Sebagai IbuBapa, Sejauh Mana Kita Cukup Redha dan Maafkan Anak?
===========================
*Sedangkan anak-anak kita ni sangat pemaaf orangnya.
.
Saya yakin, sahabat saya semua di sini boleh memaafkan anak-anak.
.
Percaya tak, anak kecil sebenarnya amat pemaaf. Namun kadangkala kita orang dewasa yang suka simpan lama dan belum memaafkan orang, hatta anak sendiri.
Mungkin anda masih marah untuk beberapa jam atau hari lagi, malah bulan atau bertahun.
.
Kisah Lama:
-------------------
Semalam, pada waktu malam,
Saya ada termarah anakanda sulong saya, dalam keadaan saya amat mengantuk (balik hari dari Perlis-Putrajaya-Perlis).
.
Saya tersedar bila bangun awal pagi dan teringat untuk meminta maaf kepadanya sesegera mungkin.
.
Paginya bila dia dalam keadaan cukup segar dan sedar, saya minta maaf kepadanya berkaitan insiden semalam.
.
Mukanya biasa aja, macam taknak maafkan, hehe😚 (mak mengagak).
.
Saya cakap lagi, betapa pentingnya memaafkan agar hati kita ❤ bersih, ringan dan boleh move on macamtu... dalam bahasa mudah saya bercerita.
.
Kemudian antara ayat saya tu macam kita akan teringat-ingat jika tak memaafkan orang,
sukar nak ke depan lebih jauh.
.
Lepas tu dia kata, dia sebenarnya dah tak ingat dah, dia memang dah maafkan saya😅 (Adeh, mak eh🙈 ).
.
Saya pun ucapkan terima kasih,
puji sebab dia boleh memaafkan dan terima kasih sebab boleh memaafkan kesalahan saya.
.
.....
Benarlah seperti saya selalu katakan,
anak kecil emosinya ringan macam belon. Malah mereka juga amat suka main belon, kan.
Beza dengan orang dewasa yang tak kisah
Dan tak heran sangat nak main belon, kejar belon, kan?
Ini kerana emosi anak kecil ringan macam belon dan emosi orang dewasa sarat berat macam sedepuk benda di atas tanah.
.
Kat sini ada satu cerita Human Kind kisah benar, bagaimana seorang ibu yang amat redha dan memaafkan pembunuh anaknya....
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=157135151605132&id=128075747844406
.
Dan bagaimana ayat ibu ini amat menyentuh hati sesiapa mendengarnya... betapa positif pandangannya terhadap si remaja pesalah ini, sebagai seorang anak yang suci bersih, dan belum cukup aqalnya.
.
Ibu ini amat benar. Seorang anak remaja seperti itu masih muda, dan belum cukup matang untuk bertindak rasional.
Adalah beza; seorang anak dengan seorang ibu/bapa
iaitu kanak-kanak dan orang dewasa,
dalam apa jua tindakannya.
.
Memaafkan adalah kuncinya, agar anak ini boleh move on, jauh lagi.
.
Memaafkan juga adalah kunci perhubungan ukhuwwah sesama manusia, kerana jalinan ini perlu sarat dengan kasih sayang atas nama Rahman ( Pemurah ) dan Rahim ( Pengasih ) nya Allah, Pencipta kita.
.
Bagaimana kita boleh menyamakan diri kita dengan anak kita?
Jika anak anda berusia 6 dan anda 36 tahun, beza 30 tahun asam garam dirasai tu,
mana mungkin anda layak menyimpan hati, dendam dan menyalahkan si kecil itu, sedang Allah sendiri amat pengampun kepada hambaNya berjuta tahun tak terkira terhadap manusia iaitu kita semua yang baaanyak sangat salahnya.😢
.
Key nya, jadilah seorang Pemaaf,
kerana Allah Al Afuw amat pemaaf, dan sifat itu sudah ada dalam diri kita.
.
Saya merasakan, dan mempercayai,
seorang anak, lagi kecil usianya, lagi kuat jati diri dan sifat Asmaul Husna Allah dalam dirinya.
.
Betapa seorang anak amat 'innocent' malah jauh lebih bijaksana dari kita,
Sebab kita ni banyak dipengaruhi 'judgement', hasil dari pengalaman lampau.
.
Betapa anak ekzema saya jauh lebih berdisiplin dan penyabar dari saya (masa strict real and healthy food),
mempelawa serta menyuakan makanan yang dia tidak boleh makan kepada saya,
dan dalam masa sama dia tetap berdisiplin tidak makan, kerana dia tahu dia akan kegatalan bila makannya. MasyaAllah Tabarakallah.
.
Betapa hebat emosi dan kecerdikan anak kecil kita kan!
.
Kita? Banyak belajar dari mereka. Tentunya.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.
Dah habis baca, pejam mata, cakap pada diri anda dengan penuh perasaan:
"Ya saya suka memaafkan orang".
"Ya saya nak berdamai dengan hati saya".
"Ya saya tenang dan bahagia"