fa
Feedback
Sharing by NFAM

Sharing by NFAM

رفتن به کانال در Telegram

Disclaimer : Mengumpul info dan rujukan sepanjang scamdemic,penipuan dlm bidang kesihatan,isu semasa,topik random dan pandangan peribadi. Make your own research too.

نمایش بیشتر
7 196
مشترکین
-424 ساعت
-47 روز
+1930 روز
آرشیو پست ها
Rahsia Di Sebalik Sepotong Daging Di Khaibar Penulisan ini panjang sedikit. Orang yang hebat je habis baca. Orang hebat habis
Rahsia Di Sebalik Sepotong Daging Di Khaibar Penulisan ini panjang sedikit. Orang yang hebat je habis baca. Orang hebat habis baca tu jangan lupa komen ok. Biar post ni naik dan lebih ramai baca. Boleh share juga. Ok kita sambung.. Ramai yang tak tahu, Rasulullah SAW pernah cuba diracun. Dan kesan racun itu terasa oleh baginda sehingga ke saat-saat akhir hayatnya. Ini kisahnya. Selepas kaum Muslimin menang dalam Perang Khaibar, seorang wanita Yahudi bernama Zainab binti al-Harith datang membawa hidangan. Daging kambing panggang, dimasak khas untuk Rasulullah SAW. Tapi di sebalik hidangan itu tersembunyi niat jahat. Wanita itu telah meletakkan racun pada daging tersebut. Dan dia bijak memilih tempatnya. Dia letak racun paling banyak pada bahagian bahu, sebab dia tahu itulah bahagian yang paling disukai baginda. Ketika Rasulullah SAW mengambil suapan pertama dan mengunyahnya, tiba-tiba baginda memberhentikannya. Baginda tidak menelannya. Baginda bersabda bahawa tulang daging itu sendiri memberitahunya yang ia telah diracuni. Bayangkan. Allah memelihara Rasul-Nya dengan cara yang tak terjangkau akal. Daging yang telah mati itu sendiri menjadi saksi dan memberi amaran. Tetapi seorang sahabat yang turut memakannya, Bishr bin al-Bara, tidak terselamat. Beliau meninggal dunia akibat racun tersebut. Rasulullah SAW kemudian memanggil wanita itu. Dia mengakui perbuatannya tanpa berdolak-dalih. Bila ditanya kenapa dia sanggup berbuat begitu, jawapannya penuh keangkuhan. Dia berkata, dia sengaja meracun baginda untuk menguji sama ada baginda benar-benar seorang nabi atau tidak. Kalau baginda benar seorang nabi, dia yakin racun itu tidak akan memudaratkan baginda, kerana Allah pasti melindunginya. Tetapi kalau baginda hanya seorang pemimpin biasa dan bukan nabi, maka dengan kematian baginda, dia akan berjaya menyingkirkan seseorang yang dianggap musuh oleh kaumnya. Dan ini bukan peristiwa terpencil. Kaum Yahudi ni memang licik. Al-Quran telah lama merakamkan sikap sebahagian besar dari kalangan mereka. Bukan sekali, tapi berulang kali sepanjang sejarah. Allah berfirman tentang tipu daya mereka, “Dan mereka merancang tipu daya, dan Allah membalas rancangan tipu daya mereka. Dan Allah sebaik-baik yang membalas tipu daya.” -Ali-Imran 54. Tentang tabiat mereka memungkiri perjanjian, “Setiap kali mereka mengikat perjanjian, segolongan dari mereka mencampakkannya. Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman.” -Al-Baqarah 100. Dan Allah menggambarkan permusuhan mereka yang paling keras terhadap orang beriman, “Demi sesungguhnya, engkau akan dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” -Al-Maidah 82. Ayat ini bukan tulisan sejarah semata. Ia peringatan Allah yang kekal relevan sampai bila-bila. Peristiwa racun di Khaibar itu cuma satu bukti nyata dari corak yang Allah dah beritahu awal-awal. Bahawa permusuhan terhadap kebenaran itu wujud, nyata, dan berulang. Ia datang berselindung di sebalik hidangan dan senyuman, tetapi niat di dalamnya tetap sama. Maka orang beriman diperingatkan supaya jangan lalai, jangan mudah terpedaya, dan jangan sesekali menyangka musuh kebenaran itu akan berhenti dengan sendirinya. Sebab kebatilan tidak pernah tidur. Dan yang lalai, dialah yang paling mudah menjadi mangsa. Dan yang paling menyentuh hati, kesan racun itu tidak pernah hilang sepenuhnya. Bertahun-tahun kemudian, ketika baginda sedang menghadapi sakit menjelang kewafatannya, baginda pernah berkata kepada Aisyah RA bahawa baginda masih lagi merasai kesakitan dari makanan yang dimakannya di Khaibar dahulu. Kesan racun itu terasa, menyucuk-nyucuk, sehingga ke penghujung usianya. Sambung baca : https://www.facebook.com/share/1Cng2KBNbT/?mibextid=wwXIfr

Kata belajar sains tinggi langit. Tapi bila orang sebut imuniti semulajadi, terus dilabel jahil. Padahal imuniti semulajadi t
Kata belajar sains tinggi langit. Tapi bila orang sebut imuniti semulajadi, terus dilabel jahil. Padahal imuniti semulajadi tu bukan teori antivaks. Ia asas imunologi. Benda yang mereka sendiri belajar dalam kuliah, tapi pura-pura tak dengar bila orang lain yang sebut. Allah dah lengkapkan tubuh manusia dengan sistem pertahanan yang canggih. Menghargai ciptaan tu bukan menolak sains. Ia menghormati apa yang sains sendiri kaji. Dan cuba tanya, kenapa hari ni satu je aliran perubatan yang dianggap sah, sementara yang lain terus dicop karut? Ini bukan kebetulan. Awal kurun ke-20, satu laporan yang dibiayai golongan industri kaya, antaranya keluarga Rockefeller, telah menyeragamkan pendidikan perubatan ke arah satu model sahaja. Banyak sekolah yang mengajar perubatan herba dan kaedah tradisional ditutup. Apa yang dulu pelbagai, disempitkan jadi satu aliran, dan aliran tu akhirnya rapat dengan industri farmaseutikal. Itu bukan teori. Itu sejarah yang terbuka. Google je. Jadi bila kita persoal, kita bukan menolak ilmu. Kita menolak monopoli atas ilmu. Sebab bila hanya satu pihak yang dibenarkan menentukan apa itu kebenaran, dan mereka juga yang untung darinya, kita bukan lagi bercakap pasal sains. Kita bercakap pasal kuasa. Dan ilmu yang benar tak pernah takut disoal. Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan. Wake up gaisss. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening https://www.facebook.com/share/p/18adGDoE1x/?mibextid=wwXIfr

Air kosong tu underrated gila. Buah pinggang perlukan air untuk buang bahan kumuh. Simple macam tu. Tak payah paksa diri telan 8 gelas pun. Cara paling senang, tengok warna air kencing. Kuning cerah, ok. Kuning pekat, badan tengah mintak air. Yang jadi masalah bukan kurang air. Yang jadi masalah bila setiap kali dahaga, kita capai yang manis. Kalau susah sangat nak lepaskan rasa manis, mula perlahan. Kurangkan gula sikit-sikit, atau guna pemanis semulajadi macam daun stevia sebagai transisi. Sifar kalori, tapi lidah masih dapat manis dia. Lama-lama, lidah akan adjust. Sampai satu tahap, air kosong pun dah rasa cukup. Lidah kita ni boleh dididik. Macam anak kecil. Mula je la hari ni. #sharingbynfam #kesihatanholistik #pemakanansihat https://www.facebook.com/share/p/1EgNNVSzbm/?mibextid=wwXIfr https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DbEwouUEqs8?xmt=AQG0UoViX8IsNeaqylhVRqKb4bVHkn6B-xQjDvpqN4R3cw4qA3bjhiMLK0XzRhPtlDalYqo&slof=1

