Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 269 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 964,并在 马来西亚 地区排名第 2 367 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 269 名订阅者。
根据 22 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -122,过去 24 小时变化为 -4,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.48%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.43% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 891 次浏览,首日通常累积 395 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 23 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 269
订阅者
-424 小时
-357 天
-12230 天
帖子存档
16 266
Macam mana nak tahu anak kita ni ada ciri resilien ?
Salah satunya dia mampu untuk 'bounce back', kembali kepada keadaan asal emosi positif, dan beberapa ciri lanjutan dari ini.
👇👇👇
https://maznahibrahim.com/salah-satu-ciri-anak-yang-resilien-atau-mempunyai-daya-ketahanan-dalaman-yang-tinggi-ialah-dia/
16 266
3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM
.
1⃣ Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas.
.
✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum).
✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini.
Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️🛑🚳🚷
✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan 'neurotransmitter' kepada mood (emosi baik atau tak baik).
✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama.
✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit.
Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
.
2⃣ Pastikan makanan mereka terjaga.
.
✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu,
✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food.
✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat)
✔️ makanan ringan 'in between' makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais.
.
3⃣ Waktu tidur dijaga dengan baik.
✔️ jumlah jam tidur malam+siang, saranan tidur nap tengahari ikut keperluan usia anak (guidelines di sini :-
https://www.babycenter.com/0_your-childs-sleep-and-nap-timeline_10357001.bc
✔️ jumlah jam tidur ikut aktiviti dan individu anak, namun secara umum dan optimum, kira berapa jumlah jam anak telah tidur siang dan malam, jika dia tidur malam 8-9 jam, siang nya perlu tambahan 3 jam, atau dia tidak tidur siang, malamnya tidur awal dan bangun lewat.
✔️ maka rancang aktiviti nya, tanyakan guru/pengasuh, jika dia ada nap tidur siang, berapa lama berapa kali. Yang kita boleh atur ialah tidur malam jika kita bekerja dan fahami mengapa dia sukar tidur malam (samada dah nap lama siang atau dia craving for tangki emosi 'masa special time' dengan ibu ayah, atau bangun lewat pagi).
.
Perhatikan perbezaan mood dan tantrum anak 📋📉 setelah anda adjust 3 perkara di atas ini.
.
3 Atas ini saya kategorikan sebagai Keperluan Fisiologi, tapak asas manusia. 'Tapak kukuh, individu stabil berdirinya'.
...
😊😊😊 InsyaAllah beza besar.
Cubalah, ia baik untuk anak dan untuk mak ayah sekali.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
⏩⏩⏩ Join telegram saya untuk sentiasa dapatkan info berkaitan psikologi anak, parenting, dan mental health ibubapa dan anak, di sini:
t.me/ehsabar
⏩⏩⏩ Seminar EHSABAR pertama untuk tahun 2019, di Seberang Perai, Penang pada 28 April 2019, dapatkan tiket anda segera, di :
https://ehsabar.com/?utm_source=ch5
⏩⏩⏩ Dapatkan skrip hypnosis untuk situasi anak pelbagai, dari usia 0-18 tahun, di sini:-
https://hypnoscript.cc/?utm_source=ch7
16 266
BERSANGK BAIK DENGAN ANAK
Menarik, dalam ilmu NLP dahulu saya pelajari, salah satu 'kenyataan' dalam kepercayaannya ialah lebih kurang bermaksud begini:
"Semua tindakan manusia mempunyai niat yang baik".
.
Tadi terdengar Fateh meng 'offer' adiknya Khairunnisa untuk sama memiliki gasing 'beyblade' nya.
"Kakak nak beli gasing beyblade macam abang?"
.
😊😊😊
Saat tenang begini, mudahnya husnuzon (bersangka baik):
.
✔️
'Fateh mempelawa adiknya untuk beli beyblade juga agar dia boleh ada pasangan untuk bermain atau berlawan bersama'.
(Almaklum kat rumah nak main dengan siapa lagi kan)
.
Namun, saat emosi negatif melanda, asbab pengalaman lampau, mudah aja ibu bapa 'bersangka negatif':
.
❌
'Fateh sengaja 'goda' adiknya untuk beli beyblade baru agar bila adiknya dah tak minat, dia akan minta adiknya barang mainan adiknya, adiknya akan setuju, maka dia akan ada dua objek mainan. Kepercayaan ini muncul kerana perkara sebegini sudah pernah berlaku beberapa kali dahulu'.
.
♥️
Jadi, bersangka baik,
Percayalah setiap tindakan manusia itu sebenarnya mempunyai niat yang baik (dan betul).
