Sharing by NFAM
رفتن به کانال در Telegram
Disclaimer : Mengumpul info dan rujukan sepanjang scamdemic,penipuan dlm bidang kesihatan,isu semasa,topik random dan pandangan peribadi. Make your own research too.
نمایش بیشتر7 075
مشترکین
-424 ساعت
-167 روز
-5730 روز
در حال بارگذاری دادهها
کانالهای مشابه
ابر برچسبها
هیچ دادهای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
اکتبر '26اکتبر '26
اکتبر '26
+18
در 1 کانالها
سپتامبر '26
+38
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '26
+56
در 2 کانالها
Get PRO
ژوئیه '26
+105
در 1 کانالها
Get PRO
ژوئن '26
+33
در 1 کانالها
Get PRO
مه '26
+104
در 1 کانالها
Get PRO
آوریل '26
+46
در 3 کانالها
Get PRO
مارس '26
+25
در 1 کانالها
Get PRO
فوریه '26
+27
در 2 کانالها
Get PRO
ژانویه '26
+40
در 2 کانالها
Get PRO
دسامبر '25
+39
در 3 کانالها
Get PRO
نوامبر '25
+129
در 2 کانالها
Get PRO
اکتبر '25
+162
در 3 کانالها
Get PRO
سپتامبر '25
+261
در 3 کانالها
Get PRO
اوت '25
+211
در 2 کانالها
Get PRO
ژوئیه '25
+49
در 3 کانالها
Get PRO
ژوئن '25
+73
در 4 کانالها
Get PRO
مه '25
+178
در 2 کانالها
Get PRO
آوریل '25
+451
در 2 کانالها
Get PRO
مارس '25
+112
در 3 کانالها
Get PRO
فوریه '25
+81
در 1 کانالها
Get PRO
ژانویه '25
+515
در 2 کانالها
Get PRO
دسامبر '24
+172
در 3 کانالها
Get PRO
نوامبر '24
+48
در 2 کانالها
Get PRO
اکتبر '24
+104
در 1 کانالها
Get PRO
سپتامبر '24
+216
در 1 کانالها
Get PRO
اوت '24
+147
در 1 کانالها
Get PRO
ژوئیه '24
+277
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '24
+481
در 3 کانالها
Get PRO
مه '24
+1 669
در 1 کانالها
Get PRO
آوریل '24
+434
در 1 کانالها
Get PRO
مارس '24
+206
در 1 کانالها
Get PRO
فوریه '24
+107
در 1 کانالها
Get PRO
ژانویه '24
+293
در 3 کانالها
Get PRO
دسامبر '23
+79
در 1 کانالها
Get PRO
نوامبر '23
+97
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '23
+130
در 2 کانالها
Get PRO
سپتامبر '23
+140
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '23
+56
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '23
+38
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '23
+212
در 0 کانالها
Get PRO
مه '23
+287
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '23
+35
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '23
+6
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '23
+13
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '23
+138
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '22
+26
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '22
+8
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '22
+17
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '22
+31
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '22
+98
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '22
+40
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '22
+78
در 0 کانالها
Get PRO
مه '22
+158
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '22
+107
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '22
+328
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '22
+217
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '22
+1 045
در 0 کانالها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 21 اکتبر | 0 | |||
| 20 اکتبر | +1 | |||
| 19 اکتبر | +1 | |||
| 18 اکتبر | +1 | |||
| 17 اکتبر | 0 | |||
| 16 اکتبر | 0 | |||
| 15 اکتبر | +1 | |||
| 14 اکتبر | 0 | |||
| 13 اکتبر | +1 | |||
| 12 اکتبر | +1 | |||
| 11 اکتبر | 0 | |||
| 10 اکتبر | +1 | |||
| 09 اکتبر | +1 | |||
| 08 اکتبر | +2 | |||
| 07 اکتبر | 0 | |||
| 06 اکتبر | +2 | |||
| 05 اکتبر | +2 | |||
| 04 اکتبر | +2 | |||
| 03 اکتبر | 0 | |||
| 02 اکتبر | 0 | |||
| 01 اکتبر | +2 |
پستهای کانال
Repost from Nor Fazilah Abd Mohd (NFAM)
KENALI IMUN ANDA (19): Selepas Sakit, Jangan Terus Lupa
Kebanyakan kita macam ni. Masa sakit, semua benda kita buat. Rehat, minum air, jaga makan, elak gula. Tapi sebaik je rasa dah okay, semua tu terus ditinggalkan. Hari pertama rasa bertenaga, terus balik kerja penuh, terus makan macam biasa, terus tidur lewat semula.
Padahal masa tu badan belum siap kerja dia.
Bila kita sakit, imun bukan sekadar lawan kuman. Dia habiskan simpanan badan untuk berperang. Protein ditarik dari otot, zink dan vitamin terpakai banyak, dan kalau ada demam atau cirit, mineral pun banyak keluar. Lepas perang habis, ada kerja pembersihan dan pembaikan yang masih berjalan, walaupun kita dah rasa okay di luar.
Sebab tu ramai yang jatuh sakit semula dalam masa dua tiga minggu selepas baru je pulih. Bukan sebab imun dia lemah. Sebab dia tak sempat isi balik apa yang dah habis.
Yang paling penting selepas sakit sebenarnya protein. Badan guna banyak masa berperang, dan dia perlukan bahan untuk membina semula. Telur, ikan, ayam, sup tulang. Dan kalau selera belum pulih sepenuhnya, makan sikit tapi kerap, jangan paksa sekali banyak.
Mineral pun kena diganti, terutama kalau ada demam, berpeluh banyak, atau cirit. Air cukup dengan sedikit garam yang tak diproses dah membantu. Ramai rasa lemah berhari-hari lepas sakit sebenarnya sebab mineral belum penuh balik.
Usus pula kena diberi perhatian, lebih-lebih lagi kalau ada antibiotik masuk atau ada cirit. Makanan fermentasi, sayur yang dimasak lembut, dan bone broth. Masa ni la bakteria jahat paling senang ambil alih, jadi gula kena kekal rendah lagi beberapa minggu.
Dan tidur. Ini yang paling ramai tak buat sebab rasa dah okay dan kerja dah bertimbun. Padahal pemulihan paling banyak berlaku masa tidur.
Satu lagi yang ramai buat silap; terus kembali bersenam berat sebaik rasa bertenaga. Badan yang baru pulih tu belum sedia, dan senaman berat masa tu naikkan kortisol dan tekan imun semula. Mula dengan berjalan dulu. Naik perlahan-lahan ikut apa yang badan bagitahu.