Saya dapat screenshot katanya dia dah buat post bagi “penjelasan”. Katanya ada orang tag saya juga sana. Dia dah block saya l
Saya dapat screenshot katanya dia dah buat post bagi “penjelasan”. Katanya ada orang tag saya juga sana. Dia dah block saya lama jadi memang tak guna tag pun. Diorang ni punya terdesak nak cari orang buat SN sampai menyibuk kat group2 saya dan orang lain. Paling saya geram masuk dalam VC saya. Ingatkan nak tanya soalan ke apa. Dahlah saya rakam untuk rujukan orang lain. Memang saya geram betul dengan perangai promoter SN ni. Ok. Berbalik pada “penjelasan” dia tu yang saya dah baca beberapa kali; Tapi makin saya baca, makin jelas apa yang saya persoalkan semalam memang masih belum terjawab. Yang saya persoalkan bukan kewujudan laporan polis. Bukan juga saya kata ibu itu menipu. Saya persoalkan cara kisah ini dijual kepada orang ramai. Tajuk besar ditulis seolah-olah seorang ibu didakwa kerana semata-mata menolak vaksin. Bila orang mula bertanya, baru keluar kronologi panjang, laporan polis, cerita selepas itu, link Telegram, link daftar plaintif, link sertai tindakan undang-undang. Persoalannya… Kalau dari awal tajuk itu benar-benar tepat, kenapa perlu tambah begitu banyak penjelasan selepas orang mula mempertikaikannya? Yang saya minta dari awal pun mudah. Mana dokumen pertuduhan? Atas seksyen apa? Apa fakta yang diputuskan mahkamah? Bukan laporan polis. Bukan naratif. Bukan andaian. Dokumen pertuduhan. Sebab laporan polis hanyalah laporan daripada satu pihak. Ia bukan bukti bahawa sesuatu pertuduhan itu dibuat atas sebab yang sama seperti yang ditulis dalam poster. Saya pelik bila orang yang selalu menyeru “buat kajian sendiri” tiba-tiba marah bila orang minta dokumen asal. Bukankah dalam apa juga dakwaan, beban membuktikan terletak pada orang yang membuat dakwaan? Kalau betul matlamatnya nak beri kesedaran, bentangkan keseluruhan fakta. Tak perlu tajuk yang boleh membawa orang kepada kesimpulan yang belum tentu sama dengan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah. Saya tak pernah suruh orang diam. Saya cuma tak suka bila ketakutan dijadikan modal. Lagi-lagi bila di hujung posting terus diselitkan ajakan menyertai program, daftar plaintif dan pautan tertentu. Orang yang membaca berhak bertanya. Ini benar-benar perkongsian fakta… atau pemasaran yang menggunakan rasa takut sebagai pencetus tindakan? Bagi saya, dua benda itu sangat berbeza. Jadi fikir2 lah sendiri. https://www.facebook.com/share/p/1836Cr8YpU/?mibextid=wwXIfr

HAK ke 5: Hak Anak Ke Sekolah, Tanpa Diskriminasi Status Vaksin Setiap kali isu vaksin timbul, mesti ada satu ayat yang kelua
HAK ke 5: Hak Anak Ke Sekolah, Tanpa Diskriminasi Status Vaksin Setiap kali isu vaksin timbul, mesti ada satu ayat yang keluar. “Kalau tak vaksin, jangan hantar anak ke sekolah. Bahaya pada orang lain.” Bunyinya macam tegas dan bertanggungjawab la sangat kan? Tapi cuba kita periksa dari segi hak. Di Malaysia, pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak. Tiada undang-undang yang membenarkan sekolah menolak seorang murid semata-mata kerana status vaksinnya. Status imunisasi bukan syarat kemasukan yang termaktub untuk menghalang seorang anak dari belajar. Maknanya, ura-ura nak “halang anak tak vaksin dari sekolah” tu bukan berdasarkan undang-undang sedia ada. Ia berdasarkan emosi dan tekanan sosial, bukan peruntukan sebenar. Dan ni bahagian yang menarik. Golongan yang paling lantang suruh asingkan anak tak vaksin ni, selalunya golongan yang paling yakin vaksin memberi perlindungan. Tapi kalau vaksin betul-betul melindungi anak yang dah cucuk, kenapa perlu takut pada anak yang tak cucuk? Perlindungan tu untuk siapa sebenarnya? Logik tu tak boleh berdiri atas dua kaki sekali gus. Sama ada vaksin melindungi, jadi yang dah cucuk selamat. Atau ia tak melindungi sepenuhnya, dan itu perbualan yang lain pula. Yang sebenarnya berlaku; Isu ni bukan tentang keselamatan semata. Ia tentang tekanan. Menjadikan pendidikan sebagai syarat, supaya ibu bapa rasa terpaksa akur walaupun mereka ada keraguan. Tapi hak anak untuk belajar tu tak sepatutnya dijadikan alat tawar-menawar. Anak tu tak bersalah, dan dia tak patut dihukum atas keputusan yang bukan dia buat. Macam mana nak guna hak ni? Kalau ada pihak cuba menghalang anak dari belajar atas alasan status vaksin, minta rujukan bertulis. Sebut je. “Boleh tunjukkan peruntukan bertulis yang membenarkan penolakan atas alasan ni?” Selalunya, tak ada. Sebab ia memang tak wujud. Kita hormat hak orang lain untuk memvaksin anak mereka. Yang kita minta cuma satu, hak yang sama untuk anak kita terus belajar tanpa diasingkan dan dihukum. Sebab pendidikan tu hak, bukan ganjaran untuk yang akur macam provaksin. Yakin benar mereka anak yang tak cucuk ni membahayakan ye. Walhal yang sakit mereka. Yang memenuhi wad hospital pun mereka. Tak percaya pergilah buat survey. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #hakpesakit https://www.facebook.com/share/p/1943P6qeBC/?mibextid=wwXIfr

