Sharing by NFAM
Open in Telegram
Disclaimer : Mengumpul info dan rujukan sepanjang scamdemic,penipuan dlm bidang kesihatan,isu semasa,topik random dan pandangan peribadi. Make your own research too.
Show more7 179
Subscribers
No data24 hours
-27 days
-3930 days
Posts Archive
7 179
Manusia Asing di Akhir Zaman
Bahagian 2: Makanan
Cuba kalian fikir sekejap. Zaman nenek moyang kita dulu, sakit kronik mcm kencing manis, darah tinggi, kanser usus, semua ni jarang.
Sekarang? Satu rumah boleh ada tiga orang makan ubat tiap hari. Apa yang berubah?
Bukan badan kita yang berubah. Makanan kita yang berubah.
Dulu orang makan benda yang dia kenal. Beras, ikan, sayur, ayam yang dia bela sendiri.
Sekarang kita makan benda yang kita tak boleh sebut pun namanya. Cuba belek belakang bungkus makanan dalam dapur awak. Berapa banyak bahan yang awak betul betul faham apa dia?
Kalau awak terpaksa google bahan tu, tu bukan makanan. Tu produk.
Inilah benda paling licik dalam sistem makanan moden. Mereka tak racun kita sekali gus. Mereka buat benda yang sedap, murah, senang, tahan lama. Lepas tu kita ketagih. Satu generasi membesar ingat makanan memang rasa mcm tu.
Ada satu istilah saintifik untuk benda ni. Ultra-processed food. Bukan sekadar makanan proses biasa mcm tepung atau minyak. Ni makanan yang dah diubah habis habisan, ditambah perisa tiruan, pewarna, pengawet, benda yang awak takkan jumpa dalam dapur biasa.
Dan ni bukan teori konspirasi. Kajian besar dalam jurnal mcm BMJ dah kaitkan pengambilan ultra-processed food yang tinggi dengan risiko penyakit jantung, kencing manis jenis 2, obesiti, dan kematian awal. Ni fakta yang ada bukti, bukan dakwaan kosong.
Tapi tengok apa jadi. Makanan jenis ni lah yang paling murah. Paling senang dapat. Paling kuat diiklankan kat anak2 kita.
Awak nak bagi anak makan benda sihat, awak kena cari, kena masak, kena bayar lebih. Awak nak bagi dia junk, ada kat setiap simpang, ada hadiah mainan sekali. Sistem ni bukan neutral. Ia direka supaya jalan paling senang adalah jalan paling tak sihat.
Dan ramai yang tak perasan. Sbb dari kecil dah biasa. Air manis dengan setiap makan. Snek dalam setiap beg sekolah. Makan luar jadi norma, masak rumah jadi pelik. Kita normalkan benda yang sepatutnya luar biasa.
Manusia asing nampak benda ni. Dia tak ikut sbb semua orang ikut. Dia tanya, ni makanan ke produk? Ni mengenyangkan ke meracuni perlahan-lahan?
Dalam Islam, hubungan kita dengan makanan ada panduan yang jelas.
Allah berfirman,
βWahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.β
-Surah Al-Baqarah ayat 168.
Perhatikan, bukan halal je. Halal DAN tayyib. Baik. Bersih. Berkhasiat. Banyak benda hari ni mungkin halal sijilnya, tapi tayyib ke? Bila ia penuh bahan tiruan yang merosakkan badan perlahan lahan, di mana tayyib nya?
Allah juga berfirman,
βMakanlah dan minumlah, dan jangan berlebih lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang yang berlebih lebihan.β -Surah Al-Aβraf ayat 31
Sistem makanan moden dibina atas berlebih-lebihan. Makan lebih, beli lebih, buang lebih. Kita dilatih untuk tak pernah cukup.
Manusia asing pulangkan makna asal makanan. Dia makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan. Dia pilih yang Allah kata baik, bukan yang iklan kata sedap.
Awak tak perlu sempurna. Tak perlu tukar semua dalam satu malam. Tapi awak perlu sedar dulu. Sbb orang yang tak sedar, dia ingat dia bebas memilih. Padahal dia cuma pilih antara pilihan yang sistem dah tetapkan untuk dia.
Mula dari satu benda. Belek bungkus makanan tu. Tanya satu soalan. Ni makanan, atau ni produk?
Marilah kita ubah.
Siapa nak share ke nak copy paste ambil sahaja tak perlu minta izin.
Kongsilah serata alam supaya lebih ramai dapat mesej ni.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1FZdoaBP79/?mibextid=wwXIfr
7 179
Siri Manusia Asing Bahagian 1: Cara Fikir
Sebelum nak cakap pasal makanan, air, duit, atau apa-apa sistem yang kita cuba elak, kita kena mula dari satu tempat dulu.
Cara fikir.
Sebab semua benda lain tu cuma cabang. Akarnya di sini.
Cuba ingat balik. Dari kecil kita diajar apa nak fikir, tapi jarang sekali diajar macam mana nak fikir. Hafal fakta, jawab ikut skema, dapat A. Soalan yang menyimpang dari buku teks selalunya tak dialu-alukan. Yang penting jawapan βbetulβ, bukan proses sampai ke jawapan tu.
Lama-lama kita terlatih jadi penerima. Bukan pemikir.
Kita terima sebab cikgu cakap. Terima sebab TV cakap. Terima sebab semua orang buat. Terima sebab βmemang macam tu dari dulu.β
Dan jarang sekali kita berhenti tanya, kenapa? Siapa yang untung bila aku percaya benda ni? Dari mana asal maklumat ni?
Bukan kita bodoh. Kita cuma tak pernah dilatih untuk soal.