Beri badan masa seminggu dua selepas rasa okay sebelum balik ke rutin penuh. Bukan sebab kita manja. Sebab kerja dalam badan tu belum habis walaupun di luar nampak dah siap.
Yang pulih betul-betul bukan orang yang paling cepat bangun. Tapi orang yang bagi badan habiskan kerja dia.
-SharingbyNfam
| 2 | Sakit sikit macam demam pun pergi kecemasan tu perangai siapa ?
Mengata geng sendiri ke tu😂
https://www.facebook.com/share/p/19bkgXVtfX/?mibextid=wwXIfr | 1 573 |
| 3 | Kepada yang dah cucuk dan sekarang baru sedar, saya nak cakap satu benda.
Jangan duduk dalam rasa bersalah. Tu tak membantu sesiapa, dan ia tak ubah apa-apa.
Yang lepas dah lepas. Yang kita ada sekarang cuma satu, iaitu hari ni.
Jadi mulakan je dari sini.
Jaga apa yang masuk ke badan. Kurangkan makanan proses, kurangkan gula, tambah yang segar dan bersih. Pastikan air yang kita minum tu betul-betul elok.
Gerakkan badan. Berpeluh. Berjemur pagi. Tidur yang cukup, sebab waktu tidur tu badan baiki dirinya sendiri.
Berpuasa. Bukan sekadar ibadah, tapi ia memang cara tubuh berehat dan memulihkan diri.
Kembali pada apa yang Allah dah sediakan. Madu. Habbatus sauda. Herba. Bekam.
Semua tu bukan janji ajaib. Tapi ia asbab, dan asbab tu yang kita mampu usahakan.
Dan bila sakit, mulakan dari atas dulu.
Solat sunat hajat. Minta pada Allah. Sebab yang menyembuhkan tu Dia, bukan ubat, bukan herba, bukan sesiapa. Yang lain itu cuma asbab.
Nabi Ibrahim AS berkata,
“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku."
Asy-Syu'ara 80.
Lepas tu baru cari jalan yang jadi asbab kesembuhan.
Rasulullah SAW bersabda, "Berubatlah kamu, wahai hamba-hamba Allah, kerana Allah tidak menurunkan satu penyakit melainkan Dia turunkan juga penawarnya."
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Berubatlah. Itu perintah. Jadi berusaha tu bukan tanda kurang tawakal, ia sebahagian dari tawakal.
Ya, mati itu pasti. Tak ada siapa boleh lari.
Tapi antara hari ni dan hari tu, tubuh ni tetap amanah. Dan kita akan ditanya macam mana kita jaga.
Jadi jangan duduk menyesal. Bangun, dan mula jaga dari sekarang.
Terlambat tu bila kita berhenti berusaha. Bukan bila kita mula lewat.
Dan kalau ada yang nak mula tapi tak tahu dari mana, saya ada kongsikan satu protokol khas dalam komuniti saya.
Percuma. Tak ada produk wajib beli pun.
Ia guna apa yang memang dah ada pada kita dan di sekeliling kita je. Makanan, air, puasa, gerak badan, matahari, rehat.
Sebab saya percaya, kesihatan tu tak sepatutnya jadi barang mewah yang hanya mampu dibeli orang berduit.
Semoga bermanfaat
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/1GuPbnzep3/?mibextid=wwXIfr | 2 015 |
| 4 | Ramai bayangkan zombie tu macam dalam filem. Mayat bangkit, kulit reput, kejar orang.
Sedangkan zombie sebenar tu dah lama ada di sekeliling kita.
Manusia yang masih bernafas tapi hati dah mati.
Tengok je apa yang berlaku sekarang. Membunuh dah jadi macam berita biasa. Kita baca waktu sarapan, tutup telefon, sambung makan.
Anak bunuh ibu. Bapa bunuh anak. Kawan bunuh kawan sebab hal remeh.
Dan kita? Kita dah tak terkejut pun.
Itu yang paling menakutkan. Bukan kejadian tu. Tapi hati kita yang dah berhenti rasa apa-apa.
Allah berfirman tentang golongan yang hatinya mengeras,
"Kemudian hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi."
Al-Baqarah 74.
Lebih keras dari batu. Itu gambaran Allah sendiri.
Dan hati tak jadi begitu dalam satu malam. Ia terhakis perlahan.
Setiap kali kita biarkan benda yang salah lalu depan mata tanpa rasa apa-apa. Setiap kali kita tonton keganasan sebagai hiburan sampai ia jadi biasa. Setiap kali kita scroll laju melepasi berita orang mati sebab kita dah muak.
Sikit demi sikit, sampai satu hari kita sendiri tak perasan kita dah tak rasa apa-apa.
Jadi kalau nak cari zombie, tak payah tunggu kiamat.
Cukup tengok sekeliling.
Dan yang lebih penting, tengok dalam cermin.
Sebab yang paling bahaya bukan hati yang jahat. Tapi hati yang dah tak boleh bezakan lagi mana baik mana buruk.
Siapa perasan benda ni semakin menjadi-jadi selepas acara cucuk vaksin Covid. Yang mana dah membuka mata kita tentang vaksin2 lain juga.
Sedarlah dari lena wahai manusia yang masih leka
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1VpEiDPhjg/?mibextid=wwXIfr | 2 163 |
| 5 | Perghh… meriah komen2
Terbaiklah feedback dari para antivaksin 😆
https://www.facebook.com/share/p/19QyyAwpEu/?mibextid=wwXIfr | 2 439 |
| 6 | “ALA… SETAKAT DEMAM LEPAS CUCUK. NORMAL LA TU.”
Ayat ni nampak simple. Tapi saya rasa inilah antara ayat yang menyebabkan ramai mak ayah berhenti memerhati dengan lebih teliti apa yang berlaku pada anak selepas vaksin.
Demam selepas sesetengah vaksin memang berlaku ye. Bengkak atau sakit di tempat suntikan, meragam dan beberapa reaksi lain pun memang diketahui boleh berlaku bergantung kepada jenis vaksin.
Tapi masalahnya bila perkataan “normal” tu digunakan terlalu mudah sampai apa saja perubahan selepas itu parent sendiri dah tak terfikir nak catat.
Anak demam ;normal.
Anak meragam luar biasa ;tunggu dulu.
