ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 723 подписчиков, занимая 958 место в категории Семья и дети и 2 320 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 723 подписчиков.

Согласно последним данным от 01 ноября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -141, а за последние 24 часа — -2, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.96%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.06% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 623 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 324 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 02 ноября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 723
Подписчики
-224 часа
-317 дней
-14130 дней
Архив постов
photo content
+3

Selesai sudah slot saya mengenai menyokong perkembangan emosi anak, peranan ibubapa dalam hal ini. Terima kasih pihak pengajur Bijak Pandai Academy kerana telah berusaha dan menjayakan penganjuran satu seminar yang amat bermanfaat ini. Sesungguhnya tajuk perkembangan emosi ini tidak ramai antara kita yang tahu dengan tepat, jadi sama-sama kita berusaha memahaminya dan mainkan peranan kita sebaik mungkin. Syabas atas usaha ini, Dengan makanannya, Penjagaan anaknya, Dewannya, Semua terbaik Alhamdulillah. Menariknya CEO Bijak Pandai Academy ini adalah bujang lagi, dengan team staf nya, MasyaAllah kagum saya dengan dedikasi dan semangat mereka; Membawa tajuk ini ke depan, Kerana menurut beliau yang amat saya setujui, Untuk mengubah masyarakat, Perlu bermula dengan ILMU, Iaitu pendidikan, Untuk tambah baik aspek pendidikan, bermula dari institusi terkecil yang amat penting iaitu institusi keluarga.. Parenting amat amat penting dewasa ini. Moga kita dapat saksikan banyak lagi seminar bermanfaat seperti ini pada masa akan datang di lokasi seluruh Malaysia. Well done 🏑👍♥️♥️ Maznah Ibrahim

Hari ini saya nak berkongsi mengenai emosi ‘sedih’ anakanda kedua saya Khairunnisa’, 4 tahun. Saya memang dapati dia jenis yang mudah sedih (dengan perkataan dan perlakuan) sejak usia 2, tidak luah dengan cepat (ekspresi emosinya) menerusi tindakan fizikal, melainkan tiba-tiba merajuk dan menyembam mukanya ke bawah (contoh kalau dalam kereta dia sembamkan mukanya ke kerusi kereta atau ke peha kita). Bersambung penuh di sini: https://maznahibrahim.com/ajar-anak-4-tahun-urus-emosi-dan-konflik-rakan-sebayanya/

Baru selesai sharing slot latihan dengan OT (Occupational Therapist) satu Malaysia dan beberapa wakil dari JKM, Bawah BPKK (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga) KKM. Mengenai Handling Sexual Abuse Child, Handling Disclosure dan How to use play therapy tools dalam sesi mereka dengan klien (mainly kanak-kanak keperluan khas dan sexual abuse). 3 peraturan marah ini, Sama dengan 3 peraturan dalam bilik sesi, Juga boleh sama dengan 3 peraturan anda ibubapa dengan anak-anak. Mereka boleh main dan buat dan cakap apa saja Asalkan 1) mereka selamat 2) Mak ayah selamat 3) Dan barang keliling mereka selamat Once mereka baling barang, Ia bermaksud tak selamat (Ya anak anak rasa marah dan kecewa maka mereka lepaskan dengan cara salah satu ialah baling barang) Namun, Ulang banyak kali Peraturan ini, Dan bantu mereka untuk stop tingkahlaku silap ini kerana ia bahaya. Ya, barang dibaling, maka ia boleh pecah, rosak dan menyakitkan hati mak ayah lagi yang membelikannya. Bahaya bukan untuk barang aja Dan emosi anak-anak, Bahaya lebih besar lagi untuk ibubapa. Kemarahan ibubapa akan menjadi lebih besar. . Sama juga emosi anak ini, Rasa sakit sangat bila atau jika dilukai Walau semudah apa dia nak, tak dapat. Ketahuilah ia normal anak usia 1 tahun lebih Sehingga usia 3 macam tu Kerana 'emotional brain' mula beraksi. . Iaitu bila mereka rasa satu-satu emosi, Mereka akan Terus luah (takda tahan-tahannya), Dan luah dengan keupayaan fizikal mereka (Dahulu masa bayinya luah dengan menangis Kini dengan tangan kaki pula). . Cumanya masa ini juga Mereka turut belajar regulasi emosi (Pengurusan emosi manusia). Iaitu adjust negative feelings dia Dari cara ibubapa urus emosi dan tunjuk emosi negatif mereka). . Jadi Cuma perlu 🏑 ulang sebut peraturan selamat 🏑 Dan channelkan tingkahlaku dia Untuk release tenaga emosi dia. . Contoh anak baling barang, 👉 Ambil tangan dia 👉 Pegang sederhana kuat untuk hentikan behaviour itu 👉 Dan ulang sebut peraturan sambil pandang matanya beritahu sungguh-sungguh: "Tak boleh baling barang ni, Barang untuk main elok-elok" (fungsi barang) Kemudian tambah (untuk choice baru di masa depan dia bagi emosi yang sama) "Adik rasa marah, Adik bagitahu mama Yang adik marah sebab xxyyzz Bukan dengan baling barang ok" (teknik luah emosi cara asertif guna mulut) Ok. InsyaAllah pada masa depan, Anak kecil anda akan sangat matang, Memberitahu anda Perasan mereka dan sebab (punca) kepada rasa marah mereka. Refleksi, Maznah Ibrahim ----------