Namun untuk anak kecil kan,
Niatnya baik dan betul untuk perspektif usianya, kotak pemikirannya.😃 (contoh betul untuk usia 2 dia, salah pada perspektif usia 30 kita).
Pada dia, boleh, wajar aja dapat apa dia hasratkan,
Pada ibubapa yang dewasa ni, ada aja ruang untuk boleh dikompromi, dibincang, dinegosiasikan.😁
.
Jadi konklusinya,
✅ Ambil Pertengahan,
✅ Sentiasalah Bersangka baik (tengok perspektif kotak pemikiran usia si anak)
✅ Berbincanglah elok elok ya.. asal aman dan selamat
Kelebihan emosi tenang :-
☑ emosi tenang, pemikiran positif, tindakan kita juga positif
☑ emosi tenang, tindakan handle situasi anak juga berakhir dengan baik dan selesai, semua menang (win win)
☑ emosi tenang, anak mudah dengar kata, dan modelkan contoh baik untuk adik beradik dia, kawan dia dan malah kepada ibubapa dia sendiri.
Jum ke seminar EHSABAR,
Penang 28 April 2019.
https://ehsabar.com/?utm=source/fp4
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
p/s:
Tugasan pembaca saya:
Renung sejenak,
ingat balik satu situasi di rumah,
dengan mengambil perspektif kenyataan
'setiap tindakan anak itu mempunyai niat yang baik',
cari 'APA YA NIAT BAIK ANAK KITA' itu, 🤔
SHARE dengan saya, tulis di komen.
Contoh:
tengah buat kerja lain sekejaaaap aja leka, tetiba tengok anak usia 4 ni, dia tengah sedap sedap lipat lipat kertas penting kita, kertas kerja ofis tuuuuh penting sangat tu.
-->sebenarnya dia nak lipat buat kapal terbang tu, kita yang salah sebab letak kertas kerja penting kita tu bersepah🙄😬, tak pun kita ni lupa nak explain kat dia yang kertas ni xboleh main, pastu ambikla kertas lain bagitahu dia teknik memberitahu peraturan salah:- "kakak tak boleh main kertas mama ni untuk kerja, tapi kakak boleh ambil kertas yang ni, yang ni boleh main, ok" 🤗.
Komen tulis di sini:-
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1130881737086409&id=477691842405405
16 266
Abai atau Beri Perhatian
+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+-+
Kadangkala kita kepenatan, kita dah tak terlayan anak-anak dah.
Atau kita terlalu sibuk, kita abaikan keperluan anak.
Abaikan anak adalah ibarat 'racun' dalam sesuatu perhubungan,
manakala
Memberi perhatian adalah ibarat 'baja'.
.
.
Baja, akan bantu suburkan jiwa anak,🌱🌾🌹
agar menjadi seorang manusia yang empati dan prihatin.
Manakala racun boleh 'mematikan' jiwa sang anak.
Keras dan mati.🥀
.
.
Maka,
Jum
✅ Beri perhatian kepada si anak,
✅ Dengari ceritanya,
✅ Dengari permintaannya (tak semestinya penuhi saat itu juga)
✅ Boraklah dengan mereka (cerita kat dia)
✅ Dan mainlah dengan mereka peluang masih ada.
😊😊😊
.
Maznah Ibrahim.
16 266
Alhamdulillah
Sabtu lalu saya berjaya bersama 11 anak remaja berusia 13 tahun,
di Santika.co Hulu Langat,
sangat mengujakan,
kerana mereka amat responsif kepada topik psikologi remaja ini,
saya bebas menyusun modul pengisian dan latihan untuk 3 jam ini,
dengan aktiviti seni kreatif dan real showing bantu nampakkan lebih jelas akan konsep dan penekanan kepada info dan skill asas untuk remaja ini.
Ya,
Ia info, dan skil penting bagi mereka,
termasuk personal safety😍😃..
Ini sebagai salah satu slot dalam program persediaan untuk mereka belajar di luar dari Malaysia.
.
3 Jam bersama,
Saya mulakan dengan energiser biasa saya, Say My Name, berkenalan nama masing masing dengan movement, (boleh tengok siapa yang berani, konfiden, malu malu, tegas, kreatif, dll).
Slot 1 : Info psikologi perkembangan remaja dari sudut emosi, kognitif, fisiologi,
fasa storm n stress, fasa conflict identity nya, peer pressure nya, tuntutan utama anak remaja kepada ibu bapa mereka (trust n freedom) dan apa yang mereka perlu tahu dari perspektif ibubapa, harapan ibubapa, dan fokus tanggungjawab mereka (tidak perlu fokus kepada kebimbangan akan masalah parents mereka tapi bayar dengan laksana tanggungjawab asasi mereka)
.