Anak nampak sangat lesu ;tunggu dulu.
Ada perubahan tidur, makan atau tingkah laku yang berpanjangan ; yang ni pun parent kena ambil perhatian dan dapatkan pemeriksaan, bukan kita sendiri terus tentukan puncanya.
Jangan terus kata “confirm tak ada kaitan.”
Catat dulu.
Tarikh cucuk bila. Vaksin apa. Batch kalau ada. Pukul berapa. Sebelum cucuk keadaan anak macam mana. Beberapa jam selepas tu apa berlaku. Hari pertama, kedua, ketiga macam mana. Kalau simptom berterusan atau ada perubahan ketara, tulis semuanya.
Ambil gambar atau video kalau sesuatu perubahan memang boleh didokumentasikan. Simpan buku kesihatan, rekod klinik dan dokumen berkaitan.
Sebab memori manusia ni tak sempurna.
Enam bulan kemudian kita mungkin cuma ingat, “rasanya lepas umur sekian anak mula berubah.”
Tapi kalau ada timeline, sekurang2nya kita ada sesuatu yang lebih objektif untuk dibawa kepada doktor dan dinilai. Tapi jujur cakap ye; diorang akan NAFIKAN dan anda kena balik tanpa pelaporan dibuat!
AEFI ialah kejadian selepas imunisasi yang perlu dinilai. Sebab itulah pemantauan keselamatan wujud. Ada kejadian yang akhirnya mungkin didapati berkaitan dengan vaksin, ada yang kebetulan berlaku pada waktu yang sama, ada yang berkaitan kesilapan pemberian dan ada yang memerlukan siasatan lanjut.
Tapi realitinya tidak dilaksanakan pun. Atas kertas je ni.
Lebih pelik masyarakat diajar bahawa vaksin sangat selamat, tetapi apabila seseorang mahu merekodkan pengalaman buruk selepas vaksin, dia pula dipandang seolah2 sedang menyerang perubatan.
Feedback buruk pun data.
Sama macam saya tulis tentang vaccine insert sebelum ni. Pengeluar sendiri menyediakan bahagian adverse reactions, contraindications, warnings dan maklumat keselamatan. Sistem pharmacovigilance pula memang diwujudkan untuk terus memantau selepas sesuatu produk digunakan secara meluas.
Maksudnya pemantauan tak berhenti hanya kerana produk dah diluluskan.
Sebab tu saya tak suka ayat,
“Alaa, demam je pun.”
Mungkin memang demam biasa dan habis di situ. Alhamdulillah.
Tetapi sebagai mak ayah, observe anak kita sendiri.
Kalau semuanya kembali seperti biasa, catat juga.
Kalau ada sesuatu yang pelik, berpanjangan atau serius, jangan biarkan orang lain buat kita rasa bersalah kerana bertanya. Dapatkan pemeriksaan. Minta ia direkodkan. Dan kalau sesuai, buat laporan AEFI.
Bukan sebab kita nak mencari kesalahan vaksin dalam setiap penyakit anak.
Tapi sebab kita nak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Mak ayah yang memilih untuk bertanya bukan semestinya takut.
Kadang2 mereka bertanya kerana mereka pernah melalui sesuatu yang orang lain tak pernah lalui.
Jadi jangan ejek pengalaman orang dengan,
“Anak aku cucuk elok je.”
Alhamdulillah anak kita elok.
Tapi pengalaman anak kita bukan tiket untuk membatalkan pengalaman anak orang lain.
Observe. Catat. Report. Tabayun.
Kalau benar tak berkaitan, biarlah penilaian yang menunjukkan ia tak berkaitan.
Bukan penafian yang dibuat sebelum cerita parent pun habis didengar.
Tapi pesanan buat ibu bapa yang bijak ; nak ke jadikan anak sebagai eksperimen seperti di atas ni? Nak cucuk dulu lepas tu rekod itu ini?
Kisah2 kes yang terkesan lepas cucuk belum cukup buat anda menolak ke?
Maka galilah lagi. Semoga nampak kebenaran
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/1HiptzcnFX/?mibextid=wwXIfr | 2 332 |
| 7 | Siapa yang follow sini lama tahu saya sangat jarang update hal personal atau privacy keluarga kat sini.
Semalam saya update satu story gambar anak saya dengan tunang dia. MasyaAllah… tak sangka ramai betul yang respon. Bertalu-talu DM masuk dengan ucapan dan kata2 yang baik.
Hari ni saya rasa nak buat satu post khas.
Pertamanya sebab saya nak lebih ramai yang mendoakan. Maklumlah nak doa orang tua, kedua-duanya saya dah tak ada. Jadi saya tumpang doa kawan2 dan semua yang follow saya kat sini.
Keduanya, berita baik macam ni rasanya elok juga diwar-warkan. 😊
Baru-baru ni anak ketiga kami dirisik. Dan selepas berbincang antara kedua-dua belah keluarga, kami setuju untuk terus bertunang sekali.
Tak ada majlis besar. Tak ada berdulang-dulang bagai.
Bukan apa. Kami memang dari awal nak mudahkan urusan kedua belah pihak. Yang rasa tak perlu, kami skip. Yang boleh dipermudahkan, kita mudahkan.
Majlis pun kami buat simple seadanya kat rumah.
Ruangan sarung cincin tu pun guna apa yang ada kat rumah. Kerusi tempat depa duduk tu pun angkut dari ofis. 😅
Anak sendiri pun minta buat kecil-kecil sahaja.
Gen Z memang macam tu kan? 😂
Kami cuma hormat apa yang dia nak. Bagi kami, yang penting nanti majlis kahwin.
InsyaAllah tarikh dan tempat pun dah pilih. Awal tahun depan.
Yang ni pun anak minta jangan buat terlalu besar. Jemput orang terdekat dan circle yang kecil sahaja.
Ikutkan nafsu… memang nak buat besar tau. 😂 Nak jemput semua orang yang kita kenal. Bila anak pertama dalam keluarga yang nak kahwin, mestilah mak ayah pun excited lain macam.
Tapi saya dengan suami ni sejenis.
Kami tak puas hati kalau jemput orang tapi tak dapat layan tetamu dengan baik.
Tambahan pula saya sendiri ambivert. Boleh bayang tak? 😅
Bukan tak boleh jumpa atau layan orang. Kalau beberapa jam tu insyaAllah boleh je. Tapi saya akan rasa ralat kalau orang datang kerana kita, tapi kita sendiri tak sempat tegur, tak sempat sembang, tak sempat melayani elok2.