photo content

PERATURAN MARAH / ANGER RULES ------------------------------------------------------ Saya suka poster ini, ia sangat tepat. Ya, memang marah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ push the anger button in oneself. Cuma untuk anak-anak, penting untuk diingatkan kepada mereka, 'Marah adalah okay, cuma pastikan adik tidak : 1) cederakan diri 2) cederakan orang lain 3) rosakkan barang lain di sekitar Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami, "Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini, asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini. Sesi masa istimewa kita 40 minit, dan kakak akan beritahu bila masa nak habis. Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja". Clear rules, kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh. Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum, berada di situ, TIME IN, katakan kepada mereka, "Mak akan ada di sini untuk teman adik, pastikan adik selamat. Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?" Jika Mak nak TIME OFF diri, katakan, "Mak juga sangat marah macam adik. Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik. Adik boleh teruskan keluarkan marah adik, Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak". - Anak tahu apa dia boleh buat, - Anak tahu mak dia berada di mana - Anak tahu mak dia pergi sebab nak make sure i) dia selamat sebenarnya dan ii) mak juga nak bertenang. Mesej Utama saya: 1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali 2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK 3) Cara marah selamat di anggota badan, alternative ways, ada banyak, beza ikut individu, boleh kita pelajari dalam EHSABAR, untuk anggota spesifik individu. Refleksi, Maznah Ibrahim. *sumber gambar: Pinterest

Ada Anak Kecil Suka Masuk Benda Selain Makanan ke Mulut ? Ini skrip nya. Ulang-ulang sahaja. Ada dua cara : CARA 1: Tidak boleh makan ini, makan ini (beri ganti lain) "Adik, yang ni tak boleh makan. Ha yang ini boleh makan (terus ganti)". . . CARA 2: Tidak boleh makan ini, tapi boleh pegang saja. "Adik, ini tak boleh makan. Adik pegang saja". InsyaAllah ulang-ulang sebut, Anak kecil kita ni sebenarnya boleh faham. Yang penting : 🙅‍♀️ Tidak marah 🙅‍♀️ Tidak rampas 🙅‍♀️ Tidak kecam Tingkahlaku normal anak usia ini. Ini kerana : 👉 Usia 0-2 tahun ini memang peringkat Oral (dalam sexuality development), maka eksplorasi guna deria mulut lagi puas untuk mereka. 👉 Mereka ni perlu ditunjuki apa betul, apa salah. 👉Channel kan aja tingkahlaku mereka ke pilihan tindakan selamat yang kita mahu. 👉 Perkembangan Kognitif (pemikiran) mereka adalah sensori motor, terokai dunia / alam mereka guna semua deria, maka pendengaran mereka akan seiring 'catch up' keyword perkataan benar yang anda ucapkan. Vokabulari mereka akan bertambah dengan struktur ayat yang lengkap.😊 --------------- Skrip hypnoscript pelbagai bagi situasi mencabar lain-lain, Boleh dapatkan Ebook Hypnoscript Premium ini: https://hypnoscript.cc/?utm_source=fp2210 Video Yumna diberitahu Cara 2: https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/1439808942854070/