Dan di situlah masalahnya. Sebab orang yang tak biasa soal, senang dipandu. Bagi je dia maklumat yang diulang banyak kali, dengan muka yang nampak berautoriti, dia akan telan. Tak kira benar atau tidak.
Rasulullah SAW bersabda,
βOrang yang bijak ialah orang yang menghisab dirinya dan beramal untuk kehidupan selepas mati. Dan orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, lalu berangan-angan terhadap Allah.β
-Hadis riwayat Tirmizi.
Tengok perkataan tu. Yang bijak menghisab, menyemak, menilai. Yang lemah ikut je.
Dan Allah berkali-kali dalam Quran menyuruh kita berfikir.
βApakah mereka tidak memperhatikan?β βApakah kamu tidak berfikir?β βApakah kamu tidak menggunakan akal?β
Ini bukan ayat hiasan. Ini perintah untuk guna akal yang Dia bagi, bukan simpan dalam kotak dan ikut orang.
Jadi langkah pertama untuk celik bukan tukar jenama periuk, bukan berhenti ambil ubat, bukan beli emas.
Langkah pertama adalah belajar berhenti, dan bertanya.
Kenapa aku percaya benda ni? Siapa yang ajar aku? Apa bukti dia? Dan siapa yang akan rugi kalau aku mula soal?
Bila soalan-soalan tu mula datang, barulah mata mula terbuka. Dan bila satu mata dah terbuka, susah nak tutup balik.
Itulah permulaan hijrah. Bukan dari satu tempat ke satu tempat. Tapi dari satu cara fikir, ke cara fikir yang lain.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/1B8LiM4jWV/?mibextid=wwXIfr
7 179
Manusia Asing di Akhir Zaman
Ada satu golongan manusia di akhir zaman ni yang hidupnya nampak asing di mata orang ramai.
Bila sakit, dia tak terus lari ke sistem. Dia ikhtiar dulu dengan cara yang lebih dekat dengan fitrah. Herba, bekam, tib nabawi, makanan sebagai ubat dan alternatif lain. Bukan sebab anti doktor, tapi sebab dia tak mahu bergantung buta pada satu jalan sahaja.
Makanannya dijaga. Pilih yang natural, yang organik, jauh dari yang diproses berlapis-lapis, jauh dari gula tersembunyi dan racun yang dah jadi biasa dalam pinggan orang ramai.
Airnya pun dia usahakan. Tak guna sumber dari paip, sebab dia tahu apa yang sengaja dimasukkan ke dalamnya.
Duitnya dia tukar jadi emas, berusaha menjauhi riba yang dah jadi darah daging ekonomi moden. Sebab dia faham, sistem kewangan hari ni direka supaya kita sentiasa berhutang, sentiasa bergantung.
Anaknya dia didik sendiri di rumah. Bukan sebab anti ilmu, tapi sebab dia nak mendidik pemikir, bukan sekadar mencetak pekerja yang patuh tanpa soal.
Barangan dapurnya dia tukar. Tinggalkan periuk bersalut kimia dan plastik yang melarut dalam makanan. Pilih yang lebih selamat, walaupun lebih mahal, walaupun lebih menyusahkan.
Produk di rumahnya, penjagaan dirinya, pakaiannya, semua dia timbang. Bukan ikut trend, tapi ikut apa yang tak memudaratkan tubuh dan tak melanggar batas yang Allah tetapkan.
Dia kurangkan skrin. Dia sedar media sosial direka untuk buat manusia ketagih, untuk jadikan perhatian kita barang jualan, untuk jadikan anak2 juga hanyut.
Dia sedar hiburan tanpa henti tu sengaja, supaya kita sentiasa sibuk dan terhibur sampai tak sempat berhenti berfikir.
Dia tak telan bulat-bulat apa yang media arus perdana suap. Dia tahu berita pun ada tuannya, ada agendanya. Politik yang main perpecahan pun dia nampak coraknya.
Orang pandang dia pelik. Kata dia menyusahkan diri. Kata dia paranoid, kata dia melampau.
Padahal dia cuma nampak benda yang ramai terlepas pandang.
Sebab segala yang kita anggap βnormalβ hari ni, banyak yang sebenarnya direka. Dan tak semua yang direka tu untuk kebaikan kita. Ada yang direka untuk buat kita bergantung, untuk buat kita lemah, untuk buat kita mudah dikawal.
Rasulullah SAW bersabda, βIslam itu bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.β
-Hadis riwayat Muslim.
Bila para sahabat bertanya siapakah orang yang asing itu, dalam riwayat lain baginda menyebut mereka adalah orang yang tetap berpegang pada kebaikan ketika ramai manusia sudah rosak.
Jadi kalau hari ni kita dipanggil pelik sebab memilih jalan yang berbeza, sebab tak mahu ikut arus yang ramai, mungkin itu bukan tanda kita tersesat.
Mungkin itu tanda kita sedang berpegang pada sesuatu, ketika ramai yang sudah melepaskannya.
Akar pada semua ni satu je sebenarnya. Cara fikir. Kita dilatih sejak kecil untuk tak banyak soal, ikut majoriti, percaya pada autoriti tanpa semak. Bila cara fikir tu berubah, barulah segala yang lain mula nampak.
Itulah hijrah yang sebenar. Dari buta kepada celik. Dari ikut kepada faham. Dari lalai kepada sedar.
Dan jalan ni memang sunyi. Tapi sunyi tu bukan tanda salah. Kadang ia cuma tanda kau melangkah lebih awal dari orang lain.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
Fb :
https://www.facebook.com/share/p/14gdEwhoPmz/?mibextid=wwXIfr
Thread :
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DZtVC9SicrV?xmt=AQG0XThW6aUPZbmrEdOsaRWUoSqeoePNfvfKdHeR3-C8rcj6vEwygZOhT64_alNA6dQT6Gsk&slof=1
7 179
Baru berkahwin dah berani buat status hukum parents lain gagal dan red flag.