Jadi kami fikir, biarlah majlis nanti lebih kecil. Yang penting orang yang datang selesa, kita pun dapat meraikan mereka sebaiknya.
Selebihnya insyaAllah mungkin saya akan kongsi sikit2 dengan kawan2 kat sini nanti.
Ikutkan hati sebenarnya semuanya saya tak nak post dah. Cukuplah dulu pernah berkongsi hal personal.
Akhir zaman ni kita pun semakin berhati-hati. Penyakit ain tu ada. Benda yang baik pun tak semestinya semuanya perlu ditunjukkan.
Sebab tu gambar pun kami kaburkan dulu muka dua2. Yang tengok story semalam sempatlah tengok.
Kalau ternampak apa2 perkongsian saya tentang mereka nanti, doakanlah yang baik2 ye.
Bagi yang tertanya-tanya, ya… anak ketiga kami ni masih muda.
Tapi kami tak mahu jadikan umur semata-mata sebagai alasan untuk menangguhkan perkahwinan kalau mereka memang sudah ada calon, serius dan mahu menuju ke arah yang baik.
Malah cadangan untuk membawa hubungan mereka ke arah perkahwinan ni datang juga daripada kami selepas melihat mereka berdua serius.
Kami mulakan dengan sesi “interview” calon lelaki dulu. 😂
Jumpa kami beberapa kali. Sembang. Tanya macam-macam. Tengok cara dia bercakap, cara dia membawa diri, cara dia melayani orang tua dan keluarga.
Alhamdulillah.
Bukan senang sebenarnya nak jumpa anak muda zaman sekarang yang masih jaga adab.
Bukan bermaksud semuanya sempurna. Anak kita pun bukan sempurna. Kita sendiri pun bukan.
Rumah tangga bukan mencari manusia yang tak ada kekurangan.
Yang kita harapkan, dua2 mahu belajar, mahu memperbaiki diri, tahu tanggungjawab dan boleh sama2 membina kehidupan.
Semoga yang baik2 itu terus istiqamah sampai bila2.
Dan kalau boleh saya nak tinggalkan sedikit pesanan kepada mak ayah di luar sana. Walaupun saya pun rasa macam tak layak sangat nak berpesan sebab umur baru awal 40-an. 😅
Saya sendiri masih banyak belajar daripada orang yang lebih dahulu makan garam.
Tapi satu benda yang kami pegang…
Kalau anak2 kita dah ada calon yang baik, mereka serius dan nampak hubungan itu sudah menuju ke arah perkahwinan, mudahkanlah urusan mereka. | 859 |
| 8 | Hari Jumaat ni, berhenti sekejap. Muhasabah.
Allah cipta tubuh kita bukan kosong tanpa pertahanan. Ada sistem imun yang sangat kompleks, bekerja siang malam tanpa kita sedar pun. Demam, keradangan, antibodi, sel2 pertahanan; semuanya sebahagian daripada sistem tubuh yang Allah izinkan berfungsi.
Tapi kadang2 manusia terlalu kagum dengan apa yang manusia cipta sampai terlupa menghargai apa yang Allah dah cipta.
Tugas kita sebenarnya besar. Jaga tubuh ni. Jaga makan, tidur, emosi, persekitaran dan fikir betul2 sebelum benarkan apa saja dimasukkan ke dalam tubuh. Lagi2 bila melibatkan anak yang belum mampu bercakap dan membuat keputusan sendiri.
Saya bukan jenis yang percaya setiap perkara berlaku disebabkan cucuk semata, kita sedar ada juga faktor lain yang jadi punca atau yang memburukkan lagi keadaan.
Tapi saya juga tak boleh terima budaya setiap kali orang mengadu selepas cucuk, jawapannya awal2 lagi “tak ada kaitan”.
Kalau begitu, apa fungsi sistem AEFI?
AEFI diwujudkan memang untuk kejadian yang berlaku selepas imunisasi dilaporkan, direkod dan dinilai. Dilaporkan tak bermaksud automatik terbukti berpunca daripada vaksin. Tapi kalau tak dilaporkan dari awal, macam mana kita nak tahu ada signal atau tidak?
Kemudian kita ditunjukkan angka AEFI yang rendah dan angka itu digunakan untuk meyakinkan masyarakat bahawa kejadian serius sangat jarang.
Saya pula nak tanya benda yang lebih basic.
Berapa ramai mak ayah sebenarnya tahu apa itu AEFI?
Berapa ramai tahu mereka sendiri boleh melaporkan kejadian yang disyaki?
Berapa ramai sebelum vaksin diterangkan dengan betul tentang manfaat, risiko, kemungkinan kesan advers dan apa perlu dibuat jika sesuatu berlaku selepas itu?
Dan kalau garis panduan pemberian maklumat (GPFKV) kepada parent memang sudah tersedia, sejauh mana ia benar2 dilaksanakan di lapangan?
Ini bukan soalan remeh.
Sebab kalau sistem pelaporan bergantung kepada manusia melapor, tetapi manusia yang sepatutnya melapor tak tahu mereka boleh melapor, angka yang rendah itu perlu dibaca dengan konteks tersebut. Tak tahu atau sengaja tak nak?
Dan bila parent datang mengadu, dengarlah dulu.
Rekodkan. Nilai. Siasat.
Kalau selepas penilaian memang tak berkaitan, terangkan kenapa.
Jangan terbalik. Belum siasat dah dismiss, kemudian angka laporan yang rendah pula digunakan sebagai bukti bahawa hampir tiada masalah.
Produk apa yang hanya mahu rekod cerita baik, tapi cerita buruk dianggap mengganggu naratif?
Dalam pharmacovigilance, feedback buruk bukan musuh. Ia sebahagian daripada data keselamatan.
Sebab tu hari Jumaat ni saya cuma nak pesan satu benda.
Jangan terlalu taksub kepada manusia sampai takut bertanya. Dan jangan pula terlalu yakin dengan pendirian sendiri sampai kita tak mahu menyemak.
Allah bagi akal. Allah suruh kita tabayun.
Gunakan kedua2nya.
Kita menjaga amanah tubuh dan anak2 ni bukan kerana takut kepada manusia.
Kita akan ditanya tentang amanah yang Allah beri.