photo content

Untuk Anak Yang Sentiasa Bergerak dan Buat Hal Bila Bosan, Ketahuilah yang anak bijak dan aktif di otak ini sedang alami stres.😄 Stres sebab bosan 🙆‍♂️ ‘Under stimulation’ adalah salah satu daripada : 🏑Stress kanak-kanak 🏑Dan sebab sebenar anak buat hal Hmm..🤦‍♀️🤦‍♂️ patutlaaaa.... Ciri situasi biasa untuk kanak-kanak ini ialah: 👉 Bila tiada apa aktiviti boleh dibuat (sama ada terhalang oleh suasana / peraturan atau benar-benar taka da apa boleh dibuat), 👉 Suasana yang ‘boring’ (tak menepati citarasa, minat dan personalitiny) 👉 Satu-satu aktiviti yang diberi itu tidak menepati dan memuaskan keperluan otak dan tenaga fizikalnya Haa mulalah dia tekan-tekan ibubapa Atau dia buat hal (gaduh adik beradik ke, kerjakan barang dll). . 😊 Tipikal untuk anak lelaki, namun ada aja anak perempuan jenis begini. . Jadi antara cara yang boleh anda lakukan ialah: 🏃‍♂️ Berikan mereka banyak ‘free play’ dengan banyak tools untuk mereka ‘kerjakan’ 🏃‍♂️ Banyakkan temani dan main bersama mereka 🏃‍♂️ Beri ruang masa aktiviti fizikal bebas di taman permainan luar rumah -🏃‍♂️ dan aktiviti fizikal ‘indoor’ yang luas seluasnya dan banyak aktiviti (berbayar: medium bermain) . 👍InsyaAllah bila anda pergi ke rumah saudara ke, tempat yang anak perlu 'behave', anak akan lebih dengar kata dan terkawal tingkahlakunya sebab tenaganya sudah cukup puas dilepaskan di 'setting' atau medium lain. Sekurangnya 3 kali seminggu ‘outdoor’ tu tau. Kongsikan dengan sahabat dan kenalan anda ya ;) Maznah Ibrahim