Komen macam dah ada anak, dah lalui macam-macam, dah ada pengalaman bertahun.
Bukan nak downgrade sesiapa. Tapi dia sendiri yang komen seolah pengalaman orang lama langsung tak valid.
Sepatutnya yang muda ni belajar dari yang dah lalui dulu, bukan duk rasa diri paling cerdik.
Kami dulu hormat orang lama. Kami belajar dari pengalaman dan perkongsian mereka. Bukan lahir-lahir terus rasa pandai sangat.
Dan kebetulan kat bawah tu ada satu contoh terbaik. Dr Theivarani, seorang paediatrician yang mengaku provaksin, tapi tetap hormat pendirian parents lain dan tak hukum mereka gagal. Ini baru doc yang faham dan ikut guideline MMC. Yang macam ni kita salute β
Untuk HCW dan orang lain yang suka hukum, tolonglah jadikan dr ni contoh.
Teruk sangat rupa bila HCW tak profesional sibuk nak label orang. Buat diri sendiri nampak tak ada etika dan adab. Low class level acik bawang.
https://www.facebook.com/share/p/18oGEndeAo/?mibextid=wwXIfr
7 179
Tahun baru hijrah selalu kita sambut dengan ucapan. Tapi berapa ramai yang betul2 faham apa itu hijrah?
Cuba kita kembali pada sejarahnya.
Nabi SAW tak hijrah sebab baginda nak. Baginda hijrah sebab keadaan di Mekah dah tak mengizinkan kebenaran untuk bernafas. Dakwah dihalang. Pengikut diseksa. Baginda sendiri diugut bunuh. Mekah, tanah tumpah darah baginda, tempat lahir, tempat segala kenangan, sudah jadi tempat yang menyesakkan untuk terus mempertahankan apa yang benar.
Jadi baginda tinggalkan semua tu. Kampung halaman. Rumah. Keselesaan. Demi satu perkara, untuk meneruskan kebenaran di tempat yang membenarkannya tumbuh.
Dan tengok apa yang berlaku selepas hijrah. Di Madinah, Islam berkembang. Masyarakat dibina. Dari golongan yang ditindas di Mekah, mereka jadi ummah yang berdiri atas kaki sendiri. Itu hasil satu keputusan berani untuk tidak selesa di takuk yang sama.
Di situlah ibrahnya untuk kita.
Hijrah tu mengajar satu perkara penting. Kadang kita kena tinggalkan apa yang selesa, apa yang biasa, apa yang semua orang buat, demi sesuatu yang lebih benar dan lebih baik. Sebab tak semua yang selesa itu betul. Dan tak semua yang ramai ikut itu bermakna ia jalan yang terbaik.
Rasulullah SAW bersabda,
βOrang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah.β
-Hadis riwayat Bukhari.
Jadi hijrah sebenar bukan tentang jarak, tapi tentang keberanian untuk berubah.
Dan untuk saya, hijrah tu termasuk cara kita jaga amanah tubuh dan hidup yang Allah bagi.
Hijrah dari ikut-ikutan tanpa ilmu, kepada belajar dan tabayun dulu sebelum percaya.
Hijrah dari telan bulat2 apa yang sistem suap, kepada berani bertanya dan menyemak.
Hijrah dari bergantung buta pada satu jalan, kepada kembali pada fitrah yang Allah dah sediakan.
Hijrah dari hidup autopilot, kepada hidup yang setiap pilihannya dibuat dengan sedar dan berilmu.
Itulah maksud βcelikβ yang saya selalu sebut. Bukan nak lawan sesiapa. Tapi nak sedar, nak faham, nak pilih dengan mata terbuka.
Sebab kita tak boleh selesa di takuk yang sama sedangkan kita tahu ada yang tak kena. Itu bukan ketenangan, itu cuma takut nak berubah.
Allah berfirman,
βSesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.β
-Surah Ar-Raβd ayat 11.
Perubahan tu mula dari diri. Bukan tunggu orang lain. Bukan tunggu keadaan sempurna. Macam Nabi SAW yang melangkah keluar dari Mekah dalam keadaan penuh risiko, kita pun kena berani melangkah keluar dari zon selesa yang kita tahu dah tak membawa kebaikan.
Selamat Tahun Baru Hijrah. Semoga tahun ni bukan sekadar tukar nombor tahun, tapi betul-betul jadi titik mula kita hijrah ke versi diri yang lebih sedar, lebih berilmu, dan lebih dekat dengan Allah.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/19BFGF2cY1/?mibextid=wwXIfr
7 179
Ada lalu semalam pasal taska yang push minta pengesahan vaksin, sedangkan dia memang tak vaksin anak dia.
Anak sihat, jarang sakit, tapi sekarang terhimpit dengan tuntutan taska. Dia tanya apa boleh buat dari sudut perundangan.
Dan komen2? Memalukan. Ramai yang komen kurang cerdik.
Anak yang lengkap cucuk takut dapat penyakit dari anak yang tak cucuk. Kalau betul vaksin tu berkesan, kenapa nak takut? Logik sendiri pun dah jawab soalan tuπ€¦ββοΈοΏΌ
Yang suruh βbukak la taska sendiriβ pun sama. Itu bukan jawapan, itu cara orang yang takde hujah nak tutup mulut orang yang bertanya.
Dan cuba tengok realiti di wad. Majoriti yang terlantar sakit di sana tu anak2 yang lengkap cucuk.οΏΌ
Mana data yang kata anak tak vaksin ni yang ramai sakit? Takde. Cuma andaian yang diulang sampai orang percaya.