HAK no 4: Hak Untuk Dimaklumkan dan Dilaporkan, Mengikut Garis Panduan Mereka Sendiri Ni bahagian yang paling ramai orang tak tahu, dan ia paling kuat. KKM ada satu dokumen rasmi bernama GPFKV, Garis Panduan Farmakovigilans Kesan Vaksin. Dokumen ni bukan tulisan “antivaks”. Ia dokumen rasmi kerajaan, ditulis untuk kegunaan petugas kesihatan sendiri. Dan dalam dokumen tu, tertulis apa yang HCW sepatutnya buat. Maklumkan pada ibu bapa tentang kesan sampingan yang mungkin berlaku. Bukan kalau ditanya, tapi sebagai sebahagian dari proses. Kenal pasti kesan advers selepas imunisasi, atau AEFI. Dan laporkan kes yang berlaku, supaya ia direkodkan dalam sistem. Sekarang tanya diri sendiri. Berapa kali kita pernah dimaklumkan dengan lengkap tentang kesan sampingan sebelum anak dicucuk? Berapa kali kita diberitahu yang sistem AEFI ni wujud, dan kita boleh melaporkannya? Kalau majoriti ibu bapa tak pernah tahu, maka yang tak ikut garis panduan tu bukan kita. Dan ni logik yang paling penting Kalau kesan sampingan tu “sangat jarang” dan “tak perlu risau,” kenapa perlu wujud satu sistem farmakovigilans khas untuk memantau dan melaporkannya? Sistem tu wujud sebab kesan sampingan tu wujud. Kalau tidak, tak perlu dibina langsung. Ini bukan dakwaan. Ini logik yang datang dari kewujudan dokumen mereka sendiri. Macam mana nak guna hak ni? Sebelum imunisasi, sebut ayat ni. “Boleh maklumkan saya kesan sampingan yang mungkin berlaku, dan macam mana nak lapor kalau ada?” Kalau anak alami sesuatu selepas imunisasi, jangan diamkan. Rekod tarikh, masa, dan apa yang berlaku. Laporkan pada fasiliti kesihatan, dan minta ia direkodkan sebagai AEFI. Simpan salinan. Kalau laporan kita ditolak atau dipandang remeh, ingat. GPFKV tu dokumen mereka, bukan dokumen kita. Kita cuma minta mereka ikut apa yang mereka sendiri tulis. Kenapa ni penting? Sebab kes yang tak dilaporkan tu tak wujud dalam data. Dan bila data nampak “sangat jarang,” sebahagiannya mungkin sebab kes tak sampai pun ke dalam sistem. Setiap laporan yang kita buat tu bukan untuk menakutkan orang. Ia untuk memastikan gambaran sebenar terekod dengan jujur. Sebab keputusan yang baik hanya boleh dibuat atas maklumat yang lengkap. Dan maklumat yang lengkap tu bermula dengan pelaporan yang jujur. Kita bukan lawan sistem. Kita cuma minta sistem ikut peraturannya sendiri. Berdasarkan apa yang berlaku ; agak susah ye mereka nak akui kesan buruk itu sebab vaksin walaupun jelas ianya berlaku lepas cucuk. Sebab itu makin ramai menolak vaksin sekarang. Orang juga dah mula celik. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #hakpesakit https://www.facebook.com/share/p/19263Zwqw2/?mibextid=wwXIfr

Sedangkan bacaan inilah yang lagi penting. Jom kita hadamkan sama2. Kolesterol tinggi tak semestinya perkara paling bahaya. Y
Sedangkan bacaan inilah yang lagi penting. Jom kita hadamkan sama2. Kolesterol tinggi tak semestinya perkara paling bahaya. Yang lebih saya risau ialah bila bacaan triglycerides (TG) mula naik. Ramai orang setiap tahun buat medical check-up, tapi bila dapat keputusan darah, mata terus pergi pada bacaan Total Cholesterol. Panik bila nampak angka tinggi. Sedangkan ada satu bacaan yang ramai langsung tak ambil tahu, walhal ia boleh memberi petunjuk penting tentang keadaan metabolik badan kita, iaitu Triglycerides (TG). Cuba buka semula keputusan ujian darah anda. Di bawah bacaan kolesterol, biasanya ada bacaan Triglycerides. Pada saya, bacaan ini jauh lebih wajar diberi perhatian. Jika bacaan TG mula meningkat, terutama melebihi 1.5 mmol/L, itu boleh menjadi petanda bahawa tubuh sedang mengalami masalah metabolik dan keradangan. Antara puncanya ialah pengambilan gula berlebihan, makanan ultra proses, minuman manis, kurang bergerak, tidur yang tidak berkualiti dan gaya hidup yang semakin jauh daripada fitrah. Sekarang cuba fikir sejenak. Bila berlaku keradangan pada salur darah, tubuh akan menghantar kolesterol ke kawasan tersebut. Kolesterol bukan datang untuk merosakkan, tetapi ia sebahagian daripada tindak balas tubuh. Saya selalu bagi analogi yang mudah. Bila berlaku kebakaran, bomba akan datang ke tempat kejadian. Agak-agak, adakah kita patut salahkan bomba kerana berada di tempat kebakaran? Atau kita patut mencari apa yang menyebabkan kebakaran itu berlaku? Begitulah juga dengan kolesterol. Jangan hanya salahkan “bomba”, tetapi cari dahulu apa yang menyebabkan “kebakaran” dalam tubuh. Sebab itu saya lebih suka fokus kepada punca. Kalau kita betulkan pemakanan, kurangkan gula, kurangkan makanan yang diproses, cukup tidur, rajin bergerak dan belajar mengurus stres, insya-Allah bacaan TG akan semakin baik. Bila keradangan berkurang, tubuh juga akan mengurus kolesterol dengan lebih baik mengikut keperluannya. Inilah yang saya maksudkan dengan sihat cara fitrah. Rawat punca, bukan sekadar mengejar nombor pada laporan makmal. Saya tidak mengatakan ubat langsung tidak diperlukan. Dalam keadaan tertentu, ubat memang ada tempatnya dan keputusan mengenainya perlu dibuat bersama doktor yang merawat. Tetapi kalau seseorang masih boleh memperbaiki keadaan melalui perubahan gaya hidup, kenapa tidak mulakan dari situ dahulu? Begitu juga dengan suplemen. Saya sendiri lebih cenderung memilih suplemen yang berkualiti berbanding terus bergantung kepada ubat, jika benar-benar perlu dan mampu. Bukan kerana suplemen itu ajaib, tetapi realitinya makanan hari ini tidak lagi sama seperti dahulu. Tanah semakin kurang subur, makanan diproses berlebihan, kehidupan pula penuh tekanan. Ramai antara kita tidak mendapat nutrien yang mencukupi daripada pemakanan harian. Dalam keadaan begini, suplemen boleh membantu melengkapkan kekurangan, tetapi ia bukan pengganti makanan sebenar atau gaya hidup sihat. Akhirnya, jangan terlalu takut dengan kolesterol sehingga kita terlupa melihat gambaran yang lebih besar. Tubuh kita tidak rosak kerana kekurangan ubat. Selalunya ia rosak kerana bertahun-tahun dibebankan dengan ubat,pemakanan yang salah, stres yang tidak terkawal, kurang tidur dan gaya hidup yang jauh daripada fitrah. Jaga punca. Insya-Allah tubuh akan menjaga dirinya sebagaimana Allah menciptakannya. #sharingbynfam #awakening #pemakanansihat #kolestrol https://www.facebook.com/share/194HrMqoez/?mibextid=wwXIfr