Fikir2kanlah.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1BFHFbKWrg/?mibextid=wwXIfr | 2 004 |
| 9 | Sekali suntik je, terus dapat “perlindungan”untuk 3 penyakit sekaligus ;
Tetanus (Kancing Gigi)
Difteria
Pertusis (Batuk Kokol)
Suntikan ni “paling bagus “ diambil masa kandungan masuk minggu ke 28 hingga 32 minggu. “Paling best” vaksin Tdap ni diberikan secara PERCUMA dekat semua Klinik Kesihatan Kerajaan untuk warganegara Malaysia. 🥰
Tujuan utama KKM tukar ke vaksin 3-dalam-1 ni sebab nak “lindungi “bayi baru lahir daripada jangkitan batuk kokol yang bahaya, sementara tunggu bayi tu cukup umur untuk ambil vaksin sendiri masa umur 2 bulan.
Anda percaya?
Kesian..
Sekian.
https://www.facebook.com/share/p/18LjCaYWox/?mibextid=wwXIfr | 2 083 |
| 10 | Bab sejarah pun manusia boleh pilih apa yang nak diceritakan dan apa yang nak ditinggalkan. Ingat bab sains tak boleh jadi macam tu ke?
Janganlah naif sangat.
Kajian pun dibuat oleh manusia. Ada dana. Ada sponsor. Ada kepentingan. Ada industri yang membiayai penyelidikan. Sebab tu conflict of interest bukan benda rekaan. Dalam dunia akademik sendiri pun benda ni wajib didedahkan.
Dan sains bukan kitab suci yang sekali keluar kajian terus tak boleh dipersoalkan. Satu kajian boleh kata A, kajian lain mungkin dapat hasil berbeza. Methodology lain, sample lain, population lain, endpoint lain. Sebab tu wujud replication, peer review dan systematic review.
Jadi siapa yang akhirnya kena cerdik?
Kita sendiri.
Jangan sebab nampak ayat “kajian membuktikan” terus tutup buku. Tengok siapa buat. Siapa biayai. Berapa besar sample. Apa sebenarnya result dia. Absolute risk ke relative risk? Ada conflict of interest tak?
Sama juga jangan sebab satu kajian menyebelahi apa yang kita percaya, terus kita angkat tanpa semak. Tabayun kena jalan dua2 belah.
Dan sebagai orang Islam, selepas segala usaha membaca dan menilai tu, banyakkan juga minta petunjuk daripada Allah. Ilmu manusia ada batas. Kita pun boleh tersilap.
Yang bahaya bukan sains.
Yang bahaya ialah ketaksuban kepada manusia atas nama sains sampai pertanyaan pun dianggap satu kesalahan.
Sains yang sihat sepatutnya boleh dipersoalkan. Kalau tak boleh ditanya, itu bukan lagi budaya ilmu.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/p/1Gt2YYDCug/?mibextid=wwXIfr | 2 915 |
| 11 | Selamat merdeka daripada ketakutan yang tak berasas dan segala macam fear mongering yang selama ni buat manusia takut nak berfikir, takut nak bertanya dan takut nak buat pilihan sendiri.
Tahniah pada yang dah mula faham erti merdeka yang sebenar. Bukan sekadar kibarkan bendera setahun sekali, tapi cara fikir masih terjajah. Apa sistem kata ikut. Apa majoriti buat, buat. Bila ada yang bertanya sikit terus dianggap pelik dan melawan arus.
Kadang2 saya terfikir, kita ni lupa kot macam mana orang dulu2 hidup.
Sebelum semuanya datang dalam paket, botol, pil dan prosedur, manusia dah lama belajar menjaga makan, bergerak, berjemur, berehat, menggunakan tumbuhan dan makanan di sekeliling mereka serta memahami tubuh melalui pengalaman turun-temurun. Bukan bermaksud semua cara lama betul atau semua benda moden salah. Ilmu perubatan moden pun ada yang ok jadi ambil yang bermanfaat. Ilmu alternatif pun ok sebab ikut sunnah dan fitrah manusia. Tak salah pun kalau pilih salah satu atau gabung bila perlu contoh kes teknikal.
Tapi jangan sampai kemajuan buat kita hilang kemampuan untuk menilai.
Merdeka bagi saya ialah bila kita boleh dengar sesuatu tanpa terus takut. Boleh baca pandangan berbeza tanpa menggelupur. Boleh tanya doktor. Boleh tanya pihak berkuasa. Boleh semak dokumen. Boleh minta data. Dan kalau sesuatu tak masuk akal, kita berani kata, “kejap, saya nak faham dulu.”
Tak perlu serahkan akal kita bulat2 kepada sesiapa.
Penjajahan paling mudah bukan bila tanah kita diambil.
Tapi bila manusia sendiri dah takut menggunakan akal yang Allah bagi.
Jadi tahun ni saya nak ucapkan…
Selamat merdeka kepada yang dah merdeka daripada ketakutan. Merdeka daripada budaya ikut tanpa tabayun. Merdeka daripada rasa bahawa kita tak layak bertanya hanya kerana kita bukan “pakar”.
Belajar daripada orang terdahulu. Ambil manfaat ilmu hari ini. Timbang kedua2nya dengan ilmu, bukti dan panduan agama.
Jangan hidup dalam kotak hanya kerana kotak itu diwariskan kepada kita.
Merdekakan negara. Merdekakan juga cara kita berfikir.
https://www.facebook.com/share/1E4qfbmcr6/?mibextid=wwXIfr | 2 139 |
| 12 | Kebelakangan ini ramai yang sakit macam2.
Nak ikhtiar alternatif tapi tak tahu cara. Yang ada cara pula ada yang tak mampu. Kat sini saya ada share cara asas untuk pelbagai jenis penyakit. Yang anda boleh buat tanpa sebarang produk. DIY sendiri di rumah dan apa yang ada di sekeliling.
Kanser boleh sembuh. Di group ni ada ajar protokol program 21/42 hari. Guna apa yang ada di rumah dan sekeliling sahaja.
Nak belajar sihat cara alternatif dan remedi untuk kesihatan holistik ?
Jemput belajar secara percuma di sini :
Whatsapp (saya lebih aktif di sini,boleh tanya dan tag saya)
Kelemahan group WhatsApp; tak nampak chat sebelum
https://chat.whatsapp.com/GtfOxbXhf2xGi1HBSXD7Ai?s=cl&p=i&ilr=0&amv=1
GROUP WHATSAPP 1 DAH NAK PENUH. INI ADALAH GROUP KE 2.