Imunisasi di Malaysia bukan wajib di sisi undang2. Ia digalakkan, bukan dipaksa. Jadi taska tak boleh jadikan ia syarat mutlak melainkan ada polisi dalaman yang jelas.
Cara terbaik, settle elok2 dengan taska dulu. Minta mereka tunjukkan polisi secara bertulis. Ini syarat mereka sendiri, atau arahan pihak berkuasa?οΏΌ
Bila diminta hitam putih, baru nampak ada asas atau tidak.Parent pun boleh beri surat akuan bertulis sebagai ibu bapa.
Tapi kalau dah cuba baik2 dan mereka tetap berkeras nak diskriminasi, jangan bersusah hati. Catat nama taska tu, masukkan dalam senarai taska yang mengamalkan diskriminasi, supaya ibu bapa lain yang sefahaman boleh elak. Lepas tu cari taska yang lebih waras dan terbuka.
Sebab fikir betul2 la kan..οΏΌ
Buat apa nak hantar anak ke tempat yang awal2 lagi dah tunjuk sikap diskriminasi tak bertempat?
Kalau belum masuk pun dah nak hukum atas keputusan peribadi awak, macam mana nak percaya mereka layan anak awak dengan adil nanti?
Dan ni yang paling ironi.
Bila melibatkan warga asing, kemain keluar segala ayat humanity, hak asasi, belas kasihan. Tapi bila rakyat sendiri buat pilihan atas benda yg memang tak wajib, terus sibuk nak diskriminasi. Etika tu terpakai untuk keadaan tertentu je ke?οΏΌ
Allah berfirman,
βDan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.β
-Surah Al-Isra ayat 36.
Membuat keputusan dengan ilmu dan bertanya tu bukan kesalahan, itu tanggungjawab.
Dan Rasulullah SAW bersabda,
βTinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.β
-Hadis riwayat Tirmizi.
Bila ada keraguan, kita pilih yang lebih menenangkan hati dan hampir dengan fitrah.
Hak ibu bapa untuk buat keputusan perubatan bagi anak tu diiktiraf.οΏΌ
Jangan biar orang buat awak rasa bersalah atas keputusan yang awak dah fikir masak2.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1avuJYMGzB/?mibextid=wwXIfr
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DZm-T_hGtkc?xmt=AQG0QPZd_5wbmcITsSPZhydyyC7ikuOnimv76JiolcWOM6Nm1B5Vt_T0pjR8SVJABJxveyhZ&slof=1
7 179
Bukti pengalaman lawan bukti kertas.
Mana satu korang akan pilih kalau anak korang sendiri yang sakit?
Senang nak hina pengamal holistik dari belakang skrin. Tapi bila anak demam tak surut2, bila badan dah penat lawan ubat yang tak jalan, tiba2 semua gelaran tu tak bermakna. Yang penting siapa yang betul2 boleh tolong.
Akhir zaman ni orang percaya pada siapa yang mereka rasa yakin. Bukan sebab sijil, tapi sebab mereka cuba sendiri dan dapat rasa kesannya. Itu cara paling jujur. Bukti pengalaman, bukan bukti kertas semata.
Dan benda ni adil sebenarnya. Sama jugak kalau ada yang mengaku pakar, tinggi gelaran, tapi ramai yang dapat kesan buruk lepas ikut dia. Lama2 orang akan hilang keyakinan jugak. Title tinggi tak menjamin hasil.
Kita bukan kata sijil tak penting. Tapi jangan jadikan ia satu-satunya ukuran kebenaran. Sejarah perubatan dunia ni dah lama wujud sebelum sistem konvensional moden yang baru lebih kurang 150 tahun. Tib Nabawi, herba, perubatan tradisional, semua ni dah lama bantu manusia sihat. Malah WHO yang menjadi rujukan sepenuhnya provaksin sendiri dah keluarkan Traditional Medicine Strategy yang mengiktiraf peranan perubatan tradisional dalam sistem kesihatan global.
Jadi yang kata semua ni karut tu, sebenarnya ketinggalan, bukan kita.
Rasulullah SAW sendiri galakkan berubat.
βBerubatlah kamu, kerana Allah tidak menurunkan penyakit melainkan Dia turunkan jugak penawarnya.β
-Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Baginda tak letak syarat penawar tu mesti datang dari satu aliran je. Yang penting ia bermanfaat dan tak memudaratkan.
Jadi sebelum hina orang yang pilih jalan lain, tanya diri dulu. Kita kondem ni sebab betul2 ada bukti ia tak berkesan, atau sebab ia tak ikut aliran yang kita biasa dengar je?
Kepercayaan tu kena diusahakan, bukan diwarisi dari title.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1CoEhEoHci/?mibextid=wwXIfr
7 179
Tadi ternampak post ni.
Saya copy jawapan saya kat dia ;
Memang ada vaksin yang mengandungi unsur babi sis. Bukan benda baru pun. Yang paling tinggi kandungan gelatin babi tu MMR (campak, beguk, rubella) dan vaksin cacar air. Gelatin tu diguna sebagai stabilizer.
Bukan vaksin je. Ubat pun ada yang ada unsur babi. Contoh paling terkenal heparin, ubat cair darah yang banyak dapat dari usus babi.
Jadi bila ibu bapa nak tahu apa yang masuk dalam badan anak mereka, tu bukan paranoid. Tu hak. Simple
https://www.facebook.com/share/p/1D7nAUKurV/?mibextid=wwXIfr
7 179
Antivaksin busy melawat orang sakit sana sini. Tak cukup tangan dah. Akhirnya hanya mampu doa.
Yang sakit ni pelbagai. Ada yang terkesan dengan cucuk. Ada yang sakit sebab jenis rawatan yang dipilih, terutama allopati yang fokus kawal simptom tanpa selesaikan punca. Ada yang sakit sebab gaya hidup, sebab makanan, sebab persekitaran.