Semalam saya sempat baca komen2 dekat posting pasal kolesterol secara random. Menarik juga bila ada yang kata, “Memanglah tak
Semalam saya sempat baca komen2 dekat posting pasal kolesterol secara random. Menarik juga bila ada yang kata, “Memanglah tak sihat kalau makan ubat tapi tak jaga makan.” Saya baca ayat tu beberapa kali, kemudian saya terfikir… bukankah tanpa sedar dia dah mengaku sesuatu? Kalau akhirnya orang yang makan statin pun masih kena jaga makan, masih kena kurangkan gula, masih kena bersenam dan masih kena ubah gaya hidup, jadi apa sebenarnya yang merawat? Ubat tu… atau perubahan gaya hidup? Sebab dari dulu kita selalu diberi gambaran macam ni. Kolesterol tinggi, makan statin. Seolah-olah selesai masalah. Hakikatnya, doktor sendiri akan pesan supaya jaga pemakanan. Maknanya mereka pun tahu punca sebenar bukan semata-mata kolesterol. Saya bagi contoh mudah. Kalau rumah kita bocor sebab bumbung rosak, kita boleh mop lantai setiap hari. Memang lantai nampak kering sekejap. Tapi selagi bumbung tak dibaiki, air tetap akan menitik. Kita cuma sibuk menguruskan akibat, bukan menyelesaikan punca. Begitu juga dengan tubuh kita. Kalau punca keradangan masih ada, bacaan kolesterol mungkin turun sebab ubat, tetapi kerosakan yang berlaku dalam badan belum tentu berhenti. Keradangan kronik masih boleh berlaku kalau setiap hari kita masih mengambil makanan ultra proses, minuman bergula, kurang tidur, terlalu stres dan jarang bergerak. Sebab itu sekarang semakin banyak penyelidik bercakap tentang inflammation atau keradangan kronik sebagai antara faktor utama penyakit jantung. Kolesterol pula sebenarnya hanyalah sebahagian daripada proses yang berlaku dalam tubuh. Malah ada pakar yang mengibaratkan kolesterol seperti anggota bomba. Bila ada kebakaran, bomba akan datang. Agak-agak, patutkah kita salahkan bomba… atau cari apa yang menyebabkan kebakaran itu? Saya nak ajak kita berfikir lebih jauh daripada sekadar nombor pada laporan makmal. Bagi saya, kalau seseorang boleh kembali sihat hanya dengan membetulkan pemakanan, mengurangkan gula, memperbaiki tidur, mengawal stres dan mengubah gaya hidup, bukankah itu lebih baik daripada bergantung kepada ubat seumur hidup? Bukankah kita sepatutnya merawat punca sebelum sibuk mengawal simptom? Fikir-fikirkan. Kadang-kadang jawapan itu sebenarnya sudah ada di depan mata. Kita cuma terlalu lama diajar untuk melihat dari satu sudut sahaja. #sharingbynfam #awakening #KesihatanHolistik https://www.facebook.com/share/1BuxhP2pL1/?mibextid=wwXIfr

HAK No 3: Hak Mendapat Penjelasan Sebelum Consent, Bukan Sekadar Tandatangan Ada satu perkara yang berlaku hampir setiap hari, dan kita dah anggap ia normal. Borang dihulur. Pen diberi. “Sign kat sini ye.” Kita sign. Selesai. Tapi tanya diri sendiri jujur. Sebelum tandatangan tu, ada tak sesiapa terangkan pada kita apa sebenarnya yang kita bersetuju? Ada tak dijelaskan risikonya, alternatifnya, dan apa jadi kalau kita tolak? Kalau tak ada, maka apa yang berlaku tu bukan consent. Itu cuma tandatangan. Dan dua benda tu berbeza sama sekali. Dalam Garis Panduan Consent Majlis Perubatan Malaysia sendiri, persetujuan yang sah bukan sekadar tandatangan di atas kertas. Ia memerlukan pesakit diberi maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan. Maklumat tentang prosedur, risikonya, manfaatnya, dan pilihan yang ada. Bukan kita yang reka syarat ni. Ia termaktub dalam garis panduan profesion perubatan mereka sendiri. Maknanya, bila borang dihulur tanpa penerangan, yang tak ikut prosedur tu bukan kita yang bertanya. Sebaliknya, prosedur consent tu sendiri yang tak dilaksanakan sepenuhnya. Apa yang kita berhak tahu sebelum sign? Apa sebenarnya prosedur ni, dan kenapa ia disyorkan. Apa risiko dan kesan sampingan yang mungkin berlaku. Apa pilihan lain yang ada, termasuk pilihan untuk tak buat apa-apa. Apa jadi kalau kita tolak. Empat benda tu bukan permintaan mengada-ngada. Itu asas kepada consent yang sah. Macam mana nak guna hak ni? Sebelum sign, berhenti dulu. Jangan rasa segan. Sebut je. “Boleh doktor terangkan dulu risiko dan pilihan lain sebelum saya tandatangan?” Kalau penerangan diberi dengan baik, alhamdulillah. Itu HCW yang buat kerja dengan betul, dan mereka patut dihargai. Tapi kalau jawapan yang kita dapat adalah keluhan, mata terjegil, atau ayat “semua orang sign je,” berhenti kejap. Sebab tu bukan penerangan. Tu tekanan. Dan consent yang diberi bawah tekanan tu, dari segi etika, ia dah tercacat. Ramai ibu bapa rasa bersalah bila bertanya. Rasa macam menyusahkan. Rasa macam tak percaya pada doktor. Buang rasa tu. Bertanya bukan tanda tak hormat. Bertanya tu tanda kita ambil serius keputusan yang kita buat untuk badan anak kita sendiri. Doktor yang baik takkan terasa dengan soalan. Yang terasa dengan soalan tu, itu yang patut kita fikir semula. Tandatangan kita ada nilai. Jangan turunkan sewenang-wenangnya. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #hakpesakit https://www.facebook.com/share/p/1FrhZAWz6m/?mibextid=wwXIfr

HAK no 2: Hak Untuk Menolak, Dan Ia Sah Di Sisi Undang-Undang Ada satu ayat yang ibu bapa selalu dengar bila mereka teragak-a
HAK no 2: Hak Untuk Menolak, Dan Ia Sah Di Sisi Undang-Undang Ada satu ayat yang ibu bapa selalu dengar bila mereka teragak-agak. “Ni wajib puan. Tak boleh tolak.” Berhenti kejap. Sebab ayat tu tak tepat. Imunisasi kanak-kanak di Malaysia bukan wajib di sisi undang-undang. Tiada peruntukan yang menjadikan ia satu kesalahan untuk menolak. Malah, ada vaksin yang KKM sendiri kategorikan sebagai pilihan, bukan sebahagian jadual wajib. Kalau ia betul-betul wajib dari segi undang-undang, kenapa perlu ada borang penolakan? Borang tu sendiri bukti bahawa penolakan adalah pilihan yang diiktiraf oleh sistem. Ni bukan bermakna keputusan tu ringan. Ia keputusan besar, dan ia patut dibuat dengan ilmu, bukan dengan emosi atau ikut-ikutan. Tapi hak untuk membuat keputusan tu, ia milik ibu bapa. Bukan milik sesiapa yang menghulur borang. Dan hak menolak ni bukan hak yang pelik atau melampau. Ia berakar pada prinsip asas etika perubatan yang sama di seluruh dunia. Pesakit, atau penjaga bagi kanak-kanak, berhak menerima atau menolak sesuatu prosedur selepas diberi maklumat yang mencukupi. Tanpa hak menolak, consent tu bukan consent. Ia paksaan yang di cover dengan borang. Macam mana nak guna hak ni? Kalau kau dah buat keputusan untuk menolak, buat ia secara rasmi dan bertulis. Jangan sekadar cakap. Minta borang penolakan. Isi dengan lengkap. Simpan salinan untuk diri sendiri. Dan kalau ada tekanan atau ayat macam “nanti anak puan kena tahan” atau “puan tak sayang anak ke,” ingat ; Tekanan bukan penerangan. Rasa bersalah bukan maklumat. Dan keputusan yang dibuat dalam keadaan tertekan tu bukan keputusan yang bebas. Sebut je dengan tenang, “Saya faham. Saya dah buat keputusan. Boleh saya isi borang penolakan?” Sopan. Tegas. Dan sah. Yang penting, jangan tolak dalam keadaan jahil, dan jangan terima dalam keadaan tertekan. Dua-dua tu bukan pilihan yang sebenar. Sebab hak menolak tu tak bermakna kalau kita tak tahu ia wujud. Dan hak yang tak diketahui tu, sama je macam hak yang tak pernah ada. P/s : Contoh surat penolakan pelbagai versi ada di dalam group ; anda boleh edit dan gunakan. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #hakpesakit https://www.facebook.com/share/p/199HpMv3H1/?mibextid=wwXIfr

