es
Feedback
(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

(Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

Canal cerrado

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen

Mostrar más

📈 Análisis del canal de Telegram (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang

El canal (Ruangan Komen) INFO-INFO SEMASA,Kemalangan, Bencana, Jenayah di Pahang dan Luar Pahang en el segmento lingüístico de Malayo es un actor destacado. Actualmente la comunidad reúne a 10 683 suscriptores, ocupando la posición 17 971 en la categoría Noticias y medios y el puesto 3 564 en la región Malasia.

📊 Métricas de audiencia y dinámica

Desde su creación el невідомо, el proyecto ha mostrado un crecimiento acelerado, reuniendo a 10 683 suscriptores.

Según los últimos datos del 09 junio, 2026, el canal mantiene una actividad estable. En los últimos 30 días la variación de miembros fue de 480, y en las últimas 24 horas de 0, conservando un alto alcance.

  • Estado de verificación: No verificado
  • Tasa de interacción (ER): El promedio de interacción de la audiencia es 18.98%. Durante las primeras 24 horas tras publicar, el contenido suele obtener 19.36% de reacciones respecto al total de suscriptores.
  • Alcance de las publicaciones: Cada publicación recibe en promedio 2 027 visualizaciones. En el primer día suele acumular 2 067 visualizaciones.
  • Reacciones e interacción: La audiencia responde de forma activa: el promedio de reacciones por publicación es 0.

📝 Descripción y política de contenido

El autor describe el recurso como un espacio para expresar opiniones subjetivas:
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua k...

Gracias a la alta frecuencia de actualizaciones (últimos datos recibidos el 10 junio, 2026), el canal mantiene la vigencia y un amplio alcance. La analítica demuestra que la audiencia interactúa activamente con el contenido, lo que lo convierte en un punto de referencia dentro de la categoría Noticias y medios.

10 683
Suscriptores
Sin datos24 horas
+827 días
+48030 días
Archivo de publicaciones
+4
Cepat 2 - 3 saat je motorsikal tu, sbb bukan takdir musibah padanya, berpantang maut sblm ajal Ni kalau xde video, sure abg lori jugak salah.

LELAKI WARGA TEMPATAN MAUT DITIKAM DALAM KEJADIAN BUNUH, PEREBUTAN WANITA DIPERCAYAI JADI PUNCA KG GAJAH, 10 Jun - Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan maut dalam satu kejadian bunuh yang berlaku sekitar jam 5.30 pagi di kawasan Changkat Lada, Seberang Perak. Mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut sebelum disahkan meninggal dunia. Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh, kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan yang melibatkan perebutan seorang wanita yang berasal dari Teluk Batik. Bagaimanapun, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa. Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat ditikam pada beberapa bahagian badan. Pihak polis telah menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek serta mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian berkenaan. Kes masih dalam siasatan polis. Foto: Orang Awam

Flat Rohingya lengang AHMAD ISMADI ISMAIL 10 Jun 2026 05:52pm HULU LANGAT - Flat warga asing tular dikaitkan dengan etnik Rohingya di Sungai Tekali di sini kini lengang. Tinjauan Sinar Harian mendapati, lokasi itu terletak berhampiran kawasan perumahan di antara Jalan Bukit Titiwangsa dan Jalan Kenangan 6. Di sebalik flat terbabit pula wujud kira-kira 20 rumah lain yang dibina sehingga menghampiri Sungai Makau. Ketika wartawan mahu beredar dari kawasan tersebut mendapati dua lelaki warga Myanmar berada di luar rumah. Lelaki warga Myanmar, Hussin, 31, menafikan dakwaan bahawa warga asing membina rumah di kawasan tersebut, sebaliknya mendakwa ia didirikan oleh pemilik tanah warga tempatan sebelum disewakan kepada warga asing. "Pemilik tanah warga tempatan, dia yang bina rumah ini dan menyewakan kepada warga asing. Saya nafikan bahawa warga asing yang bina rumah berkenaan,” jelasnya. Lelaki itu berkata, dia pernah duduk di rumah tersebut sejak lima tahun kerana murah, sebelum berpindah selepas operasi penguatkuasaan dijalankan tahun lalu. “Sewa sebulan RM350 hingga RM400 termasuk bil air dan elektrik. Rumah di situ ada kira-kira 20 pintu," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu. Lelaki yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, penempatan berkenaan pernah diserbu pihak berkuasa kerana terdapat penghuni yang tidak memiliki dokumen sah. “Penempatan ini telah diserbu oleh pihak berkuasa disebabkan ada antara penduduk tidak mempunyai dokumen,” katanya. Tambahnya, selepas operasi itu, pihak berkuasa meminta penghuni mengosongkan kawasan berkenaan kerana sebahagian binaan didakwa didirikan di atas tanah rizab. “Sekarang saya duduk di kawasan sekitar. Tempat ini pun sudah lengang sejak setahun lalu dan semua dah tak duduk di sini,” katanya. Sementara itu, seorang lagi bekas penghuni rumah berkenaan, Abdullah, 36, berkata sebelum ini penempatan tersebut dihuni kira-kira 40 hingga 50 penghuni membabitkan lebih 30 keluarga yang menyewa rumah-rumah yang dibina di atas tanah tersebut. "Keadaan rumah yang didiami tidak selesa. Cuba tengok (rupa rumah ini). Kalau kita ada pilihan, bukan kita warga sini, saya warga luar. Kalau saya tak berani duduk rumah macam ini. Rumah burung pun lagi cantik,” katanya. Pada Selasa, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam kenyataan memaklumkan telah mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk mengeluarkan notis terhadap struktur binaan yang dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan itu. Menurut MPKj, pihaknya sudah menjalankan operasi penguatkuasaan bersama agensi berkaitan dan mengeluarkan notis serta arahan mengikut peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). MPKj turut memaklumkan, semakan mendapati pembinaan berkenaan membabitkan Lot 217, Lot 218 dan sebahagian tanah kerajaan (rizab sungai) bersebelahan Kampung Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat. Katanya, merujuk Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) tapak dizonkan untuk kegunaan perumahan. Selain itu, tiada sebarang permohonan yang dikemukakan melalui Sistem One Stop Centre (OSC) 3.0 Plus Online MPKj yang membabitkan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan bagi apa-apa pembinaan di kawasan berkenaan. Terdahulu, tular video memaparkan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin, 50, atau dikenali Pak Azad mendedahkan kewujudan flat empat tingkat yang mencurigakan dipercayai didiami komuniti Rohingya di kawasan tersebut. Artikel Sinar Harian #sinarharian