Mati itu pasti, tak kira siapa. Allah dah tetapkan ajal setiap nyawa.
βTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.β
-Surah Ali Imran ayat 185.
Tapi mati tu satu hal. Cara kita jaga amanah tubuh badan sepanjang hidup tu hal yang lain. Dua benda berbeza.
Dalam Islam, menjaga nyawa dan kesihatan tu antara lima perkara asas dalam Maqasid Syariah. Hifz al-nafs, memelihara nyawa. Ini bukan pilihan, ini tanggungjawab. Badan ni amanah, bukan milik kita sepenuhnya. Satu hari nanti kita akan ditanya macam mana kita menjaganya.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah. -Hadis riwayat Muslim.
Kekuatan tu termasuk kekuatan fizikal, kesihatan tubuh badan yang dijaga.
Jadi prinsipnya mudah. Jangan sengaja memudaratkan diri.
βDan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan.β -Surah Al-Baqarah ayat 195.
Dan kaedah fiqh pun jelas, la darar wa la dirar, tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan tidak boleh memudaratkan orang lain.
Kita jaga badan bukan sebab takut mati. Kita jaga sebab itu amanah yang Allah titipkan. Kita pilih rawatan dengan ilmu, bukan dengan ikut-ikutan. Kita ambil yang manfaat, kita elak yang mudarat, dan kita serahkan hasilnya pada Allah.
Itu namanya tawakal yang betul. Usaha dengan ilmu dulu, baru berserah. Bukan berserah tanpa usaha, bukan juga usaha tanpa iman.
Jaga badan ikut Maqasid Syariah. Jangan dimudaratkan dengan sengaja. Selebihnya, serah pada Yang Maha Menentukan.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1GRmvTuw8y/?mibextid=wwXIfr
7 179
+2
Kisah benar anak terkesan akibat cucuk vaksin part 103
Yang tolak vaksin majoriti adalah orang yang pernah ambil vaksin. Pernah jadi provaksin. Pernah cucuk anak sampai lengkap.
Tapi bila anak mereka terkesan sendiri, bila mata mereka tengok sendiri kaki bengkak, sawan tangis berhari-hari, ruam penuh satu badan, naluri seorang ibu tu menjerit. Dan naluri tu tak boleh ditipu.οΏΌ
Salah ke nak berhenti bila kau dah tengok sendiri apa yang berlaku pada anak kau?
Ini AEFI namanya. Adverse Events Following Immunization. Kesan buruk selepas imunisasi. Benda ni wujud, ada nama rasmi, ada garis panduan rasmi. Tapi bila ibu bapa bersuara pasal dia, terus dilabel antivaksin, dilabel bodoh, dilabel degil.
Cuba fikir logik ni.
Kalau ada produk skincare yang buat muka rosak, semua orang puji bila kita dedahkan. Bagi review jujur, warning orang lain. Tiada siapa marah.οΏΌ
Malah dikira menolong.
Kalau ada restoran yang buat kita keracunan makanan, kita review satu bintang, semua orang terima kasih.
Tapi bila ibu bapa dedahkan anak mereka terkesan selepas vaksin, tiba-tiba jadi jenayah. Tiba-tiba kena serang. Tiba-tiba kena suruh diam.
Kenapa? Apa yang berbeza?
Kenapa satu produk ni je yang tak boleh dikritik, tak boleh dipersoal, tak boleh ada bad review walaupun ibu yang melahirkan dan membela anak tu sendiri yang bercerita?οΏΌ
Bukan kami suruh orang lain ikut. Setiap ibu bapa buat pilihan untuk anak masing2. Tapi sekurang-kurangnya bagi ruang untuk orang bercerita tanpa diserang. Bagi ruang untuk pengalaman sebenar didengar.
Sebab pengalaman seorang ibu yang menjaga anak 24 jam tu pun satu bukti. Walaupun sistem tak nak rekodkan.
#sharingbynfam #awakeningοΏΌ
7 179
Hi. Saya Nfam dan saya suka berkongsi. Hobi saya dari kecil suka sangat membaca buku. Saya juga suka membuat pemerhatian dari sekeliling dan apa yang saya explore melalui penerokaan dunia buku dan alam realiti.
Terus terang saya menulis bukan kerana nama. Tapi saya menulis dan berkongsi kerana kepuasan yang saya dapat bila orang dapat manfaatkan apa yang saya kongsikan.
Saya tak risau hilang acc ke followers ke tapi saya risau kalau penyampaian saya tidak sampai pada orang.
Sebab itu saya asingkan group mengikut topik untuk memudahkan perkongsian dan pencarian. Berbanding letak semua dalam satu tempat.
Sebab penulisan dan perkongsian itu juga ibarat galeri atau arkib untuk rujukan saya sendiri.
Sambil saya berkongsi pada yang nak membaca.
Saya juga menerima DM yang sangat banyak di semua platform sehingga tak mampu nak balas semua malah ada yang sudah lama tidak dibuka.
Sebab itu dengan adanya group /channel ini memudahkan yang nak dapat input berinteraksi dan mendapatkan info. Jika semua DM ,tiadalah kemampuan saya untuk membalasnya kerana hobi saya menulis adalah sampingan. Saya masih sama seperti orang lain,ada tanggungjawab sebagai hamba Allah,isteri,ibu anak 6,membantu bisnes suami dan sebagai aktivis.
Terima kasih atas sokongan anda semua. Amatlah saya hargai
Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah. Amin π€²
P/s: Dalam group anda boleh tag saya juga supaya saya alert dan respon.