HAK no 1 ; Hak Untuk Tahu Apa Yang Masuk Ke Badan Anak Kita Cuba jawab jujur. Sepanjang jadi ibu bapa, berapa kali kita ditun
HAK no 1 ; Hak Untuk Tahu Apa Yang Masuk Ke Badan Anak Kita Cuba jawab jujur. Sepanjang jadi ibu bapa, berapa kali kita ditunjukkan insert vaksin sebelum anak dicucuk? Sekali pun tak pernah, kan? Yang kita dapat cuma borang, pen, dan ayat “sign kat sini ye puan.” Habis cerita. Anak dicucuk. Kita balik rumah tanpa tahu apa sebenarnya yang masuk ke dalam badan dia. Tapi ada satu benda yang ramai ibu bapa tak pernah diberitahu. Setiap vaksin ada dokumen rasmi dari pengeluar dia sendiri. Nama dia package insert. Dalam tu tersenarai semua bahan kandungan, kesan sampingan yang direkodkan, amaran, dan kontraindikasi. Hitam putih. Ditulis oleh syarikat yang hasilkan vaksin tu sendiri. Bukan tulisan “antivaks.” Bukan forward WhatsApp. Dokumen rasmi pengeluar. Dan ni bahagian yang paling penting. Ia bukan dokumen sulit. Ia dokumen awam. Boleh diakses melalui NPRA. Sesiapa pun berhak baca, bila-bila masa. Jadi soalannya, kalau ia dokumen awam yang sesiapa pun berhak baca, kenapa majoriti ibu bapa tak pernah tahu pun ia wujud? Ni bukan soal pro atau anti. Ni soal sesuatu yang lebih asas dari tu. Dalam garis panduan consent Majlis Perubatan Malaysia sendiri, persetujuan yang sah memerlukan pesakit diberi maklumat yang mencukupi sebelum membuat keputusan. Sebelum. Bukan selepas. Bukan kalau ditanya je. Maknanya, minta baca insert sebelum bersetuju tu bukan perangai menyusahkan atau mengada-ngada. Ia sebahagian dari proses consent yang betul. Yang tak betul tu bila borang dihulur semata untuk disign laju-laju, tanpa penerangan, tanpa pilihan. Macam mana nak guna hak ni? Senang je. Sebelum apa-apa suntikan, sebut satu ayat ni. “Boleh saya baca insert dulu sebelum saya buat keputusan?” Sopan. Tenang. Dan sah. Kalau jawapan yang kita dapat adalah “tak payah la, semua orang ambik je,” berhenti kejap. Sebab tu bukan penerangan. Tu penolakan hak. Kita bukan minta benda pelik. Kita cuma nak baca dokumen rasmi tentang apa yang akan dimasukkan ke dalam badan anak kita. Kalau permintaan semudah tu pun dianggap menyusahkan, masalahnya bukan pada yang bertanya. Consent yang diberi tanpa maklumat tu bukan consent. Ia cuma tandatangan. Dan anak kita layak dapat lebih dari sekadar tandatangan kita yang buta. Untuk yang perlukan sokongan Dalam komuniti kami ada sediakan contoh surat penolakan yang boleh dijadikan rujukan, untuk ibu bapa yang nak buat penolakan secara rasmi dan bertulis. Boleh ambil di sana Simpan post ni. Hantar pada ibu bapa yang perlu tahu. Sebab hak yang kita tak tahu kita ada tu, sama je macam hak yang tak pernah wujud. #sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #hakpesakit https://www.facebook.com/share/1DxrXE8kf5/?mibextid=wwXIfr

Tiada siapa marah kalau sakit pelik2 ke kanser ke disalahkan pemakanan,gaya hidup dan macam2 lagi. Tapi once salahkan vaksin auto menggelupur segelintir manusia ni. Korang ada share dengan company vaksin ke? Korang tukang bancuh ke? Sekarang makin banyak kes baby dan budak kecik pun sakit macam2 dan kanser. Nak salahkan apa tu? Diorang tak ada makan makanan viral ke atau gaya hidup yang tak elok. Kalau rasa makanan boleh bagi kesan kenapa tidak vaksin yang juga dicucuk ke dalam badan dan jelas bahannya bahaya tu?

Group WhatsApp dah penuh. Boleh masuk group kedua sementara masih ada kekosongan⤵️⤵️⤵️ Nak maklumkan kami tak dapat approve y
Group WhatsApp dah penuh. Boleh masuk group kedua sementara masih ada kekosongan⤵️⤵️⤵️ Nak maklumkan kami tak dapat approve yang baru request sebab group dah penuh Kami ada buka group kedua,jemput join sini ye https://chat.whatsapp.com/E2El93A0GtdCwwL4jyuprx?mode=gi_t Nak belajar sihat cara alternatif dan remedi untuk kesihatan holistik ? Jemput belajar secara percuma di group Whatsapp (saya lebih aktif di sini,boleh tanya dan tag saya) Kelemahan group WhatsApp; tak nampak chat sebelum Telegram (group paling lama,lebih banyak info dan ahli baru boleh search topic terdahulu) https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1 https://www.facebook.com/share/p/1CjNYi2HCe/?mibextid=wwXIfr

