengaruh bahan terlarang. "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 6.35 petang apabila kereta dipandu suspek hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya. "Kereta itu kemudian melanggar sebuah motosikal, sebuah lagi kereta yang berada di hadapan serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau berkata, akibat kemalangan itu, dua remaja perempuan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Katanya, pemandu kereta itu bersama kanak-kanak lelaki yang turut terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan. "Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1)(a) dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan berkaitan dadah dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. "Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya. Sehubungan itu, Chua meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Amirrudin Shafiei di talian 013-9126959 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. Terdahulu media melaporkan dua remaja perempuan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Jalan Padang Tembak di sini petang semalam. Difahamkan mangsa yang maut dikenali Nur Dania Arissa, 17, dan Nur Atikah Abdullah, 16, masing-masing pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Setia dan SMK Raja Muda Musa. #sinarharian

𝗟𝗲𝗹𝗮𝗸𝗶 𝗺𝗮𝘂𝘁 𝗺𝗼𝘁𝗼𝘀𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗿𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗶𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 Oleh Zulhisham Isahak - 25 July 2026 PASIR GUDANG – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditungganginya kemalangan dengan sebuah teksi di persimpangan lampu isyarat Jalan Masjid/Jalan Pasir Gudang di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian tersebut berlaku pukul 6.30 pagi yang melibatkan motosikal jenis Yamaha FZ150i(S) dengan teksi Proton Persona. “Siasatan mendapati teksi itu dari arah Johor Bahru menghala ke Pasir Gudang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau. Tiba-tiba motosikal mangsa datang dari arah bertentangan membelok ke kanan ketika lampu isyarat merah menyebabkan teksi tidak sempat mengelak dan berlaku pelanggaran,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa yang berusia 55 tahun cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Pasir Gudang manakala pemandu teksi pula yang berusia 46 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi 07-3864222 bagi membantu siasatan.- MalaysiaGazette #malaysiagazette