πππΉπΊππβπ«πΎπ₯πΈπ
Ini antara group percuma yang saya buat ikut topik untuk mudahkan pencarian. Boleh godek info dalam group & channel ; boleh tag jika ada sebarang pertanyaan.
1.Sharing by Nfam - info tentang scamdemic dan pendedahan tentang pembodohan ummat dari mula Covid sehingga sekarang
https://t.me/Sharingbynfam
2.Channel Nfam (telegram)
https://t.me/notabynfam
Channel yang banyak share info kesihatan secara umum,homeschooling, gaya hidup , motivasi, bisnes dan yang berkaitan.
Channel Nfam di whatsapp :
https://whatsapp.com/channel/0029Va1xp0aFXUuZybN6Yh2c
Channel di fb boleh tengok bio saya.
3.Kelab Kurus dan Sihat
https://t.me/+nZgOIhIzkRwzMzg1
Boleh dengar 3 audio teratas untuk ilmu percuma.
4.Info detoks & alternatif remedi
https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
Dalam ni ada cara percuma untuk sihat dalam masa 42 hari dan pelbagai perkongsian rawatan holistik.
5.Info lebih spesifik untuk detoks vaksin Covid :
https://t.me/detoksvaksincovid
Back up group detoks di fb :
https://www.facebook.com/share/g/16KjAJsg9u/?mibextid=wwXIfr
6.Info percuma tentang pemanis semulajadi yang selamat,tanpa gula,zero kalori di sini. Boleh baca ebook percuma di pin post.
https://t.me/+VLWEC9LN3cL9iG2O
7.Info Homeschooling by Nfam
Channel :
https://t.me/+3vvGaz8XRIU1Yzdl
Group :
https://t.me/+4JXvv04JY6djZmVl
8.Real Story Aefi - group yang menyimpan banyak cerita2 AEFI
https://t.me/+D_qzjxTVGRI5NDJl
9.Group fb Masyarakat Kena Tahu - sejak 2016 ; banyak yang boleh godek. Sangatlah banyak info dalam tu :
https://www.facebook.com/share/g/16kJei5YQR/?mibextid=wwXIfr
10.Group Info percuma tentang supplement ikut kaedah Orthomolecular:
https://t.me/+4__QOICyFs5mY2U1
Boleh dengar audio untuk info asas
11.Info prepping akhir zaman yang membantu untuk beginner supaya tidak panik dan membuat persiapan berlandaskan panduan dalam Islam.
Kat sini anda boleh belajar secara PERCUMA prepping akhir zaman ; dengan tenang dan hilang panik. Bermula dengan betul.
Mulakan dengan baca bahagian 1-19. Baru baca yang lain.
Channel : https://t.me/+30Hm7Rya-BQzM2I1
Group : https://t.me/+q6jAaWZOj8gyNzM
12.Sekarang lebih banyak menulis di Thread. Boleh follow jika anda suka perkongsian saya. Perkongsian di sana berbeza dengan di fb.
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==
Post asal :
https://www.facebook.com/share/p/18n8fS79TZ/?mibextid=wwXIfr
7 179
Tiba-tiba sangat professional bila melibatkan warga asing
Tak nafikan apa yang doktor ni kata. Hippocratic Oath tu nyata, dan rawat dulu bukanlah salah.
Tapi menariknya bila warga asing masuk hospital, keluar semua nilai kemanusiaan, etika profesional, perjanjian antarabangsa.
Tapi bila komuniti antivaksin kena kutuk, kena diskriminasi, kena label dalam sistem kesihatan sendiri, mana suara yang sama?
Pesakit yang berbeza pendirian medical pun ada hak yang sama. Itu pun covered dalam Hippocratic Oath yang sama.
WHO yang jadi rujukan provaksin pun dalam Global Vaccine Action Plan sendiri tekankan bahawa vaccine hesitancy perlu ditangani melalui dialog dan engagement, bukan paksaan dan diskriminasi.
Tapi realiti kat Malaysia, yang berbeza pendirian selalu dipinggirkan dalam sistem yang sama yang kata mereka βutamakan pesakit.β
Warga asing dilayan dengan empati. Rakyat sendiri yang berbeza pandangan dilayan dengan sinisme.
Kalau etika tu universal, aplikasikan secara universal jugak. Jangan pilih2 bila nak jadi profesional.
Dah 2026 dah pun.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/18oambQgRk/?mibextid=wwXIfr
7 179
Yang paling kuat label orang antivaksin bila sakit, diam2 jugak cari perawat Islam. Diam2 jugak pergi bekam. Diam2 jugak bancuh herba. Diam2 jugak minum madu dan habbatus sauda.
Tapi tak berani mengaku. Takut kena soal balik.
Kelakar kan.
Tolak vaksin disuruh kita jangan ke hospital.
Habis dia kondem ikhtiar alami ; tapi dalam masa yang sama dia cuba je diam2. Yang muka tebal sikit tak malu mengaku. Tak sedar dah ludah jilat balik.
Rasulullah SAW sendiri yang ajar kita berubat. Madu penawar. Habbatus sauda ubat segala penyakit kecuali mati. Bekam baginda amalkan dan galakkan. Ini bukan amalan karut antivaksin. Ini hadis sahih.
Jadi bila korang label kami antivaksin seolah kami ni anti segala-galanya ,balik cermin dulu. Siapa sebenarnya yang anti sunnah?
WHO pun dah keluarkan Traditional Medicine Strategy ,mengiktiraf perubatan tradisional dalam sistem kesihatan global. Dunia dah bergerak. Tapi kita masih nak kejar bayang naratif lama. Ikutkan malas nak tulis pasal WHO yang berlambangkan ular pakar belit ni. Tapi sebab mereka kan suka follow WHO, kita bagitahulah siap2.