JALAN PULANG KE FITRAH Kita dah sampai ke penghujung siri ni. Enam bahagian dah sebelum ni. Kita dah tahu ilmu penyembuhan yang wujud merentas lima tamadun tanpa mereka pernah bertemu. Kita dah tahu khazanah di halaman rumah sendiri yang kita diajar untuk memperlekehkannya. Kita dah tahu zaman kegemilangan Islam yang Eropah sendiri datang berguru, dan bagaimana sejarah tu dikaburkan. Kita dah bongkar tahun 1910, titik di mana perubatan bertukar jadi bisnes. Kita dah faham kenapa sistem hari ni rawat simptom dan bukan punca. Dan malam tadi, kita dah selam ke dalam kepala kita sendiri, faham kenapa kita pertahankan penjara yang paling selesa. Sekarang tinggal satu soalan. Jadi, apa sekarang? Saya nak jawab dengan jelas, sebab di sinilah ramai orang tersasar. Jalan pulang ke fitrah bukan bermaksud tolak semua yang moden. Itu bukan kebijaksanaan, itu cuma tukar kotak lama dengan kotak baru. Orang yang menolak bulat-bulat sama je dengan orang yang menerima bulat-bulat. Dua-dua tak berfikir. Kalau kemalangan, pergi hospital. Kalau patah tulang, pergi hospital. Kecemasan, pembedahan yang menyelamatkan nyawa, itu semua rahmat Allah melalui tangan manusia, dan kita bersyukur dengannya. Menolaknya bukan berpegang pada fitrah. Itu membahayakan nyawa, dan nyawa tu amanah. Jalan pulang yang sebenar adalah ini. Ambil balik tempat duduk pemandu. Maksudnya, tak serahkan kesihatan bulat-bulat kepada sesiapa. Bukan pada sistem, bukan pada doktor, bukan juga pada mana-mana pengamal alternatif. Semua tu penasihat. Yang memandu, kita. Sebab badan ni amanah Allah pada kita, bukan pada mereka. Dan memandu perlukan ilmu. Sebab tu langkah pulang ke fitrah bermula dengan belajar. Kenal badan sendiri. Faham apa yang kita masukkan ke dalamnya. Tahu kenapa kita buat apa yang kita buat, bukan sekadar ikut, walau siapa pun yang suruh. Lepas ilmu, amal. Dan amalnya bukan benda pelik atau mahal. Makan makanan sebenar, yang datang dari tanah, kebun dan laut, bukan dari kilang. Kurangkan gula dan makanan proses yang membebankan badan. Puasa, sunnah yang kini seluruh dunia baru nak “temui” semula dengan nama saintifik. Tidur awal, bangun sebelum subuh. Keluar dapatkan matahari. Pijak bumi. Bergerak setiap hari. Jaga hati dari stres, hasad dan marah yang berpanjangan. Dan letakkan Allah di tempat pertama, sebab jiwa yang tenang dengan zikir dan Al-Quran tu asas kesihatan yang tak ada makmal boleh hasilkan. Perasan tak? Hampir semuanya percuma. Sebab tu tak ada siapa iklankan. Tapi sebab tu jugalah ia tulen. Ini juga yang saya dah bertahun ajar dalam group - ilmu percuma yang sesiapa boleh buat di rumah. Dan satu lagi. Jangan berjalan seorang diri. Perjalanan lawan arus ni memang sunyi kalau bersendirian. Akan ada yang gelakkan, akan ada yang label macam-macam. Sebab tu kita perlukan komuniti yang sama arah, yang berkongsi ilmu tanpa menghukum, yang ingatkan kita bila kita longlai. Ilmu yang dikongsi tu jugalah sedekah yang mengalir. Alhamdulillah komuniti yang saya wujudkan makin berkembang. Ini yang buat ada pihak kepanasan. Akhir sekali, saya nak tinggalkan awak dengan ini. Suatu hari nanti, badan yang awak pakai hari ni akan jadi saksi. Setiap suapan, setiap pilihan, setiap kali awak dengar atau abaikan isyaratnya. Ia amanah, dan setiap amanah akan ditanya. Kita tak akan ditanya kenapa kita sakit. Sakit tu ujian, dan ujian datang dari Allah. Tapi kita mungkin ditanya, apa yang kita buat dengan apa yang kita tahu. Dan sekarang, awak dah tahu. Sistem boleh terus berjalan macam biasa. Dunia boleh terus kejar penawar dalam botol. Tapi awak, yang dah baca sampai ke noktah ini, dah tak boleh kata tak tahu lagi. Pulanglah. Fitrah tu bukan tempat asing. Ia rumah yang kita tinggalkan. Dan rumah tu masih menunggu. Tamat. #sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman https://www.facebook.com/share/p/1D2gmqfzdE/?mibextid=wwXIfr

PENJARA PALING SELESA: KENAPA KITA PERTAHANKAN SISTEM YANG MENYAKITKAN KITA Ada satu fenomena pelik yang saya nak awak perhatikan. Cuba kongsikan apa yang kita dah bincang dalam siri ni kepada sesiapa. Pasal Flexner Report. Pasal ubat yang mengawal bukan menyembuhkan. Pasal sistem yang untung bila kita terus sakit. Perhatikan reaksi mereka. Sebahagian akan terbuka. Tapi sebahagian lagi akan melenting. Marah. Gelakkan awak. Label awak konspirasi. Padahal awak tak jual apa-apa, tak paksa apa-apa, cuma ajak berfikir. Soalannya, kenapa manusia marah bila diajak berfikir? Jawapannya, sebab berfikir semula itu menyakitkan. Dan otak kita direka untuk elak kesakitan. Ahli psikologi ada nama untuk benda ni. Cognitive dissonance. Bila fakta baru berlanggar dengan kepercayaan lama, otak kita rasa tak selesa. Dan untuk hilangkan rasa tak selesa tu, otak ada dua pilihan. Pertama, terima fakta baru dan ubah kepercayaan. Kedua, tolak fakta tu dan pertahankan kepercayaan lama. Yang mana lebih mudah? Yang kedua. Sebab pilihan pertama ada kos. Fikirkan. Kalau seorang yang dah dua puluh tahun makan ubat terima hakikat bahawa ubat tu cuma mengawal dan punca dia tak pernah dirawat, apa maksudnya? Maksudnya dua puluh tahun tu dia boleh buat sesuatu yang lain. Maksudnya penderitaan tu mungkin boleh dielakkan. Itu terlalu berat untuk ditelan. Jadi lebih mudah untuk kata, “eh merepek la kau ni.” Bukan sebab hujah kita lemah. Tapi sebab hati dia belum sanggup. Dan ini bukan salah dia. Kita semua melalui benda yang sama. Sistem ni bukan sekadar bina hospital dan kilang ubat. Ia bina sesuatu yang lebih kukuh. Ia bina cara kita berfikir. Dari kecil kita diajar, jangan soal orang yang lebih tahu. Ikut je apa cikgu cakap. Ikut je apa orang atas kata. Soalan yang menyusahkan akan dilabel biadap. Kita dilatih untuk patuh, bukan untuk faham. Bila besar, latihan tu dah sebati. Kita rasa selamat bila ikut majoriti. Kita rasa gerun nak berbeza. Sebut je “saya tak ambil pendekatan mainstream”, siap sedia la kena tembak dari semua arah, kadang dari keluarga sendiri. Jadi ramai yang pilih diam. Ikut je. Sebab ikut tu selesa. Sebab dalam kotak tu ada aircond. Tapi ada satu lagi lapisan yang lebih halus. Bila kita serahkan kesihatan kita sepenuhnya kepada sistem, kita sebenarnya serahkan sekali tanggungjawab. Dan manusia memang suka bila tanggungjawab diambil alih. Sakit? Bukan salah aku, ni genetik. Tak sembuh? Bukan salah aku, dah ikut arahan doktor. Semua dah diserahkan, jadi semua bukan salah kita. Selesa kan? Tapi selesa tu ada harga. Harganya, kita jadi penumpang dalam badan sendiri. Orang lain pegang stereng, kita duduk belakang, dan bila kereta tersasar, kita cuma mampu tengok. Islam tak ajar kita macam tu. Allah bagi kita akal, dan akal tu bukan hiasan. Berapa banyak dalam Al-Quran Allah tanya, “afala ta’qilun”, tidakkah kamu berfikir? “Afala tatafakkarun”, tidakkah kamu merenung? Berfikir tu bukan derhaka. Berfikir tu perintah. Dan badan ni amanah. Di akhirat nanti, antara soalan yang akan ditanya adalah tentang jasad ni, ke mana kita habiskan dia. Amanah tak boleh diserahkan bulat-bulat pada orang lain kemudian lepas tangan. Amanah kena diurus sendiri, dengan ilmu. Jadi kalau ada yang tanya, kenapa susah sangat orang nak terima cara fitrah ni walaupun logik dan berbukti, sekarang awak tahu jawapannya. Bukan sebab ilmunya lemah. Tapi sebab keluar dari kotak tu perlukan sesuatu yang mahal. Keberanian untuk mengaku yang selama ni kita mungkin silap. Kesanggupan untuk berbeza. Dan kekuatan untuk pikul balik tanggungjawab yang selama ni kita serahkan. Tak ramai yang sanggup. Tapi awak yang baca sampai sini, awak dah pun mula. Sebab langkah pertama keluar dari kotak bukan langkah kaki. Ia langkah fikiran. Dalam bahagian akhir siri ni, kita akan jawab soalan yang paling penting. Okay, dah faham semua ni. Jadi apa sekarang? Macam mana nak hidup dalam dunia moden ni tanpa jadi hamba kepada sistemnya? Jalan pulang tu ada. Dan ia lebih dekat dari yang awak sangka. Bersambung… Ini bahagian ke 6.Dah hampir tamat. Jumpa malam esok.