Slot 2 : People in My Life, dan boundary, support system, siap buat boundary people in my life secara real, diri mereka di pusat, dikelilingi rakan sebagai orang di dalam circle mereka, ketahui hak, batasan, kenalpasti orang dipercayai, enemies, personal space.. dan final pilih 5 orang dipercayai untuk minta pertolongan, juga latih berkata tidak dan request apa nak kepada orang yang dia kurang selesa (selalu disakat)😁,
bagi rehat sat,
.
Slot 3 Traffic light model : Decision Making Skill, beserta berlatih skrip katakan tidak dengan berhemah dan tegas diri.. nampak apa isu mereka hadapi seharian di kalangan mereka: isu substance abuse, buli, lgbt dll... dari modul ini,
Slot akhir, buat pokok matlamat dengan akar, dari surah Ibrahim 14:24-25.
.
.
Apapun mereka tetap anak yang sangat perlu digiring, dibicarakan secara terbuka topik sebegini, dan terus dibimbing sebaiknya,
dengan kepercayaan mereka adalah generasi penerus bagi memimpin negara kita kelak.
All the best buat anak anak ini,
dan syabas penganjur,
bengkel selama 4 kali sekali setiap bulan,
pertama kali masukkan slot psikologi sebegini,
saya pasti ia amat bermanfaat sebagai persediaan mereka untuk ke luar dari lingkungan comfort zone mereka kelak....
.
Maznah Ibrahim
16 266
Selamat bercuti dan berjalan jauh, semua sahabat dalam Channel ini 😊😊😊
.
Saya doakan anda semua dalam keadaan terbaik,
dan sentiasa dilimpahi rahmat,
kasih sayang, dan
selamat,
dalam
apa jua aktiviti yang dilakukan
di sepanjang cuti sekolah ini.
insyaAllah ukhwah, dan
silaturrahim dengan sesama keluarga, serta
sahabat handai anda akan terus tertaut dengan erat😃.
.
👫👭👬🚶♀🚶♂
Bersama dengan anak anak comel ribenas
dan meriah kita ni,😄
.
***Bayangkan nanti,
Kita Pasti akan rindui celoteh, dan keletah mereka,
bila tiba masa mereka melangkah jauh,
dan fasa empty nest rumah kita nanti... kan
Jadi, hargai masa sekarang, ok.😊
.
Syukur,
Ucapkan Alhamdulillah.
.
.
Maznah Ibrahim
Kembali ke ibu kota pulang ke 'kampung'
16 266
Dulu ramai bertanya bab tangki emosi 'masa istimewa' bagaimana untuk anak yang ramai seperti 5-7 orang,
Saya menjawab, dua (2) sahaja keadaan membolehkan pukul rata semua anak terlibat,
'then' boleh lah beri ala ala 'tazkirah' / nasihat kepada anak secara general (isu tertentu seperti tanggungjawab setiap anak, hormat menghormati, azam, matlamat keluarga, tanya khabar dll) :-
.
1⃣ solat berjemaah (part ni suami perlu sporting dan yakin untuk lead solat keluarga ini),
2⃣ waktu makan berjemaah (part ni perlu sabar untuk setting dan tunggu makan bersama - andaikan / bayangkan saja suasana berbuka puasa, ia amat 'mahal' dan 'manis' kan ? (bersama syarat tiada hp dibawa bersama).
.
Boleh buat, kan ?😊
❤️
Maznah Ibrahim
p/s: selain 'one to one' dengan anak tertentu yang ada isu khusus
16 266
Ibu Ayah
yang ada isu terpendam masa lalu,
segeralah proses ia di dalam terapi,
sungguh,
anda akan sangat ringan,
dan boleh 'move on' sepertimana
anda sendiri mahu,
Demi impian
keluarga bahagia dan sihat
seperti anda perlu.
Maznah Ibrahim
16 266
MENANGANI BULI
BULI kerap terjadi bukan sahaja kepada orang dewasa malahan kepada anak kecil seawal usia prasekolah.
Ini antara yang boleh ibubapa ajarkan kepada anak-anak sejak anak kecil lagi seawal usia 4.
.