photo content

Sebagai IbuBapa, Sejauh Mana Kita Cukup Redha dan Maafkan Anak? =========================== *Sedangkan anak-anak kita ni sangat pemaaf orangnya. . Saya yakin, sahabat saya semua di sini boleh memaafkan anak-anak. . Percaya tak, anak kecil sebenarnya amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang suka simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri. Mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi, malah bulan atau bertahun. . Kisah Lama: ------------------- Semalam, pada waktu malam, Saya ada termarah anakanda sulong saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis). . Saya tersedar bila bangun awal pagi dan teringat untuk meminta maaf kepadanya sesegera mungkin. . Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf kepadanya berkaitan insiden semalam. . Mukanya biasa aja, macam taknak maafkan, hehe😚 (mak mengagak). . Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita ❤ bersih, ringan dan boleh move on macamtu... dalam bahasa mudah saya bercerita. . Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang, sukar nak ke depan lebih jauh. . Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya😅 (Adeh, mak eh🙈 ). . Saya pun ucapkan terima kasih, puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab boleh memaafkan kesalahan saya. . ..... Benarlah seperti saya selalu katakan, anak kecil emosinya ringan macam belon. Malah mereka juga amat suka main belon, kan. Beza dengan orang dewasa yang tak kisah Dan tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan? Ini kerana emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah. . Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya.... . https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=157135151605132&id=128075747844406 . Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya... betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya. . Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional. Adalah beza; seorang anak dengan seorang ibu/bapa iaitu kanak-kanak dan orang dewasa, dalam apa jua tindakannya. . Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi. . Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman ( Pemurah ) dan Rahim ( Pengasih ) nya Allah, Pencipta kita. . Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita? Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu, mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya berjuta tahun tak terkira terhadap manusia iaitu kita semua yang baaanyak sangat salahnya.😢 . Key nya, jadilah seorang Pemaaf, kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita. . Saya merasakan, dan mempercayai, seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya. . Betapa seorang anak amat 'innocent' malah jauh lebih bijaksana dari kita, Sebab kita ni banyak dipengaruhi 'judgement', hasil dari pengalaman lampau. . Betapa anak ekzema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya (masa strict real and healthy food), mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya, dan dalam masa sama dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya. MasyaAllah Tabarakallah. . Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita kan! . Kita? Banyak belajar dari mereka. Tentunya. . Refleksi, Maznah Ibrahim. . Dah habis baca, pejam mata, cakap pada diri anda dengan penuh perasaan: "Ya saya suka memaafkan orang". "Ya saya nak berdamai dengan hati saya". "Ya saya tenang dan bahagia"

Pilih untuk 'Respond' kepada Situasi Anak-anak Bukan 'React' ============================================= 'Respond' ni bermaksud, pause seketika dan respon dengan positif (sebaiknya). . 'React' ni maksudnya kita balas dengan spontan, dan ber reaksi kepada tingkahlaku si anak . Contoh: 1. Adik berhenti menangis sekarang! (Arahan mengejut) . --> Tukar ke: Adik nampak sangat sedih. Adik nak mak peluk? (atau Adik nampak sedih sangat, meh sini mak peluk) (Kaedah Time In). . 2. Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni. (Ugutan) . --> Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta sat, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (Teknik Komunikasi luahan asertif dan solusi) . 3. Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni? (herdikan) . --> Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jum ambil kain dan kita lap. (Teknik Solusi) . 4. Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. (tertutup,pasrah) . --> Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (Teknik Interpretasi Beri Perspektif Baru) . 5. Dapat C lagi? Apa tak kena dengan awak ni ya? (Questionning) . --> Tukar ke: Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak? (Teknik Menawarkan Bantuan) . 6. Cukup-cukup dah lah tu...... adik ni asyik merengek/minta minta aja... (mengeluh) . --> Tukar ke: Boleh tolong gunakan suara rendah skit masa minta mama sesuatu? (Beritahu Option baru) (atau: Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?) (Cari Option Baru) . 7. Mak dah tak tahan dah dengan adik ni. (keluhan dan pasrah tertutup) . --> Tukar ke: Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik. (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (Option / kefahaman/ asertif) . . . Translasi dan edit oleh, Maznah Ibrahim. . .

Ada yang bertanya tentang anak bayi masuk makanan ke mulut. Ia normal sebenarnya. Saya pernah buat video "Mouth the Object". Boleh tonton di sini ya. Masa Yumna 6 bulan saya dah mula educate dia dan dia faham. Usia setahun 2 bulan camtu di hospital untuk check up platlet dia tinggi sangat, ada seorang ibu komen, katanya baby saya (Yumna) tak makan pun kertas nombor giliran yang dia pegang, anaknya makan kunyah (normal sebenarnya). Saya senyum aja dan katakan : "saya cuma bagitau dia aja ulang-ulang". Sebenarnya saya educate Yumna. Walau bayi, anak kita semua sangat mudah diajar sebenarnya. Maznah Ibrahim

Waktu Sesuai Tegur atau Beri Nasihat kepada Anak dalam Islam dan Psikologi – Maznah Ibrahim https://maznahibrahim.com/waktu-sesuai-tegur-atau-beri-nasihat-kepada-anak-dalam-islam-dan-psikologi/