Sistem konvensional kita ni direka untuk rawat, bukan cegah. Tunggu sakit baru rawat. Tunggu kronik baru ambik serius. Golongan yang korang kutuk tu ,merekalah yang dah lama fokus pada pencegahan, pada makanan, pada gaya hidup.
Siapa sebenarnya yang lebih bijak jaga amanah kesihatan yang Allah titipkan?
Bukan kami anti doktor. Kami anti hipokrasi. Kami anti label. Kami anti sistem yang suruh percaya buta pada satu jalan je, sedangkan Allah dah sediakan pelbagai jalan untuk hambaNya.
Kalau nak kecam jangan buat benda yang sama diam2.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/18vbQWipkJ/?mibextid=wwXIfr
7 179
Beban dikurangkan tapi bising
Beban bertambah pun bising
1.Orang tolak hospital dan cuba jaga diri dengan cara alternatif, ada yang perli. Tapi bila hospital sendiri dah kekurangan staf, servis nak ditutup dan doktor resign beramai-ramai, kenapa pula rasa bitter? Patut lega beban berkurang. Pelik betul logik tu.
2.Orang yang tolak rawatan konvensional bukan semua bodoh atau degil. Ada yang dah kaji. Ada yang dah baca insert ubat dan sedar ubat tu penuh kesan sampingan yang doktor sendiri tak sempat nak terangkan sebab masa tak cukup dan beban kerja melampau. Ada yang dah lalui sendiri dan dah nampak apa yang berlaku pada badan mereka dan badan anak mereka.
3.Ubat synthetic dan generic yang berasaskan by product industri petroleum, yang direka untuk kawal simptom bukan sembuhkan punca, yang kesan sampingannya kadang lebih teruk dari penyakit asal, itulah yang kami elakkan. Bukan kami anti doktor, kami anti kebergantungan buta pada sistem yang ada kepentingannya sendiri.
4.Sistem perubatan moden baru wujud lebih kurang 150 tahun. Sebelum tu manusia hidup dan sihat dengan cara lain. Tib nabawi, herba, orthomolecular, perubatan tradisional, semua ini bukan karut, ini ilmu yang dah terbukti jauh lebih lama dari mana-mana ubat paten yang ada expiry date kepentingan korporat.
5.Hospital ada tempatnya dan kami faham tu. Kami pun akan pergi bila betul2 perlu. Tapi kami tak akan pergi untuk benda yang boleh diuruskan sendiri dengan cara yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih bersesuaian dengan fitrah badan yang Allah cipta.
6.Jadi apa yang bitter sangat dengan orang yang cuba kurangkan beban sistem yang awak sendiri mengaku dah tersengkang?
Patut berterima kasih adalah.
#sharingbynfam #awakening
https://www.facebook.com/share/p/1Hj9144DVJ/?mibextid=wwXIfr
7 179
Repost from Nor Fazilah Abd Mohd (NFAM)
Ramai yang start journey kesihatan dengan benda yang complicated.
Beli supplement mahal. Cuba protokol detox 30 hari. Ikut diet yang susah nak sebut nama pun.
Tapi hakikatnya, benda basic yang selalu kita skip tu masih belum betul lagi. Tidur cukup ke? Minum air kosong ke? Fiber cukup ke?Gerak badan ke? Buang air besar lancar ke?
Kalau asas ni pun masih tunggang langgang, supplement semahal mana pun tak banyak tolong. Sebab badan kita tak boleh proses benda lain dengan baik kalau tapaknya tak kukuh.
Ibaratnya macam nak cat dinding yang retak, nampak cantik sekejap, tapi lama-lama terkopek balik.
Betulkan asas dulu. Benda yang paling humble, paling simple, paling tak glamour, tu yang paling powerful kesannya.
-Sharing kesihatan holistik
Nak belajar sihat cara alternatif dan remedi untuk kesihatan holistik ?
Jemput belajar secara percuma di sini :
Whatsapp (saya lebih aktif di sini,boleh tanya dan tag saya)
Kelemahan group WhatsApp; tak nampak chat sebelum
https://chat.whatsapp.com/CBLXT1YjHGVB9fhOy2EC54?mode=gi_t
Telegram (group paling lama,lebih banyak info dan ahli baru boleh search topic terdahulu)
https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
7 179
Repost from Nor Fazilah Abd Mohd (NFAM)
+1
Saya dah kongsikan dekat komen cara dia.
Korang boleh baca juga petua dari orang lain. Saya jenis suka dengan petua dan suka mencuba. Kena faham lain orang kadang lain keserasian. Dan kalau mencuba terlalu banyak benda sekaligus pun tak elok. Cubalah satu-satu dulu.
Dan kalau cuba sambil makan ubat yang bagi kesan buruk pun tak jadi apa juga. Ibarat pagi ambil penawar malam ambil racun. Dua ni tak geng,mana nak datang sihatnya.
Jangan duk campurlah ye.
Alternatif sama alternatif tak apa. Itu pun kena tengok juga tak semua alternatif boleh jalan sekali. Ada yang kena jarak tempoh masa pendek ada yang kena jarak tempoh masa sederhana panjang juga.
Jadi kenalilah tubuh anda. Setiap badan tak sama. Try and error sampai jumpa yang ok
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DZO7A9cmuhg?xmt=AQG0Tb0FRYUMIBcSeItzQktYxcXZ5zQyqYeqJ1Fmt0O7wg9mbJaS4lFVFpAF1fUbTZ_-3tQ&slof=1
7 179
Ramai yang ingat rawatan hospital tu percuma atau murah. RM1/RM5/RM30 je konon. Tapi tanya mereka yang dah lalui sendiri.