PELANGGAN SEUMUR HIDUP: SISTEM YANG RAWAT SIMPTOM, BUKAN PUNCA Saya nak awak buat satu eksperimen mudah. Tanya sesiapa yang makan ubat darah tinggi, dah berapa lama dia makan ubat tu. Lima tahun. Sepuluh tahun. Ada yang dua puluh tahun. Sekarang tanya soalan kedua. Dalam tempoh tu, ada tak doktor bagitahu bila dia boleh berhenti? Ada tak pelan untuk sembuhkan puncanya supaya satu hari nanti dia bebas dari ubat tu? Kebanyakannya akan diam sekejap. Sebab jawapannya hampir tak ada. Ada doc baik yang jujur dia akan ajar untuk tidak bergantung. Tapi tak semualah. Ubat tu bukan untuk menyembuhkan. Ubat tu untuk mengawal. Dan mengawal maksudnya, makan seumur hidup. Fikirkan sekejap. Kalau ada bisnes yang pelanggannya kena beli produk sama setiap bulan sampai mati, tak boleh berhenti, malah makin lama makin tambah produk lain pulak, apa kita panggil bisnes tu? Bisnes yang sangat berjaya. Dan itulah realiti sistem kesihatan hari ni. Bukan sebab doktor jahat. Doktor hanya mengamalkan apa yang mereka dilatih. Tapi sistem yang melatih mereka, macam yang kita dah bongkar dalam bahagian lepas, direka lebih seratus tahun dulu dengan falsafah yang satu. Setiap masalah ada pil dia. Sakit kepala, pil. Tak boleh tidur, pil. Sedih, pil. Gula naik, pil. Kolesterol naik, pil lagi satu. Pil pertama bagi efek sampingan, tambah pil kedua untuk kawal efek tu. Pil kedua ganggu perut, pil ketiga untuk perut pulak. Ada orang tua kita yang makan sepuluh jenis ubat sehari. Sepuluh ye. Huhu Dan bila ditanya penyakit dia apa, jawapannya masih sama macam sepuluh tahun lepas. Tak sembuh. Cuma “terkawal”. Sekarang tengok gambaran besar. Teknologi perubatan hari ni paling canggih dalam sejarah manusia. Perbelanjaan kesihatan dunia mencecah trilion dolar setahun. Hospital makin besar, makin banyak, makin moden. Kalau sistem ni betul-betul menyembuhkan, logiknya penyakit kronik patut makin kurang, kan? Tapi angka menunjukkan benda lain. Kencing manis makin ramai, dan makin muda. Darah tinggi dah jadi perkara biasa untuk umur 30-an. Kanser naik. Sakit jantung kekal pembunuh nombor satu. Malaysia antara negara paling obes di Asia Tenggara, dan antara paling tinggi diabetes. Makin canggih rawatan, makin ramai yang sakit. Ada yang tak kena kan? Sebenarnya tak ada yang pelik pun bila kita faham design dia. Sistem ni memang cemerlang untuk satu benda. Kecemasan. Kemalangan,jangkitan teruk, pembedahan. Di situ, perubatan moden adalah rahmat dan keajaiban. Nyawa diselamatkan setiap hari, dan kita bersyukur atasnya. Tapi penyakit kronik? Penyakit yang datang dari cara hidup? Di situ sistem ni gagal. Sebab penyakit gaya hidup tak boleh disembuhkan dengan pil. Ia hanya boleh disembuhkan dengan mengubah gaya hidup. Dan mengubah gaya hidup, tak boleh dipatenkan. Tak boleh dibotolkan. Tak boleh dijual berulang setiap bulan. Tidur yang cukup, siapa nak untung? Matahari pagi, percuma. Puasa, langsung tak perlu beli apa-apa. Makanan sebenar dari kebun, kampung, dan laut, untungnya pergi pada petani dan nelayan, bukan korporat gergasi. Jadi jangan hairan kenapa benda-benda ni tak pernah jadi “rawatan rasmi”. Bukan sebab tak berkesan. Tapi sebab tak menguntungkan. Ubat ada tempatnya. Doktor ada peranannya. Tapi kesihatan awak tak boleh diserahkan seratus peratus kepada sistem yang untung bila awak terus sakit. Persoalan seterusnya, dan ini yang paling dalam. Kalau semua ni logik dan masuk akal, kenapa susah sangat kita nak terima? Kenapa bila ada yang bangkitkan benda ni, ada yang melenting dan pertahankan sistem tu? Jawapannya bukan pada sistem lagi. Jawapannya ada dalam kepala kita. Bersambung… Selesai bahagian ke 5. Yang terlepas boleh baca post sebelum ini. https://www.facebook.com/share/p/1EFHBMANBQ/?mibextid=wwXIfr