Update terkini biasa di whatsapp group sebab tak sempat sangat ke group tele buat masa ni.
Telegram (group paling lama,lebih banyak info dan ahli baru boleh search topic terdahulu)
https://t.me/+25Q2hM4jfBEwMWU1
P/s: Untuk newbies sahaja,bukan untuk yang dah ada cara lain dan bukan untuk masuk promote cara anda untuk mengelakkan terlalu banyak solusi yang mengelirukan orang yang baru nak belajar.
Jemput share pada yang memerlukan. | 1 887 |
| 13 | Fasa seterusnya yang saya rasa kita kena lebih peka; semakin banyak cerita orang muda sakit dan kematian mengejut yang lalu depan mata kita. Apatah lagi yang memang ada sejarah penyakit.
Satu demi satu. Kadang2 umur pun buat kita terdiam. Ada yang nampak sihat, aktif, masih muda. Tiba2 dapat berita dah tak ada. Ada juga yang masih hidup tapi bergelut dengan macam2 masalah kesihatan.
Yang paling saya takut bila benda macam ni lama2 jadi terlalu biasa sampai kita sendiri dah tak bertanya.
“Sekarang memang macam ni.”
“Muda pun boleh sakit.”
“Dah sampai ajal.”
Ya. Mati itu pasti dan ajal memang ketentuan Allah. Tapi sebagai manusia kita tetap disuruh melihat, berfikir dan mencari sebab. Kalau ada perubahan corak kesihatan masyarakat, kajilah. Kalau ada peningkatan, bentangkan data. Kalau tak meningkat pun, tunjukkan data supaya masyarakat tahu perkara sebenar.
Jangan sekadar normalisasikan semuanya.
Dan jangan pula bila orang mula bertanya tentang vaksin,ubat2an, jangkitan, kesan selepas sesuatu rawatan atau apa saja pendedahan yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ni, terus dianggap mengarut.
Siasat semua kemungkinan. Jangan pilih2 kemungkinan yang dibenarkan untuk dipersoalkan.
Kami mungkin tak mampu menentukan puncanya hanya dengan melihat satu kes. Tapi kalau dah coraknya sama je lepas cucuk ramai mengadu sakit dan kematian mengejut meningkat,takkan nak diam?
Kami takkan lupa apa yang kami lihat dan lalui sepanjang beberapa tahun ni.
Terus simpan rekod. Terus bertanya. Terus tabayun. Dan terus pertahankan hak untuk tahu apa yang berlaku kepada tubuh kita dan keluarga kita.
Jangan kerana sesuatu sudah biasa dilihat, kita mula menganggap ia semestinya normal.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1F7qQrujSu/?mibextid=wwXIfr | 1 836 |
| 14 | HAK no 7: Hak Menolak Rawatan Tertentu, Tanpa Perlu Menolak Semua
Ada satu salah faham besar yang ramai orang pegang.
Mereka fikir bila kita masuk hospital, kita kena terima semua bulat-bulat. Satu pakej. Ambil semua atau jangan datang langsung.
Itu tak betul.
Dan ayat yang selalu dilempar tu, “kalau tak nak semua, jangan datang hospital”, tu sebenarnya ayat emosi. Ia bukan berdasarkan undang-undang, dan bukan berdasarkan etika perubatan.
Sebab consent tu berasingan untuk setiap prosedur.
Setiap prosedur, setiap rawatan, setiap suntikan, masing-masing perlukan persetujuan sendiri.
Bukan satu tandatangan untuk semua benda sampai bila-bila.
Maknanya seseorang boleh terima satu rawatan, dan menolak yang lain. Boleh terima pemantauan, tapi tolak prosedur tertentu yang bukan wajib. Dan itu bukan sikap tak konsisten. Itu memang cara consent berfungsi.
Contoh mudah. Seorang ibu boleh bersalin di hospital, terima bantuan perubatan dan pemantauan sepanjang proses, tapi menolak suntikan tertentu pada bayinya.
Dua-dua boleh wujud serentak. Satu tak membatalkan yang lain.
Dan jangan biar orang pusingkan logik ni.
Bila kita ke bengkel kereta, kita boleh minta tukar minyak tapi tolak servis lain yang mekanik cadang. Tak ada siapa kata kita tak percaya mekanik, atau suruh kita jangan datang bengkel langsung.
Tapi bila kita buat benda sama dengan tubuh kita sendiri, tiba-tiba kita jadi degil dan menyusahkan.
Kenapa berbeza?
Macam mana nak guna hak ni?
Bila kita nak terima sesuatu tapi tolak yang lain, sebut dengan jelas dan tenang.
“Saya setuju dengan rawatan ini, tapi saya tak bersetuju untuk yang itu.”
Minta ia direkodkan dalam fail. Isi borang penolakan kalau ada. Simpan salinan.
Kalau kita ditekan dengan ayat “kalau macam tu baik tak payah datang”, ingat satu benda. Itu bukan penjelasan perubatan. Itu tekanan.
Dan tekanan tu tak boleh membatalkan hak kita.
Yang saya nak korang faham.
Menolak satu prosedur bukan bermakna menolak seluruh sistem kesihatan.
Kita boleh hargai kepakaran doktor, hargai bantuan yang mereka beri, dan pada masa sama tetap berpegang pada keputusan kita untuk perkara tertentu.
Dua benda ni tak pernah bercanggah.
Sebab hak untuk memilih tu bukan bermaksud hak untuk menolak segalanya. Ia bermaksud hak untuk memilih dengan sedar, satu demi satu.
Dan hak yang kita tak tahu kita ada tu, sama je macam hak yang tak pernah wujud.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening #tentanghak
https://www.facebook.com/share/p/1ZJTdCiVQN/?mibextid=wwXIfr | 1 972 |
| 15 | Lagi baby meninggal lepas cucuk
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DccbxIMmhX9?xmt=AQG0t_7w4PVeqw3bUCzBPBmSXesI1vZz-DrthCA2y2hM2yfG2Gj8PwLCLCJv3Z3LIfmqB3OZ&slof=1 | 1 522 |
| 16 | Ada satu benda yang ramai ibu bapa tak pernah tahu. Bukan sebab ia rahsia. Tapi sebab ada pihak rasa tak perlu bagitahu kita.
Sebahagian vaksin dihasilkan guna talian sel yang berasal dari janin manusia yang digugurkan tahun 1960-an.
Namanya MRC-5 dan WI-38.