Ubat kanser boleh cecah RM1,300 sebulan. Dialisis 12 kali sebulan. Ulang alik hospital yang tak pernah habis. Kos penjaga yang terpaksa tinggalkan kerja. Semua tu bukan dalam bil hospital, tapi semua tu kena dibayar juga dengan duit, masa, tenaga dan air mata.
Sistem kesihatan kerajaan memang ada subsidi, tapi ada had. Dan ada penyakit yang kos sebenarnya jauh melebihi apa yang ramai orang jangka. Bila dah sampai tahap tu, baru sedar betapa mahalnya bergantung penuh pada satu sistem.
Ini bukan cerita menakut-nakutkan. Ini realiti yang ramai sedang hidup sekarang, termasuk orang2 di sekeliling kita yang berjuang dalam senyap.
Sebab tu jaga kesihatan dari awal bukan sekadar pilihan, ia pelaburan paling murah yang ada. Cara makan, cara tidur, cara urus stress, cara detoks, cara guna remedi semulajadi dan alternatif. Semua tu bukan tambahan kepada hidup sihat, tu asasnya.
Hospital ada tempatnya. Tapi jangan tunggu sampai terpaksa baru nak bergerak. Jalan balik dari sakit kronik itu panjang, penat dan mahal. Jalan ke arah sihat dari awal jauh lebih mudah dan lebih murah.
Semoga Allah permudahkan mereka yang sedang berjuang dan semoga kita semua sedar sebelum terlambat.
https://www.facebook.com/share/p/17haZgBbRZ/?mibextid=wwXIfr
7 179
Hospital nak tutup, tapi antivaksin kena buktikan kehebatan?
Lawak.
Kami dah lama amalkan cara sihat alami, jaga pemakanan, jaga imuniti semulajadi, bukan tunggu sistem runtuh baru nak bergerak.
Yang kelakarnya, HCW jenis ni selalu sindir antivaksin masa senang. Tapi bila sistem sendiri dah goyang,tiba-tiba nak challenge kami pulak. Kehebatan kami dah lama dibuktikan dalam komuniti kami sendiri, bukan untuk tontonan awak.
Antivaksin bukan satu kumpulan yang sama. Circle kami ada pengamal holistik, orthomolecular, herba, tib nabawi, detoks dan banyak lagi. Saya sendiri ada group percuma yang ajar cara sihat secara alami dan fitrah, ada remedi alternatif yang boleh diamalkan dari rumah dan ramai yang dah nampak hasilnya sendiri.
Orang lama sihat tanpa bergantung penuh pada sistem. Kita yang lupa. Jangan taksub dengan satu cara sampai lupa Allah dah sediakan pelbagai jalan untuk jaga amanah kesihatan yang Dia titipkan.
https://www.facebook.com/share/1BJiTtEn8g/?mibextid=wwXIfr
Sumber thread :
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DZOWc8okilW?xmt=AQG0KUDyFEGf8RjzuDWO2vcNWEqTxSJ1kjQN1cD--wLdPbPrTnO86K1jbLeHknGESDujzwc&slof=1
7 179
Tertarik dengan komen Tn Dean Ariff
βAku pernah jemput doktor2 provaksin tersohor untuk buat perbandingan secara saintifik: 200 anak2 warga KKM vs. 200 anak2 warga antivaksin komuniti kami. Tak seorang pun dari mereka ada tulang belakang untuk tampil buat kajian. Banyak alasan diberi seperti kos penyelidikan (walaupun saya akan tampung 100%), faktor pemakanan lah, faktor pendidikan berlainan lah (eh, anak2 doktor dan misi kan sepatutnya pandai), faktor persekitaran lah (sebab anak2 antivaks ni free range berlari kaki ayam kat kebun), sampel 200+200 kanak2 tak cukup lah. Kena monitor dari 1 tahun hingga 18 tahun lah. Banyak lah alasan yang diorang beri untuk kata kajian tersebut tak ada validity.
Lantak kau lah, realitinya, dari beribu-ribu anak2 komuniti kami tak de seorang pun yang ada autisme, alergi atau penyakit2 yg disebabkan oleh AEFI. ZERO! Kalau pergi banci anak2 warga KKM, memang ramai yang ada dalam spektrum autisme, berbagai jenis alahan dan masalah kesihatan. Diorang berani mencarut dan jadi keyboard warrior aje. Terpaling perasan diri pandai biologi. Tapi bila ajak datang buat kajian, asyik bagi alasan... β
Komen asal di posting fb saya :
https://www.facebook.com/share/p/1MwrA5gDBZ/?mibextid=wwXIfr
Done share Thread juga
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DZL8j1Him3I?xmt=AQG0-VHhlvGj24dOCQ0pUWRm2LQrVb4Lu7wcBIvBCoLczh66X5rILM6BlNikcwSNleouBf2R&slof=1
7 179
Allah dah sebut dalam Al-Baqarah ayat 195, jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. Ayat yang sama berlaku pada dua pihak. Kita yang tolak vaksin guna ayat yang sama untuk justify keputusan kita, iaitu jangan masukkan sesuatu yang kita yakini memudaratkan ke dalam badan kita dan badan anak kita.
Bukan antivaksin yang tak guna akal. Kita guna akal untuk baca, kaji, soal dan buat keputusan berdasarkan maklumat yang lebih lengkap.
Yang tak guna akal adalah yang terima bulat-bulat tanpa soal kemudian guna ayat Allah untuk label orang yang berani berfikir berbeza. Banyak lagi nak ulas ikutkan. Tapi tak apalah. Cukuplah kita ulas point penting.
Anda setuju dan ada nak tambah? Silakan.
https://www.facebook.com/share/p/1CndgaGENW/?mibextid=wwXIfr
Available now! Telegram Research 2025 β the year's key insights 