FB memberikan memori 3 tahun lalu. Masa ni Khairunnisa' 1 tahun lebih. MasyaAllah how time flies. Merenung kembali, stage sama aja setiap anak, kan. Kini anakanda Yumna pula fasa ini 😁 Dengan membuka pintu guna kunci pula heheheh. Saya kongsikan penulisan ini buat renungan diri saya dan sahabat semua di channel ini ya 😍😘. ------- Kaedah Play Berpusatkan Si Anak, Bukan Ibubapa °°°°°°°°°°°°°°°°°°° Dalam video ni, si ayah Khairunnisa' melayan kehendak dan cara bermain si anak dengan sabar sekali 😂 . Tahu, berapa kali anakanda solehah KN mengulang bentuk 'permainan' ini? . Berbelas kali!!! . Si ayah sempat rakam yang last 2 kali itu. . Ulang skill buka tombol pintu melintang besi itu, dan tidak tahu menolak pintu sampai selamat, hanya menarik membuka sahaja. . Haha... so cute . ================== Play For Them, - kita mudah fikir, eeee apa ni dik, terkepit nanti tangan . Happy For Them - kita mudah rasa, eeeee dah la sayang, penat mama (jadi marah pula) . Repetition berbelas kali, tiada istilah bosan untuk mereka, - kita mudah rasa, eeee tak bosan ke dik, dah la tu..tak penat ke (siapa yang penat sebenarnya hehe 😛) . Haa. banyak tak matched, kan? . SEBAIKNYA, . Anak - Ibubapa (Kaedah Lama) Play - Takut terkepit Puas Hati - End Up Marah Repetition is FUN - Repetition is Bored . Tukar Kepada (Kaedah Baru) Play - Play! Puas Hati - Puas Hati! Repetition is FUN - Yes Repetiton is FUN dear! . Haha. . Sebenarnya hanya 5 minit, . Tapi, kesannya untuk mereka seumur hidup tau. . kerana otak sedang berkembang progressively, . neuron sedang berhubung, . sekali dengan emotional brain (kita kalau boleh nak tanam emosi positif), dan awal neocortex (sebelum layer neocortex seterusnya, rational Human Brain tu) . peringkat layer otak ini akan bersambung ke peringkat seterusnya, foundation kukuh 6 tahun pertama! . °°°°°°°°°° . Positive Parenting, . 1. Ambil Tahu pasal keperluan dan tugas perkembangan kanak-kanak ikut usia, . 2. Percaya, ada proses pembelajaran di situ, pengulangan dan kejayaan yang ditemani si prime carer ibubapa, membuatkan bayi rasa selamat, yakin, dan gembira . 3. Support, dengan layan, bermain dengan mereka mengikut cara mereka, cuma pantau sahaja 100% selamat, insyaAllah tak da papa. . 4. SABAR... . 5. Match kan emosi gembira dengan gembira juga, sambil sabar : tarik nafas, hembus dan senyum 😃😉 . 6. Enjoy the Moment. Tak lama mana pun. Ingat bawah 5 min sahaja vs. berpuluh tahun lagi untuk hasil seorang Khalifah Allah yang hebat, positif dan kuat dalamannya insyaAllah.... . Refleksi, Maznah Ibrahim Video: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208905985939289&id=1004411173

Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Objektif: 1- Menerangkan den
Mendorong dan melatih anak-anak menghafal surah menggunakan lukisan kartun mengikut setiap ayat. Objektif: 1- Menerangkan dengan lebih mendalam tentang setiap surah sehingga anak-anak boleh memahami setiap ayat. 2- Memupuk rasa gembira dalam diri anak-anak sewaktu menghafal. 3- Menggunakan ilustrasi yang menarik yang memberikan gambaran menyeluruh setiap ayat. 4- Melatih anak-anak dekat dan cinta al-Quran. ________ Pengisian: Slot 1: Asas melukis kartun Slot 2 : Teknik Lukis dan hafal surah Slot 3: Menghasilkan komik Ibrah berkaitan surah

photo content

photo content