Wanita dipeluk, dicium dan diraba ketika balik kerja Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED 10 Jun 2026, 4:33 pm SHAH ALAM – Perjalanan pulang seorang wanita bertukar detik ngeri apabila dia dipeluk, dicium dan diraba seorang lelaki dalam serangan mengejut di lorong sebuah taman perumahan di Setia Alam di sini, semalam. Kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 20-an berjalan kaki bersendirian menuju ke rumahnya selepas pulang dari tempat kerja. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita itu pukul 9.06 malam tadi dengan siasatan awal mendapati mangsa diserang secara tiba-tiba dari arah belakang oleh seorang lelaki berbaju merah dan berseluar hitam. “Suspek kemudiannya memeluk serta menutup mulut mangsa sebelum mencium dan merabanya. Lelaki itu kemudian melarikan diri. Tiada kerugian dialami mangsa,” katanya hari ini. Justeru katanya, Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Zamri Abdul Rahman di talian 011-16652402 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE #Kosmo

Pesakit parah, ambulans dinaiki terbabit kemalangan BESUT, TERENGGANU: Seorang pesakit yang juga remaja lelaki berusia 16 tahun cedera parah, selepas ambulans dinaikinya terbabit dalam kemalangan. Kejadian berlaku di Jalan Jerteh–Pasir Akar, berhampiran Kampung Cherang Meliling, kira-kira jam 5 petang semalam. Ketua Polis Daerah Besut, Mohd Rozaime Ab Rahim yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan, termasuk sebuah ambulans yang ketika itu sedang membawa dua pesakit ke Hospital Besut. Beliau berkata, siasatan awal mendapati ambulans berkenaan dalam perjalanan dari Pasir Akar, selepas mengambil dua pesakit yang sebelum itu terbabit dalam kemalangan lain. “Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipercayai melintas dari bahu jalan sebelah kanan, sebelum berlaku pelanggaran dengan ambulans tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini. Akibat pelanggaran itu, ambulans berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan kiri dan melanggar sebuah kereta yang diparkir di lokasi kejadian sehingga menyebabkan kenderaan itu terjatuh ke dalam longkang. Beliau berkata, seorang pesakit lelaki berusia 16 tahun yang berada di dalam ambulans mengalami kecederaan parah, manakala seorang lagi pesakit hanya cedera ringan. “Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan lanjut. Individu lain yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” tambahnya. Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan. Buletin TV3 Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 10 Jun 2026 #BuletinTV3

Warga emas direman disyaki rogol cucu 13 tahun Oleh Alias Abd Rani Jun 10, 2026 @ 11:53am BATU PAHAT: Seorang pesara warga emas direman enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas cucunya yang berusia 13 tahun mendedahkan menjadi mangsa rogol lelaki terbabit sepanjang tahun lalu. Perintah reman ke atas suspek berusia 67 tahun dibenarkan Majistret Arun Noval Dass bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. Berdasarkan laporan, polis menerima laporan mengenai kejadian itu dua hari lalu selepas mangsa menceritakan kepada ibunya. Siasatan awal mendapati, mangsa berusia 13 tahun dan tinggal bersama datuknya di sebuah rumah dalam daerah ini selepas ibu bapanya bercerai. Bagaimanapun, pada April lalu, ibu mangsa membawanya pulang ke sebuah negeri di utara tanah air. Kejadian itu terbongkar selepas ibunya menyedari mangsa menghantar mesej kepada seorang kenalan. Pada mulanya, mangsa tidak menceritakan namun selepas didesak akhirnya dia memberitahu dirogol datuk sendiri. Daripada maklumat awal, kejadian berlaku sepanjang tahun lalu dan kali terakhir Disember lalu. Susulan laporan dibuat, polis menahan suspek bagi membantu siasatan berhubung kejadian terbabit. #BeritaHarian