MRC-5 diambil dari tisu paru-paru janin lelaki 14 minggu, tahun 1966. WI-38 dari tisu paru-paru janin perempuan 3 bulan, tahun 1962.
Ni bukan cerita saya. Ia tertulis dalam insert rasmi pengeluar sendiri. Boleh semak sendiri.
Vaksin yang terlibat antaranya MMR terutama komponen rubella, Varicella, MMRV, Zoster, Hepatitis A, sesetengah vaksin rabies, dan sesetengah formulasi polio.
Dalam insert Varicella tu tertulis terang-terang, residual components of MRC-5 cells including DNA and protein.
Hitam putih. Dalam dokumen mereka sendiri.
Dan bukan tu je.
Gelatin babi jadi penstabil dalam MMR, Varicella, MMRV dan Zoster.
Serum janin lembu tertinggal sebagai sisa dalam beberapa vaksin.
Trypsin babi guna dalam proses pembuatan.
Embrio ayam untuk influenza. Sel buah pinggang monyet untuk polio dan rotavirus.
Semua ni dalam dokumen rasmi. Bukan forward rekaan dari group WhatsApp.
Sekarang saya nak cakap awal-awal apa mereka akan balas, supaya korang tak terkejut.
Mereka akan kata takde sel manusia dalam produk akhir, cuma sisa DNA dan protein.
Mereka akan kata takde janin baru digugurkan, sel tu membiak sendiri sejak 60-an.
Mereka akan kata majoriti fatwa mengharuskan atas dasar darurat. Darurat celah mana kalau ada pilihan lain?
Kalau semuanya terbuka dan takde apa nak disorok, kenapa benda ni tak pernah dimaklumkan pada ibu bapa sebelum sign?
Kenapa kita kena gali sendiri, baca insert sendiri, baru tahu?
Dan kenapa bila kita tanya, kita dicop jahil dan degil, sedangkan yang kita tanya tu tertulis dalam dokumen mereka sendiri?
Dalam garis panduan consent MMC, persetujuan yang sah kena ada maklumat yang mencukupi sebelum keputusan dibuat.
Sebelum. Bukan lepas kita terjumpa sendiri kat internet.
Dan untuk kita orang Islam, benda ni bukan perkara kecil.
Kita tetap berhak tahu apa yang masuk badan anak kita, dan berhak timbang sendiri.
Sebab dalam Islam kita diajar berhati-hati.
Nabi SAW bersabda,
“Tinggalkan apa yang meragukanmu kepada apa yang tidak meragukanmu.” Riwayat Tirmizi.
Kalau kita ragu, kita berhak berundur. Tu ajaran agama kita, bukan sikap melampau.
Sepatutnya maklumkan. Tunjuk insertnya. Terangkan asal usulnya. Biar ibu bapa putuskan dengan mata terbuka.
Kalau lepas tahu semua tu mereka tetap pilih teruskan,terpulang.
Tapi jangan rampas hak mereka untuk tahu.
Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.
Ia cuma tandatangan.
P/s: Ada ke orang nak ambik kalau dah tahu?
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1bTmhxGQA3/?mibextid=wwXIfr | 4 662 |
| 17 | Semakin kantoi ..
Penyokong Fauci diam lebih baik dari spin entah apa2
Satu perkembangan besar kes COVID-19 dari mahkamah US.Dr. David Morens, bekas penasihat kanan kepada Dr. Anthony Fauci, secara rasmi telah mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi menipu Amerika Syarikat.
Mengikut dokumen mahkamah, beliau mengaku berkomplot dengan pihak luar untuk memadam dan menyembunyikan rekod-rekod persekutuan berkaitan geran penyelidikan koronavisus serta perbincangan asal-usul COVID-19.
Mereka sengaja guna e-mel peribadi (Gmail) semata-mata nak elak daripada dikesan oleh Akta Kebebasan Maklumat (FOIA).
Beliau kini berdepan hukuman maksimum penjara 5 tahun yang dijadualkan pada November ini.
https://www.facebook.com/share/p/1DGKbLdrxf/?mibextid=wwXIfr
https://www.threads.com/@norfazilah.abdmohd/post/DcQOJofmqaD?xmt=AQG0STEcn3pDVWPBqp5oRrE29oLCeVlrGw8yXmhUw0a7BzcGzdW629iBsAnIIOtdE_df4E0H&slof=1 | 2 190 |
| 18 | Sebab Kesannya Perlahan, Kita Ingat Ia Tak Wujud
Bukan semua yang cucuk hari ni, esok terus sakit atau mati.
Kalau semudah tu nak nampak kesannya, dah lama orang persoal. Dah lama benda ni berhenti.
Dan di situlah masalahnya.
Yang datang cepat, kita akui. Yang datang bertahun kemudian, kita cari sebab lain. Kata genetik. Kata makanan. Kata memang dah takdir. Betullah tu. Tapi langsung tak nak salahkan yang satu tu kan?
Kami terima je semua faktor termasuk vaksin. Tapi kenapa kalian susah nak terima semua faktor termasuk vaksin? Langsung tak boleh disalahkan.
Pernah ke anda berhenti tanya, ada tak kaitan dengan apa yang anda terima bertahun dulu?
Bukan sebab kaitan tu mustahil. Tapi sebab kita tak pernah diajar nak tanya soalan tu.
Sekarang mari cakap pasal duit.
Ramai ingat sebab pergi klinik kerajaan bayar RM1, maka takde siapa untung. Macam semuanya percuma dan bergerak atas dasar kebajikan semata.
Alahai. Naif betul.
Setiap vial ubat tu ada harganya. Setiap mesin ada kontraknya. Setiap pembekalan ada syarikatnya. Setiap dos yang masuk badan kita tu ada pihak yang hasilkan, jual, dan tuntut bayaran.
Duit tu tetap mengalir. Cuma bukan keluar dari poket kita terus, jadi kita rasa ia tak wujud.
Industri farmaseutikal tu antara industri paling bernilai di dunia. Bertrilion.
Dan ia bukan sebab manusia makin sihat.
Ada untung bukan bermakna semuanya jahat.
Tapi ada untung bermakna ada kepentingan.
Dan di mana ada kepentingan besar, di situ kita wajib buka mata. Bukan sebab semua orang jahat. Tapi sebab manusia tetap manusia. Ada tekanan, ada sasaran jualan, ada kajian yang dibiayai oleh pihak yang untung dari hasilnya.