LANGKAH 1:
Katakan TIDAK / JANGAN kepada tindakan salah si kawan, dengan:
i) Perkataan ‘No’ itu JELAS, bukan ‘blur / grey’ – gunakan perkataan “tidak / jangan / stop / taknak” dan bukannya berdiam diri atau senyum aja tanpa jelas maknanya.
.
ii) Tidak kepada ‘APA’ itu perlu dinyatakan juga – nyatakan apa tingkahlaku salah kawan tu.
.
iii) Beri solusi sekali – lain kali kawan kena buat macam mana (cara alternatif lain).
.
Contoh:
1) “Jangan ambil pemadam saya, ini saya punya.
(Beri solusi) Awak perlu minta kebenaran dulu, kalau saya beri izin, baru boleh ambil”.
.
2) “Jangan tepuk belakang saya, saya rasa terkejut dan sakit.
(Beri solusi) Lain kali, awak tepuk pelan-pelan atau panggil saya untuk beritahu”.
.
3) “Taknak, aku taknak merokok. Terima kasih.
(Beri solusi) Kau tak perlu ajak aku lagi sebab aku takkan setuju untuk cuba ambil rokok”.
(kalau tak pesan untuk stop menggoda / ajak, kawan akan ‘usha’ atau cuba ajak lagi, jadi kena beritahu ‘stand’ atau pendirian kita iaitu kita takkan terima ‘offer’/ ajakan dia)
.
4) “Taknaklah jumpa lewat malam.
(Beri solusi) Kalau nak berjumpa, kita jumpa masa ramai-ramai, tak apa”.
(kes ‘dating’ berdua remaja)
.
LANGKAH 2:
BEREDAR DARI SITU
.
Selepas berkata ‘Tak’ tadi tu, beredar atau pergi dari situ, usah tunggu lagi.
Ini kerana jika kekal berada di situ, anak akan kena ‘buat’ lagi, ni memang kena berlatih agar berlalu pergi dari situ setelah berkata tidak.
Biasanya bila kekal di situ dengan tak berkata apa-apa, kemungkinan besar akan kena lagi.
.
LANGKAH 3:
BERITAHU / KONGSIKAN KEPADA ORANG YANG ANAK PERCAYA
Maksud di sini berkongsi atau luah. Jika simpan, ia kategori RAHSIA TAK SELAMAT.
Ia penting agar jika ada apa-apa berlaku, anak sekurangnya telah maklumkan kepada seseorang dan beban emosi anak akan sangat kurang (lega).
.
PENTING: Latih dengan anak, iaitu ibu/ ayah buat sentuhan tak selamat kepada si anak, kemudian si anak beritahu ibu / ayah, dan ibu / ayah respon dengan mendengar, dan puji si anak sebab 'share' (beritahu, tak simpan).
❤
Maznah Ibrahim.
p/s: Seminar EHSABAR pertama tahun ini 2019 adalah di Seberang Perai Penang pada 28 April 2019,
Jemput share
Earlybird sebelum 21 Mac ya 😊.
https://ehsabar.com/?utm_source=t1
16 266
Ramai tidak sedar betapa jauhnya impak skil urus emosi yang lemah, kepada diri seorang individu, apatah lagi anak yang masih perlu dibimbing.
Jemput baca dan share 😊
👇👇👇👇
https://maznahibrahim.com/pentingnya-skil-urus-emosi-untuk-kita-dan-anak-kita-2/
16 266
MasyaAllah best dan betul sekali apa diucapkan oleh beliau,
banyak dalam EHASABAR,
point nya,
dan situasi ibu yang bertanya itu,
sangat common, ramai hadapi.
kepercayaan terhadap kanak-kanak,
kepercayaan dan harapan untuk ibubapa,
perasaan seorang kanak-kanak yang hadir ke dunia ini,
tunjukkan kepada anak (demonstrate),
how to regulate your emotions - Ini EQ
(breathe : bernafas)
anak fully brained usia 28
- ini IQ, fakta untuk kita , jangan risau, walau first 6 years tu 90%, saya berhadapan dalam terapi, remaja dan dewasa yang balance nya 10% tu, (ada juga over than 28y.o),
dan saya katakan,
dengan niat yang betul,
strategi yang tepat,
insyaAllah isu anda orang dewasa sebagai anak anak dahulu, boleh diproses,
asal anda terbuka,
demi,
generasi anda seterusnya,
ia tanggungjawab kita, ibubapa dan orang dewasa untuk pastikan dunia ini selamat untuk mereka membesar.
Maznah Ibrahim.
ehsabar terdekat di Seberang Perai, Penang
daftar earlybird sebelum 21 Mac
https://ehsabar.com/?utm_source=t1
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