ZAMAN EROPAH DATANG BERGURU: KEGEMILANGAN YANG SENGAJA DIKABURKAN Kalau saya bagitahu awak, ada satu zaman di mana pelajar dari Eropah terpaksa belajar bahasa Arab dulu sebelum boleh jadi doktor. Percaya tak? Ini bukan cerita dongeng. Ini sejarah yang tercatat, cuma jarang diceritakan. Masa Eropah masih dalam Zaman Gelap, masa wabak melanda bandar-bandar mereka sebab sistem kumbahan pun tak ada, masa mandi dianggap perkara pelik, dunia Islam dah ada hospital lengkap dengan wad berasingan ikut penyakit, rekod pesakit, perpustakaan perubatan, dan yang paling mengagumkan, rawatan percuma untuk semua orang tanpa mengira agama dan bangsa. Bimaristan namanya. Hospital Islam pertama dibina awal kurun ke-9 di Baghdad. Beratus tahun sebelum Eropah terfikir pun konsep macam ni. Dan di sinilah bezanya. Tamadun lain amalkan perubatan holistik berdasarkan pemerhatian. Islam pula datang dengan panduan yang lengkap terus dari wahyu. Al-Quran sebut madu sebagai penyembuh. Nabi SAW tunjukkan cara hidup yang keseluruhannya adalah preskripsi kesihatan. Makan sederhana, sepertiga makanan, sepertiga minuman, sepertiga nafas. Tidur awal, bangun sebelum subuh. Puasa berkala. Bergerak aktif. Jaga kebersihan sampai wudhu lima kali sehari jadi kewajipan. Inilah Tibb Nabawi. Perubatan yang tak pisahkan badan dari jiwa, sebab yang mencipta kedua-duanya adalah yang sama. Dari asas wahyu ni, lahir tokoh-tokoh yang menggegarkan dunia. Ibn Sina, atau nama yang Barat kenal, Avicenna. Kitab dia, Al-Qanun fi al-Tibb, The Canon of Medicine, jadi buku teks rasmi universiti perubatan Eropah selama hampir 600 tahun. Enam ratus tahun. Bayangkan satu buku yang ditulis seorang Muslim jadi rujukan utama doktor Eropah dari kurun ke-12 sampai kurun ke-17. Dalam kitab tu, Ibn Sina dah tulis pasal pemakanan sebagai rawatan utama, pengaruh emosi terhadap penyakit, kepentingan senaman, dan rawatan mengikut keadaan individu. Holistik hujung ke hujung. Al-Razi pula, atau Rhazes, orang pertama dalam sejarah yang bezakan campak dan cacar air secara klinikal. Dia juga yang pesan sesuatu yang patut dipahat di setiap klinik hari ni. Kalau boleh rawat dengan makanan, jangan guna ubat. Kalau boleh rawat dengan ubat yang ringkas, jangan guna yang kompleks. Rawatan paling minimal, paling hampir dengan fitrah, itu yang diutamakan. Ubat adalah pilihan terakhir, bukan pilihan pertama. Sekarang bandingkan dengan hari ni. Baru sakit kepala sikit, terus capai pil. Falsafahnya dah terbalik 180 darjah. Zaman tu, ilmu perubatan Islam bukan sekadar hebat di atas kertas. Ia sistem yang hidup. Doktor kena lulus peperiksaan sebelum boleh amal. Ada pemeriksaan berkala ke atas pengamal. Farmasi ada piawaian. Semua ni beratus tahun sebelum Barat buat benda yang sama. Kemudian, perlahan-lahan, cahaya tu malap. Dunia Islam melemah. Ilmu berpindah tangan. Eropah bangkit dengan Renaissance mereka, yang sebahagian besarnya dibina atas terjemahan kitab-kitab ulama Islam. Tapi bila mereka tulis semula sejarah, nama-nama yang mengasaskan ilmu tu makin dipadamkan. Yang tinggal cuma Hippocrates dan terus lompat ke saintis Eropah, seolah-olah 700 tahun kegemilangan Islam tu tak pernah wujud. Kita bukan sekadar hilang empayar. Kita hilang naratif. Dan yang paling menyedihkan, anak cucu tamadun yang pernah mengajar dunia ilmu perubatan, hari ni jadi antara yang paling kuat memperlekehkan pendekatan fitrah yang nenek moyang mereka sendiri bangunkan. Tapi cerita ni belum habis. Sebab kejatuhan perubatan holistik bukan berlaku secara semulajadi. Ia bukan kalah sebab kurang berkesan. Ada satu titik dalam sejarah moden, satu dokumen, satu keputusan bisnes, yang mengubah seluruh landskap perubatan dunia sampai ke hari ni. Tahun 1910. Amerika Syarikat. Satu laporan yang nama pun ramai tak pernah dengar. Dan bila awak faham apa yang berlaku, awak takkan tengok sistem kesihatan hari ni dengan mata yang sama lagi. Selesai bahagian ketiga. Bersambung… Jumpa malam esok pulak ye. https://www.facebook.com/share/p/18sfUhu6wv/?mibextid=wwXIfr

KHAZANAH NUSANTARA: EMAS YANG KITA SANGKA SAMPAH Ada satu soalan yang saya nak awak jawab dengan jujur. Bila sebut “ubat kampung”, apa yang terlintas dalam kepala awak? Kalau jawapan awak ada unsur sinis, ada rasa nak senyum, ada perkataan macam “karut” atau “tak saintifik”, jangan salahkan diri awak. Sebab awak memang diajar untuk rasa macam tu. Cuba kita undur ke belakang sikit. Sebelum hospital pertama dibina di Tanah Melayu, nenek moyang kita bukan hidup dalam kegelapan. Mereka hidup dikelilingi salah satu farmasi semulajadi terkaya di dunia. Hutan hujan tropika kita simpan beribu spesies tumbuhan berkhasiat yang saintis moden pun belum habis kaji sampai hari ni. Dan orang tua kita kenal khazanah tu satu persatu. Tongkat ali untuk tenaga. Kacip fatimah untuk wanita. Misai kucing untuk buah pinggang. Hempedu bumi untuk demam. Mereka tahu akar mana untuk apa, daun mana perlu direbus, kulit kayu mana perlu ditumbuk. Mereka tahu bila musim nak petik, dan pada siapa rawatan tu sesuai. Ini bukan ilmu agak2 atau apa. Ini sistem ilmu yang dibina atas pemerhatian beratus tahun, diuji dari generasi ke generasi, ditapis melalui pengalaman beribu keluarga. Tengok pula sistem penjagaan ibu bersalin kita. Bidan kampung jaga seorang ibu dari mula mengandung sampai habis pantang. Urut sebelum dan selepas bersalin. Bertungku untuk kecutkan rahim. Makanan pantang yang disusun ikut peringkat pemulihan badan. Empat puluh empat hari penuh penjagaan. Hari ni dunia moden baru nak perkenalkan konsep “postpartum confinement care” dan jual pakej beribu ringgit. Benda yang mak nenek kita dah buat berkurun lamanya, percuma, dengan penuh kasih sayang. Urut Melayu pun sama. Ia bukan sekadar picit-picit dan untuk sedap badan. Pengamal yang mahir faham aliran dalam badan, tahu di mana simpul urat, faham konsep angin yang bersarang. Perubatan moden ada istilah sendiri untuk sesetengah benda ni sekarang, fascia, lymphatic drainage, trigger points. Nama baru, ilmu lama. Jadi soalannya. Kalau ilmu ni sehebat tu, kenapa kita pandang rendah? Jawapannya ada dalam sejarah yang jarang diceritakan. Bila penjajah datang, mereka bukan sekadar ambil tanah dan hasil bumi. Mereka bawa satu naratif. Bahawa cara kita mundur. Ilmu kita tahyul. Penyembuh kita bomoh yang karut. Dan untuk jadi “maju”, kita kena tinggalkan semua tu dan ikut cara mereka. Naratif tu diserap masuk dalam sistem pendidikan. Diulang dalam media. Diwarisi dari generasi ke generasi. Sampai satu tahap, kita sendiri yang jadi jurucakap paling kuat untuk memperlekehkan warisan sendiri. Penjajah dah lama balik. Tapi penjajahan minda tu masih bersarang. Dan di sinilah ironinya. Hari ni, syarikat farmaseutikal gergasi berlumba-lumba hantar penyelidik masuk hutan kita. Mereka kaji herba kita, ekstrak sebatian aktifnya, patenkan, dan jual balik kepada kita dalam bentuk kapsul berjenama dengan harga berpuluh kali ganda. Tongkat ali dah masuk jurnal antarabangsa. Misai kucing dikaji di makmal Eropah. Sebatian dari tumbuhan Nusantara jadi bahan aktif dalam produk yang dijual di seluruh dunia. Mereka nampak emas dalam hutan kita. Kita pula, yang mewarisinya secara percuma, dah dilatih untuk pandang ia sebagai sampah. Fikirkan ni. Nenek moyang kita tak perlu tunggu jurnal antarabangsa untuk sahkan apa yang mereka dah buktikan beratus tahun. Tapi kita hari ni tak berani percaya warisan sendiri selagi orang putih tak cop “scientifically proven”. Siapa sebenarnya yang tak merdeka? Dalam bahagian seterusnya, kita akan naik satu tahap lagi. Tentang zaman di mana ilmu perubatan holistik ni bukan sekadar diamalkan, tapi diangkat ke puncak tertinggi oleh tamadun Islam. Zaman di mana Eropah yang hari ni kita puja, datang berguru kepada kita. Zaman yang sejarahnya sengaja dikaburkan. Bersambung… P/s: Jangan lupa baca bahagian pertama yang post malam tadi. https://www.facebook.com/share/p/1CtrzgAGmu/?mibextid=wwXIfr