Tu bukan teori konspirasi. Tu cara perniagaan berjalan dalam setiap industri di dunia.
Cuma bila ia melibatkan kesihatan, tiba-tiba kita diharamkan bertanya.
Dan tu yang paling pelik.
Beli kereta, kita semak spesifikasi. Baca ulasan. Banding harga. Takde siapa kata kita tak percaya jurujual.
Tapi nak semak apa yang masuk badan anak sendiri, tiba-tiba kita jadi degil, jahil, dan ancaman pada masyarakat.
Kenapa berbeza?
Yang saya minta cuma satu. Jangan naif.
Jangan ingat bila sesuatu datang atas nama kesihatan, ia automatik bebas dari kepentingan dan tak boleh disoal.
Tanya. Semak. Baca insert rasminya. Tengok siapa biaya kajian tu, dan siapa untung dari kesimpulannya.
Bukan nak tolak semua membuta tuli. Tapi nak buat keputusan dengan mata terbuka.
Sebab keputusan yang dibuat tanpa maklumat penuh tu bukan pilihan.
Ia cuma ikutan.
Dan ingat satu benda ni. Ilmu yang benar tak pernah takut disoal.
Yang takut disoal tu, itu yang patut kita perhatikan.
#sharingbynfam #tolakdenganilmudaniman #awakening
https://www.facebook.com/share/1Bqrwx58jA/?mibextid=wwXIfr | 1 935 |
| 19 | Kepada mak ayah yang sampai sekarang masih pening nak sign atau tak Surat Aku Janji untuk anak sekolah tu kan…
Kalau tanya saya, kalau saya berada di tempat korang saya memang takkan sign selagi benda yang saya persoalkan tak dijelaskan dengan terang. Simple.
Kenapa nak paksa diri sign sesuatu yang kita sendiri masih ragu2 dan tak faham sepenuhnya implikasi dia?
Lagi saya baca, lagi saya rasa surat ni ada banyak benda yang boleh dipersoalkan. Wording dia luas, ada terma yang umum dan bila dikaitkan pula dengan polisi serta garis panduan lain yang beratus muka surat, memang logiklah parent nak tahu sebenarnya sejauh mana persetujuan kita bila turunkan tandatangan tu.
Tambahan pula kita dah jumpa dalam Garis Panduan Pengurusan Sekolah Selamat tu ada satu bahagian yang menyebut parent hendaklah “melengkapkan imunisasi dengan memastikan anak mendapat vaksin yang disarankan oleh KKM”.
Saya dah ulas benda ni sebelum ni. Setakat yang saya semak, saya tak jumpa ayat yang kata tak sign Aku Janji = anak tak boleh sekolah. Saya juga tak jumpa ayat yang kata tak lengkap vaksin = terus boleh dikenakan tindakan.
Jadi buat apa gelabah sangat?
Kalau tak yakin, jangan sign dulu. Tanya sekolah apa implikasi kalau tak sign. Kalau mereka kata wajib, minta tunjuk pekeliling/peruntukan mana yang menyatakan wajib dan apa tindakan jika ibu bapa memilih untuk tidak tandatangan.
Jangan kita sendiri yang overthinking sampai benda yang belum berlaku pun dah bayang macam2.
Saya ni kalau dokumen terang, saya faham dan saya setuju, saya sign.
Kalau dokumen ada lompong, banyak persoalan belum terjawab dan saya sendiri tak sedap hati, memang saya takkan turunkan tandatangan semata2 sebab “semua orang sign”.
Tandatangan tu kita punya.
Jangan bagi sebab takut.
Baca dulu. Faham dulu. Tanya kalau tak jelas. Lepas tu buat keputusan sendiri.
Dah. Jangan pening2 sangat. 😅
https://www.facebook.com/share/1CQf9gnXNw/?mibextid=wwXIfr | 2 470 |
| 20 | Sebenarnya Bukan Kita Yang Melawan Arus
Setiap kali kita pilih jalan yang berbeza, mesti ada yang kata kita melawan arus.
Tapi cuba fikir balik. Siapa sebenarnya yang melawan?
Kita makan makanan yang tumbuh dari tanah dan diproses sesedikit mungkin. Itu cara manusia makan selama ribuan tahun. Yang baru tu makanan yang direka dalam kilang, penuh pewarna dan perasa yang lidah kita tak pernah kenal sebelum ni.
Kita jaga tubuh dengan apa yang Allah sediakan. Madu, herba, bekam, puasa, rehat. Itu yang diamalkan turun temurun. Yang baru tu sistem yang wujud baru lebih kurang seratus tahun, tapi dianggap satu-satunya kebenaran.
Kita didik anak dengan tangan sendiri. Itu yang manusia buat sepanjang sejarah. Yang baru tu model persekolahan yang direka zaman industri untuk melahirkan pekerja yang patuh.
Kita berpakaian menutup. Itu perintah yang dah lama. Yang baru tu fesyen yang berubah setiap musim, direka supaya kita rasa tak pernah cukup.
Jadi siapa sebenarnya yang melawan arus?
Kalau arus tu bermaksud fitrah, sunnah, dan cara hidup yang terbukti selamat selama beribu tahun, maka kita sebenarnya sedang berenang mengikutnya.
Yang melawan tu mereka yang meninggalkannya.
Cuma sebab yang meninggalkan tu ramai, ia jadi nampak normal. Dan yang kekal pada asal, terus nampak pelik.
Tapi bilangan tak pernah jadi ukuran kebenaran.
Allah berfirman,
“Dan jika engkau menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.”
-Surah Al-An’am ayat 116.
Ayat ni jelas. Ramai bukan bermakna betul.
Dan Rasulullah SAW bersabda,
“Islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing.”
-Riwayat Muslim.
Beruntunglah. Bukan kasihanilah.
Masalahnya, orang yang selesa dalam kotak takkan nampak dinding kotak tu. Dia ingat itulah seluruh dunia.
Dan selagi dia tak berhenti untuk bertanya, selagi dia tak tabayyun, dia akan terus fikir orang di luar kotak tu yang sesat.
Jadi kalau hari ni kita dikata melawan arus, terima je.
Sebab kita tahu arus mana yang kita ikut.
Dan kita tahu ke mana arus yang satu lagi tu menuju.
#sharingbynfam #awakening #tolakdenganilmudaniman
https://www.facebook.com/share/1DPmyKkdGu/?mibextid=wwXIfr | 1 952 |