[GLOBAL] AMBULAN TIDAK DIBERI LALUAN OLEH PENGGUNA JALANRAYA MENCETUSKAN PERDEBATAN Tular di Indonesia apabila sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan ke lokasi kemalangan tidak diberi laluan oleh orang awam kerana dilihat tidak membawa pesakit. Hakikatnya, ambulans tersebut sedang menuju ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa. Perkara seperti ini tidak mustahil boleh berlaku di negara kita jika masyarakat membuat kesimpulan tanpa memahami situasi sebenar. Sebagai contoh, semalam tular satu video yang mempersoalkan nombor badan seorang anggota polis yang berpakaian seragam rasmi ketika sedang menjalankan tugas. Apabila sesuatu rakaman dimuat naik tanpa penjelasan yang lengkap, ia boleh mengundang pelbagai tafsiran dan persepsi yang tidak tepat. Kadangkala, kandungan yang tular dan memberi gambaran negatif terhadap sesuatu jabatan atau agensi kerajaan akan mempengaruhi pandangan masyarakat, khususnya mereka yang kurang memahami prosedur, tugas dan tanggungjawab sebenar sesuatu pihak. Akibatnya, satu salah faham kecil boleh berkembang menjadi persepsi buruk terhadap keseluruhan organisasi. Sebab itu, dalam mendidik mentaliti dan pemahaman masyarakat, kita perlu membiasakan diri untuk mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum membuat kesimpulan. Tidak semua perkara yang dirakam atau ditularkan di media sosial menggambarkan keseluruhan cerita. Budaya bertanya, menyemak fakta dan memahami konteks adalah lebih baik daripada terus menghukum. Hari ini mungkin ambulans tidak diberi laluan kerana disangka kosong, esok mungkin bantuan yang diperlukan oleh ahli keluarga kita sendiri menjadi lambat akibat salah faham yang sama. Masyarakat yang berilmu bukanlah masyarakat yang cepat menghukum, tetapi masyarakat yang berusaha memahami sebelum membuat penilaian. Kredit: Penulis Asal #everyone

+3
Menurut sumber rakan mangsa, arwah berkemungkinan tertidur (micro sleep) kepenatan, ketika kejadian arwah dlm perjalanan pulang dari tempat kerja di Singapura. Innalillahiwainnailaihirojiun dan takziah kpd waris mangsa. Lokasi: Berlokok, Pontian, Johor.

HEBAHAN ORANG HILANG DAERAH TAIPING Simpang Rpt: 1859/2026 Tarikh Rpt: 22/5/2026 Tempat Kejadian: Kampung Dew Simpang Perak Nama: Kurniah binti Kasimin Surat Beranak: TPD 295/92 Tarikh Lahir: 15/7/1992 Umur: 33 tahun Jantina : Perempuan Bangsa : Bugis Agama : Islam Butir-butir Fizikal Tinggi : 160 cm Berat : 75 kg Bentuk badan : Gempal Warna Kulit : Putih Cerah Orang ramai yang menjumpai orang hilang (OH) tersebut boleh menghubungi Pegawai penyiasat : SM Murad (KPB Simpang Taiping) ditalian 05-8471222 @ 012-4691135. Kerjasama masyarakat membantu siasatan PDRM amat diperlukan.Terima kasih #PolisDaerahTaiping #PolisMasyarakatBerpisahTiada

𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗦𝗢𝗥𝗢𝗞 𝗝𝗔𝗦𝗟𝗜𝗡𝗗𝗔, 𝗧𝗢𝗞 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗔𝗦𝗟𝗜 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 #Tapah: Kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis hari ini bagi membantah dakwaan serta fitnah yang tular dalam media sosial terhadap Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu Mohd Asmmadi Abdullah, berhubung penemuan pendaki wanita Jaslinda Saludin di kawasan Gunung Batu Putih baru-baru ini. Tok Batin KOA Lata Kinjang, Rani a/l Bah Ulin berkata laporan itu dibuat susulan penyebaran kandungan video oleh seorang pengguna media sosial yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak berasas sehingga mencemarkan nama baik Mohd Asmmadi serta institusi kebatinan Orang Asli. Rani berkata pihaknya kesal dengan tuduhan kononnya Mohd Asmmadi menyembunyikan atau menyimpan Jaslinda sepanjang tempoh kehilangan wanita itu sebelum ditemukan penduduk Orang Asli di kawasan berdekatan KOA Lubuk Gaharu. 📸 FotoBERNAMA Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2566660 #BernamaNews #BernamaImages #tokbatinorangasli #jaslinda